Alternatif Pencarian Keyword

September 21st, 2007

Nampaknya Overture keyword suggestion tool sudah malas berfungsi. Sebelum ini Overture hanya menyenaraikan katakunci sehingga tahun 2006 sahaja. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, nampaknya tiada lagi senaraian katakunci daripada Overture.

null

Overture Bid Tool pula memang sudah lama menghilang.

null

Lebih malang lagi, dengan ketiadaan data daripada Overture, membuatkan sesetengah keyword tool yang hanya menggunakan Overture sebagai data asas, lumpuh sama sekali. Ini termasuklah tool seperti GoodKeywords dan AdWords Analyzer.

Manakala, 2 tool lain yang saya gunakan seperti Keyword Elite dan Keyword Analyzer masih boleh berfungsi kerana ianya mendapatkan senaraian katakunci daripada pelbagai sumber lain seperti Google Keyword External Tool, Wordtracker dan enjin carian meta yang lainnya.

Persoalannya sekarang kepada anda, apakah alternatif lain yang boleh digunakan untuk melakukan kajian katakunci secara percuma?

Jawapannya sudah tentu masih ada. Cuma, anda perlu lakukan sedikit kerja untuk mengorek lebih banyak lagi katakunci berkaitan. Berikut merupakan antara alternatif yang masih ada untuk anda:

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
http://freekeywords.wordtracker.com
http://www.keyworddiscovery.com/search.html
http://googspy.com
http://www.spyfu.com
http://adlab.msn.com/contextSim/Default.aspx
http://www.nichebotclassic.com/

Juga, jika anda memerlukan tool sokongan, lawati laman berikut:

http://www.gorank.com/seotools/ontology
http://tools.seobook.com/general/keyword

Menurut beberapa sumber, perkhidmatan Overture tidak akan ditamatkan. Tetapi, ia akan dinaiktaraf dengan tool yang baru dan lebih baik. Kita tunggu sahaja.

Technorati Tags: ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet

September 13th, 2007

Menjelangnya malam 1 Ramadhan 1428H, saya ingin mengambil kesempatan kepada semua usahawan internet beragama Islam untuk mengucapkan selamat berpuasa.

Siapa sangka, pejam celik kita dah pun menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2007.

Kepada para lelaki yang mengaku gagah diharapkan dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya tanpa alasan penyakit bermusim seperti gastrik. Ibadah berpuasa melatih umatnya berdisiplin.

Disiplin penting untuk memastikan kita fokus dan konsisten dalam apa jua yang kita lakukan.

Bulan Ramadhan bulan yang paling mulia. Setiap amalan dilipatgandakan pahala dan ganjaran. Diharapkan juga, anda dapat melipatgandakan usaha dan komitmen perniagaan internet anda.

Maklumlah tiada lagi masa untuk aktiviti makan minum mahupun membuang masa mengumpat orang lain di siang hari.

Akhir kata, selamat berpuasa!

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Operasi Mengepam Duit Internet

September 12th, 2007

Bagaimana jika anda diberikan satu rahsia bagaimana untuk mengepam duit internet masuk terus ke akaun bank anda? Kedengaran mustahil tetapi itulah kenyataan benar dunia serba maya ini. Anda perlukan strategi yang betul.

Strategi yang bagus adalah strategi yang ringkas. Ringkas itu lebih kata orang putih.

Selain itu, anda perlukan satu rahsia atau kaedah yang sesuai dipraktikkan sepanjang masa, bukannya bermusim.

Tidak dinafikan, kebanyakan strategi buat duit internet dengan pantas adalah bermusim. Lambat laun akan basi terutamanya jika disalahgunakan oleh para spammer dan black-hatter.

Jadi, apakah rahsianya untuk anda dapat buat duit di internet dengan stabil dan berkesan?

Jawapannya ada dalam e-buku yang baru dilancarkan bertajuk “Operation Money Pump” oleh seorang penulis yang tidak mahu dikenali bergelar Mr. X. Nampaknya, makin ramai undergrounder mula naik atas tanah untuk mendedahkan satu persatu rahsia mereka.

Untuk info lanjut, lawati URL berikut:

http://operationmoneypump.com

Hari ini nampaknya saya mempunyai masa untuk melakukan review selepas hampir 10 hari ianya berada di komputer saya.

