Cari Duit - Tertipu & Bankrap
Salah satu sebab mengapa saya jarang baca akhbar adalah kerana banyak cerita negatif dan berita buruk di dalamnya. Semakin negatif maka makin sensasi. Makin sensasi maka makin tinggi jualan akhbar
Tapi, jangan salah anggap. Akhbar bagus sebagai satu medium untuk mengingatkan orang ramai. Sama ada berbentuk berita mahupun iklan. Manusia perlu diingatkan selalu kerana tabieenya manusia mudah lupa. Sebab tu sebagai orang muslim kita diwajibkan berkumpul minimum sekali setiap minggu melalui kutbah solah jumaat berjemaah. Ada hikmah disebaliknya.
Antara berita yang sering kita baca, statistik bankrap dan kes tipu menipu duit orang lain.
Mencari duit atau menjana pendapatan adalah satu tugas yang wajib dan kritikal kepada setiap manusia yang ingin hidup selaras dengan arus pemodenan masa kini. Tak nak hidup moden, duduk kat hutan senyap-senyap. Orang asli pun sekarang dah bijak mencari duit sendiri.
Namun, dalam keghairahan mencari duit lebih di dalam dunia yang penuh pancaroba dan tipu muslihat, masih ramai daripada kita yang mudah terpedaya. Mengapa perkara ini masih terjadi?
Apa kejadahnya orang kita sangat mudah menyerahkan wang yang begitu susah dicari kepada orang yang kurang jelas latarbelakangnya demi mencapai impian menjadi kaya dengan cepat dan mudah?
“Jangan percaya dengan sesuatu urusan jika tiada hitam putih”
“Jangan mudah percaya dengan sesuatu urusniaga yang nampak begitu mudah sekali membuat duit”
“Jangan percaya dengan urusniaga yang based on trust”
“Jangan bercakap dengan orang tidak dikenali”
Frasa di atas sering kita dengari. Tetapi kes dan statistik tertipu dan terpedaya masih terus meningkat. Apa silapnya?
Cari puncanya.
Puncanya terletak pada diri sendiri. Egoistik, malu bertanya, tamak, malas dan nafsu haloba adalah unsur negatif yang wujud dalam diri kita. Kita perlu belajar mengawalnya. Belajar dan maklum adalah kuncinya.
Nak buat duit, belajar kaedah nak buat duit daripada pakar. Kalau malas, upah dan leverage orang lain yang pakar dan terbukti boleh dipercayai untuk membantu anda membuat duit.
Nak mengurus kewangan peribadi, belajar pasal mengurus kewangan peribadi - bagaimana nak bina asas tapak yang kukuh, menilai dan mengurus risiko seterusnya membina kekayaan impian anda.
Nak main saham, belajar pasal saham; bagaimana membuat analisis fundamental dan teknikal, memilih stok yang berkualiti, model pelaburan yang perlu dilaksanakan dan tahu bila dan bagaimana untuk membeli dan menjual saham untuk mendapat keuntungan.
Nak buat duit melalui perniagaan internet, belajar pasal model dan selok belok perniagaan internet. Ketahui dan pelajari kaedah menganalisa pasaran, mencari atau membuat produk, model pemasaran dan jualan yang sesuai, teknologi yang hendak diguna-pakai serta bagaimana nak leverage prospek dan pelanggan anda agar anda boleh wujudkan situasi cash-on-demand daripada pasaran anda.
Bila dah pakar baru masuk gelanggang. Jangan cari nahas yang kita boleh elakkan. Dah tahu awak tali pinggang putih, jangan pula cuba nak lawan face-to-face dengan mahaguru yang ada blackbelt dengan 15 calit kuning…
Apabila anda belajar dan faham mengenai apa jua kaedah membuat duit yang anda sukai, maka anda tidak akan tertipu. Sebaliknya, jangan pula menggunakan kemahiran anda untuk menipu orang lain. Dunia ini bulat, lambat laun kena batang hidung sendiri.
Mengenai perihal bankrap amat sinonim dengan kaedah mengurus kewangan anda. Ukur baju dibadan sendiri. Risiko memang wujud dimana-mana. Tetapi jika anda jelas dengan tahap keupayaan anda, maka sepatutnya anda tahu setinggi mana risiko yang perlu dan mampu anda hadapi.
Jangan over-gear. Kekayaan dapat dibina secara berperingkat. Tiada istilah jutawan segera yang kaya selepas 1 malam. Nak menang loteri pun kena banyak kali mencuba dan minta nasihat daripada batu nesan. Nak jadi jutawan peneroka felda pun kena ada tanah dan tunggu jika ada pihak yang sanggup beli tanah anda. Kalau tanah sekangkang kera aje, maka kera ajelah yang anda dapat.
Ianya memang mengambil masa. Berapa lama nak capai, terpulang kepada kaedah anda. Jika anda bijak leverage wang dan masa orang lain, maka lebih cepat anda akan mencapai kekayaan impian anda. Jika tidak, bersabar ajelah.
Satu lagi perangai yang saya kurang berkenan dengan orang kita ialah, mereka ini amat ghairah untuk membuat duit, tetapi skeptikal dengan orang lain yang cuba belajar buat duit secara bistari dengan membaca buku pasal membuat duit dan menghadiri seminar mengenai kaedah menjadi jutawan.
Apabila skeptikal dan jadi bodoh sombong (arrogant), maka mudah pula kena tipu. Lepas tu salahkan pihak lain sebab tak nak mengajar mereka. Malang betul orang begini…
Technorati Tags: bankrap, Mencari duit, menjana pendapatan, buat duit, mengurus kewangan, perniagaan internet
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










December 19th, 2006 at 11:14 am
semalam saya siap gaduh lagi ngan akak dalam mirc. dier pertahankan swisscash, konon dengan duit tu dier gi haji. marah2 saya sebab saya kata SC tu salah. dier siap menyumpah seranah(?) alahai.. susahnyer nak nasihat orang, jahil btol. saya sedang menunggu jer SC tu sampai peringat tepu, baru la downline sumer ternganga. upline sumer dah kaya sebab dapat komisyen daripada duit ahli baru yang berharap dpt jadi kaya(?) ngan komisyen SC tu. heh heh. sedar la bangsaku. tidak sumer apa yang mat saleh buat tu btol dan pro. dier makan duit haram, x kan la kiter nak tiru depa kot. pikir2 la sendiri.
December 19th, 2006 at 5:19 pm
SC tu macam betul bila dapat duit. Akan jadi salah bila orang bawah tak dapat duit tu nanti. Masa tu baru menyesal tak sudah.
Ada orang ramai SC akan bertahan hingga 2008.
Walaupun kita dah dapat duit SC, pernahkah terfikir halal atau tidak duit yang kita dapat itu?
Ayuh bangsa ku, cari ilmu untuk mencari duit!!!