Rahsia SEO Ranking #1 Di Google Dalam Beberapa Jam
Mustahil! Itu kata orang yang tidak tahu atau tidak pernah mencuba rahsia SEO ini.
Bagi saya pula ia bukanlah mustahil. Bagi David Beckham pula, impossible is nothing. Persoalannya berapa besar cabaran untuk dapat #1 atau paling kurang page 1 dalam ranking teratas Google?
Jika anda baca pos blog saya yang lepas mengenai trafik, dan anda lakukan carian di Google selepas beberapa jam ia diterbitkan, topik tersebut telah menduduki ranking #1 di Google (sebenarnya bukanlah blog ini, ianya laman proksi tetapi ia tetap membawa trafik ke laman ini).
Manakala ketika topik ini ditulis, blog ini kebanyakannya top 5 untuk kebanyakan katakunci sasaran.
Mendapat ranking top 5 di Google sudah memadai sebagai strategi SEO anda. Sebab bagi pakar SEO, senarai top 5 adalah “above the fold” atau bahagian paling atas di skrin. Kebanyakan pengguna internet amat malas untuk scroll ke bawah skrin.
Oleh itu, jika kesemua top 5 itu semuanya menghala satu arah ke laman web anda, bermaksud anda menguasai hampir lebih 80% trafik di internet.
Anda perlukan rahsia SEO?
SEO bukanlah suatu perkara yang kompleks. Jika anda tahu asasnya, sebenarnya mudah.
Perkara pokok dalam SEO adalah apa sebenarnya yang dikehendaki oleh enjin carian? Itulah jawapannya. Ia menjadi kompleks sebab terdapat banyak teori dan sangkaan pelbagai pihak berkenaan SEO.
Apa yang dikehendaki oleh enjin carian?
Mereka mahukan informasi. Internet wujud sebab manusia perlu bertukar maklumat atau kandungan atau informasi. Enjin carian wujud sebab mereka mahu memudahkan pengguna internet mencari informasi yang relevan. Satu bonus jika informasi tersebut terkini dan unik setiap satunya.
Tidak kira berapa kerap enjin carian menukar atau menaik-taraf algoritma carian mereka, tujuan asasnya masih sama.
Jika laman web anda selaras dengan tujuan asas ini, maka ia selamat dan nampak “natural”. Jika sebaliknya, berjaga-jaga sebab laman web anda mungkin akan ditangkap sedang mempraktikkan Black Hat SEO!
Bagaimana pula untuk mendapat top SERP?
Jika laman web anda telah menepati tujuan asas di atas, strategi SEO seterusnya adalah mendapatkan jaringan daripada laman luar ke laman anda, atau kita panggil backlink. Bukan backlink sembarangan, tetapi berkualiti tinggi.
Google mengiktiraf kualiti backlink menerusi beberapa kriteria - topik yang relevan, pagerank (PR) dan kandungan.
Kombinasi ini penting dan menentukan nilai sebenar kualiti backlink. Kualiti backlink daripada laman web yang mempunyai artikel minimum 50 patah perkataan lebih bernilai berbanding baclink daripada direktori web.
Bagaimana untuk mendapat ranking tinggi dengan segera?
Jika laman web anda mempunyai PR 7 dan ke atas, maka spider-bot yang bertanggungjawab melawat dan mengindex laman web anda akan datang setiap hari dan mungkin setiap beberapa jam. Jika PR laman anda kurang dari itu, gunalah proksi.
Tujuan proksi adalah untuk mempromosi laman web anda dengan menggunakan portal autoriti yang mempunyai trafik tinggi dan PR yang juga tinggi sebagai batu loncatan. Strategi termudah adalah menggunakan laman Social Bookmarking (SB) seperti Del.icio.us, Digg, Reddit dan seumpanya.
Apabila anda membuat bookmark dengan laman SB ini, secara tidak langsung anda membuat backlink yang berkualiti tinggi. Bayangkan dengan hanya 1 backlink berkualiti daripada laman yang mempunyai PR 7, kualitinya lebih bernilai berbanding daripada ribuan backlink daripada laman yang mempunyai PR 3 atau kurang!
Mengapa strategi SEO amat penting?
Jawapannya mudah. Mendapat ranking tinggi dalam enjin carian juga amat penting sama dengan kaedah pemasaran internet yang lain. Ianya adalah sumber trafik organik. Lebih 90% pengguna internet menggunakan enjin carian untuk pergi ke sesuatu laman web.
Strategi SEO digunakan untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan internet anda. Anda perlu ingat, sumber trafik berbayar melalui iklan akan berhenti sebaik sahaja anda berhenti membayar kosnya.
Manakala SEO pula sebagai kaedah tarik trafik web yang organik iaitu bersumberkan enjin carian. Trafik ini akan terus datang melawat laman web anda selagi laman anda tersenarai dalam index enjin carian.
Paling menarik mengenai taktik ini adalah ianya juga percuma!
Technorati Tags: rahsia SEO, SEO, trafik, enjin carian, strategi SEO, laman web, perniagaan internet, tarik trafik web
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap












September 4th, 2007 at 5:18 pm
boleh juga, tapi kena buat percubaan dulu. Sebab banyak taktik yang boleh digunakan. Tetapi kita cuba cara yang disediakan disini bagi senaraikan dalam seo.