Semangat Raya?
Thursday, November 2nd, 2006Saya pasti anda keletihan sepanjang minggu ini. Saya pasti anda mengalami blues akibat penangan cuti yang panjang. Saya pasti poket anda sedang kekeringan ketika ini (terutama kepada yang bermurah hati memberi duit raya). Jangan risau, hari untuk terima gaji dah dekat.
Namun disebalik perkara tersebut, saya pasti otak anda kini berasa segar kerana sepanjang hari perayaan tempoh hari, anda lari daripada rutin harian anda dengan beralih arah melakukan aktiviti yang hanya disambut setahun sekali!
Itulah hikmah disebaliknya. Anda telah pun menservis otak anda selepas setahun berpenat lelah memikirkan dan melakukan aktiviti rutin setiap hari disepanjang hayat anda selama ini.
Apakah perkara yang TERBAIK telah anda lakukan sepanjang hayat anda sehingga tika ini?
Technorati Tags: otak










