Squidoo Kini Bukan Lagi Senjata Berkesan SEO
Beberapa bulan yang lepas segelintir affiliate untung besar setelah “lens” Squidoo mereka mendapat top 1 dalam senaraian ranking di Google untuk beberapa katakunci atau frasa yang sangat kompetitif.
Anda bayangkan untuk katakunci seperti “free ipod downloads” yang mempunyai lebih 200 juta laman pesaing di Google dapat dikalahkan dengan mudah oleh “lens” Squidoo kepunyaan seorang affiliate. Tanpa perlu melakukan usaha pengoptimaan SEO yang teruk.
Pakar SEO pun akan cuba mengelak untuk bersaing dengan katakunci kompetitif yang sebegitu!
“Lens” Squidoo merujuk kepada satu laman web yang anda terbitkan di Squidoo berdasarkan apa juga topik. Anda hanya perlu daftar di Squidoo sebagai lensmaster. Kemudian buka lens baru, pilih modul-modul yang disediakan seperti teks, links, rss, foto Flickr, video YouTube, lelongan eBay, senarai produk Amazon dan banyak lagi.
Setiap trafik yang datang dan melakukan tindakan tertentu seperti klik iklan AdSense, menyertai lelongan eBay atau membeli apa juga yang disediakan melalui modul tersebut, anda akan dibayar sebahagian komisen oleh Squidoo.
Seth Godin, ahli pemasaran terkenal melalui beberapa penulisan buku berbunyi kontroversi (saya amat meminati kaedah dan gaya penulisan beliau), mewujudkan Squidoo sebagai platform untuk setiap komuniti internet berkumpul, berkongsi info tetapi dalam masa yang sama dapat buat duit bersama.
Squidoo sebagai broker, anda sebagai penyumbang kandungan atau review dan pengiklan dapat peluang memasarkan produk mereka.
Tambahan, Google amat menyukai Squidoo ketika itu. Disebabkan faktor ini, setiap lens yang diterbitkan oleh lensmaster sering mendapat top SERP dalam Google.
Tidak dinafikan affiliate yang menjadi lensmaster Squidoo dengan menerbitkan beberapa topik berdasarkan katakunci yang kompetitif dan amat menguntungkan berjaya makan besar daripada ranking dan limpahan trafik organik yang datang.
Trafik organik bermaksud trafik percuma yang datang daripada hasil carian senaraian laman web di enjin carian. Untuk mendapat ranking tinggi sebolehnya top 10, anda perlu melakukan pengoptimaan SEO untuk laman web anda. Tetapi melalui lens Squidoo, usaha tersebut dapat dipermudahkan.
Kenapa top SERP dalam senaraian organik enjin carian amat penting?
Jawapannya, trafik percuma tanpa perlu anda bayar kos iklan. Trafik berbayar akan berhenti datang ke laman web anda sebaik sahaja iklan tersebut dihentikan.
Mentor SEO saya Brad Fallon dan Andy Jenkins, keduanya mempunyai stor e-dagang (e-commerce store) menggunakan taktik SEO dengan mensasarkan katakunci berkaitan pasaran mereka untuk top 5 SERP menikmati jualan jutaan dollar setiap bulan hasil daripada trafik organik percuma ini!
Malangnya, langit tidak selalunya cerah. Taktik SEO melalui Squidoo yang semakin popular menggoda segolongan spammers dan black-hatters untuk tumpang sekaki. Mereka membina pelbagai lens untuk mengaut keuntungan segera daripada pasaran yang kompetitif dan amat menguntungkan.
Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan adalah mewujudkan begitu banyak lens dan membuat keyword spamming. Kesannya, komuniti yang begitu dihargai di Squidoo ini tidak lagi dihormati Google. Ramai mula komplen.
Akhirnya Google yang amat menghargai komuniti internet terpaksa melakukan revisi setiap lens Squidoo yang telah di index dalam database mereka. Lens yang dapat top 1 di Google kini hilang dari senaraian top 10 dalam 1 malam. Dilaporkan juga, ada lens yang terus dibuang daripada senaraian.
Manakala lens yang baru akan di asingkan dalam Google sandbox dan senaraian supplemental.
Impian menjadi kaya cepat kini pudar. Ramai lensmaster yang akhirnya kini terpaksa menggigit jari kaki sendiri akibat penangan drastik daripada Google ini.
Lens eksperimentasi saya juga tidak terkecuali. Masuk supplemental results. Saya buat backlink daripada beberapa laman web saya yang ada PageRank tinggi ke lens tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, barulah ia kembali dalam senaraian organik. Kedudukan senaraian tidak begitu stabil.
Berikut adalah link untuk lens eksperimen Squidoo saya:
http://www.squidoo.com/cariduit
Apa sudah jadi?
Inilah situasi yang akan berlaku apabila Google blacklist sesuatu domain. Walaupun ianya laman autoriti, Google tetap raja. Hitam katanya maka hitam jadinya.
Secara ringkasnya, Squidoo bukan lagi satu senjata SEO yang ampuh. Ia kini dilayan sama rata. Anda perlu berusaha keras untuk mendapat top SERP dalam senaraian carian organik. Tiada lagi layanan istimewa seperti dulu.
Dan disebabkan ini jugalah, kebanyakan guru dan mereka yang buat duit banyak dalam pasaran mereka secara senyap lebih bersikap tertutup dengan taktik mereka. Dikhuatiri ditiru dan disalahguna oleh segelintir pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini.
Technorati Tags: untung besar, Squidoo, affiliate, SEO, buat duit, lensmaster
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










August 3rd, 2007 at 3:25 pm
menarik topik nih.. saya tak tau pula pasal squidoo ni.. dah baca baru la nampak sket..
August 3rd, 2007 at 6:57 pm
Hm, itula, Google dah start buat filtering untuk lens yang tak aktif. Saya buat lens bila nampak keyword2 tertentu yang masih tak didaftar di lens lagi. Kira macam beli domain jugak la, untuk masa depan,hehe Tapi mostly masih lagi kosong dan tak berisi lagi, cuma letak rss dari blog je, harap-harap tak kena delete la, untuk kegunaan masa depan.
Bak spammer ni pantang bila ada je peluang macam tu mesti tak lepas nya, huhu. Tapi bagi saya Squidoo ni bagus gak untuk kumpul list, TuahEmas ada kumpul list dr Squidoo?
August 3rd, 2007 at 10:32 pm
saya ada nampak IMers dan affiliate yg kumpul list. saya belum buat lagi.