Rahsia Menjadi Bintang Rock Affiliate Terbongkar?

August 16th, 2007

Anda sering mendengar terma super affiliate untuk mereka yang benar-benar makan duit besar daripada komisen affiliate. Bagaimana pula untuk terma bintang rock affiliate?

Adakah terma tersebut dilabelkan kepada affiliate yang juga buat duit besar daripada komisen?

Sudah tentu. Cuma terma terbaru ini datangnya daripada seorang Internet Marketer bernama Eric Rockefeller semalam.

Tidak dinafikan cari duit daripada usaha mempromosi produk orang lain merupakan satu kaedah paling pemalas pernah saya lakukan.

Anda bayangkan sendiri, anda mengimpikan untuk membuat duit segera tetapi terbantut kerana terbatas oleh sebab kekurangan modal, tiada produk, tiada rakan JV, tiada list dan tiada apa-apa. Jika anda mempunyai modal besar pun, banyak masa dan tenaga perlu dicurahkan jika anda cuba membuat produk sendiri.

Bukan kerja mudah. Anda perlu buat kajian pasaran, bangunkan produk, pengujian, pemasaran, pengurusan jualan dan khidmat sokongan. Jika anda ada pengalaman membangunkan produk sendiri, saya pasti anda faham situasi sebenarnya.

Buat duit daripada komisen affiliate adalah jawapan penyelesaian termudah kepada masalah tersebut.

Semalam, Eric baru sahaja melancarkan satu lagi e-book bertajuk Affiliate Rockstar Status. Jadi, hari ini saya berasa gembira untuk melakukan review kerana Eric telah membongkarkan salah satu rahsia yang hanya 1% affiliate sahaja tahu.

Lawati URL berikut untuk info lanjut:
http://www.affiliaterockstarstatus.com

Selak terus mukasurat 54 di bawah topik “Direct Linking (Next Gen)”. Eric telah ceritakan segalanya secara terperinci, langkah demi langkah.

Saya sendiri telah menggunakan teknik tersebut selepas mempelajari teknik PPC dan AdSense daripada seorang guru underground. Cuma saya terbalikkan kaedah yang dipelajari.

Apa yang boleh saya maklumkan, teknik tersebut memang amat berkesan.

Keuntungan yang boleh anda dapati daripada teknik ini sememangnya amat lumayan. Anda bayar kos PPC serendah $0.01 tetapi boleh dapat untung sehingga $100 secara purata bagi setiap 100 klik. Tambahan, trafik yang datang juga menggila.

Ini kerana anda mensasarkan iklan PPC anda pada laman autoriti yang sememangnya mempunyai top SERP dalam carian organik. Anda tidak perlu bersusah payah membangunkan laman web dan cuba melakukan pengoptimaan SEO demi mendapat top SERP. Hasilnya lambat dan memenatkan.

Juga, tidak perlu membayar lebih untuk meletakkan iklan banner pada laman web autoriti yang bertrafik tinggi.

Apa yang anda perlukan adalah leverage daripada trend semasa!

Orang ramai sibuk membuat SEO dan arbitrage demi buat untung daripada AdSense. Anda pula sebagai affiliate yang bestari akan leverage trend ini untuk mendapat keuntungan dengan memberikan sekelumit duit kepada golongan ini.

Jika anda ingin mengetahui rahsia tersebut, dapatkan e-buku ini.

Secara keseluruhan dan ringkas; selain teknik di atas, tiada rahsia baru. Setiap teknik yang diperlihatkan adalah sama dengan mana-mana teknik lain yang anda pelajari daripada super affiliate yang terdahulu.

Kuncinya, adalah membina list dan backend. Juga, kenalpasti setiap metrik dengan melakukan split test dan tracking bagi membezakan mana satu yang berkesan dan mana yang hanya membuang masa anda. Fokus kepada pemenang.

Lebih terperinci metrik yang anda buat, maka makin berkesan setiap teknik anda.

