Archive for the 'Strategi SEO' Category

Squidoo Kini Bukan Lagi Senjata Berkesan SEO

Friday, August 3rd, 2007

Beberapa bulan yang lepas segelintir affiliate untung besar setelah “lens” Squidoo mereka mendapat top 1 dalam senaraian ranking di Google untuk beberapa katakunci atau frasa yang sangat kompetitif.

Anda bayangkan untuk katakunci seperti “free ipod downloads” yang mempunyai lebih 200 juta laman pesaing di Google dapat dikalahkan dengan mudah oleh “lens” Squidoo kepunyaan seorang affiliate. Tanpa perlu melakukan usaha pengoptimaan SEO yang teruk.

Pakar SEO pun akan cuba mengelak untuk bersaing dengan katakunci kompetitif yang sebegitu!

null“Lens” Squidoo merujuk kepada satu laman web yang anda terbitkan di Squidoo berdasarkan apa juga topik. Anda hanya perlu daftar di Squidoo sebagai lensmaster. Kemudian buka lens baru, pilih modul-modul yang disediakan seperti teks, links, rss, foto Flickr, video YouTube, lelongan eBay, senarai produk Amazon dan banyak lagi.

Setiap trafik yang datang dan melakukan tindakan tertentu seperti klik iklan AdSense, menyertai lelongan eBay atau membeli apa juga yang disediakan melalui modul tersebut, anda akan dibayar sebahagian komisen oleh Squidoo.

Seth Godin, ahli pemasaran terkenal melalui beberapa penulisan buku berbunyi kontroversi (saya amat meminati kaedah dan gaya penulisan beliau), mewujudkan Squidoo sebagai platform untuk setiap komuniti internet berkumpul, berkongsi info tetapi dalam masa yang sama dapat buat duit bersama.

Squidoo sebagai broker, anda sebagai penyumbang kandungan atau review dan pengiklan dapat peluang memasarkan produk mereka.

Tambahan, Google amat menyukai Squidoo ketika itu. Disebabkan faktor ini, setiap lens yang diterbitkan oleh lensmaster sering mendapat top SERP dalam Google.

Tidak dinafikan affiliate yang menjadi lensmaster Squidoo dengan menerbitkan beberapa topik berdasarkan katakunci yang kompetitif dan amat menguntungkan berjaya makan besar daripada ranking dan limpahan trafik organik yang datang.

Trafik organik bermaksud trafik percuma yang datang daripada hasil carian senaraian laman web di enjin carian. Untuk mendapat ranking tinggi sebolehnya top 10, anda perlu melakukan pengoptimaan SEO untuk laman web anda. Tetapi melalui lens Squidoo, usaha tersebut dapat dipermudahkan.

Kenapa top SERP dalam senaraian organik enjin carian amat penting?

Jawapannya, trafik percuma tanpa perlu anda bayar kos iklan. Trafik berbayar akan berhenti datang ke laman web anda sebaik sahaja iklan tersebut dihentikan.

Mentor SEO saya Brad Fallon dan Andy Jenkins, keduanya mempunyai stor e-dagang (e-commerce store) menggunakan taktik SEO dengan mensasarkan katakunci berkaitan pasaran mereka untuk top 5 SERP menikmati jualan jutaan dollar setiap bulan hasil daripada trafik organik percuma ini!

Malangnya, langit tidak selalunya cerah. Taktik SEO melalui Squidoo yang semakin popular menggoda segolongan spammers dan black-hatters untuk tumpang sekaki. Mereka membina pelbagai lens untuk mengaut keuntungan segera daripada pasaran yang kompetitif dan amat menguntungkan.

Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan adalah mewujudkan begitu banyak lens dan membuat keyword spamming. Kesannya, komuniti yang begitu dihargai di Squidoo ini tidak lagi dihormati Google. Ramai mula komplen.

Akhirnya Google yang amat menghargai komuniti internet terpaksa melakukan revisi setiap lens Squidoo yang telah di index dalam database mereka. Lens yang dapat top 1 di Google kini hilang dari senaraian top 10 dalam 1 malam. Dilaporkan juga, ada lens yang terus dibuang daripada senaraian.

Manakala lens yang baru akan di asingkan dalam Google sandbox dan senaraian supplemental.

Impian menjadi kaya cepat kini pudar. Ramai lensmaster yang akhirnya kini terpaksa menggigit jari kaki sendiri akibat penangan drastik daripada Google ini.

Lens eksperimentasi saya juga tidak terkecuali. Masuk supplemental results. Saya buat backlink daripada beberapa laman web saya yang ada PageRank tinggi ke lens tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, barulah ia kembali dalam senaraian organik. Kedudukan senaraian tidak begitu stabil.

