Akhirnya, Malaysia akan menyokong teknologi WiMax. Maka diharapkan seme orang yang duduk jauh sedikit daripada bandar atau tinggal bersama jin2 yang dibuang daerah, bakal dapat merasai pengalaman berinternet menggunakan broadband yang berdesup-desup kelajuannya. Tidak seperti dial-up/ISDN atau GPRS/EDGE (mobile) yang mana prestasinya seperti siput yang sesat di tengah padang pasir.

Kenapa WiMax? Faktor utama liputan dan kos. Berbanding teknologi wired atau wireless broadband yang ada sekarang, kawasan liputan masih terhad juga kos infra yang tinggi. Maka, antara penyumbang mengapa penetrasi internet di Malaysia masih rendah. Disebabkan itu, ISP memerlukan satu teknologi yang lebih kos efektif disamping membuka peluang pasaran yang baru. Dengan kehadiran teknologi 3G di Malaysia yang hanya menyokong platform handphone & PDA, WiMax pula teknologi komplimentari yang menyokong akses internet daripada pc dan notebook. WiMax atau juga dikenali sebagai Fixed WiMax merupakan teknologi yang dinaik-taraf daripada Wi-Fi. Dalam keluarga IEEE 802.1x standard (Wi-Fi 802.11a/b/g manakala Fixed WiMax 802.16d). Sekarang ini, saintis sedang sibuk menaik-taraf Fixed WiMax ke Mobile Wimax (802.16e) yang mana prestasinya jauh lebih baik dan lebih luas liputannya.
Kenapa pula dengan Broadband Elektrik? Hmm… satu lagi pilihan teknologi yang menarik untuk saya paparkan. Bayangkan, anda boleh akses broadband daripada plug elektrik di rumah anda? Mudah? Itulah konsepnya. Menarik tapi masih banyak kelemahan dan kekangan untuk dikomersilkan. Saya pernah berjumpa dengan team yang cuba membawa teknologi ini ke Malaysia, daripada perbincangan dengan mereka nampak seperti terlalu mudah untuk dilaksanakan. Plug n play.
Tahun lepas saya pernah membaca satu artikel di akhbar mengenai pengumuman daripada satu ISP yang ingin memperkenalkan teknologi ini. Agaknya, team tersebut dah dapat cari pelabur
Jika benar teknologi ini dapat dikomersilkan sudah tentu dapat memberi impak yang amat besar kepada penetrasi komuniti internet dalam masa yang singkat. Namun, kini saya masih tertunggu lagi bila agaknya teknologi tersebut akan dipasarkan. Jika benar.
Sebenarnya, pembangunan teknologi Broadband Elektrik sudah dimulakan sejak tahun 1980-an. Ia dikenali dengan pelbagai nama - Broadband over Power Line (BPL), Power Line Communications (PLC), Power Line Telecommunications (PLT) dan Power Line Broadband (PLB). Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, boleh melakukan carian di internet. Atau, boleh baca artikel daripada sini.
Apa juga teknologi masa hadapan, diharapkan akan lebih kos efektif dan yang penting dapat memberi peluang kepada semua rakyat merasai akses internet broadband daripada rumah sendiri. Disamping, meningkatkan jumlah populasi komuniti internet di Malaysia seperti apa yang berlaku di Korea Selatan.
Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.