Tidak dinafikan, ramai beranggapan dengan mempromosi 100 produk sehari, dengan anggaran 60% membeli maka anda akan dapat 60 jualan setiap hari, bukan?

Jadi, jual dengan lebih banyak. Kejar kuantiti. Masalahnya, cara ini banyak makan masa dan banyak juga buang duit. Tidak berkesan langsung.

Sebagai affiliate, saya amat tidak bersetuju dengan kuantiti. Rahsia untuk berjaya sebagai affiliate adalah kualiti. Ingat prinsip Pareto 20/80?

Setiap 20% perkara yang anda lakukan akan memberi kesan kepada 80% hasil yang anda akan dapati. Berbanding menjual 100 produk yang OK sahaja, adalah lebih baik menjual 20 produk terbaik, berkualiti tinggi dan telah terbukti amat menguntungkan.

Fahami fakta sebenar. Mengapa anda sebagai affiliate perlu memfokuskan kepada kualiti?

Jawapannya kekangan masa. Kita manusia biasa yang hanya mempunyai 24 jam sehari, 8 jam untuk tidur, 4 jam makan, 4 jam dalam tandas, 4 jam bersosial dan akhirnya tinggal 4 jam sahaja untuk anda memfokuskan kepada perniagaan internet anda.

Jika anda bercita-cita untuk menjual 100 produk dengan agihan 1 jam untuk anda melakukan kajian, mencari produk, buat review dan melancarkan promosi untuk setiap produk; maka anda memerlukan 25 hari untuk menyelesaikannya. Hasilnya belum tentu menguntungkan, bukan?

Jadi, optimakan usaha dan masa anda dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Tambahan mengenai e-buku Affiliate Rockstar Status, terdapat satu teknik yang bagi saya sudah tidak relevan lagi. Eric menyarankan untuk menggunakan Squidoo sebagai salah satu teknik Nuking 2.0. Jika anda ingin mengetahui mengapa Squidoo bukan lagi senjata berkesan, rujuk semula pos saya yang lepas berkenaan Squidoo.

Akhir sekali Eric menyarankan untuk menggunakan sistem yang dibangunkan oleh Chris (Affiliate Project X) untuk mengautomasikan kebanyakan teknik yang diterangkan didalam e-buku Affiliate Rockstar. Chris hanya mengenakan yuran hosting sebanyak US$7.95 setiap bulan, termasuk 1 domain percuma dan setiap tool yang diperlukan.

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Menangani Pertikaian dan Refund Melalui PayPal

August 14th, 2007

Jika anda menerima pembayaran menerusi PayPal, salah satu masalah yang akan anda hadapi adalah permintaan refund daripada pelanggan. Ia merupakan satu situasi dimana pelanggan membuka kes dispute (pertikaian) atau membuat aduan kerana pelbagai sebab.

Jika anda belum menghadapi kes sebegitu, maka bersedialah. Permintaan refund (pengembalian wang) merupakan salah satu daripada proses urusniaga di internet. Tiada perniagaan internet yang sempurna.

Namun, hari ini saya akan berkongsi satu tips bagaimana untuk menangani masalah ini dengan bijak. Objektif anda hanya satu - memujuk pelanggan agar membatalkan hasrat mereka menuntut refund (pengembalian wang) daripada anda.

Setakat ini, saya sendiri mempunyai hampir 1.5% kes sebegitu. 1% berjaya diselesaikan cara baik dan selebihnya 0.5% saya kembalikan wang mereka dengan rela hati.

Sebaiknya, anda tidak perlu memanjangkan kes pertikaian ini kerana ianya tidak produktif kepada perniagaan internet. Lagipun, terdapat 2 jenis pelanggan yang perlu anda fahami.

Pertama jenis yang sememangnya inginkan produk anda secara percuma. Jadi, apa pun pujuk rayu yang anda buat tetap tidak akan dilayan oleh golongan ini. Mereka seboleh-bolehnya mahukan refund.

