Rahsia Trafik Besar Ke Laman Perniagaan Internet Anda

Perniagaan internet tidak akan bermakna tanpa trafik. Laman web apabila dilancarkan umpama sebuah pulau terasing. Ada 2 cara untuk tarik pelawat, sama ada melakukan kempen pemasaran internet atau anda perlu minta bantuan Menteri Kerja Raya membina satu jambatan ke pulau anda itu.

Harap-harap, jambatan itu bersambung dengan sebuah pulau lain yang mempunyai populasi dan trafik yang amat tinggi. Atau, anda akan mengalami masalah untuk menjual seterusnya mandapat keuntungan untuk perniagaan internet impian anda.

Analogi itu saya gunakan untuk projek-projek web perniagaan internet saya.

Prinsipnya, sumber trafik web ada 3:

  1. Anda beli
  2. Anda pinjam
  3. Anda curi

Prinsipnya asas, cuma kaedah berbeza-beza. Namun, sama ada anda beli, pinjam atau curi; sumbernya sudah tentu daripada laman atau broker yang mempunyai trafik paling tinggi yang paling anda mampu.

SEO juga penting. Tetapi anda kena paham, SEO memakan masa. Jika anda gelojoh, SEO pun tak berguna kalau enjin carian dah “mark” laman anda membuat spamming atau kena penalti. Untuk pengetahuan anda juga, saya mempunyai pengalaman di mana laman web saya kena penalti atau sandbox dengan hanya 1 page sahaja di index selama lebih 4 bulan!

Jadi, apakah cara yang berkesan untuk mendapat trafik tinggi sekarang juga?

Saya ada beberapa jawapannya, dan hari ini saya akan mendedahkan salah satu rahsia saya bagaimana saya boleh menarik trafik sebanyak minimum 1,000 trafik unik sehari dan sehingga 1 juta page view sebulan serta merta untuk laman web baru saya beberapa bulan lepas.

Statistik terkini selepas lebih 1 bulan, laman tersebut mempunyai lebih 100,000 page view sehari dengan lebih 2,000 hits unik sehari. Itu menunjukkan lebih ramai pelawat baru dan lama “melekat” dan kadar lawatan setiap page juga telah meningkat.

Apabila anda dapat mencapai trafik sebanyak itu, seterusnya terpulanglah kepada kreativiti anda untuk monetize setiap trafik mengikut model perniagaan internet anda. Jika anda penerbit content, maka kaedah buat duit sudah tentu daripada pengiklanan seperti AdSense atau membuat pra-jualan produk affiliate.

Jika anda menjual produk, kaedah terbaik adalah memancing trafik tersebut untuk optin ke dalam senarai mel anda. Katakan laman web perniagaan internet anda mempunyai kadar pengubah sebanyak 30% yang akan optin, dengan 1,000 hits unik sehari anda akan dapat 300 prospek setiap hari!

Manakala untuk mencapai lebih 1 juta page view sebulan, anda memerlukan lebih banyak kandungan. Tidak kira sama ada anda wujudkan blog, forum mahu pun artikel sebagai cara untuk memancing setiap pelawat menetap dengan lebih lama di laman web anda.

Jadi, sebelum melancarkan laman web perniagaan internet anda, eloklah anda menyediakan kandungan yang unik dan menarik terlebih dahulu. Ingat, kita perlu USP masing-masing dalam apa jua perkara agar kita berbeza dengan orang lain. Jika anda tidak tahu apa itu USP, sila baca semula ebook saya.

Dengan adanya kandungan yang unik dan menarik, secara tidak langsung anda dapat manfaat untuk strategi SEO serta menarik lebih ramai pelawat “organik” (daripada enjin carian) datang ke laman web anda.

Seterusnya, hidangkan iklan sebagai cara untuk membuat duit. Terbaik setakat ini, iklan berbentuk CPA atau PPC seperti AdSense. Sebab, anda dapat duit serta merta selepas pelawat melakukan klik iklan di laman web anda.

Kita berbalik kepada sumber. Bagaimana saya dapat menarik trafik sebanyak itu dengan serta merta? Jawapannya sudah lama ada, tetapi tidak ramai yang ingin memanfaatkannya. Social Networking merupakan salah satu sumber kepada trafik besar ini.

Jaringan Sosial (JS) mungkin kedengarannya janggal. Tetapi saya pasti anda maklum dengan mySpace, Friendster, Orkut dan banyak lagi yang seumpamanya. Social networking (Jaringan Sosial - JS) merupakan tempat ramai remaja dan orang tua juga lepak cari kawan, rakan niaga dan terutamanya mencari teman.

Anda bayangkan, sejumlah billion dollar dibelanjakan setiap tahun oleh pengguna internet untuk menyertai kebanyakan dating site yang berlambak diinternet. Dengan adanya laman JS ini, dapat memberikan alternatif kepada golongan ini bersosial secara percuma. Anda perlu paham, manusia ini makhluk sosial. Mereka perlukan kawan dan teman.

Setakat ini, peratus yang menolak pelawaan saya untuk menjadi kawan siber menerusi JS amat kecil. Anda tidak perlu terburu-buru dengan membuat spam iklan tidak tentu pasal. Buat kawan dulu, bina satu hubungan yang menceriakan untuk mendapatkan satu tahap kepercayaan dan dari sini anda boleh membuat “soft selling” atau promosi secara lembut untuk menarik mereka melawat laman web anda.

Kaedah pemasaran begini dinamakan word of mouth (WOM). Ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang amat berkesan. Google juga telah menggunakan taktik sebegini dan anda dapat melihat kesannya sekarang bukan?

Kadar keberkesanan WOM bergantung kepada tahap hubungan dan kepercayaan seseorang. Jika kawan rapat anda memberitahu anda bahawa dia telah membeli produk A dan terbukti berkesan menyelesaikan masalahnya, adakah anda akan terpengaruh?

Adakah anda akan terpengaruh dengan kata-kata daripada seorang salesman asing yang tiba-tiba meluru kepada anda dan menjual produk A tersebut sebelum itu?

Tepuk dada dan tanya perut anda sendiri.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti trafik yang datang. Bukan pelawat asing, tetapi kawan siber anda yang datang. Mereka kenal anda dan mereka percaya kepada anda. Jadi, ini merupakan faktor terpenting mengapa mereka sanggup lepak lebih lama di laman web anda. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mengenali diri anda dengan lebih lanjut.

Jika anda hendak memastikan perniagaan internet anda berjaya, cari kawan ramai-ramai. Cuba tarik trafik banyak-banyak. Laman JS ini sebenarnya memudahkan tujuan itu. Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan pencarian kawan dan rakan niaga anda di situ sekarang juga!

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

2 Responses to “Rahsia Trafik Besar Ke Laman Perniagaan Internet Anda”

  1. Komenku Says:

    mangkuk ni penipu pasal web trafik dia…..cuba korang semak kat alexa……..

  2. kumor Says:

    uhhh ada ke beliau ni bg tips??? mcm lari tajuk. apa yg aku nak tau takder kat sini

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.