Contoh Bagus Pelaburan Internet
Saya sebenarnya amat kesal dengan tanggapan masyarakat mengenai perniagaan internet. Skim cepat kaya dan pelaburan internet nampaknya lebih sinonim dengan terma “perniagaan internet” ini. Mana silapnya?
Saya secara jujur tidak menyalahkan mereka yang rabun mengenai terma sebenar perniagaan internet ini.
Orang yang beria-ia ingin cepat kaya dengan mempromosi dan memperkenalkan skim cepat kaya atau pelaburan internet tetapi berselindung disebalik nama seperti e-biz, e-commerce, e-bisnes, perniagaan internet dan pelbagai jenis “e” lagi, sememangnya patut dihumban ke Sungai Klang.
Jika anda adalah orangnya, please… tukar nama kepada “e-pak man telo” atau yang sewaktu dengannya.
Tetapi, saya tabik spring dengan cara mereka membuat promosi. Ini satu contoh bagus yang boleh diikuti oleh para usahawan internet yang sejati.
Taktik Berkesan
Bayangkan, di suatu pagi ketika saya berada di kampung tuk nek menanti roti canai kegemaran ramai siap, saya pun lepak bersama orang kampung sambil minum teh tarik. Disebabkan lama menunggu, saya ambil surat khabar percuma untuk mengetahui berita terkini.
(haa… ini taktik bagus, sediakan paper free untuk tarik pelanggan membaca dan lepak sambil minum sekurang-kurangnya teh tarik seperti saya…)
Tengah dok sedap menyelak berita artis tiba-tiba jatuh sehelai pamplet berwarna merah. Tiada pula info mengenai produk, bisnes atau model perniagaan. Cuma yang ada penuh dengan testimonial bergambar kejayaan orang kampung tersenyum sampai telinga berdiri tegak disebelah kereta mewah sambil tunjuk isyarat tangan bagus.
Semuanya nampak segak seperti tokoh korporat walaupun realitinya hanya pekebun sayur. Kemudian, dipenghujungnya tertera beberapa nombor telefon untuk dihubungi.
Saya yakin, dengan taktik sebegitu pasti ramai orang kampung yang membacanya akan angkat telefon di rumah untuk mengetahui info skim tersebut dengan lebih lanjut. Lebih kronik lagi, mungkin akan ada orang yang terus ke pejabat syarikat yang menganjurkan skim tersebut.
Diwarung tu saya tak nampak orang kampung angkat telefon sebab saya tahu ada yang segan dan ada pula yang tamak nak makan sorang… yang kedengaran hanyalah bisik-bisik berbunyi “ni skim apa pulak ni? boleh percaya ke? boleh cepat kaya ke ni?..”
Buktinya, beberapa bulan selepas itu saya kembali ke kampung tuk nek saya untuk meringankan tulang membantu kenduri perkahwinan pak cik saya. Masa ini adalah waktu sesuai bersembang dan bertanyakan berita sensasi terkini sambil tangan sibuk membuat kerja.
Berita terhangat adalah mengenai si polan yang menjadi kaya raya sekelip mata, beli 2 biji kereta mewah dan pasang bini satu lagi. Berita lain pula, ramai orang kampung yang jatuh papa kedana hilang duit nak pergi haji sebab labur dalam skim cepat kaya.
Contohi Mereka
Nah! Sudah ada yang terkena. Jelaslah dari info tersebut, siapa upline dan siapa pula downline. Kesian.
Kisah di atas sebenarnya kisah benar bukan sahaja berlaku di kampung, malahan juga di pekan dan bandar sekalipun. Manusia memang mudah lupa sebab adanya nafsu nak cepat kaya sambil goyang kaki.
Namun, tahukah anda betapa berkesannya strategi pemasaran tersebut?
Saya sendiri pernah melakukannya, membuat promosi online dan offline. Memang promosi offline menuntut masa dan tenaga, tetapi ianya masih berkesan sehingga kini.
Lagipun anda perlu maklum, penetrasi internet negara kita masih rendah terutamanya dikawasan desa (kecuali kampung tuk nek saya, sebab orang tua kat sana dah ada literiasi IT yang boleh cukup makan).
Jadi, anda perlu mengambil peluang ini untuk membuat promosi offline jika boleh sama ada menggunakan brochure, pamplet, flyer dan mungkin mel langsung (direct mail seperti yang Makro, Giant dan Carrefour praktikkan).
Saya pernah membuat satu workshop dengan hanya mengedarkan brochure, mel langsung dan iklan di akhbar untuk menarik peserta. Workshop tersebut penuh dan terpaksa menerima masuk 3 peserta tambahan disebabkan mereka datang daripada Sabah!
Iklan diakhbar memang mahal, itu pun bergantung kepada coverage. Coverage tempatan meliputi zon negara seperti utara, tengah, selatan dsb, manakala nasional meliputi satu negara.
Kalau nak murah, boleh letak dibahagian classified, tetapi kadar pengubah tidak sebaik jika anda meletakkan iklan dibahagian berita. Sebab pembaca dah kebal dengan iklan. Kalau nak baca pun bahagian cari kerja, lelong atau projek tender.
Sebenarnya ada trick untuk mengiklan secara percuma di akhbar. Anda boleh menggunakan bahagian “aktiviti” atau telefon syarikat akhbar untuk melakukan interview dan review produk. Pemberita juga perlukan bahan untuk kandungan mereka.
Taktik percuma tersebut juga pernah kami lakukan untuk satu produk yang kami bangunkan sendiri dan hasilnya produk tersebut kini mempunyai dealer di seluruh negeri dengan jumlah jualan meningkat hampir 10 kali ganda.
Hasilnya, dengan strategi yang betul dan unik boleh buat untung berlipat ganda.
Strategi ini perlu jika anda memerlukan pelanggan segera dan sasaran pasaran yang mungkin jarang menggunakan internet untuk mencari produk atau perkhidmatan anda.
Ingat, rekod nama dan e-mail sahaja belum cukup berkesan. Ia bertambah power jika anda dapat menangkap maklumat tambahan prospek anda seperti telefon dan alamat mereka.
Alasannya, e-mel boleh dibuang dengan hanya 1 klik. Tetapi, mel langsung atau brochure tidak semudah itu kerana mereka perlu mengerah tenaga untuk membuangnya ke tong sampah!
Technorati Tags: perniagaan internet, pelaburan internet, usahawan internet, bisnes, perniagaan, cepat kaya, skim cepat kaya, strategi pemasaran, buat untung
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










June 5th, 2007 at 7:44 am
Info yang menarik bro maknanya pemasaran offline masih belum mati dan berkesan.
June 5th, 2007 at 11:53 am
Setuju… pemasaran offline masih lagi berkesan hingga ke hari ini. Masih banyak lagi pamplet2 yang diedarkan kepada orang ramai. (Paling ketara waktu solat jumaat, tetiba bila dah selesai solat dah ada pamplet kat kereta atau motor…)
Saya pun tak pecaya pada iklan atau pamplet yang penuh dengan testimoni tetapi tiada produk yang disertakan.
August 12th, 2007 at 10:15 am
bagus