Tetapi, jangan risau. Jika terbukti anda telah menghubungi mereka dan melakukan khidmat sokongan sebaik mungkin sepanjang kes pertikaian tersebut, anda boleh bertindak memanjangkan pertikaian (escalate) kepada pihak PayPal. PayPal akan menilai semula setiap komunikasi yang anda lakukan sepanjang kes.

Sebaiknya, anda berkomunikasi melalui khidmat mesej melalui PayPal. Ini akan meningkatkan peratus untuk anda memenangi sesuatu kes pertikaian.

Jenis kedua, adalah pelanggan yang bermasalah dengan proses urusniaga anda. Sepanjang pengalaman saya terdapat 2 jenis masalah.

1) Produk tidak diterima (non-receipt)
2) Produk tidak seperti diiklankan (not as described)

Untuk mengatasi masalah ini terdapat beberapa tips ingin saya kongsikan dengan anda.

Anda perlu ingat bahawa anda sedang menghadapi pelanggan yang marah atau tidak berpuas hati dengan proses urusniaga anda. Jadi, hadapi mereka dengan tenang dan ceria.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan dahulu adalah mengenalpasti punca masalah.

Anda jangan lemah semangat, selalunya masalah ini berpunca daripada kegagalan proses automasi. Maksudnya, pelanggan anda telah membayar untuk produk anda tetapi tidak dibawa (redirect) ke laman akhir urusniaga.

Laman akhir ini selalu dirujuk sebagai “thank you page” atau selalunya laman muat-turun produk digital. Kegagalan ini boleh berpunca daripada setting anda, sistem PayPal dan pelanggan itu sendiri.

Semasa anda membuat button pembayaran, anda perlu setting laman redirect selepas selesai pelanggan membuat pembayaran. Sila semak semula dan lakukan ujian.

Adakalanya, setting anda sudah betul. Tetapi masih boleh berlaku kegagalan pada sistem PayPal. Masalah ini sering berlaku ketika waktu puncak atau PayPal sedang melakukan penyelenggaraan sistem mereka.

Kesilapan di pihak pelanggan juga boleh berlaku. Masalah yang sering saya hadapi adalah apabila komputer pelanggan menghadapi masalah. Juga boleh disebabkan oleh talian internet mereka yang terputus.

Lebih menyedihkan lagi, ada pelanggan yang tidak menamatkan proses urusniaga dengan lengkap. Ada pelanggan yang tertutup browser atau tidak mengikuti arahan yang disediakan seperti klik pada butang “Return To Merchant” selepas selesai membuat pembayaran (jika anda off auto return).

Selepas anda berjaya mengesan punca masalah, seterusnya adalah menghubungi semula pelanggan tersebut melalui sistem mesej dalam PayPal. Tindakan ini penting kerana jika anda bertindak untuk memanjangkan kes (escalate) pada masa akan datang, mesej-mesej ini akan dijadikan rujukan pihak PayPal.

Mesej anda perlu mempunyai isi-isi penting berikut:

  1. Ayat penghargaan kerana berurusniaga dengan anda (untuk menyejukkan hati mereka)
  2. Ayat yang menunjukkan simpati dan ambil berat dengan masalah mereka (anda amat ambil berat dan memahami perasaan mereka)
  3. Ayat yang menerangkan punca masalah tersebut berlaku (pelanggan akan faham dan belajar mengapa masalah boleh berlaku dan membuang label “scam” dalam minda mereka mengenai anda)
  4. Jalan penyelesaian kepada masalah mereka seperti memberikan link untuk download produk anda atau memproses pesanan dan penghantaran mereka dengan segera.
  5. Ayat meminta maaf. (pelanggan akan rasa dihargai)
  6. Hadiah, bonus tambahan atau penghargaan lain jika mereka bersetuju untuk menutup kes. Jangan lupa untuk menyatakan hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih kerana melaporkan masalah ini untuk anda memajukan sistem perniagaan anda.
  7. Jaminan akhir. Nyatakan bahawa jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu, anda akan mengembalikan wang mereka sepenuhnya. (membuang risiko serta merta jika mereka memberi perhatian kepada kes ini dan menunjukkan anda komited untuk kepuasan hati mereka)

Jangan risau, meskipun ayat nombor 7 itu berbunyi seperti hendak menyerah kalah tetapi percayalah setiap ayat di atas saya reka dan karangkan kerana berdasarkan faktor psikologi yang wujud dikalangan komuniti internet itu sendiri.

