Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap

Mengintip sebenarnya adalah satu proses yang amat penting dalam sesuatu perniagaan. Ianya memberi kelebihan kepada anda berbanding pesaing lain. Malahan, proses mengintip adalah satu kemestian yang mesti ada agar anda boleh untung dan seterusnya mendominasi pasaran anda!

Anda mungkin pernah menonton pelbagai rancangan drama TV mengenai ahli-ahli korporat yang bersaing saling menghantar pengintip atau penyiasat persendirian untuk membongkar apa juga rahsia mengenai pesaing atau musuh mereka.

Hal tersebut adalah realiti. Saya sendiri sewaktu berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta pernah menyandang tugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan (business development) yang tugasnya banyak berkisar mengenai business and competitive intelligent.

Kerjanya mengintip dan menganalisis produk, pasaran, prospek, rakan niaga dan pesaing. Termasuk juga menghidu peluang perniagaan yang wujud.

Saya masih teringat satu taktik yang saya pelajari daripada buku Sun Tzu bertajuk Art of Wars mengenai satu kemahiran yang perlu ada semasa berperang. Jika anda jelas dengan diri sendiri maka anda mempunyai 50% untuk menang. Tambahan, jika anda mengenali dengan jelas akan musuh anda maka kemenangan pasti milik mutlak anda.

Hujah beliau, jika terdapat dua pihak yang berperang mempunyai kekuatan, kemahiran, kepimpinan, teknologi dan kelebihan yang sama - hanya pihak yang mengetahui kekuatan dan kelemahan pihak lawan yang akan menang. Ini memang benar, sejarah membuktikan bahawa setiap tokoh perang atau empayar yang gagah sebenarnya hanya berperang dengan pihak lawan yang mereka sudah jelas lemah berbanding mereka.

Mereka tidak ambil risiko dan berperang secara membuta tuli. Mereka perlu tahu dengan jelas dengan siapa mereka akan berlawan dan apakah kekuatan dan kelemahan musuh. Tugas ini akan dipikul oleh pasukan pengintip mereka.

Dalam perniagaan internet, mengintip adalah proses pertama dan wajib anda lakukan. Jangan risau, anda tidak perlu mengupah seorang pengintip atau ahli penyiasat untuk melakukan tugas tersebut. Dengan teknologi internet, tugas mengintip menjadi amat mudah. Malahan, boleh diautomasikan oleh anda sendiri!

Contoh paling mudah, anda menggunakan overture untuk mengintip apa yang dicari oleh pengguna internet setiap hari. Kemudian, anda mengintip pula pengiklan untuk melihat adakah pasaran yang anda sasarkan menguntungkan atau sebaliknya. Dan begitulah seterusnya sehinggalah anda berpuas hati dan jelas dengan setiap informasi yang anda kumpulkan.

Saya mengenengahkan isu ini kerana kini ramai pihak mula menjual produk dan servis yang kononnya dapat membantu anda mengintip pasaran, pesaing dan seterusnya menghidu peluang yang ada dalam pasaran yang anda sasarkan.

Malahan, mereka mengenakan kadar harga atau yuran bulanan yang tinggi jika anda mahu menggunakan produk tersebut.

Antara produk yang popular ketika ini termasuklah AdSpy Pro, UnderCover Profits, Xtreme Conversions, XRay Domination dan seterusnya GoogleCash Detective.

Adakah ianya sekadar hype? Benarkah ianya amat berkesan?

Saya berkesempatan mencuba salah satu produk tersebut dan akhirnya meminta refund kerana kaedah menggunakannya terlalu teknikal dan penuh dengan bug. Kemudian, saya cuba membandingkan dengan produk lain yang mempunyai fungsi yang sama.

Kaedah paling berkesan untuk mengintip dan memahami produk lain adalah dengan membaca setiap thread forum daripada pengguna produk itu sendiri!

Secara teknikalnya; ya, ianya memang dapat menganalisa pasaran dengan mengintip aktiviti pengiklan melalui PPC. Anda hanya perlu memasukkan senarai keyword dan kemudian sistem tersebut akan merekodkan iklan dan link daripada PPC secara berkala bagi setiap keyword.

Teorinya, apabila selepas beberapa ketika jika iklan tersebut masih kekal melalui PPC maka pasaran dan produk tersebut berpotensi untuk anda buat duit. Disebabkan persekitaran PPC seperti AdWords amat kompetitif maka kebanyakan pengiklan akan tarik iklan mereka dalam suatu jangka masa jika tidak membawa untung.

Sistem tersebut akan membantu anda mengintip dan menganalisa setiap maklumat tersebut secara automatik.

Persoalannya adakah teori dan analisa tersebut 100% tepat?

Jawapannya sudah tentu tidak. Banyak faktor dan juga metrik yang perlu anda ambil kira. Tambahan, kebanyakan affiliate atau pengiklan di PPC tidak melakukan ujian dan tracking (Test & Track - TNT). Jika mereka buat pun, adakah mereka membuat TNT hingga ke tahap keyword?

Jawapannya juga tidak. Saya dapati masih ramai lagi pengiklan PPC tidak membuat TNT hingga ke tahap keyword. Saya hanya perlu melihat link iklan PPC mereka dan saya akan tahu sama ada mereka melakukan TNT ke tahap keyword atau tidak. Masih ramai pengiklan PPC hanya melakukan TNT pada tahap kempen, iklan dan surat jualan sahaja.

