Rahsia Menjadi Bintang Rock Affiliate Terbongkar?
Anda sering mendengar terma super affiliate untuk mereka yang benar-benar makan duit besar daripada komisen affiliate. Bagaimana pula untuk terma bintang rock affiliate?
Adakah terma tersebut dilabelkan kepada affiliate yang juga buat duit besar daripada komisen?
Sudah tentu. Cuma terma terbaru ini datangnya daripada seorang Internet Marketer bernama Eric Rockefeller semalam.
Tidak dinafikan cari duit daripada usaha mempromosi produk orang lain merupakan satu kaedah paling pemalas pernah saya lakukan.
Anda bayangkan sendiri, anda mengimpikan untuk membuat duit segera tetapi terbantut kerana terbatas oleh sebab kekurangan modal, tiada produk, tiada rakan JV, tiada list dan tiada apa-apa. Jika anda mempunyai modal besar pun, banyak masa dan tenaga perlu dicurahkan jika anda cuba membuat produk sendiri.
Bukan kerja mudah. Anda perlu buat kajian pasaran, bangunkan produk, pengujian, pemasaran, pengurusan jualan dan khidmat sokongan. Jika anda ada pengalaman membangunkan produk sendiri, saya pasti anda faham situasi sebenarnya.
Buat duit daripada komisen affiliate adalah jawapan penyelesaian termudah kepada masalah tersebut.
Semalam, Eric baru sahaja melancarkan satu lagi e-book bertajuk Affiliate Rockstar Status. Jadi, hari ini saya berasa gembira untuk melakukan review kerana Eric telah membongkarkan salah satu rahsia yang hanya 1% affiliate sahaja tahu.
Lawati URL berikut untuk info lanjut:
http://www.affiliaterockstarstatus.com
Selak terus mukasurat 54 di bawah topik “Direct Linking (Next Gen)”. Eric telah ceritakan segalanya secara terperinci, langkah demi langkah.
Saya sendiri telah menggunakan teknik tersebut selepas mempelajari teknik PPC dan AdSense daripada seorang guru underground. Cuma saya terbalikkan kaedah yang dipelajari.
Apa yang boleh saya maklumkan, teknik tersebut memang amat berkesan.
Keuntungan yang boleh anda dapati daripada teknik ini sememangnya amat lumayan. Anda bayar kos PPC serendah $0.01 tetapi boleh dapat untung sehingga $100 secara purata bagi setiap 100 klik. Tambahan, trafik yang datang juga menggila.
Ini kerana anda mensasarkan iklan PPC anda pada laman autoriti yang sememangnya mempunyai top SERP dalam carian organik. Anda tidak perlu bersusah payah membangunkan laman web dan cuba melakukan pengoptimaan SEO demi mendapat top SERP. Hasilnya lambat dan memenatkan.
Juga, tidak perlu membayar lebih untuk meletakkan iklan banner pada laman web autoriti yang bertrafik tinggi.
Apa yang anda perlukan adalah leverage daripada trend semasa!
Orang ramai sibuk membuat SEO dan arbitrage demi buat untung daripada AdSense. Anda pula sebagai affiliate yang bestari akan leverage trend ini untuk mendapat keuntungan dengan memberikan sekelumit duit kepada golongan ini.
Jika anda ingin mengetahui rahsia tersebut, dapatkan e-buku ini.
Secara keseluruhan dan ringkas; selain teknik di atas, tiada rahsia baru. Setiap teknik yang diperlihatkan adalah sama dengan mana-mana teknik lain yang anda pelajari daripada super affiliate yang terdahulu.
Kuncinya, adalah membina list dan backend. Juga, kenalpasti setiap metrik dengan melakukan split test dan tracking bagi membezakan mana satu yang berkesan dan mana yang hanya membuang masa anda. Fokus kepada pemenang.
Lebih terperinci metrik yang anda buat, maka makin berkesan setiap teknik anda.
Tidak dinafikan, ramai beranggapan dengan mempromosi 100 produk sehari, dengan anggaran 60% membeli maka anda akan dapat 60 jualan setiap hari, bukan?