Sesiapa sahaja boleh menjual di internet. Sesiapa juga boleh menipu dan melakukan scam. Ianya amat mudah dan berlaku secara pantas.

Tugas anda adalah untuk membuang tanggapan negatif itu diminda pelanggan. Pastikan mereka menganggap anda sebagai satu entiti perniagaan yang sah dan jujur. Anda berniaga bukan semata-mata untuk duit, tetapi demi menyelesaikan masalah dan mewujudkan kepuasan kepada mereka.

Jika betul pun anda mata duitan, jangan terlalu menonjolkan sifat tersebut kepada mereka. Tunjukkan anda mengutamakan pelanggan dahulu, duit akan datang kemudian.

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Squidoo Kini Bukan Lagi Senjata Berkesan SEO

August 3rd, 2007

Beberapa bulan yang lepas segelintir affiliate untung besar setelah “lens” Squidoo mereka mendapat top 1 dalam senaraian ranking di Google untuk beberapa katakunci atau frasa yang sangat kompetitif.

Anda bayangkan untuk katakunci seperti “free ipod downloads” yang mempunyai lebih 200 juta laman pesaing di Google dapat dikalahkan dengan mudah oleh “lens” Squidoo kepunyaan seorang affiliate. Tanpa perlu melakukan usaha pengoptimaan SEO yang teruk.

Pakar SEO pun akan cuba mengelak untuk bersaing dengan katakunci kompetitif yang sebegitu!

null“Lens” Squidoo merujuk kepada satu laman web yang anda terbitkan di Squidoo berdasarkan apa juga topik. Anda hanya perlu daftar di Squidoo sebagai lensmaster. Kemudian buka lens baru, pilih modul-modul yang disediakan seperti teks, links, rss, foto Flickr, video YouTube, lelongan eBay, senarai produk Amazon dan banyak lagi.

Setiap trafik yang datang dan melakukan tindakan tertentu seperti klik iklan AdSense, menyertai lelongan eBay atau membeli apa juga yang disediakan melalui modul tersebut, anda akan dibayar sebahagian komisen oleh Squidoo.

Seth Godin, ahli pemasaran terkenal melalui beberapa penulisan buku berbunyi kontroversi (saya amat meminati kaedah dan gaya penulisan beliau), mewujudkan Squidoo sebagai platform untuk setiap komuniti internet berkumpul, berkongsi info tetapi dalam masa yang sama dapat buat duit bersama.

Squidoo sebagai broker, anda sebagai penyumbang kandungan atau review dan pengiklan dapat peluang memasarkan produk mereka.

Tambahan, Google amat menyukai Squidoo ketika itu. Disebabkan faktor ini, setiap lens yang diterbitkan oleh lensmaster sering mendapat top SERP dalam Google.

Tidak dinafikan affiliate yang menjadi lensmaster Squidoo dengan menerbitkan beberapa topik berdasarkan katakunci yang kompetitif dan amat menguntungkan berjaya makan besar daripada ranking dan limpahan trafik organik yang datang.

Trafik organik bermaksud trafik percuma yang datang daripada hasil carian senaraian laman web di enjin carian. Untuk mendapat ranking tinggi sebolehnya top 10, anda perlu melakukan pengoptimaan SEO untuk laman web anda. Tetapi melalui lens Squidoo, usaha tersebut dapat dipermudahkan.

Kenapa top SERP dalam senaraian organik enjin carian amat penting?

Jawapannya, trafik percuma tanpa perlu anda bayar kos iklan. Trafik berbayar akan berhenti datang ke laman web anda sebaik sahaja iklan tersebut dihentikan.

