Nak Duit Segera? Jual Produk Yang Boleh Dijual

July 20th, 2007

Sebagai affiliate, sudah tentu anda ingin buat duit cepat daripada produk affiliate yang sememangnya boleh dijual. Jika tidak, anda sudah tentu tidak akan menjadi affiliate.

Affiliate adalah jalan singkat untuk anda didedahkan kepada perniagaan internet dan buat duit seberapa segera yang mungkin.

Masalahnya, bagaimana untuk kenalpasti produk yang boleh dijual? Atau, yang mudah dijual untuk duit segera?

Jawapannya, lihat dan kaji pasaran dan anda perlukan satu kemahiran untuk pilih produk yang mudah dijual.

Sebagai affiliate, anda perlu dimaklumkan dengan produk baru yang akan dilancarkan. Sebabnya, produk baru mempunyai peluang untuk dapat dijual dengan banyak sebelum pasaran menjadi tepu.

Namun, tidak semua produk baru boleh dijual dengan mudah. Ini fakta.

Jadi, sebagai affiliate anda perlu buat pemilihan produk yang betul-betul boleh dijual, meskipun ianya produk baru.

Beberapa kriteria adalah melihat prestasi pengeluar produk. Dalam konteks info-produk, penulis yang sememangnya telah terbukti hangat dan mempunyai kredibiliti dalam pasarannya. Contohnya, adalah lebih mudah menjual e-buku yang ditulis oleh John Reese berbanding penulis lain yang bernama John Doe.

Strategi lain untuk kenalpasti produk affiliate yang mudah dijual adalah dengan melihat apa yang sedang dibuat oleh affiliate yang lain. Cara ini dipraktikkan jika anda tidak mahu risiko untuk rugi kerana hilang duit pada kos pengiklanan.

Jangan reinvent the wheel. Biarkan orang lain buat dulu, dan anda sebagai affiliate yang bijak akan “mencuri” strategi mereka tanpa perlu risiko untuk tanggung kos untuk menguji adakah pasaran sasaran tersebut menguntungkan.

Strategi mudah adalah dengan memerhatikan iklan PPC AdWords affiliate. Jika iklan tersebut bertahan selama beberapa hari ke 1 minggu maka ianya produk yang menguntungkan untuk dipromosi oleh anda sebagai affiliate.

AdWords adalah platform pengiklanan PPC yang amat kompetitif. Kos bidaan PPC juga amat tinggi bagi kebanyakan pasaran. Jadi, kebanyakan pengiklan AdWords akan memberhentikan kempen PPC mereka dalam beberapa hari jika produk yang diiklankan tidak dapat dijual. Mudah bukan.

Namun, anda perlu ambil kira beberapa faktor sebelum memilih sesuatu produk untuk dipromosi. Jika produk tersebut dijual menggunakan Clickbank, maka anda boleh melihat refund rate produk terbabit. Lakukan carian di Google untuk mengetahui bagaimana mengenalpasti refund rate sesuatu produk affiliate.

Tidak guna juga kalau sesuatu produk dapat dijual dengan hangat tetapi kadar refund juga hangat. Ini dilema kebanyakan affiliate yang baru. Saya sering membaca keluhan beberapa affiliate yang gembiranya amat sekejap.

Semalam dah belanjakan $100 untuk 200 klik PPC berharga $0.50 dan berjaya membuat jualan 5 produk affiliate dengan jumlah komisen $37 setiap satunya. Secara kasarnya, affiliate terbabit dah buat untung bersih sebanyak $85.

Malangnya, hari ini apabila affiliate tersebut melihat laporan komisen terbaru, 3 produk telah di refund oleh pembeli menjadikan affiliate terbabit rugi bersih sebanyak $26!

Adakah anda biasa membaca senario begini? Inilah senario biasa dalam dunia affiliate. Sebab itu statistik menunjukkan hampir 95% affiliate gagal dalam membuat duit daripada komisen.