Secara keseluruhannya, e-buku ini bagus dan berkualiti kandungannya. Ianya berkenaan strategi untuk para affiliate seperti anda membuat duit dengan berkesan. Meskipun, rata-rata kandungannya sama seperti e-buku yang lain saya pernah baca sebelum ini.

Saya pasti antara sebab mengapa prospek terdetik untuk membeli e-buku ini adalah kerana penulis mempunyai bukti beliau mampu menarik sehingga US$25,000 komisen jualan dalam sehari. Satu jumlah yang agak besar dan memakan masa berbulan-bulan bagi kebanyakan affiliate yang lain.

Cuma, saya rasa surat jualan beliau ada berbunyi hype. Saya bagi contoh dalam satu bulleted list surat jualannya, menyatakan bahawa e-bukunya akan mendedahkan satu strategi membunuh dengan menggunakan AdWords.

Hmm… PPC adalah topik kegemaran saya.

Apa yang saya dapati, dalam e-buku tersebut hanya menyatakan info asas mengenai PPC sepanjang 3 mukasurat sahaja, bukannya Google AdWords secara spesifik. Tiada langsung strategi unik yang boleh membunuh!

Apabila membaca e-buku ini samalah membaca e-buku berkenaan IM yang lainnya. Fundamental tetapi sebenarnya berkesan. Bezanya, penulis menekankan kepada kepentingan kualiti dan penjenamaan.

Meskipun anda seorang affiliate, anda perlukan branding. Ya, inilah salah satu rahsia yang saya pelajari daripada Mentor Affiliate saya Ewen Chia.

Antara topik lain yang menarik adalah mengenai list building, pembinaan list dengan menggunakan freebies (tawaran percuma). Memang benar fakta penulis, komuniti internet sekarang sudah maju dan savvy. Pelbagai teknik IM sudah pun mereka ketahui terutamanya tawaran hadiah percuma sebagai pertukaran nama dan e-mel.

Taktik tersebut sudah tepu dan basi. Memang benar sebab saya sendiri menggunakan taktik tersendiri dan unik. Unik dapat membezakan saya dengan pesaing saya yang lain. Anda juga perlukan taktik tersendiri.

Jika anda dan pesaing lain menggunakan taktik yang sama, apakah peluang untuk anda menarik pelawat menyertai list anda berbanding pesaing lainnya?

Sekali lagi saya tekankan. Kualiti dan penjenamaan. Adunkan bersama USP (Unique Selling Proposition) anda.

Kualiti bermaksud anda perlukan hadiah yang berkualiti tinggi untuk memancing pelawat laman web anda untuk memberikan nama dan emel mereka. Hadiah yang sudah tentu mempunyai perceived value yang tinggi diminda mereka. Kebanyakan IMer dan affiliate adalah pemalas.

Anda malas anda gagal, mudah.

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Kisahku Disebalik Merdeka

August 30th, 2007

Beberapa minit lagi akan tiba detik 12 malam 31hb Ogos 2007.

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 untuk semua rakyat Malaysia dan terutamanya usahawan internet kita. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjalankan perniagaan internet dengan aman, damai dan lancar tanpa perlu risau akan gangguan anasir negatif.

Anda wajib bersyukur dengan nikmat ini.

31hb Ogos juga mencatatkan sejarah peribadi buat saya. Ianya merupakan satu tarikh keramat. Saya merdeka daripada makan gaji lalu membuat satu transformasi hidup dan mendedikasikan sepenuhnya masa saya kepada perniagaan internet.

Meskipun mendapat tentangan hebat daripada pihak majikan, rakan dan keluarga; saya nekad. Saya keluar daripada zon selesa kehidupan meskipun berada dipuncak kerjaya dengan gaji yang lumayan. Lantas saya tidak lagi memberi ruang untuk menyesal dan berfikir dua kali.

Ya, ini merupakan cubaan ke-3 selepas 2 kali gagal dalam perniagaan sendiri sejak tahun 1999. Perniagaan pertama hanya bertahan beberapa bulan. Ditutup selepas kena tipu dengan rakan niaga luar. Akibat menjalankan urusniaga berdasarkan kepercayaan.

Perniagaan kedua nampak lebih maju sedikit. Kami bermula dengan menghasilkan satu portal perkhidmatan. Memandangkan kos pengurusan dan promosi tinggi, kami berjumpa dengan pelbagai Venture Capitalist, Malaysia, USA dan Jepun. Tiada pula VC yang sanggup melabur akibat penangan bibit dot bomb ketika itu.

