Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm

Memang berkesan sebab strategi yang dinyatakan di dalam e-buku ini adalah salah satu cara saya dapat menggempur pasaran internet dan jana komisen affiliate dengan banyak. Itulah antara yang dapat anda cungkil daripada e-buku bertajuk Operation Affiliate Storm (OAS).

Anda boleh dapatkan info lanjut disini:

http://www.operationaffiliatestorm.com/

Steven Lee Jones telah mendedahkan satu strategi yang kebanyakan affiliate tidak sedar bagaimana kebanyakan super affiliate buat duit dan dapat cek komisen yang amat besar.

Rahsia tersebut adalah anda sebagai affiliate perlu mempunyai “radar”.

“Radar” yang saya maksudkan adalah anda perlu peka dan sensitif dengan perkembangan pasaran serta produk-produk yang akan dilancarkan. Ya, produk yang berkualiti dan baru dilancarkan lebih mudah dijual seperti goreng pisang panas.

Jika anda tertinggal keretapi, maknanya anda hanya dapat sisa habuk.

Kebiasaannya, produk yang baru dilancarkan mempunyai kadar pengubah yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda sebagai affiliate dapat mengumpan dan “merasuah” prospek agar membeli produk tersebut daripada link affiliate anda, bukannya daripada affiliate yang lain.

Masalahnya, bagaimana untuk anda tahu bilakah masanya sesuatu produk akan dilancarkan? Jawapannya, banyak cara.

Selain daripada newsletter dan blog seseorang guru yang terbukti sentiasa dapat melancarkan produk berkualiti dan mudah dijual, anda boleh mengintip melalui forum.

Atau, cara termudah yang saya sendiri guna pakai adalah melalui notifikasi jaringan JV.

Steven mencadangkan agar anda menyertai satu laman notifikasi JV yang mana sebenarnya anda perlu bayar sejumlah yuran untuk mendapatkan akses lengkap terhadap info berkaitan. Nampaknya beliau tertinggal satu lagi laman notifikasi yang tidak kurang pentingnya, malahan percuma.

Laman tersebut adalah kepunyaan Mike Merz, seorang broker JV kebanyakan para guru tersohor dunia perniagaan internet. Anda boleh mendaftar disini:

http://www.jvnotifypro.com/

Didalam e-buku OAS, penulis menggariskan beberapa strategi bagaimana untuk anda dengan pantasnya bersiap sedia sejak daripada peringkat pra-pelancaran sesuatu produk. Juga, strategi berkesan agar anda dapat menangkap seberapa ramai prospek agar mereka membeli daripada anda sejurus sesuatu produk itu dilancarkan di pasaran.

Selain itu, penulis menggalakkan anda agar menyertai satu laman yang diwujudkan oleh Chris Project X and the gang bernama AffiliateDen.

Secara jujur ingin saya nyatakan, sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan AffiliateDen, didapati kebanyakan online tool yang disediakan seperti tidak siap. Malahan, data yang disedut daripada clickbank juga bukan terkini.

Mungkin tarikan utamanya adalah Daddy Keyword Tool dan AdSense Finder yang pada pengalaman saya, kurang efektif berbanding keyword tool seangkatan dengannya seperti Keyword Analyzer dan Keyword Elite. Jadi, jangan buang duit anda.

Berbalik kepada e-buku OAS tadi, jika anda ingin mengetahui apakah strategi berkesan untuk tap kelebihan yang ada pada produk baru dipasaran, maka buku ini untuk anda.

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

4 Responses to “Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm”

  1. arazak Says:

    terimakasih kerana info ini. bagus untuk mencubanya. kalau dak cuba dak tahu

    http://www.enai10.com
    free submit link directory

  2. 2ndcybernet Says:

    Lama tak jenguk blog nie, rupanya ada berita baru. Kali memang padat dan penuh dengan informasi yang terbakar. Terima kasih pada tuan punya blog kerana menyediakan maklumat yang panas-panas.

  3. khairul Says:

    terima kasih di atas info anda

  4. muein Says:

    korang join la mymode kalo nak wat bisnes kecil2..sykt mymode ni sudah didaftarkan…kalo korang tk caya lagi,korg klik kat “prepaid payment” kat mesin atm maybank..kat situ korg leh tgk ada ‘MYMODE’…ha.tkkan la kalo mymode ni sykt yg tipu org leh join ngan maybank?pikir2 la…kalo korg nak join mymode leh la masuk bwh aku..bkn promote,tp untk sngkan korg sbb aku ni jenis jaga bdk2 bwh aku…biar diorg bwh aku ni sama2 untung..pepe2 hal msj 0179820282

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.