Nasihat saya, kaji dahulu dan buat ujian pasaran sebelum meletakkan lebih banyak duit untuk menanggung kos pengiklanan sesuatu produk affiliate yang anda ingin jualkan.

Tips tambahan, jangan jadikan AdWords sebagai sumber trafik utama anda. Perbanyakkan strategi lain. Yahoo, MSN dan beberapa PPC kecil yang lain juga efektif untuk tarik trafik.

Jadilah, affiliate yang bijak.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Membina Laman Web Dengan Hanya $2

July 19th, 2007

Ini bukan hype. Sebentar lagi saya akan berkongsi dengan anda satu lagi rahsia bagaimana untuk mendapatkan nama domain dan web hosting serendah $2 (atau RM6.8x) untuk laman web perniagaan internet anda.

(Nota: sebelum ini hanya babitkan kos serendah $1 tetapi syarikat berkenaan telah menamatkan promosi tersebut…)

Tambahan lagi anda mendapat harga tersebut daripada penyedia hosting antara terbaik di dunia. Bukan cikai punya.

Saya tidak mendapat apa-apa komisen daripada recommendation ini. Saya sendiri masih menggunakan khidmat penyedia hosting ini sehingga sekarang. Sebab itu saya tidak segan merekomen kepada anda.

Sebenarnya, rahsia ini masih belum diketahui ramai. Jika dahulu anda mungkin memerlukan minima $50++ untuk membuka satu laman web daripada penyedia hosting terbaik, kini anda boleh buka sehingga 25 laman web niaga anda dengan kos yang sama!

Segelintir ahli pemasaran yang bijak menggunakan peluang ini untuk membina laman web untuk mempromosikan produk affiliate secara malas. Ternyata mereka banyak buat untung daripada teknik ini sahaja.

Ewen Chia antara mentor saya yang telah mendedahkan rahsianya. Beliau buat untung dengan hanya memanipulasi nama domain mengikut nama produk. Lagipun kerjanya mudah - daftar nama domain, upload 1 laman web ringkas yang buat pre-sell dan tinggalkan.

Atau, anda boleh bina list anda sendiri melalui opt-in. Tawarkan hadiah percuma sebagai umpan.

Kalau anda malas lagi, boleh buat redirect page ke laman produk affiliate pilihan dengan menanamkan affiliate ID anda pada cookies pelawat.

Kemudian, anda akan dapat lihat bagaimana komisen affiliate anda bertambah setiap bulan.

Tapi, tidaklah adil untuk anda harapkan komisen yang banyak dengan menggunakan teknik ini melainkan jika anda bersungguh-sungguh mempromosikan laman web tersebut.

Bayangkan, jika 1 laman web tersebut berjaya memberikan komisen $30 sebulan, dengan 10 laman web yang lain maka secara malasnya anda akan menjana pendapatan sampingan sebanyak $300 secara pasif!

Tanpa perlu anda membuat apa-apa. Ini bukan khayalan. Saya sendiri telah mempraktikkannya ;)

Jika anda memerlukan satu penyelesaian untuk mendapatkan pendaftar domain dan penyedia hosting terbaik tetapi kos efektif seminima $2 sahaja, maka saya rekemen lakukan perkara berikut:

1) Pilih nama domain untuk .INFO (bukannya .com). Jangan pandang rendah pada .INFO. Kebanyakan prospek melihat domain .INFO sebagai laman web bebas. Bagus untuk tujuan review produk affiliate jika anda mahu.

Jika anda ketandusan idea untuk mendapatkan nama domain, ini satu lagi rahsia bagaimana saya mencari dan membuat koleksi domain. Gunakan khidmat Domainsbot.com!

Masukkan keyword dan DomainBot akan mencadangkan beberapa nama domain untuk anda pilih. Untuk menjimatkan masa, klik “Advanced Search”, pada “Extension:” pilih “.info” dan pada “Status:” pilih “Available” sahaja. Tukar setting lain jika perlu.

Senaraikan nama-nama domain yang menarik hati anda.