Jadi, kami teruskan dengan plan B. Menyediakan khidmat outsourcing kepada klien korporat. Kali ini menjadi. Daripada berempat, kami berkembang menjadi 17 orang. Masyuk. Namun tidak lama. Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan banyak klien korporat kami menjadi liat apabila tiba waktu membayar perkhidmatan kami.

Bulan berganti bulan, akhirnya kami mengalami masalah kewangan serius. Saya dan pengarah syarikat lain terpaksa potong gaji semata-mata untuk menanggung kos operasi dan membayar gaji staff.

Akhirnya, selepas setahun perniagaan ke-2 terpaksa ditutup. Selepas staff dinasihatkan berhenti dan ada yang kami pindahkan ke syarikat klien.

Manakala saya dan rakan niaga lain balik ke kampung. Tersungkur dan termenung. Tiada lagi duit di poket. Lebih buruk lagi hidup ketika itu dibebani hutang kad kredit yang menggunung. Kereta pun nak kena tarik. Memang gelap.

Selepas sebulan bertapa di kampung, saya cekalkan hati dan tebalkan muka untuk bangkit semula. Tiada cara lain lagi. Saya perlukan JOB (Just Over Broke).

Jika anda ditempat saya, sudah tentu anda akan dapat rasa bagaimana tercalarnya maruah ketika itu. Dari seorang boss kini jadi seorang peon…

Saya menawarkan khidmat nasihat dan pemindahan teknologi untuk satu produk yang kami bangunkan untuk satu klien korporat kami dahulu. Selepas beberapa kali tawar menawar dan negotiation akhirnya saya diterima. Saya jual khidmat kemahiran saya kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, saya bekerja pada hujung minggu untuk satu lagi klien korporat sebagai perunding IT. Selama lebih 2 tahun saya bekerja 7 hari seminggu dan adakalanya tidak tidur seharian. Bayangkan setiap hari jumaat selesai waktu opis dengan majikan pertama saya perlu bergegas ke site sejauh 300km untuk memberikan khidmat rundingan dengan klien ke-2 keesokan paginya.

Selepas 2 tahun, barulah hidup saya stabil semula. Kini saya belajar daripada sejarah. Jangan buat sesuatu perkara secara membuta tuli. Mesti ada ilmu. Hindari risiko sebolehnya. Mesti ada plan B. Jangan kamikaze.

Memandangkan kerja saya sememangnya berkait dengan teknologi internet, secara tidak langsung saya mula terlihat bermacam peluang baru yang wujud di internet selepas kejatuhan dot bomb. Banyak kaedah buat duit secara online telah saya cuba ketika itu.

Dipendekkan cerita, pada 1hb Ogos 2005 selepas yakin akan peluang dengan perniagaan internet, saya meletakkan jawatan. Mengikut prosidur saya perlu memberikan notis 30 hari daripada tarikh perletakan.

Ketika rakyat Malaysia bergembira dan berpesta menyambut detik 12 malam 31hb Ogos 2005 itu, saya pula melangkah dengan semangat baru keluar daripada opis untuk perjuangan baru saya.

Begitulah secara ringkasnya episod suka duka kehidupan saya yang lampau. Dramatik. Memang manis untuk dikenang.

Saya telah mengalaminya. Anda bagaimana?

Jangan sesekali mengalah. Kalau jatuh, bangkit semula dengan segera tidak kira dengan apa juga cara. Kegagalan itu pasti. Kejayaan juga pasti selepas anda hadapi kegagalan.

Hidup kita di dunia ini amat pendek. Jangan benarkan sesiapa menghalang apa yang anda impikan.

Kini saya kembali menjadi seorang usahawan. Bezanya, kini saya adalah usahawan internet yang merdeka!

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap

August 28th, 2007

Mengintip sebenarnya adalah satu proses yang amat penting dalam sesuatu perniagaan. Ianya memberi kelebihan kepada anda berbanding pesaing lain. Malahan, proses mengintip adalah satu kemestian yang mesti ada agar anda boleh untung dan seterusnya mendominasi pasaran anda!

Anda mungkin pernah menonton pelbagai rancangan drama TV mengenai ahli-ahli korporat yang bersaing saling menghantar pengintip atau penyiasat persendirian untuk membongkar apa juga rahsia mengenai pesaing atau musuh mereka.

