Rahsia Adwords Untuk Keuntungan Maksima!
Hari ini kita teruskan dengan bahagian yang paling menarik, sambungan topik semalam mengenai strategi dan rahsia AdWords. Bagaimana nak untung besar dengan AdWords?
Jangan baca bahagian ini jika anda memang suka rugi atau suka ambil risiko tinggi untuk rugi besar
Selain strategi pemasaran lain yang percuma, anda sepatutnya memasukkan kaedah iklan melalui PPC seperti AdWords jika anda mempunyai modal. Namun, tak perlu risau kerana AdWords menggunakan pelan pasca-bayar, guna dulu bayar kemudian.
Sebenarnya, saya telah pun mendedahkan kepada anda beberapa strategi melalui 5 prinsip asas semalam. Namun ada satu lagi rahsia yang perlu anda tahu. Ianya bakal mengubah cara anda “bermain” dengan kempen AdWords ini dan untung besar, takkan rugi, dijamin!
Saya dapat idea ini selepas mengikuti beberapa workshop dan seminar mengenai pelaburan. Antara seminar yang menarik perhatian saya adalah strategi yang digunakan dalam Swing Trading, berbeza dengan kaedah “Buy and Hold”.
Swing Trading lebih menumpukan kepada saham yang berkualiti dan mempunyai trend naik turun berulang sepanjang masa. Statistik prestasi sebelumnya membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli, menunggu atau menjual saham tersebut dalam jangka pendek dan untung. Jika rugi pun anda takkan rugi besar. Kumulatifnya anda tetap untung.
Jadi, saya praktikkan strategi yang sama dalam semua kempen AdWords saya. Setakat ini saya belum rugi besar lagi. Kalau rugi pun kecil, boleh la kira break-even.
Strategi Harga Siling
Anda perlu jelas dengan kos bid maksimum. Kaedah konservatif adalah, dapatkan jumlah margin keuntungan bersih anda dibahagi 100. Maka anda dapat jumlah bid maksimum yang selamat. Itu adalah harga siling anda. Jangan bid melebihi nilai ini atau anda akan rugi besar.
Contohnya, saya nak promosi satu produk affiliate berharga $97. Komisen bersih saya lepas tolak fee itu ini katakan $60. Jadi $60/100 = $0.60. Jadi, kos bid maksimum yang selamat adalah $0.60 atau lebih rendah.
Kenapa? Selepas menilai sesuatu produk mengikut 5 prinsip asas sebelum ini, sepatutnya untuk setiap 100 trafik yang datang 3 akan beli. Worst case scenario pun 1 daripada 100 akan beli. Jika ini terjadi anda break-even. Tapi jika 2 pelawat dan ke atas beli, anda sudah untung.
Kalau dah 100 orang datang tapi tiada seaorang pun yang beli bermakna ada 2 sebab:
- Produk atau surat jualan hampeh…
- Anda salah sasarkan trafik sasaran. Faktor mungkin trafik yang terlalu umum atau dalam dua “mode” pertama selain mode “membeli” yang dinyatakan semalam.
Jika selepas 100 klik tiada orang membeli, anda boleh pause kempen AdWords tersebut. Anda boleh menunggu untuk satu jangkamasa dan menilai semula strategi anda atau tunggu awal bulan ketika kebanyakan orang di dunia menerima gaji.
Jika tidak, rugi la. Sebab tu, anda kena paham dan jelas dengan 5 prinsip asas semalam.
Strategi 1 untuk 1
Berbalik kepada contoh di atas, bagi saya strategi di atas masih belum terlalu konservatif. Saya tamak. Mesti nak untung besar tapi selamat, ye tak?
Jadi, saya buat satu peraturan. Untuk setiap $1 yang saya laburkan dalam AdWords mesti beri saya untung bersih $1 balik. Maka, nak pendekkan cerita, untuk memenuhi matlamat strategi ini, anda dikehendaki bahagi 2 dengan harga siling tadi.
Contoh, bid maksima di atas adalah $0.60. Maka bahagi 2 kita dapat $0.30. Jadi harga siling paling selamat adalah $0.30.
Untuk 100 klik saya perlu bayar $30 kepada AdWords (bid per klik $0.30 x 100 klik). Dalam 100 pelawat, 1 akan beli dan saya dapat komisen $60, lepas tolak kos AdWords $30 tadi, maka untung bersih saya adalah $30.
untuk setiap $1 saya bayar untuk AdWords, saya akan dapat semula untung bersih sebanyak $1. Jadi, 1 untuk 1.
Jelas? Jika tidak, ambil pen dan kertas dan baca semula serta catit semula strategi penting yang telah saya terangkan di atas.
Namun, anda perlu ingat bahawa strategi ini sebagai sandaran sahaja untuk membantu anda membuat keputusan. Adakalanya mengikut situasi anda boleh lajakkan sedikit bajet bid maksimum jika anda sudah mula membuat untung.
Contohnya, dalam kes strategi 1 untuk 1, kos bid konservatif adalah $0.30. Apabila sebelum menjelang trafik yang ke 100, 2 produk telah dijual bermakna saya sudah untung 3 kali ganda (2 produk x $60 komisen - $30 kos AdWords), maka apa salahnya saya naikkan sedikit bid maksimum untuk dapatkan ranking yang lebih baik dalam kedudukan iklan.
Tips Tambahan AdWords
Ini tips yang mungkin anda biasa dengar. Kalau boleh dapatkan ranking iklan 5 ke atas. Kerana kedudukan iklan AdWords anda berada dalam bahagian “above the fold” iaitu kedudukan paling atas skrin. Manusia ni selalunya malas nak scroll skrin sampai ke bawah.
Elakkan bid kedudukan 2 ke atas kecualilah anda seorang sahaja yang mengiklan. Sebab, selalu kedudukan 2 ke atas selalu menjadi mangsa “happy clickers” iaitu golongan manusia yang memang berasa gembira apabila dapat klik sesuatu link atau iklan tanpa sebab yang boleh ditafsirkan.
Adakalanya saya bid untuk ranking iklan 8 ke atas jika pasaran kompetitif. Semakin bawah maka semakin kurang klik tetapi CTR anda akan tinggi, relevancy tinggi dan kadar pengubah juga tinggi. Selepas beberapa ketika selepas nilai CTR anda tinggi, boleh lah bid untuk kedudukan yang lebih tinggi dengan kos yang lebih rendah berbanding pesaing anda!
(AdWords akan beri penghargaan dengan memberi diskaun kepada bid maksimum anda untuk katakunci yang mempunyai CTR tinggi)
Rumusan dan Kajian Kes Sebenar
Jika anda tidak yakin dengan strategi ini, sila lihat contoh screenshot kempen affiliate saya yang lepas. Dengan menggunakan strategi di atas saya selalu untung berganda-ganda.
Contoh pertama, bayar AdWords $5 saya untung bersih $243. Jadi saya untung bersih hampir 48 kali ganda!
Nota: Ini untuk kempen promosi Butterfly Marketing Manuscript. Saya terlambat masuk gelanggang, produk dah tepu di pasaran tetapi masih dapat buat untung besar!…