2) Pergi ke GoDaddy.com dan daftar nama tersebut. Ingat, anda hanya perlu daftar domain .INFO sahaja. Pendaftaran cuma $1.99 sahaja.

3) Selesai daftar nama domain tersebut, anda perlukan web hosting. Pergi ke HostGator.com. Atau, klik sahaja URL di bawah (tiada link affiliate, guna tinyURL sebab link dia panjang…):

http://tinyurl.com/2tzwzn

4) Pilih “I will use My Existing Domain and update My Nameservers only.” kemudian masukkan nama domain anda tadi dan “info” sebagai extension.

5) Langkah seterusnya, masukkan kod kupon “404PAGE” untuk menikmati $0.01 caj hosting bagi bulan pertama. Bulan-bulan seterusnya anda akan dicaj sebanyak $9.95 sebulan.

Jangan risau, anda ada masa sebulan untuk memulakan perniagaan internet dan buat untung untuk membayar kos setiap bulan berikutnya.

Ikuti setiap langkah yang perlu, masukkan info anda dan lengkapkan pembayaran.

6) Seterusnya, anda akan menerima maklumat Nameservers untuk point domain anda di GoDaddy tadi ke server hosting di HostGator. Catitkan. Contoh bentuk Nameservers adalah seperti di bawah:

nsxxx.websitewelcome.com
nsxxx.websitewelcome.com

7) Akhir sekali, anda perlu setting Nameservers atau DNS di GoDaddy. Login dan pergi ke “My Account”. Menu atas, klik “Domain” dan pilih “My Domain Names”. Anda perlu “Unlock” domain dan kemudian baru tukar setting DNS. Berikut adalah bantuan yang boleh anda rujuk:

7a) Unlock Domain:
http://help.godaddy.com/article.php?article_id=410

7b) Tukar setting DNS
http://help.godaddy.com/article.php?article_id=667
http://help.godaddy.com/article.php?article_id=664

Itu sahaja. Sekarang anda boleh memuat-naik fail yang berkaitan dengan laman web anda ke server HostGator. Sila semak e-mel untuk bantuan FTP atau chat dengan staff di LiveHelp. Mereka boleh membantu.

Selamat mencuba!

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Formula Buat Duit Lebih Banyak Di Internet

July 16th, 2007

Apabila anda telah mengecapi satu pengalaman yang pertama kali buat duit melalui internet, cabaran seterusnya adalah mengekalkannya.

Sampai satu tahap selepas anda berjaya membuat jualan secara konsisten dengan pendapatan yang stabil, maka akan wujud perasaan tamak di dalam hati.

Bagaimanakah untuk mendapat lebih banyak duit melalui perniagaan internet anda?

Perasaan tamak ini sebenarnya baik untuk perniagaan internet anda. Aplikasikan formula dan praktikkan strategi yang betul. Namun, biarlah tamak yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada semua pihak.

Hari ini saya akan kongsi satu rahsia penting. Rahsia yang hanya difahami oleh segelintir ahli pemasaran profesional dan berjaya.

Ia merupakan satu formula. Formula yang amat mudah dan ringkas. Tetapi, seringkali terlepas pandang oleh sebahagian besar usahawan internet.

Adakah anda juga salah seorang daripada mereka?

Jika tidak pasti, mari kita lihat apakah formula rahsia yang amat penting itu.

Saya mempelajarinya daripada seorang guru beberapa tahun lepas bernama Jay Abraham. Guru kepada guru. Seorang marketing wizard.

Saya mempraktikkan pada setiap strategi jualan produk saya. Dengan formula ini, saya tidak pernah rugi. Malahan saya seringkali dapat melipat gandakan keuntungan pada setiap jualan.

Ini bukanlah bermaksud saya tidak pernah rugi. Tetapi, secara kumulatifnya saya sebenarnya tidak rugi.

Jadi, hari ini saya akan berkongsi dengan anda. Teruskan membaca.

