Pemasaran Internet Melalui Artikel - Berkesan Ke?

Tidak dinafikan pemasaran artikel (article marketing) adalah satu kaedah pemasaran internet terbaik untuk mempromosi laman web anda. Ia dapat menaikkan ranking di enjin carian (SERP) dalam masa yang singkat kerana sifatnya berbentuk pautan 1 hala (1 way linking) yang mana mempunyai nilai yang tertinggi berbanding kaedah linking yang lainnya.

Strategi ini mudah dan ringkas. Anda karang satu artikel, letak link ke laman web anda dibahagian “resource box”, kemudian hantar ke artikel direktori yang amat disayangi spider-bot enjin carian. Apa yang berlaku seterusnya, artikel anda akan disindiket oleh RSS direktori dan webmaster lain (yang malas nak update kandungan sendiri) secara meluas dalam masa yang singkat.

Voila! secara tidak langsung proses sindiket ini memberi faedah kepada semua pihak. Anda dapat 1 way link ke laman web anda, manakala webmaster lain dapat kandungan terkini untuk laman web mereka sendiri. Ianya berlaku secara automatik.

Tetapi, awas! benarkah ia begitu berkesan?

Masalah utama kepada strategi ini adalah kandungan yang berulang (duplicate content) di setiap laman web yang mensindiketkan artikel anda. Enjin carian kini amat tegas dalam menilai ranking bagi laman web yang mempunyai duplicate content.

Jadi, setiap link daripada laman web yang mempunyai duplicate content, nilai untuk link tersebut adalah teramat rendah. Ya, setiap link akan berkongsi PageRank dengan laman web yang dipautnya.

Nilai Link Rendah = Nilai PR Rendah = Kedudukan SERP Pun Rendah La…

Tambahan pula Google contohnya, telah mewujudkan bahagian Supplementary Results (SR) pada setiap senarai laman web carian. Jika kandungan laman web anda di dapati duplicate atau tidak relevan, maka laman tersebut akan dibuang daripada senaraian carian dan disumbat ke SR. Ini sudah tentu berita buruk kepada anda kerana tiada siapa akan jumpa laman web anda lagi.

Masalah lain yang wujud adalah Google Sandbox. Untuk pengetahuan anda, Google mempunyai akses ke maklumat domain melalui pendaftar domain. Maksudnya, Google boleh tahu siapakah gerangan tuan punya domain (meskipun anda ada WHOIS privacy) juga umur domain anda.

Google cuba mengatasi masalah link spamming. Satu kaedah yang dulunya amat berkesan untuk membina 1 way link secara besar-besaran melalui komen diblog.

Ianya masih berlaku hari ini. Tekniknya mudah, anda beli software yang boleh mengepos komen ke mana-mana blog yang wujud diinternet secara rawak. Dalam komen tadi anda masukkan link ke laman web anda.

Teknik ini memudahkan anda untuk mendapatkan 100 atau 1,000 “1 way link” dalam sehari. Jadi untuk mengatasi masalah ini, Google akan memantau jumlah link yang laman web anda terima setiap hari. Jika jumlahnya banyak dan meragukan, Google anggap anda menggunakan software. Mudah.

Google Sandbox amat mudah kena pada domain yang belum setahun jagung. Jika anda baru lancarkan laman web hari ini, kemudian anda sumbat sehingga 100 page dan cuba membuat link daripada luar bagi setiap 100 page tersebut, maka harapan untuk anda kena sandbox adalah 99%.

Kesannya, laman web anda akan di”sandboxkan” untuk satu jangkamasa berbulan lamanya. Tidak akan disenaraikan di dalam hasil carian selagi anda tidak dikeluarkan daripada sandbox tersebut.

Masalah Besar

Isu ini sebenarnya komplikated. Bayangkan jika anda seorang yang jujur dan lurus bendul. Anda seorang webmaster yang sentiasa mengemaskini kandungan laman web anda sendiri. Kandungan yang original.

Tiba-tiba, datang seorang mamat yang malas telah mempalagiat kandungan anda tanpa anda sedari. Adakah anda dikenakan penalti?

Jangan terkejut jika saya mengatakan anda mungkin boleh dikenakan penalti kerana orang lain mempalagiat kandungan original anda. Dan boleh jadi mamat tadi akan dapat ranking yang lebih tinggi daripada anda.

Google tidak pandang kepada sumber sebenar kandungan tersebut melalui tarikh. Tetapi Google menilai setiap kandungan laman web melalui relevansi kandungan dengan tema keseluruhan laman web anda.

Kita ambil contoh. Tema laman web anda adalah berkenaan bola sepak. Kemudian, anda termasukkan kandungan mengenai bebola ikan. Hmmm… mungkin anda cuba bercerita mengenai bebola ikan yang anda makan ketika menonton bola sepak. Namun, anda bercerita banyak mengenai bebola ikan dalam satu page.

Kemudian, laman web anda dilawati oleh seorang mamat. Mamat adalah webmaster kepada satu laman web yang bertemakan masakan Yong Tau Fu. Mamat tertarik dengan cerita anda mengenai bebola ikan tadi. Lalu, mamat mempalagiat kandungan tersebut ke laman webnya.

Teka, siapa akan dapat ranking tertinggi untuk carian “bebola ikan”. Anda jawab sendiri.

Ada Penyelesaian Tak?

Jika anda memilih untuk melakukan pemasaran artikel, berikut adalah saranan saya yang boleh anda pertimbangkan. Sebenarnya strategi ini saya belajar daripada StomperNet, satu coaching program yang disertai oleh semua pakar SEO kecuali Matt Cutts.

Anda perlu lakukan “article spinning“. Saya ambil contoh. Anda mengarang 1 artikel mengenai bebola ikan. Anda ingin menghantar artikel tersebut ke 20 direktori artikel. Anda perlu spin artikel tersebut menjadi 20 artikel yang bervariasi. Kandungan yang sama, tetapi penggunaan ayat, frasa, terma dan susunan berbeza-beza bagi setiap artikel.

Kemudian, hantar setiap artikel tadi 1 untuk 1 direktori artikel. Kaedah ini mungkin tidak dapat menyelesaikan isu duplicate content, tetapi anda berjaya mengurangkan kadar kandungan yang duplicate.

Kurang Duplicate = Nilai Link Tinggi = Nilai PR Tinggi = Kedudukan SERP tinggi

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

2 Responses to “Pemasaran Internet Melalui Artikel - Berkesan Ke?”

  1. syia Says:

    bagus artikel ini, sebab ala2 BUM marketing tapi kene berhati2 agar artikel kita walaupun sama isi tapi atleast ayat berlainan.

  2. affuan Says:

    pos yang menarik tuah emas.

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.