Dan ini komisen affiliate untuk kempen tersebut sahaja daripada clickbank:

Bukti lain di ambil daripada kempen jualan produk resell rights yang saya beli dengan kos $1.98 di eBay, kemudian saya pecahkan kepada 2 bahagian produk dan saya jual dengan harga $37 untuk pecahan produk utama dan upsell pecahan kedua dengan harga $27.
Kos iklan AdWords adalah $288 manakala jualan daripada 2 produk tersebut sebanyak $1,300, untung bersih dalam $947. Untung besar lagi? Screenshot pendapatan di ambil daripada salah satu daripada akaun business PayPal saya:
Jika anda telah mahirkan strategi ini, saya nasihat ulangi untuk kempen pemasaran internet anda yang lain.
Selamat mencuba!
Technorati Tags: rahsia AdWords, untung besar, strategi pemasaran, kaedah iklan, PPC, AdWords, kempen AdWords, untung
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap











May 26th, 2007 at 12:58 pm
terima kasih kerana berkongsi ilmu
May 27th, 2007 at 4:39 am
terima kasih kerana berkongsi…
kalu product resell rights ok ke??
May 27th, 2007 at 4:24 pm
Apeh, dalam sample kedua tu saya jual produk resell rights. Beli bundle kat ebay $1.98 saya pecah jadikan 2 produk jual $37 dan $27…
June 28th, 2007 at 10:53 am
dear Admin tuah Emas…
perkenlakan saya caksub dari indonesia, blog nya sangat bagus dan bermanfaat sekali bagi saya, terutama tentang Google Adwords, saya dengar skrg google adwords mengeluarkan tools Adwords Editor, untuk memperceapt bikin adgroup dan iklan, kira2 saya bisa dapatkan manual book adwords editor dalam bahasa indonesia?
salam
caksub
July 4th, 2007 at 10:17 am
caksub, ya betul. Google telah keluarkan tool mereka sendiri untuk menguruskan kempen AdWords. Memang amat membantu dan paling bagus sbb ianya free!
Anda mungkin dapat melakukan carian di kawasan anda untuk manual dlm bhs indonesia. Saya tidak ada.
July 27th, 2007 at 1:51 pm
term life insurance…
apa topik menarik sekarang?…
July 28th, 2007 at 10:47 am
lemon law…
just found this page from google. it’s a nice site. already marked this as my favourite site….
September 11th, 2007 at 2:36 pm
dear Admin tuah emas…
terima kasih atas responya.
saya ingin tanya, apakah strategi yang anda jelaskan di atas bisa cocok untuk promosi domain parkir? mohon infonya, karena saya sudah ikut parked sekitar 3 bulan, tapi hasilnya belum “memuaskan”, strategi adwords yang bagaimana yang bagus.
terima kasih bantuanya
July 18th, 2008 at 4:14 am
Salam,
Terima kasih atas tips yang saya rasakan amat berguna dan jelas.