Terdapat 3 kaedah untuk anda buat duit dengan lebih banyak daripada setiap jualan anda:

1) Tambah senarai pelanggan anda
2) Tingkatkan saiz jualan purata bagi setiap pelanggan anda
3) Ulangi lebih banyak jualan produk kepada pelanggan tersebut

Hanya 3 kaedah asas sahaja. Ianya mudah dan ringkas, bukan?

Kita lihat contoh ringkas gabungan daripada formula tersebut.

Katakan anda berjaya menarik 100 orang pelanggan setahun. Secara puratanya setiap pelanggan akan membeli 4 kali setahun untuk produk berharga $47.

Jadi, pengiraannya adalah,

Jumlah pelanggan x purata jualan per pelanggan x jumlah transaksi setahun
= 100 x 4 x $47 = $18,800

Untuk dapatkan lebih banyak jualan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk buat lebih banyak duit adalah dengan meningkatkan nilai setiap pembolehubah di atas.

Maka, jika anda meningkatkan jumlah pelanggan, menawarkan lebih banyak produk sokongan (backend) dan meningkatkan sedikit harga produk, maka secara keseluruhannya hasil jualan anda juga akan meningkat secara eksponential!

Mari kita lihat contoh selanjutnya.

Anda menarik 50 pelanggan baru, menambah 2 lagi produk baru dan menaikkan $10 purata jualan. Maka, keseluruhannya berbanding contoh pertama di atas:

Jumlah pelanggan + 50 x purata jualan per pelanggan + 2 x jumlah transaksi setahun + $10
= (100+50) x (4+2) x ($47+$10) = $51,300

Anda nampak?

Hanya sedikit sahaja peningkatan bagi setiap nilai pembolehubah tersebut, anda akan berjaya melipat gandakan jualan dan keuntungan anda!

Dalam contoh kedua di atas, anda berjaya menggandakan jualan sebanyak 272%.

Anda sebenarnya tidak memerlukan formula yang begitu komplikated untuk berjaya dan kaya. Hanya perlu fokus dan tambah baik setiap metrik yang terlibat dengan perniagaan internet anda yang sedia ada.

Bak kata mat salleh,

“Less Is More”

Fahami formula asas ini dan saya berani jamin anda akan berjaya buat duit dengan lebih banyak lagi melalui perniagaan internet anda berbanding sebelum ini. Saya yakin sebab saya sendiri sentiasa mempraktikkan formula ini.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Inginkan Forum Sendiri Secara Percuma?

July 9th, 2007

Jika anda bercita-cita untuk mempunyai board forum anda sendiri, tetapi tidak mahu melabur duit untuk kos domain dan hosting; maka saya ada berita baik untuk anda!

Kini anda boleh mempunyai forum percuma. Ianya kepunyaan anda sendiri. Tiada muslihat.

Boardster.Net telah melancarkan satu servis percuma kepada webmaster yang ingin mempunyai forum sendiri. Boardster menggunakan enjin phpBB dan mereka menawarkan space tanpa had.

Tiada kekangan lain, anda masih boleh mempunyai kesemua features yang ada pada forum phpBB juga tanpa had.

Ini termasuklah untuk anda panel kawalan pentadbir, melantik MOD, menukar template, private messaging, poll dan sebagainya.

Perkara yang tidak kurang pentingnya adalah backup pangkalan data forum anda. Buat masa ini Boardster belum menyediakan kemudahan tersebut. Namun anda boleh menghubungi mereka untuk melakukan backup jikalau anda memerlukan data tersebut kerana perlu berpindah ke server sendiri.

Pendaftaran juga mudah. Pilih sub-folder forum anda, nama, deskripsi serta info login pentadbir dan siap.

Eh, sebelum itu anda perlu klik pada link pengesahan yang akan dihantar ke e-mel anda. Forum anda terus siap sedia untuk digunakan terus selepas selepas proses tersebut.

Bagaimana Boardster menanggung kos?

Jawapannya sudah tentu daripada iklan. Namun, tiada iklan yang membosankan seperti iklan popup.