Mentor SEO saya Brad Fallon dan Andy Jenkins, keduanya mempunyai stor e-dagang (e-commerce store) menggunakan taktik SEO dengan mensasarkan katakunci berkaitan pasaran mereka untuk top 5 SERP menikmati jualan jutaan dollar setiap bulan hasil daripada trafik organik percuma ini!

Malangnya, langit tidak selalunya cerah. Taktik SEO melalui Squidoo yang semakin popular menggoda segolongan spammers dan black-hatters untuk tumpang sekaki. Mereka membina pelbagai lens untuk mengaut keuntungan segera daripada pasaran yang kompetitif dan amat menguntungkan.

Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan adalah mewujudkan begitu banyak lens dan membuat keyword spamming. Kesannya, komuniti yang begitu dihargai di Squidoo ini tidak lagi dihormati Google. Ramai mula komplen.

Akhirnya Google yang amat menghargai komuniti internet terpaksa melakukan revisi setiap lens Squidoo yang telah di index dalam database mereka. Lens yang dapat top 1 di Google kini hilang dari senaraian top 10 dalam 1 malam. Dilaporkan juga, ada lens yang terus dibuang daripada senaraian.

Manakala lens yang baru akan di asingkan dalam Google sandbox dan senaraian supplemental.

Impian menjadi kaya cepat kini pudar. Ramai lensmaster yang akhirnya kini terpaksa menggigit jari kaki sendiri akibat penangan drastik daripada Google ini.

Lens eksperimentasi saya juga tidak terkecuali. Masuk supplemental results. Saya buat backlink daripada beberapa laman web saya yang ada PageRank tinggi ke lens tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, barulah ia kembali dalam senaraian organik. Kedudukan senaraian tidak begitu stabil.

Berikut adalah link untuk lens eksperimen Squidoo saya:

http://www.squidoo.com/cariduit

Apa sudah jadi?

Inilah situasi yang akan berlaku apabila Google blacklist sesuatu domain. Walaupun ianya laman autoriti, Google tetap raja. Hitam katanya maka hitam jadinya.

Secara ringkasnya, Squidoo bukan lagi satu senjata SEO yang ampuh. Ia kini dilayan sama rata. Anda perlu berusaha keras untuk mendapat top SERP dalam senaraian carian organik. Tiada lagi layanan istimewa seperti dulu.

Dan disebabkan ini jugalah, kebanyakan guru dan mereka yang buat duit banyak dalam pasaran mereka secara senyap lebih bersikap tertutup dengan taktik mereka. Dikhuatiri ditiru dan disalahguna oleh segelintir pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini.

Technorati Tags: , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Lambakan Informasi, Keliru Untuk Bermula

July 30th, 2007

Internet menyebabkan ramai penggunanya mengalami satu sindrom dinamakan paralisis analisis. Anda tentu ingat saya pernah menyentuh hal ini suatu masa dahulu. Satu sindrom yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan malah kewangan anda!

Kepantasan komunikasi membolehkan maklumat disebarkan secara masa nyata. Jam ini ada seorang usahawan internet melancarkan produk barunya di kutub utara, anda di Malaysia akan mengetahuinya beberapa saat kemudian. Begitu pantas.

Ditambah pula dengan pelbagai lagi informasi terkini yang boleh anda dapati secara percuma di internet. Menyebabkan otak berasa tepu dek penangan lambakan pelbagai informasi yang baru anda hadam di dalam otak.

Dalam konteks mencari ilmu untuk memulakan perniagaan internet sendiri; kesannya, anda akan menjadi lumpuh secara maya dan fizikal. Keliru dan mati punca. Tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Saya cuba membawa kembali motto kegemaran saya.

Bermula sekarang, bermula kecil

Jangan jadikan kekurangan sebagai alasan untuk tidak memulakan tindakan. Jangan pula mengambil sikap menunggu sehingga ilmu betul-betul cukup tepu di dalam otak.

Kedua-dua situasi ini tidak membantu pun untuk anda lebih komited dengan usaha memulakan perniagaan internet anda.

