5 Prinsip Kritikal Kempen Pemasaran AdWords
Thursday, May 24th, 2007Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan kongsi tips dan rahsia bagaimana untuk mendapatkan keuntungan maksima tanpa perlu rugi dalam kempen pemasaran internet anda dengan menggunakan Google AdWords. Sebenarnya artikel ini terlalu panjang, jadi saya telah pecahkan kepada 2 bahagian.
Ini bahagian pertama mengenai 5 prinsip asas kritikal yang perlu anda ketahui dalam merangka strategi berkesan menggunakan AdWords sebagai platform pemasaran internet anda. Saya telah menggunakan sendiri prinsip ini beberapa kali dan ternyata belum pernah rugi atau jatuh bankrap dengan AdWords.
Jadi, sila ambil perhatian kerana terus terang saya katakan ramai kenalan saya dan juga newbie yang guna AdWords hampir bankrap kerana menggunakan strategi yang salah.
Dalam apa juga strategi yang kita gunakan untuk buat duit dan demi keuntungan perniagaan internet anda, pastikan jangan gelojoh. Pelan-pelan takpe, laju sangat nanti ada brek ABS pun bole masuk gaung… betul tak?
Untuk memantapkan strategi kempen AdWords ini, banyak rujukan telah saya buat dan secara amnya asas strategi tetap sama. Namun setiap guru yang saya jumpa masing-masing mempunyai strategi yang unik mengikut pengalaman masing-masing dan menguntungkan juga jika dipraktikkan setiap satunya.
Antara guru-guru saya untuk subjek ini termasuklah Perry Marshall, Chris Carpenter, Chris McNeeney, Fabian Lim dan beberapa IMer (Internet Marketer) lain yang saya tidak berapa ingat. Saya telah membaca setiap buku mereka, menyertai mastermind club dan pelbagai cara lagi semata-mata untuk mendapatkan tips berharga. (Lagipun mereka ini guru IMer, jadi mereka amat bijak memanipulasi kemahiran mereka untuk buat duit…)
Apa yang diharapkan, selepas anda mengetahui 5 prinsip ini, maka anda sepatutnya tidak boleh rugi. Atau, jaminan wang anda akan dikembalikan tanpa banyak soal. Itupun, jika anda sanggup bayar kepada saya sebelum membaca ayat yang seterusnya
Mengapa AdWords?
Secara ringkasnya, berikut mengapa AdWords menjadi pilihan utama saya dan selepas ini anda…
1) Trafik Massa
Google digunakan oleh hampir 50% pengguna internet. Manakala 90% pengguna ini mencari sesuatu info juga daripada enjin carian. AdWords dan juga beberapa PPC yang lain memberi peluang kepada kita sebagai usahawan internet atau affiliate memanfaatkan trafik ini untuk kepentingan perniagaan internet kita.
2) Trafik Terpilih
Tiada yang lebih penting melainkan tarik trafik yang memang disasarkan untuk membeli produk yang kita promosikan. Iklan kita akan dipaparkan relevan mengikut terma carian yang digunakan oleh pencari. Tidak guna kita tarik trafik yang tiada kena mengena dengan sasaran pasaran. Buat perabih beras aje… ingat anda bayar untuk tarik setiap trafik tersebut!
3) Hasil Pantas
Anda tidak perlu menunggu sehari atau sebulan untuk melihat tahap keberkesan iklan atau produk anda pada pasaran. Untuk AdWords, setiap iklan akan dipaparkan sepantas 5 minit selepas anda menghantar iklan. Bayar kemudian, macam guna pelan pasca-bayar. Jadi, ia amat sesuai untuk buat ujian asid untuk mengukur tahap respon pasaran dengan produk kita.
4) Amat Menguntungkan
Jika anda menggunakan strategi yang betul, maka anda dapat memaksimakan keuntungan. Strategi ini amat sesuai jika anda nak buat duit dan untung dengan cepat. Tak perlu jumpa bomoh tarik duit.
5) Selamat, Terkawal dan Automatik
Boleh kawal kos. Juga, sistem bida iklan yang automatik memudahkan kerja untuk mengawal cara iklan kita dipaparkan mengikut ranking, masa dan bajet. Selamat sebab Google sebuah syarikat gergasi dan mempunyai imej tinggi, jadi mereka akan pastikan kepentingan pengiklan di jaga, kalau ada click fraud, mereka akan refund kepada anda.
Ambil Perhatian Dengan 5 Prinsip Asas Ini!
Ini merupakan prinsip asas jika anda mahu memaksimakan untung dalam kempen AdWords dan ianya kritikal untuk anda ambil perhatian. Jika tidak, anda akan join kumpulan yang nak jatuh bankrap tu.
#1) Fahami pasaran, pastikan ianya menguntungkan. Gunakan tools yang Google sediakan untuk melihat jumlah carian sebulan dan global trend sepanjang tahun. Contoh, anda jangan harap nak untung sepanjang masa jika anda menjual ketupat secara online. Ianya bermusim.
