Tarik Trafik Web Berkualiti Untuk Perniagaan Internet Anda

Nampaknya, kita masih di dalam topik trafik web. Pelbagai kaedah untuk tarik trafik ke laman web anda. Namun, bergantung kepada objektif perniagaan internet anda. Tidak semua trafik web itu sama kualitinya. Lain sumber lain psikologi lain matlamat mereka.

Hari ini anda akan didedahkan mengenai kualiti trafik berdasarkan pengalaman dan eksperimentasi saya mengenai trafik web. Fokus kita hari ini, apakah tahap kualiti sesuatu trafik mengikut sumber yang berlainan.

Tarik trafik percuma atau berbayar?

Adakah berbayar itu semestinya berkualiti? Jawapannya sudah tentu tidak. Kalau anda tidak percaya boleh cuba sendiri.

Contoh jelas ialah sumber trafik berbayar tetapi tidak berkualiti, anda membeli senarai e-mel daripada broker e-mel. Anda bayar untuk sewa dan sebarkan kempen pemasaran internet anda kepada senarai ini, adakah ianya berkualiti?

Bergantung kepada banyak faktor. Antaranya usia senarai tersebut, berapa kali senarai tersebut telah diguna-pakai, cara e-mel tersebut dikumpul dan banyak lagi.

Kebanyakan broker nak untung cepat, mereka melakukan “harvesting” alamat e-mel yang ada kat laman web dan kumpulkan sebagai senarai e-mel mereka untuk disewakan. Awas, jika anda menggunakan khidmat broker sebegini, bukan sahaja anda akan kerugian malahan mungkin laman web anda akan digantung kerana tuan punya e-mel membuat laporan spamming.

Penyelesaiannya, lakukan kajian atau due-diligence dengan broker tersebut dahulu. Tidak bersalah bertanya dahulu.

Contoh trafik berbayar yang berkualiti dan mungkin tidak, kempen PPC menerusi AdWords. Bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenai pasaran dan strategi yang anda gunakan, ianya mungkin berkualiti tinggi dan adakalanya tidak berguna langsung.

Setakat ini, saya belum pernah rugi dalam kempen AdWords. Terbaik pernah saya lakukan, saya labur $10 dalam kempen AdWords dan trafik tersebut membawa untung bersih $30 atau 3 kali ganda. Manakala terburuk pernah saya lakukan 50-50, labur $10 untung bersih $10.

Namun, ada juga kenalan saya yang rugi besar. Dia labur $5,000 dalam kempen AdWords dan masih keuntungan $100. Kesian. Ni mesti kes nak kaya cepat.

Rahsianya, kenali pasaran dan pesaing anda. Bersikap konservatif, dan ketahui metrik setiap trafik anda. Bukan membuta-tuli atau anda bakal rugi. Contohnya, jika margin keuntungan produk yang saya jual adalah $30, maka nilai bid maksimum yang saya akan laburkan untuk AdWords adalah $0.30 sahaja. Jangan lebih.

Bagaimana saya menentukan bid maksimum saya? Nak tahu strategi saya? Baca tips akan datang ;)

Perkara yang saya belajar daripada banyak tokoh berjaya dan kaya, mereka amat konservatif. Bukan risk-taker. Mereka juga hanya ambil calculated-risk. Mereka paham dan jelas mengenai setiap risk. Jika 50-50 jangan ambil. Jika peratus kejayaan amat besar baru ambil. Nak kaya ni ambil masa juga.

Lainlah kalau mereka ini sudah dilahirkan kaya. Lahir-lahir je dah waris harta berbillion ringgit. Jadi, mereka tidak hargai sangat nilai wang tersebut. Maka, tiada masalah untuk hilang duit. Mereka ini juga risk-taker.

Berbeza dengan orang yang sentiasa pokai dan bankrap, kebanyakan mereka adalah risk-taker. Motto mereka, nak kaya cepat kena ambil risiko tinggi. Nampaknya mereka ambil nasihat daripada “guru” yang tidak sepatutnya.

Berbalik kepada metrik anda

Jika objektif anda untuk menjual sesuatu produk menerusi laman web niaga anda, maka anda perlu mengkaji dahulu psikologi pelawat, memantau aktiviti mereka dan paling penting dalam sesuatu perniagaan internet anda, ketahui metrik anda.

Saya ingin menjelaskan, metrik amat penting untuk kejayaan perniagaan internet anda. Lakukan ujian dan pantau setiap nilai metrik yang penting.

Jika anda semak semula pos lepas, saya ada menyentuh mengenai metrik. Kadar pengubah (KP) atau conversion rate trafik anda.

