Strategi Pemasaran Internet - Banyak Tidak

Topik hari ini berkisar mengenai satu asas strategi pemasaran internet berdasarkan satu kaedah tele-pemasaran.

Ali dan Abu adalah salesman sejati. Mereka menjual satu servis melalui kaedah tele-pemasaran, telefon prospek seorang demi seorang secara rawak. (Anda biasa dapat telefon daripada seseorang yang tidak dikenali cuba menjual kad keahlian percutian kepada anda? Itulah mereka…).

Mereka dapati setiap 100 orang yang mereka hubungi, puratanya 5 akan membeli produk mereka. Setiap bulan, Ali dapat menjual 5 produk manakala Abu dapat menjual 50 produk.

Persoalannya, mengapa Abu dapat 10 kali ganda jualan daripada Ali? Produk dan kaedah mereka sama, tetapi hasil pula yang berbeza.

Anda ingin mengetahui rahsia si Abu?

Kisah ini saya adaptasi daripada kisah benar.


Jawapannya terletak pada pengiraan formula yang disebutkan di atas. Ia hanyalah nombor.

Begini, setiap 100 prospek yang dihubungi, 5 akan membeli dan menjadi pelanggan. Formulanya:

100 prospek x 5% Kadar Pengubah = 5 pelanggan

Jika anda hendak mendapatkan jualan seperti si Abu, maka;

Jumlah Prospek x 5% = 50 pelanggan
Jumlah Prospek = 50 pelanggan / 5% = ?

Berapakah jumlah prospek si Abu? Jawapannya 1,000 orang.

Ya, kesimpulannya - setiap 100 prospek, 95 akan berkata TIDAK dan selebihnya 5 akan berkata YA. Maka anda perlu dapatkan lebih ramai prospek yang berkata TIDAK untuk menggandakan prospek yang akan berkata YA dengan produk atau servis anda.

Persoalannya, bagaimana untuk anda tahu Kadar Pengubah (Conversion Rate) laman web jualan anda? Seterusnya, baru dapat anda menggerakkan strategi pemasaran internet anda.

=================
KETAHUI METRIKS ANDA
=================

Tiada siapa pun akan tahu berapakah Kadar Pengubah laman web anda. Anda perlu mengenalpastinya sendiri. Caranya, lakukan ujian dan lakukan pemantauan bagi mendapatkan jumlah trafik yang datang ke laman web anda dan jumlah jualan bagi setiap trafik yang datang.

Daripada situ baru anda tahu Kadar Pengubah Purata laman web niaga anda. Mudah sahaja konsep ini. Cara termurah dan termudah adalah melalui data web statistik daripada hosting anda. Dapatkan jumlah unik hits untuk sekian tarikh, dan dibahagi dengan jumlah jualan dalam julat tarikh yang sama.

Contohnya, katakan pada 1/1/2007 hingga 30/1/2007 ada 100 hits unik yang datang. Dalam julat tarikh tersebut, terdapat 12 jualan berjaya diurusniagakan. Maka, Kadar Pengubah ketika itu adalah:

12 Jualan / 100 Hits Unik x 100% = 12% Kadar Pengubah

Jumlah Hits Unik adalah trafik yang melawat ke laman web anda. Ia diumpamakan seperti prospek.

===============================
KEMASKINI STRATEGI PEMASARAN INTERNET
===============================

Selepas anda jelas dengan Kadar Pengubah laman web anda, barulah strategi pemasaran dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar. Jika anda memerlukan 120 jumlah jualan pada bulan berikutnya, maka anda memerlukan:

Jumlah Hits Unik diperlukan untuk 120 Jualan = 120/12% = 1,000 Hits Unik

Jelas dengan konsep asas ini? Anda ada 2 pilihan untuk menggandakan jumlah jualan:

1) Gandakan jumlah trafik ke laman web anda
2) Naikkan Kadar Pengubah

Strategi (1) nampak jelas, tetapi strategi (2) memerlukan huraian pada topik dilain hari. Oleh itu kita jumpa lagi!

Selamat berjaya!

Technorati Tags: , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

4 Responses to “Strategi Pemasaran Internet - Banyak Tidak”

  1. syia Says:

    tips yg menarik.. kira kite luaskan skop.. utk dapatkan lebih success rate kan?

  2. Din Says:

    idea yg bagus. masa belajar dulu mktg ni paling bosan pasai x tau kepentingan

  3. Maizul Says:

    Maklumat yang menarik…….

  4. superdan Says:

    idea yg bagus utk masa depan
    superdanstar10.blogspot.com

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.