Apa Azam Tahun Baru Anda?

Kurang 48 jam lagi, kita akan membuka kalendar baru tahun 2007. Kurang 24 jam lagi pula umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Dua perkara menarik yang berlaku silih berganti.

  1. Apakah pengorbanan yang telah anda lakukan?
  2. Apakah perkara yang telah anda capai sepanjang tahun 2006 ini?
  3. Apa pula azam dan matlamat baru anda untuk tahun baru 2007 ini?

1) Pengorbanan

Saya ada pepatah mat salleh yang diMalaysiakan untuk anda renungkan bersama:

“Apa yang anda simpan untuk diri sendiri, akan anda kehilangannya;
apa yang anda kongsikan maka anda akan simpan untuk selamanya”

Make sense? Dunia ini bulat, sebelum anda mengingini sesuatu, berikan dahulu kepada orang lain. Berkorban dahulu. Ini merupakan prinsip asas perniagaan internet amnya.

2) Pencapaian

Adakalanya, tidak semua perancangan dapat dilaksanakan. Seperti kami, ada juga beberapa perancangan yang tidak dapat kami deliver.

Namun, usah kaget. Bawa baki ke hadapan tahun 2007 untuk memanjangkan senarai “to do” anda di tahun baru!

3) Azam Tahun Baru

Setiap kali menjelang detik tahun baru, tanyakan kepada diri anda:

“Apakah perkara baru yang anda hendak lakukan di tahun baru ini?”

Tetapkan satu perkara baru yang anda perlu lakukan di tahun 2007 ini. Paling kurang satu. Rancang untuk merealisasikannya. Tanamkan azam untuk mencapainya.

Tanpa benda baru, hidup anda malar dan membosankan.

Saya ada cadangan untuk diri anda. Bina satu perniagaan internet baru yang simple untuk anda. Matlamat anda adalah untuk membuat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Simple tetapi untung.

Rasakan pengalaman menjana pendapatan daripada internet. Kemudian baru buat keputusan sama ada anda nak teruskan, nak kembangkan atau perlu berhenti dan buat perkara yang sama anda lakukan setiap hari sebelumnya.

Akhir kata, saya dan krew ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

dan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007

Moga tahun 2007 menjadi tahun “bertuah” untuk anda semua.

Salam ceria!

;)

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

9 Responses to “Apa Azam Tahun Baru Anda?”

  1. abdfatah Says:

    bertuah punya orang… hehehe azam tahun baru tahun 2007 nak bebaskan diri dari hutang lapok. wuhahha…

  2. affuaone Says:

    azam saya, nak buat duit dengan adsense bebanyak. recent target $50 per day. :D tahun depan, harap la meningkat sampai $100 sehari. insyaAllah. selamat hari raya aidiladha untuk tuah emas dan warga bisnes internet malaysia semua.

  3. surfaddict Says:

    azam thn baru sy..herm..nak dptkan keje dan kawen..Erm, dr segi azam online sy nak generate consistent money dan plan nak simpan duit tu utk sambung belajar nanti.

  4. hapisol Says:

    azam saya;

    1. tambahkan trafik ke blog pertama saya.
    2. tambahkan pendapatan melalui affiliate.
    3. lulus ptk dgn cemerlang, naik gaji dan pangkat.
    4. jadi pekerja yg cemerlang & bertaqwa.
    5. membaca/mengkatamkan sebuah buku ebiz/kewangan setiap 2 minggu.

    ok ker?

  5. nizam Says:

    Azam saya pula,

    1-Dapatkan income at least usd200 bulan ini melalui adsense
    2-Ajar 10 orang yang berminat untuk sama2 meningkatkan duit pokek diInternet
    3-Berhenti dari kerja 9-6 paling lambat bulan May
    4-Mulakan profession sebagi Internet Marketer yang berjaya sepenuh masa
    5-Tolong sebanyak mungkin orang lain untk mencapai income diInternet

    InsyaAllah…

  6. Tuah Emas Says:

    wah, nizam punya azam bagus la. Actually, ini adalah contoh matlamat yg baik. Ada faktor menerima dan memberi.

    Setiap matlamat perlu jelas hasil yang ingin dicapai beserta milestone. Kemudian, anda perlu nyatakan juga sumbangan yg anda perlu lakukan sebagai “reward” kejayaan anda itu. Tidak kira utk diri sendiri, keluarga mahu pun masyarakat.

    Camnerpun, good luck everybody dgn resolusi 2007 anda semua!

  7. mohd saupe zakaria Says:

    so,the longer we life and the more we learn.
    just 2007 belum ada perniagaan yang betul betul menjadi ,please help me,good luck everybody.thanks tuah mas blog

  8. carllys Says:

    azam 2007 saya :-

    1- memaksimumkan pendapatan internet
    2- beli rumah
    3- melabur
    4- kawin satu lagi (muahahaha..lawak je)

  9. azrul Says:

    aku nak tahu macamana nak jadi usahawan internet..boleh ajar aku?aku sanggup belajar..

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.