Hal tersebut adalah realiti. Saya sendiri sewaktu berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta pernah menyandang tugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan (business development) yang tugasnya banyak berkisar mengenai business and competitive intelligent.

Kerjanya mengintip dan menganalisis produk, pasaran, prospek, rakan niaga dan pesaing. Termasuk juga menghidu peluang perniagaan yang wujud.

Saya masih teringat satu taktik yang saya pelajari daripada buku Sun Tzu bertajuk Art of Wars mengenai satu kemahiran yang perlu ada semasa berperang. Jika anda jelas dengan diri sendiri maka anda mempunyai 50% untuk menang. Tambahan, jika anda mengenali dengan jelas akan musuh anda maka kemenangan pasti milik mutlak anda.

Hujah beliau, jika terdapat dua pihak yang berperang mempunyai kekuatan, kemahiran, kepimpinan, teknologi dan kelebihan yang sama - hanya pihak yang mengetahui kekuatan dan kelemahan pihak lawan yang akan menang. Ini memang benar, sejarah membuktikan bahawa setiap tokoh perang atau empayar yang gagah sebenarnya hanya berperang dengan pihak lawan yang mereka sudah jelas lemah berbanding mereka.

Mereka tidak ambil risiko dan berperang secara membuta tuli. Mereka perlu tahu dengan jelas dengan siapa mereka akan berlawan dan apakah kekuatan dan kelemahan musuh. Tugas ini akan dipikul oleh pasukan pengintip mereka.

Dalam perniagaan internet, mengintip adalah proses pertama dan wajib anda lakukan. Jangan risau, anda tidak perlu mengupah seorang pengintip atau ahli penyiasat untuk melakukan tugas tersebut. Dengan teknologi internet, tugas mengintip menjadi amat mudah. Malahan, boleh diautomasikan oleh anda sendiri!

Contoh paling mudah, anda menggunakan overture untuk mengintip apa yang dicari oleh pengguna internet setiap hari. Kemudian, anda mengintip pula pengiklan untuk melihat adakah pasaran yang anda sasarkan menguntungkan atau sebaliknya. Dan begitulah seterusnya sehinggalah anda berpuas hati dan jelas dengan setiap informasi yang anda kumpulkan.

Saya mengenengahkan isu ini kerana kini ramai pihak mula menjual produk dan servis yang kononnya dapat membantu anda mengintip pasaran, pesaing dan seterusnya menghidu peluang yang ada dalam pasaran yang anda sasarkan.

Malahan, mereka mengenakan kadar harga atau yuran bulanan yang tinggi jika anda mahu menggunakan produk tersebut.

Antara produk yang popular ketika ini termasuklah AdSpy Pro, UnderCover Profits, Xtreme Conversions, XRay Domination dan seterusnya GoogleCash Detective.

Adakah ianya sekadar hype? Benarkah ianya amat berkesan?

Saya berkesempatan mencuba salah satu produk tersebut dan akhirnya meminta refund kerana kaedah menggunakannya terlalu teknikal dan penuh dengan bug. Kemudian, saya cuba membandingkan dengan produk lain yang mempunyai fungsi yang sama.

Kaedah paling berkesan untuk mengintip dan memahami produk lain adalah dengan membaca setiap thread forum daripada pengguna produk itu sendiri!

Secara teknikalnya; ya, ianya memang dapat menganalisa pasaran dengan mengintip aktiviti pengiklan melalui PPC. Anda hanya perlu memasukkan senarai keyword dan kemudian sistem tersebut akan merekodkan iklan dan link daripada PPC secara berkala bagi setiap keyword.

Teorinya, apabila selepas beberapa ketika jika iklan tersebut masih kekal melalui PPC maka pasaran dan produk tersebut berpotensi untuk anda buat duit. Disebabkan persekitaran PPC seperti AdWords amat kompetitif maka kebanyakan pengiklan akan tarik iklan mereka dalam suatu jangka masa jika tidak membawa untung.

Sistem tersebut akan membantu anda mengintip dan menganalisa setiap maklumat tersebut secara automatik.

Persoalannya adakah teori dan analisa tersebut 100% tepat?

Jawapannya sudah tentu tidak. Banyak faktor dan juga metrik yang perlu anda ambil kira. Tambahan, kebanyakan affiliate atau pengiklan di PPC tidak melakukan ujian dan tracking (Test & Track - TNT). Jika mereka buat pun, adakah mereka membuat TNT hingga ke tahap keyword?