Semalam dah jadi sejarah,
Esok masih misteri,
Hari Ini adalah anugerah

Sekarang adalah pasti. Semalam dah berlalu. Jangan pening kepala fikir apa yang bakal berlaku esok. Apa yang anda buat sekarang akan mendatangkan hasilnya esok.

Pernah dengar prinsip “butterfly effect”?

Ia merupakan satu fenomena di mana satu perubahan kecil dalam satu sistem yang kompleks boleh mendatangkan kesan besar di tempat lain. Contoh mudah, satu hayunan kepak rama-rama di Gombak boleh menyebabkan punca ribut taufan di Florida, Amerika.

Begitu juga dengan hidup anda. Perubahan kecil yang anda lakukan sekarang sebenarnya amat mencorakkan hasil yang besar pada masa depan anda nanti.

Jadi, fokuskan kepada apa yang anda ada sekarang! Kemudian mulakan. Bersedia untuk hadapi apa juga bentuk kegagalan. Ianya pasti sebab kegagalan adalah teman sejati kejayaan.

Sebagai teman sejati, kegagalan akan cuba menguji anda. Adakah anda benar-benar komited untuk mendominasi kejayaan yang anda impikan.

Pengalaman yang serupa apabila anda cuba memikat seorang teman impian hati. Bukan kerja mudah. Banyak persaingan dan batu api yang menanti.

Persoalannya, berapa pantas dan berapa kerap anda akan menghadapi kegagalan tersebut. Persisten atau usaha berterusan adalah perisai yang dapat mengalahkan kegagalan.

Semua tokoh berjaya yang anda kenal sekarang bermula daripada tiada atau serba kekurangan. Apa bezanya dengan anda?

Orang lain sibuk buat duit, anda pula sibuk buat alasan.

Nasihat saya kepada anda, cermin diri, pasang impian anda, fokus, rancang strategi lebih kurang dan terus bertindak. Sikap bertangguh pula sebenarnya menjurus anda kepada kemiskinan.

Perbaiki setiap tindakan dari semasa ke semasa. Kejayaan sebenarnya sudah hampir dengan anda. Ingat, hanya anda sahaja yang dapat mengubah diri sendiri.

Akhir kata, amati kata-kata berikut:

Untuk mencapai kejayaan, bukan berdasarkan kepada berapa banyak rahsia yang anda tahu, tetapi ia bergantung kepada berapa banyak usaha anda untuk bertindak.

Selamat berjaya!

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Ayat Berkuasa, Guru Juga Terperangkap

July 24th, 2007

Baru-baru ini saya mempromosikan satu produk resell yang saya nampak berpotensi untuk dipasarkan. Memang benar, produk tersebut dapat dijual dengan mudah.

Setiap hari sebelum memulakan kerja, saya akan semak rekod transaksi akaun untuk melihat prestasi jualan disamping email support jikalau terdapat pelanggan yang memerlukan bantuan.

Sedang saya menyemak senarai pelanggan, tidak disangka, kali ini saya dapat “menangkap” seorang guru pemasaran internet yang mempunyai nama besar untuk membeli produk tersebut!

Anda ingin tahu siapakah guru bertuah itu? Lihat screenshot:

Ya, Jason Mangrum. Orang yang bertanggungjawab membantu kejayaan Joe Vitale, Mike Filsaime, Mark Joyner, Marlon Sanders dan beberapa guru lain. Jason juga merupakan seorang copywriter yang mengenakan yuran profesional minima sebanyak US$9,997 untuk satu surat jualan.

Sebagai seorang copywriter, beliau sebenarnya amat kebal dengan sebarang bentuk iklan. Ayat power, ayat berkuasa atau ayat hipnotik adalah sinonim bagi beliau. Dengan hanya menulis satu surat jualan, beliau mampu menghasilkan jualan bernilai jutaan dollar pada satu-satu kempen.

Buktinya? Empat nama besar di atas merupakan guru dalam pemasaran internet. Nilai jualan mereka berjumlah jutaan dollar. Jason adalah antara copywriter yang telah membantu guru-guru ini.

