Antara Sepang-Nyol dan GoldCoast

Adalah 2 minggu juga saya tak pos ke blog ni. Bersengkang mata juga nak lancarkan web terbaru dan cari JV dalam niche tersebut. Syukur, semuanya dah selesai. Tinggal rangka promosi yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Hari minggu lalu saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan pakcik dikampung belah emak saya. Kampung ayah saya pula disebelah aje. Masa kecik2 kalau boring lepak kat rumah atuk belah ayah, saya jalan kaki aje pergi lawat rumah atuk belah emak.

10 minit sampai la kalau berjalan kaki (adakalanya saya berenang mengikut laluan parit, masa tu paritnya bersih)

Kerap juga orang bertanya, dimanakah terletaknya kampung orang tua saya? Kini saya dengan bangganya menjawab:

“Oh… kampung ayah dan emak sebelah menyebelah, terletak antara Sepanyol (Sepang-nyol) dan GoldCoast!”

Saya menjawabnya dengan penuh bangga dan yakin.

Ya, Sepang GoldCoast adalah projek terbaru yang terletak antara Sepang hingga ke Banting, Selangor.

Kini, untuk lebih berbangga, saya akan tambah:

“Ala… kampung yang dapat Johan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006 tu!”

Ya, boleh dirujuk disini.

Ok, itu satu hal. Satu hal lain yang menarik adalah tahap literasi IT dikampung tersebut juga mula melegakan saya.

5 tahun lepas, apabila duduk bersama mereka sama ada dikedai kopi atau ketika menjadi “penanggah” (orang yang bergotong royong dalam sesuatu majlis), amat kompleks bagi saya untuk menceritakan business nature saya. Mereka keliru untuk membezakan antara perisian dan komputer. Antara sistem dan perkakasan.

Apa yang mereka faham dan nampak, hanyalah komputer. Bagaimana panjang lebar pun saya menerangkan, pasti mereka menganggap saya menjual dan menservis komputer. Jadi, jika mereka ada masalah dengan komputer, saya akan dipanggil untuk “servis” komputer mereka. Mujurlah, dahulu kala saya pernah buat part time menservis komputer.

Oh, ketika itu saya caj minimum RM50 tatkala saya memegang komputer mereka. Servis harga lain… hehehe

Lebih menarik lagi, mereka dikampung sudah mula aktif online. Komunikasi menggunakan emel juga digiatkan. Kini, kami sudah mula berborak peluang-peluang yang dapat diteroka diinternet.

Wah, ini line saya, kalau nak borak kat kedai kopi, alamat sampai tutup kedai kena halau dengan tuan kedai pun takkan habis saya bercerita. (Sebenarnya, saya dan kawan-kawan pernah dihalau satu ketika dahulu dikedai mamak yang tutup operasi pukul 1.30 am)

Disebalik berita gembira tersebut, ada pula pihak yang cuba mencuri peluang. Namun, peluang yang tidak saya gemari.

Skim cepat kaya online kini merebak bagaikan virus. Skim peleburan internet yang pelbagai termasuk beberapa yang menjadi favorite dinegara kita… ehem. Tetapi, dikaburi dengan nama-nama yang fancy dan mengelirukan orang kampung (tetapi tidak bagi saya).

Nama program yang cantik dan indah tetapi dibelakangnya saya amat pasti menjalankan program peleburan internet yang telah memiskinkan ramai orang tetapi mengkayakan penganjur.

Nampaknya, kini saya perlu menjalani satu lagi tugas getir. Mendidik, menyedar dan menjelaskan kepada semua pihak mengenai peluang dan risiko yang ada diinternet.

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

One Response to “Antara Sepang-Nyol dan GoldCoast”

  1. Imo Imora Says:

    Ye.. skim ‘taik’ itu perlu dibersihkan. Kita2 ni la yang patut membantu ;) .

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.