Archive for the 'Tinta Tuah Emas' Category

Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet

Thursday, September 13th, 2007

Menjelangnya malam 1 Ramadhan 1428H, saya ingin mengambil kesempatan kepada semua usahawan internet beragama Islam untuk mengucapkan selamat berpuasa.

Siapa sangka, pejam celik kita dah pun menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2007.

Kepada para lelaki yang mengaku gagah diharapkan dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya tanpa alasan penyakit bermusim seperti gastrik. Ibadah berpuasa melatih umatnya berdisiplin.

Disiplin penting untuk memastikan kita fokus dan konsisten dalam apa jua yang kita lakukan.

Bulan Ramadhan bulan yang paling mulia. Setiap amalan dilipatgandakan pahala dan ganjaran. Diharapkan juga, anda dapat melipatgandakan usaha dan komitmen perniagaan internet anda.

Maklumlah tiada lagi masa untuk aktiviti makan minum mahupun membuang masa mengumpat orang lain di siang hari.

Akhir kata, selamat berpuasa!

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Antara Sepang-Nyol dan GoldCoast

Monday, February 26th, 2007

Adalah 2 minggu juga saya tak pos ke blog ni. Bersengkang mata juga nak lancarkan web terbaru dan cari JV dalam niche tersebut. Syukur, semuanya dah selesai. Tinggal rangka promosi yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Hari minggu lalu saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan pakcik dikampung belah emak saya. Kampung ayah saya pula disebelah aje. Masa kecik2 kalau boring lepak kat rumah atuk belah ayah, saya jalan kaki aje pergi lawat rumah atuk belah emak.

10 minit sampai la kalau berjalan kaki (adakalanya saya berenang mengikut laluan parit, masa tu paritnya bersih)

Kerap juga orang bertanya, dimanakah terletaknya kampung orang tua saya? Kini saya dengan bangganya menjawab:

“Oh… kampung ayah dan emak sebelah menyebelah, terletak antara Sepanyol (Sepang-nyol) dan GoldCoast!”

Saya menjawabnya dengan penuh bangga dan yakin.

Ya, Sepang GoldCoast adalah projek terbaru yang terletak antara Sepang hingga ke Banting, Selangor.

Kini, untuk lebih berbangga, saya akan tambah:

“Ala… kampung yang dapat Johan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006 tu!”

Ya, boleh dirujuk disini.

Ok, itu satu hal. Satu hal lain yang menarik adalah tahap literasi IT dikampung tersebut juga mula melegakan saya.

5 tahun lepas, apabila duduk bersama mereka sama ada dikedai kopi atau ketika menjadi “penanggah” (orang yang bergotong royong dalam sesuatu majlis), amat kompleks bagi saya untuk menceritakan business nature saya. Mereka keliru untuk membezakan antara perisian dan komputer. Antara sistem dan perkakasan.

Apa yang mereka faham dan nampak, hanyalah komputer. Bagaimana panjang lebar pun saya menerangkan, pasti mereka menganggap saya menjual dan menservis komputer. Jadi, jika mereka ada masalah dengan komputer, saya akan dipanggil untuk “servis” komputer mereka. Mujurlah, dahulu kala saya pernah buat part time menservis komputer.

Oh, ketika itu saya caj minimum RM50 tatkala saya memegang komputer mereka. Servis harga lain… hehehe

Lebih menarik lagi, mereka dikampung sudah mula aktif online. Komunikasi menggunakan emel juga digiatkan. Kini, kami sudah mula berborak peluang-peluang yang dapat diteroka diinternet.

Wah, ini line saya, kalau nak borak kat kedai kopi, alamat sampai tutup kedai kena halau dengan tuan kedai pun takkan habis saya bercerita. (Sebenarnya, saya dan kawan-kawan pernah dihalau satu ketika dahulu dikedai mamak yang tutup operasi pukul 1.30 am)

Disebalik berita gembira tersebut, ada pula pihak yang cuba mencuri peluang. Namun, peluang yang tidak saya gemari.

Skim cepat kaya online kini merebak bagaikan virus. Skim peleburan internet yang pelbagai termasuk beberapa yang menjadi favorite dinegara kita… ehem. Tetapi, dikaburi dengan nama-nama yang fancy dan mengelirukan orang kampung (tetapi tidak bagi saya).

Nama program yang cantik dan indah tetapi dibelakangnya saya amat pasti menjalankan program peleburan internet yang telah memiskinkan ramai orang tetapi mengkayakan penganjur.

Nampaknya, kini saya perlu menjalani satu lagi tugas getir. Mendidik, menyedar dan menjelaskan kepada semua pihak mengenai peluang dan risiko yang ada diinternet.

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Apa Azam Tahun Baru Anda?

Saturday, December 30th, 2006

Kurang 48 jam lagi, kita akan membuka kalendar baru tahun 2007. Kurang 24 jam lagi pula umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Dua perkara menarik yang berlaku silih berganti.

  1. Apakah pengorbanan yang telah anda lakukan?
  2. Apakah perkara yang telah anda capai sepanjang tahun 2006 ini?
  3. Apa pula azam dan matlamat baru anda untuk tahun baru 2007 ini?