Nilai metrik KP dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya:

  • kredibiliti anda (adakah anda sudah dikenali atau dipercayai?)
  • penyelesaian atau faedah produk anda (adakah ia amat membantu prospek menyelesaikan masalah mereka?)
  • psikologi pelawat (adakah mereka datang untuk mencari produk percuma? membuat kajian? atau bersedia untuk membeli?)
  • surat jualan (ini juga faktor yang amat penting, ayat power dapat mempengaruhi minda dan mewujudkan desire untuk membeli walaupun prospek sebenarnya tidak memerlukan produk anda!)
  • harga (anda perlu kaji kadar harga dalam pasaran anda. juga amat dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas)
  • persediaan pasaran (tak guna anda menjual produk kepada pasaran yang tidak berduit, ini fakta)

Itu antara faktor yang dapat mengubah pelawat kepada prospek seterusnya prospek kepada pelanggan dan pelanggan kepada hyper-pelanggan (pelanggan yang gila membeli apa juga produk yang anda jual). Ada banyak faktor lain, tetapi itu antara yang saya ingat semasa saya menulis pos ini ;)

Kenali psikologi sumber trafik anda

Anda perlu paham pasaran anda. Anda juga perlu jelas bagaimana cara anda tarik trafik ke laman web anda. Kemudian sesuaikan dengan strategi yang sepatutnya anda gunakan di laman web niaga anda.

Terus terang apabila anda cuba menerokai pasaran baru, anda sebenarnya tidak tahu keadaan psikologi dan pattern pelawat yang ada dalam pasaran anda. Jadi, lakukan ujian berperingkat sebelum anda ingin melaburkan wang besar dalam sesuatu kempen pemasaran untuk mendapatkan trafik.

Sumber trafik web

Terdapat banyak kaedah untuk tarik trafik web, antaranya:

  • Business Networking
  • Iklan
  • Social Networking
  • Forum
  • Social Bookmarking
  • Enjin Carian

Ok, saya senaraikan kaedah di atas mengikut susunan, paling atas adalah yang paling cepat dan berkesan.

Business Networking merupakan sumber yang berdasarkan kawan atau kenalan anda. Mungkin anda jumpa prospek ini di suatu seminar atau majlis. Mereka kenal anda dan produk anda. Jika mereka berminat mereka akan melawat laman web anda dan mungkin terus membeli kerana mereka sudah percaya kepada anda. Ini merupakan trafik paling berkualiti dan terpantas.

Selain itu, rakan niaga atau JV. Mereka ini telah mempunyai senarai prospek dan pelanggan. Jika anda boleh “meminjam” atau membuat pertukaran senarai (list swap) dengan mereka, maka ianya juga berkualiti tinggi.

Iklan ada banyak cara. Kaedah paling berkesan dan terpantas serta memberikan trafik berkualiti adalah iklan PPC melalui enjin carian. Namun ia bergantung juga kepada sasaran katakunci dan copywriting anda! Kaedah iklan lain termasuklah banner, e-zine ads atau mungkin juga iklan secara offline di akhbar dan majalah.

Social networking saya ada terangkan pada pos lepas. Saya tidak nafikan ada sebilangan orang banyak membuat untung daripada kaedah ini. Namun, ianya memakan masa sedikit kerana psikologi kumpulan ini lebih fokus kepada ingin membuat kawan dan kenalan bukan menjual beli. Tapi, kualiti trafik daripada kaedah ini amat menguntungkan jika anda ingin cari duit daripada iklan AdSense atau CPA yang lain.

Pemasaran forum, kaedah ini ada dijelaskan oleh kenalan saya saudara Bitol dalam e-book bonus beliau MalaysiaPal. Saya rekemen anda untuk membacanya.

Social bookmarking lebih kepada kaedah mencuri trafik daripada laman autoriti yang sibuk seperti Digg, Technorati dan seumpamanya. Sesuai untuk AdSense.

Sumber trafik organik daripada enjin carian mempunyai kualiti yang bercampur aduk. Di sini anda perlu menggunakan strategi SEO. Ia memakan masa tetapi menguntungkan untuk jangka panjang.

Anda perlu menapis trafik untuk membezakan yang mana “happy clickers”, pencari maklumat atau produk percuma, yang membuat kajian (sedang membuat perbandingan dan mungkin pesaing anda) serta prospek.

Statistik menunjukkan hampir 90% trafik bersumberkan enjin carian. Jadi, selain kaedah berbayar, anda perlu memanfaatkan sama kaedah SEO untuk tarik trafik organik ini. Jika tidak, anda sebenarnya kehilangan 90% prospek yang menjadi punca keuntungan perniagaan internet anda!

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

One Response to “Tarik Trafik Web Berkualiti Untuk Perniagaan Internet Anda”

  1. azlina zakaria Says:

    a’kum saudara,

    saya telah ada 1 website seperti nama tertera di atas, saya mendapat tahu, dgn blogger kita bolah membuat pendapatan sampingan, saya kekurangan idea n tak tau cara-cara yang betul apa yg patut saya masukkan di dalam blog saya untuk menarik perhatian pelayar internet, dan saya teringin untuk mendapat pendapatan daripada blog saya

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.