Alternatif Pengeluaran Wang PayPal

Pada mulanya saya agak kaget apabila mendapati terdapatnya link “View Limit” di atas baki penyata akaun PayPal. Selalunya, itu menandakan akaun PayPal anda belum diverifikasi atau menghadapi masalah untuk dibekukan.

Menyedari masalah itu, saya terus menghubungi pihak PayPal untuk menjelaskan perkara tersebut adakah akaun saya bermasalah dan mengapa saya tidak langsung dimaklumkan. Sementara menunggu maklum balas mereka yang lambat itu, saya pun terus mengeluarkan baki yang ada ke akaun bank US (saya mengeluarkan 3 kali setiap minggu).

Nampaknya kali ini berbeza. Saya diberi pilihan sama ada untuk mengeluarkan wang ke akaun bank US atau ke kad kredit saya. Apa? ada pilihan pengeluaran terbaru?

Ya, PayPal kini telah menyediakan satu lagi pilihan untuk anda mengeluarkan wang baki PayPal anda terus ke kad kredit atau debit yang mempunyai logo Visa atau Mastercard. Ini satu berita baik bagi semua pihak!

Anda kini tidak memerlukan bank US atau Singapura untuk mengeluarkan wang daripada PayPal. Anda boleh memilih untuk mengeluarkannya terus ke kad debit atau kredit dengan yuran sebanyak US$5.00 serta waktu menunggu antara 5 ke 7 hari bekerja.

Saya galakkan anda untuk mengeluarkannya melalui kad debit kerana anda boleh menggunakan wang tersebut. Berbeza dengan kad kredit, saya tidak nampak bagaimana untuk anda menggunakannya selain daripada membayar bil atau menikmati rebat pembayaran kredit.

Saya yakin dengan kemudahan terbaru ini akan lebih mempercepatkan peningkatan penggunaan PayPal di seluruh dunia. Meskipun saya tidak suka dengan PayPal (begitu juga segelintir pengguna lain yang mempunyai masalah dengan mereka) tetapi saya tidak dapat nafikan PayPal mempunyai hampir 150 juta pemegang akaun disamping caj yuran yang amat rendah.

Fakta ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada perniagaan internet anda dengan menyediakan kemudahan pembayaran tambahan kepada pengguna PayPal di seluruh dunia.

Technorati Tags: ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

9 Responses to “Alternatif Pengeluaran Wang PayPal”

  1. Azahari Says:

    Macam mana saudara? dah try transfer ke Debit Card ke? ada masalah x? Debit card tu mesti debit card us based ke atau debit card public bank pun boleh ?

  2. arazak Says:

    ini sudah bagus kepada perniagaan internet. saya pun kena try ni .

    http://www.enai10.com
    free submit link diretory

  3. Ajibxx Says:

    Rase2 paypal nyer fees tgi jugak kan..:)

  4. jojo Says:

    Saya rasa tiada masalah kalau guna kad kredit kerana dengan kad kredit juga anda boleh membuat pengeluaran di mesin ATM macam kad-kad lain

  5. Tuah Emas Says:

    Azahari, saya belum cuba sendiri kerna saya withdraw ke US bank which is free dan 3 hari utk clear. Tak perlu bayar US$5 dan tunggu 7 hari jika guna kad yg mana alternatif utk org kita yg tiada US bank.

    Ajib, anda rujuk fee mana? caj PayPal hanya 2.4% ke 3.4% + $0.30 bg setiap transaksi. Option lain guna 2CO, fee dia 5.5% + 0.45. Lain? WorldPay kurang 1% drp 2CO. PayPal is a winner. Fee ni kita nampak bila transaksi besar.

    Jojo, kad kredit mmg boleh withdraw cash, tapi di kira cash advance. Cash advance sgt tidak bijak kerana setiap kali keluar kena caj 5% or min RM15, plus daily compounding interest!

  6. Steven Wong Says:

    Yes, it is indeed good news for all internet marketers from Malaysia and 25 other countries.

    I have spent sometimes (in fact more than 3 hours) just complied the list from varies bloggers experiences on PayPal withdrawal.

    The summary list will be able to help you and your readers know the big picture on which are the cards able to withdraw PayPal fund.

    Please let me know if any updates you like to contribute and I hope you will be benefits it.

    Check out the PayPal Announced The Official Guide on Debit Card Withdrawal Features full post from my blog.

    Thank you.

  7. mohd zailani zakaria Says:

    adakah permintaan bayaran melalui paypal masih tidak boleh dipercayai, maksudnya sekiranya pihak pembayar hanya memberi janji kosong terhadap pembayaran komisyen yang telah dituntut oleh pelanggan?

  8. titan Says:

    Dah ramai yang berjaya withdraw pakai debit kad sekarnag. Kat Wangcyber pun ramai yg dah buat. Tahniah dan semoga ramai yang akan menyusul..

  9. Kasimo(Penjual Ebook Termurah Says:

    kini xde lagi masalah dengan paypal… nak sahkan paypal pun ble buat dalam masa 24 jam mengunakan virtual card

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.