1) Pengorbanan

Saya ada pepatah mat salleh yang diMalaysiakan untuk anda renungkan bersama:

“Apa yang anda simpan untuk diri sendiri, akan anda kehilangannya;
apa yang anda kongsikan maka anda akan simpan untuk selamanya”

Make sense? Dunia ini bulat, sebelum anda mengingini sesuatu, berikan dahulu kepada orang lain. Berkorban dahulu. Ini merupakan prinsip asas perniagaan internet amnya.

2) Pencapaian

Adakalanya, tidak semua perancangan dapat dilaksanakan. Seperti kami, ada juga beberapa perancangan yang tidak dapat kami deliver.

Namun, usah kaget. Bawa baki ke hadapan tahun 2007 untuk memanjangkan senarai “to do” anda di tahun baru!

3) Azam Tahun Baru

Setiap kali menjelang detik tahun baru, tanyakan kepada diri anda:

“Apakah perkara baru yang anda hendak lakukan di tahun baru ini?”

Tetapkan satu perkara baru yang anda perlu lakukan di tahun 2007 ini. Paling kurang satu. Rancang untuk merealisasikannya. Tanamkan azam untuk mencapainya.

Tanpa benda baru, hidup anda malar dan membosankan.

Saya ada cadangan untuk diri anda. Bina satu perniagaan internet baru yang simple untuk anda. Matlamat anda adalah untuk membuat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Simple tetapi untung.

Rasakan pengalaman menjana pendapatan daripada internet. Kemudian baru buat keputusan sama ada anda nak teruskan, nak kembangkan atau perlu berhenti dan buat perkara yang sama anda lakukan setiap hari sebelumnya.

Akhir kata, saya dan krew ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

dan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007

Moga tahun 2007 menjadi tahun “bertuah” untuk anda semua.

Salam ceria!

;)

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Cari Duit - Tertipu & Bankrap

Monday, December 18th, 2006

Salah satu sebab mengapa saya jarang baca akhbar adalah kerana banyak cerita negatif dan berita buruk di dalamnya. Semakin negatif maka makin sensasi. Makin sensasi maka makin tinggi jualan akhbar ;)

Tapi, jangan salah anggap. Akhbar bagus sebagai satu medium untuk mengingatkan orang ramai. Sama ada berbentuk berita mahupun iklan. Manusia perlu diingatkan selalu kerana tabieenya manusia mudah lupa. Sebab tu sebagai orang muslim kita diwajibkan berkumpul minimum sekali setiap minggu melalui kutbah solah jumaat berjemaah. Ada hikmah disebaliknya.

Antara berita yang sering kita baca, statistik bankrap dan kes tipu menipu duit orang lain.

Mencari duit atau menjana pendapatan adalah satu tugas yang wajib dan kritikal kepada setiap manusia yang ingin hidup selaras dengan arus pemodenan masa kini. Tak nak hidup moden, duduk kat hutan senyap-senyap. Orang asli pun sekarang dah bijak mencari duit sendiri.

Namun, dalam keghairahan mencari duit lebih di dalam dunia yang penuh pancaroba dan tipu muslihat, masih ramai daripada kita yang mudah terpedaya. Mengapa perkara ini masih terjadi?

Apa kejadahnya orang kita sangat mudah menyerahkan wang yang begitu susah dicari kepada orang yang kurang jelas latarbelakangnya demi mencapai impian menjadi kaya dengan cepat dan mudah?

“Jangan percaya dengan sesuatu urusan jika tiada hitam putih”
“Jangan mudah percaya dengan sesuatu urusniaga yang nampak begitu mudah sekali membuat duit”
“Jangan percaya dengan urusniaga yang based on trust”
“Jangan bercakap dengan orang tidak dikenali”

Frasa di atas sering kita dengari. Tetapi kes dan statistik tertipu dan terpedaya masih terus meningkat. Apa silapnya?

(more…)

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Kemaskini Perancangan Perniagaan

Thursday, November 9th, 2006

Nampaknya tahun baru 2007 kian menghampiri kita. Kena toleh ke belakang sebentar untuk melihat tahap kemajuan dan seterusnya mengemaskini setiap perancangan perniagaan dan strategi perniagaan semasa.

Kedengarannya membosankan. Namun, ia kritikal untuk perniagaan internet anda.

Bayangkan jika hari ini anda tidak tahu sejauh mana progress yang telah anda laksanakan berbanding yang telah dirancangkan. Berapa banyak ongkos telah dibelanjakan berbanding jualan dan keuntungan.

Dimanakah anda sekarang ini?

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa kami akan memperlahankan aktiviti kami di TuahEmas ini disebabkan ingin memfokuskan kepada pelan perniagaan kami selanjutnya. Jadi, jika anda ingin mendapat maklumat terkini berkenaan blog kami, sila “subscribe” melalui kotak di bahagian atas kanan blog ini.

Kami nak pergi bertapa buat sementara waktu ini :)

Jumpa lagi!

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.