Teknik SEO Lagi Bukti Top Ranking Di Google Dalam Beberapa Jam
Memang SEO tidak dapat dipisahkan daripada perniagaan internet. Anda memerlukan SEO kerana 90% pengguna internet mencari laman web anda daripada enjin carian. Seperti dalam pos saya sebelum ini, SEO bagi saya adalah priority ke-2.
Priority utama adalah tarik trafik serta-merta ke laman web anda menggunakan strategi lain terutamanya daripada laman Jaringan Sosial. Tujuannya, anda perlu mendapatkan keuntungan seberapa segera daripada trafik tersebut. Namun, jika laman web anda tersenarai sebagai top 5 SERP di Google dengan serta merta, ia merupakan satu bonus!
Rahsia SEO yang telah saya kongsi bersama anda dalam artikel sebelumnya bukanlah satu teknik SEO Black Hat. Ianya natural atau semulajadi. Tidak kira sama ada laman web anda masih baru atau mempunyai PR yang rendah sekalipun tetap mendapat manfaat daripadanya.
Buktinya, pos yang baru saya terbitkan beberapa jam yang lepas, sekali lagi telah mendapat top 3. Lihat bukti screenshot:
Jadi, jika anda berminat mempelajari teknik asas SEO yang saya telah saya paparkan sebentar tadi; praktikkan dan anda akan paham sendiri SEO bukanlah suatu perkara yang sukar. Apa yang anda perlukan adalah:
- Kandungan laman web yang terkini, unik dan relevan.
- Backlink daripada laman web yang berkualiti, relevan dan PR tinggi (sebolehnya PR 6 ke atas)
Anda Perlu Ketahui Rahsia SEO yang kedua ini!
Tips lain yang saya ingin kongsi bersama anda mengenai rahsia SEO yang terbukti adalah, cuba dapatkan top SERP untuk katakunci yang kurang kompetitif demi untuk mendapat top SERP untuk katakunci yang amat kompetitif.
Maksud prasa ayat di atas adalah - lebih baik anda cuba dapatkan top SERP untuk 100 katakunci yang kurang kompetitif berbanding anda membuang masa cuba mendapatkan top SERP untuk 1 katakunci yang amat kompetitif dalam pasaran internet anda. Secara tidak langsung dan apabila tiba masanya, anda pasti akan dapat memperbaiki kedudukan ranking laman web anda bagi katakunci yang amat kompetitif itu.
Taktik ini saya pelajari daripada seorang anak murid bagi seorang kawan baik Brad Fallon. Anak murid tersebut mempunyai laman perniagaan internet yang serupa dengan Brad. Brad mendapat ranking #1 untuk katakunci kompetitif bagi pasaran sasarannya untuk sekian lamanya manakala laman web si anak murid ini masih menduduki ranking lebih daripada 100 dalam Google. Tapi nasib Brad tidak selalunya cerah meskipun beliau seorang pakar SEO.
Namun, selepas beberapa bulan; laman web perniagaan anak murid ini mendapat ranking #1 secara senyap-senyap dan menolak terus laman web perniagaan Brad ke top 30 di Google dan semakin ke belakang sehingga kini. Untuk pengetahuan anda, dengan mendapat top 3 SERP untuk katakunci sasaran pasaran tersebut memberikan hasil pulangan jutaan dollar setahun bagi perniagaan internet mereka.
Rahsianya? Seperti yang telah saya dedahkan tadi. Dapatkan top ranking untuk kebanyakan katakunci yang kurang kompetitif. Selepas itu anda saksikan sendiri bagaimana mudahnya mendapatkan top SERP untuk katakunci kompetitif selepas itu.
Selamat mencuba!
Technorati Tags: perniagaan internet, SEO, laman web, tarik trafik, Google, teknik SEO, teknik, rahsia SEO, pasaran internet
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap











May 20th, 2007 at 3:49 pm
yerla…. tak sangka kita dok cerita benda yang sama… dalam report yang am tulis juga ada menerangkan cara teknik seo dalam mencari traffic yang bermutu…
January 3rd, 2009 at 1:48 pm
Saya sedang mendalami ilmu SEO ni. Terjumpa blog saudara, banyak yg beru saya ketahui. Terima kasih….