Kenapa?

Sebab kerja TNT hingga ke tahap keyword memerlukan anda memberikan ID unik bagi setiap keyword dalam setiap kumpulan iklan sesuatu kempen PPC. Ianya kerja yang amat melecehkan.

Anda bayangkan, jika anda mempunyai 100 keyword dalam setiap kempen PPC, maka anda memerlukan 100 URL dan ID unik bagi setiap keyword tersebut!

Maka secara ringkasnya, kebanyakan pengiklan PPC tidak sedar adakah sesuatu keyword itu menguntungkan atau sebaliknya kerana mereka tidak tahu. Mereka ada 100 keyword, mereka buat untung mungkin daripada 5% keyword tersebut tetapi mereka tidak tahu apakah 5% keyword tersebut. Maka, mereka bertindak untuk meneruskan sahaja iklan dengan mensasarkan kesemua 100 keyword tadi.

Jika nasib anda tidak baik, anda akan mengintip iklan mereka yang termasuk dalam baki 95% keyword yang tidak menguntungkan itu. Lebih parah, selepas menggunakan sistem pengintipan tadi anda pula berasa amat yakin bahawa keyword dan pasaran tersebut amat menguntungkan.

Anda pun pulun dan sanggup membayar kos tinggi untuk mengiklan pada keyword tersebut kerana anda yakin anda akan untung besar. Ini bukannya cerita rekaan. Ini adalah kisah serupa dan benar mengenai rakan siber saya yang menghubungi saya melalui satu forum menyatakan beliau kerugian US$5,000 sebulan dengan AdWords akibat ketamakan sendiri.

Jelas dengan penjelasan di atas?

Jadi, adakah produk yang mengautomasikan sistem pengintipan tersebut tidak berguna langsung untuk perniagaan internet anda?

Tidak, ianya masih berkesan dan membantu. Saya sendiri masih menggunakan satu perisian yang dapat melakukan tugas pengintipan ini dengan baik. Malahan, secara tidak sengaja adakalanya saya terjumpa beberapa program affiliate baru yang amat berpotensi sedang dipromosikan oleh pengiklan PPC.

Perisian ini tidak mahal berbanding 3 produk yang saya nyatakan di atas. Malahan, penggunaannya juga mudah. Saya telah menggunakannya untuk sekian lama mengintip pesaing-pesaing saya secara senyap.

Jadi, hari ini saya akan dedahkan satu rahsia kepada anda bagaimana untuk mengintip pesaing anda secara senyap.

Nak tahu?

Produk tersebut bernama Copernic Tracker.

Anda boleh melawat URL di bawah untuk info lanjut (tiada affiliate link):

http://www.copernic.com/en/products/tracker/

Lihat contoh gambarajah di bawah:

Dalam contoh di atas, saya melakukan pengintipan terhadap keyword “weight loss”, satu pasaran yang amat kompetitif tetapi amat lumayan. Hanya selepas beberapa minit pengintipan, saya dapat mengetahui berapa ramai pengiklan AdWords yang melakukan TNT dengan iklan mereka.

Kemudian, berapa tinggi tahap kompetitif keyword tersebut dengan melihat jumlah iklan dan pengiklan yang keluar masuk melalui perubahan links yang disenaraikan oleh tracker ini.

Bagi saya, produk ini sudah cukup untuk membantu saya membuat kerja-kerja pengintipan awal. Selebihnya, saya perlu membuat TNT tambahan sendiri untuk mengetahui dengan jelas tahap potensi sesuatu produk dan pasaran yang saya sasarkan.

Setiap informasi hanya untuk analisa dan sebagai bantuan kepada anda untuk membuat sesuatu keputusan. Seperti yang saya katakan, anda tidak akan tahu tahap potensi sesuatu pasaran jika anda sendiri tidak turun padang dan melihat dengan mata sendiri.

Nasihat saya, anda jadilah pengintip yang bijak.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

5 Responses to “Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap”

  1. tazamfn Says:

    terima kasih dengan ulasan ini memang banyak nampaknya saya kena belajar lagi. Saudara menyatakan tentang PPC. saya sebenarnya ada menggunakan keyword yoang saudara sebutkan (weight loss) untuk menjana pendapatan dari PPC tapi agak kurang ataupun boleh dikatakan tak ada klik langsung dari PPC untuk keyword tersebut mungkin cara penggunaannya salah..dengan info ni saya akan cuba semula.

  2. catz Says:

    erm, sy masih dlm usaha utk menjadi pengintip, terima kasih atas tunjuk ajar dr bro tuahemas. Meskipun masih diperingkat awal namun sy fhm apa yg ingin bro terangkan disini..

  3. Tuah Emas Says:

    penjelasan yg mungkin sedikit teknikal tetapi amat penting juga. kalau tak dpt tangkap takpe, ambil masa utk faham dan praktik :)

  4. 2ndcybernet Says:

    Thank u dengan memberikan pendedahan informasi sebegini. Sebenarnya ada banyak juga yang patut saya belajar disini.

  5. Robotys Says:

    salah satu tool yg saya selalu gunakan untuk mengintip: http://www.spyfu.com . mmg mudah, tapi perlu pandai2 sendiri analisis apa yg sedang berlaku. ;)

    ps: Jenuh belajar pasal PPC, rasa cam tak habis2.

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.