Formula Buat Duit Lebih Banyak Di Internet
Apabila anda telah mengecapi satu pengalaman yang pertama kali buat duit melalui internet, cabaran seterusnya adalah mengekalkannya.
Sampai satu tahap selepas anda berjaya membuat jualan secara konsisten dengan pendapatan yang stabil, maka akan wujud perasaan tamak di dalam hati.
Bagaimanakah untuk mendapat lebih banyak duit melalui perniagaan internet anda?
Perasaan tamak ini sebenarnya baik untuk perniagaan internet anda. Aplikasikan formula dan praktikkan strategi yang betul. Namun, biarlah tamak yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada semua pihak.
Hari ini saya akan kongsi satu rahsia penting. Rahsia yang hanya difahami oleh segelintir ahli pemasaran profesional dan berjaya.
Ia merupakan satu formula. Formula yang amat mudah dan ringkas. Tetapi, seringkali terlepas pandang oleh sebahagian besar usahawan internet.
Adakah anda juga salah seorang daripada mereka?
Jika tidak pasti, mari kita lihat apakah formula rahsia yang amat penting itu.
Saya mempelajarinya daripada seorang guru beberapa tahun lepas bernama Jay Abraham. Guru kepada guru. Seorang marketing wizard.
Saya mempraktikkan pada setiap strategi jualan produk saya. Dengan formula ini, saya tidak pernah rugi. Malahan saya seringkali dapat melipat gandakan keuntungan pada setiap jualan.
Ini bukanlah bermaksud saya tidak pernah rugi. Tetapi, secara kumulatifnya saya sebenarnya tidak rugi.
Jadi, hari ini saya akan berkongsi dengan anda. Teruskan membaca.
Terdapat 3 kaedah untuk anda buat duit dengan lebih banyak daripada setiap jualan anda:
1) Tambah senarai pelanggan anda
2) Tingkatkan saiz jualan purata bagi setiap pelanggan anda
3) Ulangi lebih banyak jualan produk kepada pelanggan tersebut
Hanya 3 kaedah asas sahaja. Ianya mudah dan ringkas, bukan?
Kita lihat contoh ringkas gabungan daripada formula tersebut.
Katakan anda berjaya menarik 100 orang pelanggan setahun. Secara puratanya setiap pelanggan akan membeli 4 kali setahun untuk produk berharga $47.
Jadi, pengiraannya adalah,
Jumlah pelanggan x purata jualan per pelanggan x jumlah transaksi setahun
= 100 x 4 x $47 = $18,800
Untuk dapatkan lebih banyak jualan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk buat lebih banyak duit adalah dengan meningkatkan nilai setiap pembolehubah di atas.
Maka, jika anda meningkatkan jumlah pelanggan, menawarkan lebih banyak produk sokongan (backend) dan meningkatkan sedikit harga produk, maka secara keseluruhannya hasil jualan anda juga akan meningkat secara eksponential!
Mari kita lihat contoh selanjutnya.
Anda menarik 50 pelanggan baru, menambah 2 lagi produk baru dan menaikkan $10 purata jualan. Maka, keseluruhannya berbanding contoh pertama di atas:
Jumlah pelanggan + 50 x purata jualan per pelanggan + 2 x jumlah transaksi setahun + $10
= (100+50) x (4+2) x ($47+$10) = $51,300
Anda nampak?
Hanya sedikit sahaja peningkatan bagi setiap nilai pembolehubah tersebut, anda akan berjaya melipat gandakan jualan dan keuntungan anda!
Dalam contoh kedua di atas, anda berjaya menggandakan jualan sebanyak 272%.
Anda sebenarnya tidak memerlukan formula yang begitu komplikated untuk berjaya dan kaya. Hanya perlu fokus dan tambah baik setiap metrik yang terlibat dengan perniagaan internet anda yang sedia ada.
Bak kata mat salleh,
“Less Is More”
Fahami formula asas ini dan saya berani jamin anda akan berjaya buat duit dengan lebih banyak lagi melalui perniagaan internet anda berbanding sebelum ini. Saya yakin sebab saya sendiri sentiasa mempraktikkan formula ini.
Technorati Tags: buat duit, banyak duit, perniagaan internet, rahsia, formula, formula rahsia, strategi jualan
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










July 16th, 2007 at 10:46 am
Yup, formula yg mudah jer n patut di amalkan.
But before mengamalkan, kita kener tahu dulu pembolehubah bagi biz kita, sebab setiap biz sistem itu unik dan hanya tuan punya biz jer yg tahu details biz dia sendirik. Pastuh baru leh tambah pembolehubah mengikut biz masing2…
July 17th, 2007 at 8:38 am
salam sejahtera!!!
Saya ni baru nak mula rasa komisyen, macam mana caranya?
Terima kasih
July 17th, 2007 at 8:48 pm
erm..perkara asas kadang2 org lupe praktiskan kerana merasakan ianya tidak penting. Tp, hakikatnya yg asas tu lah perlu diperkuatkan lagi utk kukuhkan keuntungan di masa hadapan.
July 23rd, 2007 at 1:12 pm
Thanks ye coz bagi info yang amat berguna bagi orang baru macam saya ni.saya ni org baru dalam bidang ebiz ni.baru berjinak2 dengan blog.boleh komenkan tentang blog saya tak? :)tukar link ok
July 31st, 2007 at 1:27 pm
robotys, itu dinamakan metrik yg terdiri drp pelbagai kadar pengubah, cth jumlah hits, opt-in, sales, backend sales etc
zailani, anda cuba promote 1 produk dulu dan rasa sendiri mkn duit komisen
catz, lama tak dgr cerita?
kaizen, no comment buat masa ni… hehe
August 24th, 2007 at 10:05 pm
Seronok tengok orang biz main kira-kira ni… hehe.
Konsep matematik yg asas, tapi sedap melihat hasilnya….
August 30th, 2007 at 8:21 pm
bukan saja sedap melihat, menikmati hasilnya juga hebat
September 4th, 2007 at 9:17 pm
tips yang macam nie yang ramai orang cari. ok nanti boleh kita praktikkan kaedah yng diujukkan diblog ini. Thank u
September 7th, 2007 at 9:13 pm
Yes, everybody is saying about the importance of the customer list.
Actually, this step is the most difficult.
There are so many ebooks on how to build your list.
There are so many good methods as well as so many stupid methods.
You just have to know , how to recognize the good and effective methods.
David Lee
Don’t be sad and lonely.
http://www.team-cahaya.com
September 9th, 2007 at 1:09 am
Bagus betul formula ni..
September 6th, 2008 at 12:03 am
sekarang ni im malaysia sibuk bina list..macam trend pulak