#2) Elakkan katakunci kompetitif dan mahal. Sasarkan kepada trafik yang berada dalam mode “membeli“. Ada 3 jenis trafik.
Pertama, dalam mode “mencari“. Ini golongan yang blank atau kabur. Tiada klu apa yang dia mahukan sebenarnya. Contoh, mereka akan taip terma “cari duit”. Ada 1,001 cara nak cari duit bang oi…
Kedua, dalam mode “membandingkan“. Ini golongan yang baru diberikan sinar harapan dan petunjuk mengenai matlamat yang kabur tadi. Contoh, mereka akan gunakan terma carian yang tampak bijak sedikit seperti “cari duit dengan AdSense”, “cari duit dengan affiliate” dsb.
Ketiga, dalam mode “membeli“, golongan ini kecil, sudah tahu apa yang mereka mahukan dan menggunakan terma carian yang amat spesifik untuk mencari produk yang dikehendaki. Selalunya, mereka akan menggunakan nama produk atau model produk sebagai terma carian. Golongan ini biasanya sudah bersiap sedia dengan kad kredit di tangan dan pada bila-bila masa akan membeli!
Kekadang tu saja gatal taip nama produk di Google untuk lihat senarai penjual dan cari peluang untuk dapat harga terendah atau mahukan bonus tambahan. Saya selalunya tergolong dalam senarai yang gatal ni. Saya sukakan bonus tambahan.
Contoh carian terma “Affiliate ProjectX”, “AdSense Decoded” dan sebagainya. Anda perlu sasarkan kepada jenis kumpulan ini untuk memaksimakan untung. Trafik kecil, kurang kompetitif tetapi amat menguntungkan.
#3) Produk dan surat jualan mesti sama-sama tip-top (tidak semestinya terlalu sempurna). Surat jualan yang hebat dapat menjadikan produk sampah kelihatan hebat. Surat jualan sampah pula akan menampakkan produk yang terlalu hebat kelihatan seperti sampah. Ini lumrah.
Tetapi, jika produk sampah, refund rate akan melambung tinggi. Bahaya juga terutama kepada affiliate.
Jadi, cari produk yang berkualiti. Lebih bagus kalau anda mencuba sendiri untuk penilaian. Bak kata Donald Trump, anda mesti percaya kepada produk anda sendiri sebelum membuat prospek percaya dan beli produk tersebut!
#4) Tangkap trafik untuk opt-in dalam list anda. Trafik yang masih baru jarang membeli atas banyak faktor. Kadar pengubah yang baik selalunya mempunyai kadar 3% iaitu 3 akan membeli daripada 100 yang datang.
Namun, tahap peratus akan meningkat lagi jika dapat membuat follow-up berterusan dengan trafik ini melalui sistem autoresponder. Ingat, anda bayar untuk mereka datang, jadi maksimumkan kehadiran mereka dan manipulasi mereka sehabisnya.
Saya pernah menjual beberapa produk, dan adakalanya prospek ini menghantar e-mel kepada saya dan memberitahu alasan kenapa mereka tidak dapat membeli sekarang. Antaranya sebab hujung bulan nak tunggu gaji, had kredit kad dah maksimum kena settle hutang dulu baru boleh beli, pegi outstation kejap, kucing jiran beranak dan banyak lagi.
Namun, akhirnya mereka beli juga. Jadi, anda perlu beri masa kepada mereka. Jangan terlalu gelojoh nanti mereka cabut lari. Faktor lain termasuk juga kerana mereka meragui tahap legitimate dan kepercayaan untuk berurusan dengan anda. Jadi, pastikan anda tangkap nama dan email mereka. Kemudian buat follow-up.
#5) Log dan pantau setiap metrik seperti jumlah trafik, jumlah yang opt-in dan yang membeli. Rujuk semula beberapa topik lepas, saya ada ceritakan. Untuk meningkatkan nilai setiap metrik, saya akan gunakan tracking script dan buat split-test iklan dan surat jualan. Penambahbaikan perlu untuk meningkatkan setiap nilai metrik.
Selain itu anda boleh semak statistik web yang memang telah disediakan oleh syarikat hosting anda untuk mendapatkan nilai metrik yang diperlukan. Juga, jangan lupa dengan “referring url” kerana di situ ada senarai katakunci yang digunakan oleh setiap trafik untuk datang ke laman web anda. Itu adalah lombong emas anda seorang!
Ok, itu secara ringkas mengenai prinsip asas. Esok, saya akan sambung dengan topik bagaimana nak untung besar dengan AdWords dan beberapa strategi rahsia AdWords saya untuk didedahkan khas kepada anda!
Juga sample dan bukti bahawa strategi ini amat berkesan. Saya baru semak tadi, ada satu kempen AdWords saya memberi keuntungan bersih sehingga 48 kali ganda!
Jangan lupa, jumpa lagi esok!
Technorati Tags: pemasaran internet, AdWords, strategi, buat duit, perniagaan internet, usahawan internet, affiliate, tarik trafik, pasaran, iklan, untung, tarik duit, Google, kempen AdWords, cari duit, surat jualan, rahsia AdWords













