Mari Kita Makan Gajah

Jika anda seekor singa dan anda diberi peluang untuk makan seekor gajah yang bersaiz 10 ganda lebih besar daripada saiz anda; adakah anda akan makan dengan sekali ngap? Jawab sendiri.

Berfikiran besar memerlukan tindakan yang besar. Tindakan yang besar bukan bermaksud melaksanakan kesemua perancangan atau tindakan sekaligus. Atau, membelanjakan kesemua modal perniagaan anda sekaligus. Ia sebenarnya merangkumi idea, kederat, wang ringgit dan komitmen masa. Ia adalah pembolehubah untuk anda mendapatkan hasil yang anda ingini. Setiap daripada kita mempuyai impian untuk mendapatkan hasil yang tertentu. “Hasil” tersebut mempunyai saiz dan nilai mengikut persepsi sendiri. Gunakan pembolehubah tadi untuk mendapat hasil tersebut. Contoh, jika dalam kelas matematik, untuk mendapatkan “Hasil (H)” yang bersamaan 10, berapakah nilai pembolehubah untuk idea (I), kederat (K), wang (W) dan masa (M)?

H = I + K + W + M

boleh jadi, 10 = 2.5 + 2.5 + 2.5 + 2.5. Jika anda mempunyai wang yang sedikit, anda kena naikkan pembolehubah yang lain; 10 = 3 + 3 + 1 + 3. Asalkan hasilnya 10.

Ada kisah menarik untuk saya kongsi bersama anda. Kisah benar, bukan tipu punya. Kisah seorang pencuci kereta yang modalnya hanya sebuah basikal, sabun cuci, berus, kain dan baldi. Juga kos untuk kederat dan masa. Saya yakin, jika anda bekerja atau pernah berkunjung di beberapa kawasan yang pesat membangun di Petaling Jaya, mungkin anda pernah atau biasa bersua dengan orang yang saya ingin ceritakan ini.

4 tahun lepas saya pernah bekerja di PJ. Di situ terdapat seorang lelaki berbangsa India bernama Ramu (bukan nama sebenar), memakai singlet dan berseluar pendek membawa basikal dan peralatan mencuci kereta sentiasa sibuk membasuh kereta di kawasan parking. Tuan punya kereta tidak perlu menghantar kereta ke car wash dan membuang masa menunggu kereta mereka dicuci. Ramu akan mendekati anda dan menawarkan khidmat mencuci kereta selepas anda parking kereta di “kawasan” jajahannya. Atau, jika anda pekerja tetap di kawasan tersebut, beliau akan menawarkan pakej membasuh kereta 3 kali seminggu dengan harga RM15 sebulan. Setiap kali anda parking kereta di pejabat, kereta anda akan kekal bersih berkilat.

Pada mulanya, “wilayah jajahan” Ramu hanyalah di sekitar pejabat saya bekerja. Kemudian, beliau menjajah lagi ke kawasan berdekatan. Semakin lama, semakin luas jajahannya. Tetapi Ramu masih kekal bersinglet, berseluar pendek, berbasikal, membawa baldi dan peralatan basuhan.

Selepas 1 tahun, saya lihat beliau sudah mempunyai pekerja sendiri. Juga berbasikal dan juga membawa “mobile car wash kit (MCWK)” untuk apa yang saya gelarkan mewakili baldi dan peralatan basuhan kereta mereka. Manakala Ramu kini telah mempunyai lesen memandu dan sebuah motor cub yang digunakan untuk mengawal-selia pekerja-pekerjanya di “wilayah” HQ dan cawangan-cawangan yang lain. Imej berubah sedikit. Kini beliau memakai t-shirt dan berseluar slack. Kacak juga hero Bollywood ini.

Si Ramu
(Sekadar gambar hiasan)

Saya pendekkan cerita, kini perniagaan Ramu sudah maju. Beliau masih menjalankan aktiviti mencuci kereta menggunakan MCWK serta mempunyai 2 tapak car wash yang disewanya purata RM8,000 setiap satu dan setiap bulan di kawasan parking lain. Beliau semakin kacak. Poket semakin penuh. Saya yakin, Ramu berfikiran besar.

Ramu bermula dengan modal yang sangat kecil, jadi untuk mencapai hasil yang diingininya pada setiap tahap; beliau perlu memberi komitmen yang lebih besar kepada idea mencuci kereta menggunakan MCWK; curahan kederat untuk mengayuh basikal, membawa air dalam baldi serta mencuci kereta secara manual; juga beliau sanggup bersabar selama 4 tahun ini sebelum dapat mengupah pekerja dan meluaskan perniagaan menerusi tapak car wash yang lain.

Berfikiran besar, memerlukan tindakan yang besar. Dalam kes Ramu, tindakan besar juga termasuk mengorbankan rasa malu dan memberi komitmen dan kederat yang besar untuk maju daripada satu tahap ke tahap yang seterusnya. Beliau tahu ukuran baju dibadannya sendiri. Jika anda ngap gajah tadi sekaligus, maka hasilnya sama ada anda masuk hospital kerana mengalami kekejangan mulut atau mati tercekik.

Jadi, sesuaikan perancangan dan tindakan mengikut kemampuan.

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

3 Responses to “Mari Kita Makan Gajah”

  1. linn_comel Says:

    besh..best..cerita ni, ini yang dikatakan..start small finish big.. lagi besh..kalau takde hutang..

  2. surfaddict Says:

    di sekitar rumah saya di shah alam ni pun berlambak..dulu seorg sahaja skang dah ada tiga org…diaorg dtg awal pagi lagi…dan cuci beberapa kereta kat parking..Dulu conpius bangsa apa diaorg ni..sbb takut warga asing…rupanya..india..

  3. Mr. XXX Says:

    Memang seronok baca kisah benar….dan Ramu mmg kacak!!!hehe!!!

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.