Jika anda berminat untuk mencubanya, sila ke URL berikut:

http://boardster.net

Selamat berforum!

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Trick Untuk Iklan AdWords Percuma?

July 6th, 2007

Sehingga ke hari ini, produk bertajuk Get Google Ads Free (GAF) masih menjadi produk nombor 1 di Clickbank dalam kategori B2B. Tidak dinafikan, saya juga tiada masalah mempromosi produk ini sebagai affiliate.

Siapa sangka, anda boleh mendapatkan iklan promosi di PPC terutamanya Google AdWords secara percuma?

Saya dapati, punca GAF menjadi produk yang popular dan panas macam pisang goreng kerana 2 faktor.

Pertama, kontroversi. Penulis mencabar orang lain mencuba sistemnya dan buktikan taktik yang digunakannya tidak masuk akal. Meskipun begitu, penulis berjaya menolak keraguan prospeknya melalui testimonial yang positif, menyakinkan dan menyokong setiap kenyataan yang dibuatnya.

Kedua, hype. Tiada lagi informasi yang membincangkan hal sebegini. Siapa yang tak nak iklan percuma, terutamanya di Google?

Nota: hype = perkara yang dibesar-besarkan dan tidak masuk dek akal.

Lagipun, penulis menyatakan bahawa beliau sendiri telah berjaya menjana pendapatan sehingga $300 juta dengan menggunakan kaedah tersebut. Namun, tiada pula bukti yang penulis kemukakan untuk menyokong kenyataan tersebut.

Siapa yang tak nak buat duit juta-juta dengan hanya menggunakan laman web dan iklan PPC?

Secara keseluruhannya, tiada rahsia atau perkara baru dengan kaedah tersebut. Cuma, mungkin ramai yang tidak perasan atau terlepas pandang dengan kaedah tersebut secara terperinci kerana tiada guru yang membincangkannya secara khusus.

Penulis cuba memperincikan strategi menjana pendapatan daripada hartanah maya atau terma yang biasa kita dengar iaitu VRE (virtual real estate) yang dibawa oleh John Reese. Hartanah maya merujuk kepada laman web anda.

Anda mempunyai domain dan laman web. Maka, ianya hak mutlak anda dan sepatutnya anda perlu kreatif dalam memaksimakan penjanaan duit melaluinya. Strategi utama adalah melalui iklan banner.

Ianya mirip kepada teknik arbitrage, tetapi anda perlu menyediakan satu khidmat pengiklanan di laman web anda untuk menampung kos iklan PPC anda dan pendapatan selebihnya adalah untung. Kontranya, setiap jualan iklan sebenarnya dapat menampung setiap kos iklan PPC anda dan ianya kelihatan seperti percuma.

Penulis memperincikan strategi tersebut dengan menyatakan bagaimana untuk menetapkan caj iklan agar anda dapat membayar setiap kos iklan PPC anda.

Kebanyakan orang cuma tahu, untuk untung daripada iklan AdWords hanya terdapat beberapa kaedah yang biasa kita dengar. Ini termasuklah menjual produk sendiri, affiliate atau pun AdSense. Mungkin, beberapa iklan lain untuk buat duit dengan laman web anda sendiri seperti sewa link, buat review, Chitika, AdBrite, Kontera, AuctionAds dan yang sewaktu dengannya.

Siapa bilang produk yang berbaur hype tidak boleh dijual? Kena tengok strategi promosi dan jualan.

Bila membaca surat jualannya, saya teringatkan Rich Jerk. Cuma bezanya Rich Jerk mengguna pendekatan yang lebih kasar dan kontroversi. Tetapi, ianya terbukti berjaya kerana mereka tahu bagaimana untuk berdepan dengan persoalan dan keraguan yang datang dalam setiap kepala prospek mereka.

Saya percaya perang psikologi amat penting dalam mempraktikkan strategi jualan sebegini.

Begitu juga dengan e-buku GAF ini, ada beberapa fakta dan kenyataan yang saya ragui. Ianya berdasarkan pengalaman.