Berikut adalah link untuk lens eksperimen Squidoo saya:

http://www.squidoo.com/cariduit

Apa sudah jadi?

Inilah situasi yang akan berlaku apabila Google blacklist sesuatu domain. Walaupun ianya laman autoriti, Google tetap raja. Hitam katanya maka hitam jadinya.

Secara ringkasnya, Squidoo bukan lagi satu senjata SEO yang ampuh. Ia kini dilayan sama rata. Anda perlu berusaha keras untuk mendapat top SERP dalam senaraian carian organik. Tiada lagi layanan istimewa seperti dulu.

Dan disebabkan ini jugalah, kebanyakan guru dan mereka yang buat duit banyak dalam pasaran mereka secara senyap lebih bersikap tertutup dengan taktik mereka. Dikhuatiri ditiru dan disalahguna oleh segelintir pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini.

Technorati Tags: , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Teknik SEO Lagi Bukti Top Ranking Di Google Dalam Beberapa Jam

Friday, May 18th, 2007

Memang SEO tidak dapat dipisahkan daripada perniagaan internet. Anda memerlukan SEO kerana 90% pengguna internet mencari laman web anda daripada enjin carian. Seperti dalam pos saya sebelum ini, SEO bagi saya adalah priority ke-2.

Priority utama adalah tarik trafik serta-merta ke laman web anda menggunakan strategi lain terutamanya daripada laman Jaringan Sosial. Tujuannya, anda perlu mendapatkan keuntungan seberapa segera daripada trafik tersebut. Namun, jika laman web anda tersenarai sebagai top 5 SERP di Google dengan serta merta, ia merupakan satu bonus!

Rahsia SEO yang telah saya kongsi bersama anda dalam artikel sebelumnya bukanlah satu teknik SEO Black Hat. Ianya natural atau semulajadi. Tidak kira sama ada laman web anda masih baru atau mempunyai PR yang rendah sekalipun tetap mendapat manfaat daripadanya.

Buktinya, pos yang baru saya terbitkan beberapa jam yang lepas, sekali lagi telah mendapat top 3. Lihat bukti screenshot:

Jadi, jika anda berminat mempelajari teknik asas SEO yang saya telah saya paparkan sebentar tadi; praktikkan dan anda akan paham sendiri SEO bukanlah suatu perkara yang sukar. Apa yang anda perlukan adalah:

  • Kandungan laman web yang terkini, unik dan relevan.
  • Backlink daripada laman web yang berkualiti, relevan dan PR tinggi (sebolehnya PR 6 ke atas)

Anda Perlu Ketahui Rahsia SEO yang kedua ini!

Tips lain yang saya ingin kongsi bersama anda mengenai rahsia SEO yang terbukti adalah, cuba dapatkan top SERP untuk katakunci yang kurang kompetitif demi untuk mendapat top SERP untuk katakunci yang amat kompetitif.

Maksud prasa ayat di atas adalah - lebih baik anda cuba dapatkan top SERP untuk 100 katakunci yang kurang kompetitif berbanding anda membuang masa cuba mendapatkan top SERP untuk 1 katakunci yang amat kompetitif dalam pasaran internet anda. Secara tidak langsung dan apabila tiba masanya, anda pasti akan dapat memperbaiki kedudukan ranking laman web anda bagi katakunci yang amat kompetitif itu.

Taktik ini saya pelajari daripada seorang anak murid bagi seorang kawan baik Brad Fallon. Anak murid tersebut mempunyai laman perniagaan internet yang serupa dengan Brad. Brad mendapat ranking #1 untuk katakunci kompetitif bagi pasaran sasarannya untuk sekian lamanya manakala laman web si anak murid ini masih menduduki ranking lebih daripada 100 dalam Google. Tapi nasib Brad tidak selalunya cerah meskipun beliau seorang pakar SEO.

Namun, selepas beberapa bulan; laman web perniagaan anak murid ini mendapat ranking #1 secara senyap-senyap dan menolak terus laman web perniagaan Brad ke top 30 di Google dan semakin ke belakang sehingga kini. Untuk pengetahuan anda, dengan mendapat top 3 SERP untuk katakunci sasaran pasaran tersebut memberikan hasil pulangan jutaan dollar setahun bagi perniagaan internet mereka.

Rahsianya? Seperti yang telah saya dedahkan tadi. Dapatkan top ranking untuk kebanyakan katakunci yang kurang kompetitif. Selepas itu anda saksikan sendiri bagaimana mudahnya mendapatkan top SERP untuk katakunci kompetitif selepas itu.

Selamat mencuba!

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.