Jawapannya juga tidak. Saya dapati masih ramai lagi pengiklan PPC tidak membuat TNT hingga ke tahap keyword. Saya hanya perlu melihat link iklan PPC mereka dan saya akan tahu sama ada mereka melakukan TNT ke tahap keyword atau tidak. Masih ramai pengiklan PPC hanya melakukan TNT pada tahap kempen, iklan dan surat jualan sahaja.

Kenapa?

Sebab kerja TNT hingga ke tahap keyword memerlukan anda memberikan ID unik bagi setiap keyword dalam setiap kumpulan iklan sesuatu kempen PPC. Ianya kerja yang amat melecehkan.

Anda bayangkan, jika anda mempunyai 100 keyword dalam setiap kempen PPC, maka anda memerlukan 100 URL dan ID unik bagi setiap keyword tersebut!

Maka secara ringkasnya, kebanyakan pengiklan PPC tidak sedar adakah sesuatu keyword itu menguntungkan atau sebaliknya kerana mereka tidak tahu. Mereka ada 100 keyword, mereka buat untung mungkin daripada 5% keyword tersebut tetapi mereka tidak tahu apakah 5% keyword tersebut. Maka, mereka bertindak untuk meneruskan sahaja iklan dengan mensasarkan kesemua 100 keyword tadi.

Jika nasib anda tidak baik, anda akan mengintip iklan mereka yang termasuk dalam baki 95% keyword yang tidak menguntungkan itu. Lebih parah, selepas menggunakan sistem pengintipan tadi anda pula berasa amat yakin bahawa keyword dan pasaran tersebut amat menguntungkan.

Anda pun pulun dan sanggup membayar kos tinggi untuk mengiklan pada keyword tersebut kerana anda yakin anda akan untung besar. Ini bukannya cerita rekaan. Ini adalah kisah serupa dan benar mengenai rakan siber saya yang menghubungi saya melalui satu forum menyatakan beliau kerugian US$5,000 sebulan dengan AdWords akibat ketamakan sendiri.

Jelas dengan penjelasan di atas?

Jadi, adakah produk yang mengautomasikan sistem pengintipan tersebut tidak berguna langsung untuk perniagaan internet anda?

Tidak, ianya masih berkesan dan membantu. Saya sendiri masih menggunakan satu perisian yang dapat melakukan tugas pengintipan ini dengan baik. Malahan, secara tidak sengaja adakalanya saya terjumpa beberapa program affiliate baru yang amat berpotensi sedang dipromosikan oleh pengiklan PPC.

Perisian ini tidak mahal berbanding 3 produk yang saya nyatakan di atas. Malahan, penggunaannya juga mudah. Saya telah menggunakannya untuk sekian lama mengintip pesaing-pesaing saya secara senyap.

Jadi, hari ini saya akan dedahkan satu rahsia kepada anda bagaimana untuk mengintip pesaing anda secara senyap.

Nak tahu?

Produk tersebut bernama Copernic Tracker.

Anda boleh melawat URL di bawah untuk info lanjut (tiada affiliate link):

http://www.copernic.com/en/products/tracker/

Lihat contoh gambarajah di bawah:

Dalam contoh di atas, saya melakukan pengintipan terhadap keyword “weight loss”, satu pasaran yang amat kompetitif tetapi amat lumayan. Hanya selepas beberapa minit pengintipan, saya dapat mengetahui berapa ramai pengiklan AdWords yang melakukan TNT dengan iklan mereka.

Kemudian, berapa tinggi tahap kompetitif keyword tersebut dengan melihat jumlah iklan dan pengiklan yang keluar masuk melalui perubahan links yang disenaraikan oleh tracker ini.

Bagi saya, produk ini sudah cukup untuk membantu saya membuat kerja-kerja pengintipan awal. Selebihnya, saya perlu membuat TNT tambahan sendiri untuk mengetahui dengan jelas tahap potensi sesuatu produk dan pasaran yang saya sasarkan.

Setiap informasi hanya untuk analisa dan sebagai bantuan kepada anda untuk membuat sesuatu keputusan. Seperti yang saya katakan, anda tidak akan tahu tahap potensi sesuatu pasaran jika anda sendiri tidak turun padang dan melihat dengan mata sendiri.

Nasihat saya, anda jadilah pengintip yang bijak.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.