Tetapi penulis ternyata bijak men”cover”nya.

Apabila sampai ke point yang boleh mendatangkan keraguan, penulis dengan segera menyertakan salinan testimonial ditepi kenyataan tersebut. Seterusnya menutup sebarang keraguan dengan kenyataan lain yang dapat mencabar kewibawaan pembacanya di akhir sesuatu topik.

Patutlah peratus refund pun kurang.

Faktor lain yang saya nampak dapat meningkatkan jualan adalah kehadiran begitu banyak testimonial bebas daripada individu biasa yang tidak dikenali. Berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh ahli pemasaran lain yang lebih cenderung menggunakan testimonial daripada para guru dan ahli pemasaran lain yang dikenali.

Anda fikir sendiri. Jika diberikan 2 contoh kajian kes untuk anda jadikan sebagai bukti testimonial, manakah yang anda rasakan lebih berkesan?

Kes pertama, seorang pelanggan anda adalah seorang guru terkenal seperti John Reese telah mencuba kaedah dan strategi anda dan berjaya menjana RM1 juta.

Manakala seorang lagi Abu yang langsung tidak dikenali, bermula daripada kosong tetapi juga berjaya menjana RM1 juta selepas mencuba kaedah anda.

Prospek anda akan berfikir, bukan susah untuk guru terkenal seperti John Reese menjana pendapatan sehingga RM1 juta. Tak guna kaedah anda pun boleh dapat juta-juta. Betul tak?

Tetapi, prospek akan berasa lebih tercabar apabila mendapati orang yang datang dari ceruk entah mana seperti Abu boleh juga dapat RM1 juta. Abu adalah orang biasa seperti pospek-prospek anda yang lain. Mereka dalam situasi yang serupa. Tune gelombang otak pun sama.

Maka, ianya akan menjadi satu pendorong kuat dan lebih menyakinkan prospek anda. Hmm… lagipun bukan susah nak dapatkan testimonial daripada orang biasa, kan?

Kesimpulannya, membuat duit daripada iklan banner tidaklah semudah yang anda sangka. Jika ianya mudah dan amat menguntungkan, maka tidak popularlah AdSense kepada kebanyakan webmaster.

Banyak faktor yang perlu anda ambil kira sebelum memulakan khidmat menjual iklan banner di laman web anda. Antaranya termasuklah bukti trafik, pageview, ranking sama ada di PPC atau senaraian enjin carian organik dan tidak kurang penting, niche sasaran.

Kebanyakan ahli pemasaran juga tahu, pengiklanan melalui banner mempunyai kadar klik yang rendah. Juga kadar pengubah yang rendah. Tetapi, ianya masih berkesan sebagai alternatif pengiklanan. Penting untuk penjenamaan.

Ini disebabkan psikologi. Manusia dah kebal dengan iklan. Mereka akan abaikan apa juga bentuk iklan. Ada mental block. Melainkan anda kreatif merekabentuk iklan banner agar tidak nampak seperti iklan.

Antara trick yang licik adalah menggunakan ilustrasi plain text dan link. Atau, gunakan trick menggunakan menu kawalan tertentu seperti combo box dan button. Trick ni saya dapati amat berkesan sekali. Sudah jadi tabie setiap manusia untuk klik pada teks yang mengandungi link dan butang.

Saya sesekali tidak menegah kaedah yang dinyatakan oleh GAF ini. Ianya memang boleh dilakukan jika anda fokus. Anda perlu menyakinkan pengiklan bahawa keputusan mengiklankan banner mereka di laman web anda akan amat menguntungkan mereka. Beri sokongan bagi setiap point anda.

Tekankan nilai dan faedah yang mereka dapat. Lebih bagus jika anda berkongsi tips pengiklanan banner dengan mereka. Di atas tadi merupakan antara tips yang boleh anda kongsi. Tak rugi anda baca pos ini, kan?

Paling penting anda cuba dahulu baru tahu nanti.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.