Jadi, jual dengan lebih banyak. Kejar kuantiti. Masalahnya, cara ini banyak makan masa dan banyak juga buang duit. Tidak berkesan langsung.
Sebagai affiliate, saya amat tidak bersetuju dengan kuantiti. Rahsia untuk berjaya sebagai affiliate adalah kualiti. Ingat prinsip Pareto 20/80?
Setiap 20% perkara yang anda lakukan akan memberi kesan kepada 80% hasil yang anda akan dapati. Berbanding menjual 100 produk yang OK sahaja, adalah lebih baik menjual 20 produk terbaik, berkualiti tinggi dan telah terbukti amat menguntungkan.
Fahami fakta sebenar. Mengapa anda sebagai affiliate perlu memfokuskan kepada kualiti?
Jawapannya kekangan masa. Kita manusia biasa yang hanya mempunyai 24 jam sehari, 8 jam untuk tidur, 4 jam makan, 4 jam dalam tandas, 4 jam bersosial dan akhirnya tinggal 4 jam sahaja untuk anda memfokuskan kepada perniagaan internet anda.
Jika anda bercita-cita untuk menjual 100 produk dengan agihan 1 jam untuk anda melakukan kajian, mencari produk, buat review dan melancarkan promosi untuk setiap produk; maka anda memerlukan 25 hari untuk menyelesaikannya. Hasilnya belum tentu menguntungkan, bukan?
Jadi, optimakan usaha dan masa anda dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Tambahan mengenai e-buku Affiliate Rockstar Status, terdapat satu teknik yang bagi saya sudah tidak relevan lagi. Eric menyarankan untuk menggunakan Squidoo sebagai salah satu teknik Nuking 2.0. Jika anda ingin mengetahui mengapa Squidoo bukan lagi senjata berkesan, rujuk semula pos saya yang lepas berkenaan Squidoo.
Akhir sekali Eric menyarankan untuk menggunakan sistem yang dibangunkan oleh Chris (Affiliate Project X) untuk mengautomasikan kebanyakan teknik yang diterangkan didalam e-buku Affiliate Rockstar. Chris hanya mengenakan yuran hosting sebanyak US$7.95 setiap bulan, termasuk 1 domain percuma dan setiap tool yang diperlukan.
Technorati Tags: affiliate, bintang rock affiliate, buat duit, Eric Rockefeller, cari duit, PPC, AdSense, SEO, perniagaan internet, Affiliate Rockstar Status
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










August 21st, 2007 at 5:17 pm
Tuah,
adakah ini bermakna guna content network site targeting utk site yg tinggi trafik dan releven dgn keyword kita? tapi bukan ke minimum cpc ialah 0.25? macammana nak dptkan bid serendah .01 tu yer?.. boleh share sikit tips.. TQVM
August 22nd, 2007 at 1:21 pm
pzi, bukan CPC tapi CPM (cost per thousand impressions) minima utk site targeted adalah $0.25. Maksudnya, setiap kali 1,000 impression kita dicaj hanya $0.25.
Setiap 1 impression hanya $0.00025. Jika 5% (atau 50) klik bermaksud kita hanya bayar $0.0125 bagi kesemua 5% klik utk setiap CPM.
Atau, utk overall cost per click adalah $0.25/50 = $0.005. Bukankah ini terlalu murah berbanding CPC?
p/s: min CPC adalah $0.01. Nak murah drp tu, jwpan nya adalah CPM!
August 22nd, 2007 at 1:55 pm
Thanks Tuah,
Mmg tak perasan ttg tu sebelum ni.. try googling dan dpt jawapannya..rasanya mmg menarik utk dipraktikkan dan kalau kena strateginya mmg boleh dpt profit yg lebih berbanding guna CPC.. betul tak??
Tapi kena pandai target site ye tak?
August 22nd, 2007 at 6:52 pm
yup, nak pandai kena try uji test dulu… mula2 je confuse
August 30th, 2007 at 11:11 pm
Affiliate Rockstar Status…
Affiliate Rockstar Status…
September 11th, 2007 at 10:36 pm
Cash Blitz Project…
…