Jason bukanlah tajuk utama untuk hari ini. Saya ingin mendedahkan kepada anda mengenai satu teknik yang saya dapati melalui eksperimentasi dan pengalaman sendiri mengarang headline iklan atau surat jualan yang benar-benar berkuasa.

Setiap kali mengarang iklan atau surat jualan, saya akan cuba memasukkan elemen ini untuk meningkatkan tahap keberkesanannya.

Di bawah ini merupakan screenshot sebahagian daripada senarai notifikasi jualan hasil daripada promosi terbaru saya sehingga waktu artikel ini ditulis. Ingin tahu rahsianya? Teruskan membaca.

Setakat ini, kesannya memang belum pernah menghampakan. Ianya memang terbukti sepanjang saya menulis beribu-ribu iklan semenjak beberapa tahun lepas. Bayangkan, setiap hari saya akan menulis paling kurang 5 iklan atau headline baru. Adakalanya mencecah hingga ke 50 iklan sehari.

Pelbagai kombinasi, namun OIO adalah yang paling berkesan!

Faktor OIO - Rahsia Menggandakan Jualan Anda

OIO adalah singkatan kepada “Orang Ikut Orang” yang saya labelkan sendiri untuk tujuan rujukan. Ia wujud hasil daripada terdapatnya satu tabie semulajadi manusia itu sendiri. Faktor psikologi ini jika anda fahami, maka anda boleh memanipulasi seseorang itu untuk mengikut kehendak anda.

Tidak semua orang mudah dimanipulasikan. Terutamanya bagi mereka yang boleh mengawal psikologi dalam diri mereka. Orang yang begini adalah golongan mereka yang berjaya dalam bidang mereka.

Namun, kebanyakan orang masih belum sedar.

Saya bagi contoh. Anda baca iklan di bawah:

“Rahsia Ini Terbukti Dapat Menjana Wang Sebanyak $5,000 Setiap Bulan”

Adakah anda rasa ianya cukup menyakinkan? Ya, mungkin bagi sesetengah orang. Bandingkan pula dengan contoh iklan di bawah:

“437 Pelanggan Kami Telah Membongkar Rahsia Ini. Kini, Pendapatan Mereka Mencecah $5,000 Setiap Bulan”

Kedua-dua contoh iklan di atas saya karang secara spontan. Untuk illustrasi sahaja. Jadi, jangan komen lebih-lebih.

Sepanjang eksperimentasi saya, iklan kedua akan memberikan kadar pengubah yang lebih tinggi. Kemudian, anda lanjutkan lagi penekanan OIO pada surat jualan. Saya jamin, jualan anda akan berganda sebab saya sendiri masih menggunakan taktik ini.

Jika tidak, masakan Jason Mangrum pun boleh terperangkap dengan iklan saya?

Penjelasan disebalik taktik OIO amat panjang. Namun, saya cuba ringkaskan.

Manusia ada sifat tamak dan takut. Tamak menyebabkan mereka tidak mahu rugi. Takut menyebabkan mereka tidak berani ambil risiko. Manusia sebolehnya mahu mengelak mencuba benda baru. Biarlah orang lain cuba dahulu, kalau betul berkesan barulah mereka ikut kemudian.

Sebabnya, sesuatu benda baru yang belum terbukti dengan jelas boleh mendatangkan banyak kerugian dan risiko. Ianya melibatkan kos wang, masa dan tenaga. Jadi, jika anda mahu produk anda boleh dijual dengan mudah, cari beberapa orang yang rela mengambil risiko dan mencuba produk anda dahulu.

Kemudian, dapatkan testimonial dan bukti sosial untuk menyakinkan prospek baru. Prospek akan terdorong untuk membeli produk anda kerana terpengaruh dan yakin dengan taktik OIO anda tadi.

Ini bukan perkara baru. Tetapi, jika anda fahami taktik ini maka terdapat banyak cara sebenarnya untuk anda manipulasi dengan mempraktikkan taktik OIO ini sebagai satu strategi pemasaran yang amat berkesan.

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.