Archive for the 'Kisah Benar' Category

Kisahku Disebalik Merdeka

Thursday, August 30th, 2007

Beberapa minit lagi akan tiba detik 12 malam 31hb Ogos 2007.

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 untuk semua rakyat Malaysia dan terutamanya usahawan internet kita. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjalankan perniagaan internet dengan aman, damai dan lancar tanpa perlu risau akan gangguan anasir negatif.

Anda wajib bersyukur dengan nikmat ini.

31hb Ogos juga mencatatkan sejarah peribadi buat saya. Ianya merupakan satu tarikh keramat. Saya merdeka daripada makan gaji lalu membuat satu transformasi hidup dan mendedikasikan sepenuhnya masa saya kepada perniagaan internet.

Meskipun mendapat tentangan hebat daripada pihak majikan, rakan dan keluarga; saya nekad. Saya keluar daripada zon selesa kehidupan meskipun berada dipuncak kerjaya dengan gaji yang lumayan. Lantas saya tidak lagi memberi ruang untuk menyesal dan berfikir dua kali.

Ya, ini merupakan cubaan ke-3 selepas 2 kali gagal dalam perniagaan sendiri sejak tahun 1999. Perniagaan pertama hanya bertahan beberapa bulan. Ditutup selepas kena tipu dengan rakan niaga luar. Akibat menjalankan urusniaga berdasarkan kepercayaan.

Perniagaan kedua nampak lebih maju sedikit. Kami bermula dengan menghasilkan satu portal perkhidmatan. Memandangkan kos pengurusan dan promosi tinggi, kami berjumpa dengan pelbagai Venture Capitalist, Malaysia, USA dan Jepun. Tiada pula VC yang sanggup melabur akibat penangan bibit dot bomb ketika itu.

Jadi, kami teruskan dengan plan B. Menyediakan khidmat outsourcing kepada klien korporat. Kali ini menjadi. Daripada berempat, kami berkembang menjadi 17 orang. Masyuk. Namun tidak lama. Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan banyak klien korporat kami menjadi liat apabila tiba waktu membayar perkhidmatan kami.

Bulan berganti bulan, akhirnya kami mengalami masalah kewangan serius. Saya dan pengarah syarikat lain terpaksa potong gaji semata-mata untuk menanggung kos operasi dan membayar gaji staff.

Akhirnya, selepas setahun perniagaan ke-2 terpaksa ditutup. Selepas staff dinasihatkan berhenti dan ada yang kami pindahkan ke syarikat klien.

Manakala saya dan rakan niaga lain balik ke kampung. Tersungkur dan termenung. Tiada lagi duit di poket. Lebih buruk lagi hidup ketika itu dibebani hutang kad kredit yang menggunung. Kereta pun nak kena tarik. Memang gelap.

Selepas sebulan bertapa di kampung, saya cekalkan hati dan tebalkan muka untuk bangkit semula. Tiada cara lain lagi. Saya perlukan JOB (Just Over Broke).

Jika anda ditempat saya, sudah tentu anda akan dapat rasa bagaimana tercalarnya maruah ketika itu. Dari seorang boss kini jadi seorang peon…

Saya menawarkan khidmat nasihat dan pemindahan teknologi untuk satu produk yang kami bangunkan untuk satu klien korporat kami dahulu. Selepas beberapa kali tawar menawar dan negotiation akhirnya saya diterima. Saya jual khidmat kemahiran saya kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, saya bekerja pada hujung minggu untuk satu lagi klien korporat sebagai perunding IT. Selama lebih 2 tahun saya bekerja 7 hari seminggu dan adakalanya tidak tidur seharian. Bayangkan setiap hari jumaat selesai waktu opis dengan majikan pertama saya perlu bergegas ke site sejauh 300km untuk memberikan khidmat rundingan dengan klien ke-2 keesokan paginya.

Selepas 2 tahun, barulah hidup saya stabil semula. Kini saya belajar daripada sejarah. Jangan buat sesuatu perkara secara membuta tuli. Mesti ada ilmu. Hindari risiko sebolehnya. Mesti ada plan B. Jangan kamikaze.

Memandangkan kerja saya sememangnya berkait dengan teknologi internet, secara tidak langsung saya mula terlihat bermacam peluang baru yang wujud di internet selepas kejatuhan dot bomb. Banyak kaedah buat duit secara online telah saya cuba ketika itu.

Dipendekkan cerita, pada 1hb Ogos 2005 selepas yakin akan peluang dengan perniagaan internet, saya meletakkan jawatan. Mengikut prosidur saya perlu memberikan notis 30 hari daripada tarikh perletakan.

Ketika rakyat Malaysia bergembira dan berpesta menyambut detik 12 malam 31hb Ogos 2005 itu, saya pula melangkah dengan semangat baru keluar daripada opis untuk perjuangan baru saya.

Begitulah secara ringkasnya episod suka duka kehidupan saya yang lampau. Dramatik. Memang manis untuk dikenang.

Saya telah mengalaminya. Anda bagaimana?

Jangan sesekali mengalah. Kalau jatuh, bangkit semula dengan segera tidak kira dengan apa juga cara. Kegagalan itu pasti. Kejayaan juga pasti selepas anda hadapi kegagalan.

Hidup kita di dunia ini amat pendek. Jangan benarkan sesiapa menghalang apa yang anda impikan.

Kini saya kembali menjadi seorang usahawan. Bezanya, kini saya adalah usahawan internet yang merdeka!

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

5 Prinsip Kritikal Kempen Pemasaran AdWords

Thursday, May 24th, 2007

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan kongsi tips dan rahsia bagaimana untuk mendapatkan keuntungan maksima tanpa perlu rugi dalam kempen pemasaran internet anda dengan menggunakan Google AdWords. Sebenarnya artikel ini terlalu panjang, jadi saya telah pecahkan kepada 2 bahagian.

Ini bahagian pertama mengenai 5 prinsip asas kritikal yang perlu anda ketahui dalam merangka strategi berkesan menggunakan AdWords sebagai platform pemasaran internet anda. Saya telah menggunakan sendiri prinsip ini beberapa kali dan ternyata belum pernah rugi atau jatuh bankrap dengan AdWords.

Jadi, sila ambil perhatian kerana terus terang saya katakan ramai kenalan saya dan juga newbie yang guna AdWords hampir bankrap kerana menggunakan strategi yang salah.

Dalam apa juga strategi yang kita gunakan untuk buat duit dan demi keuntungan perniagaan internet anda, pastikan jangan gelojoh. Pelan-pelan takpe, laju sangat nanti ada brek ABS pun bole masuk gaung… betul tak?

Untuk memantapkan strategi kempen AdWords ini, banyak rujukan telah saya buat dan secara amnya asas strategi tetap sama. Namun setiap guru yang saya jumpa masing-masing mempunyai strategi yang unik mengikut pengalaman masing-masing dan menguntungkan juga jika dipraktikkan setiap satunya.

Antara guru-guru saya untuk subjek ini termasuklah Perry Marshall, Chris Carpenter, Chris McNeeney, Fabian Lim dan beberapa IMer (Internet Marketer) lain yang saya tidak berapa ingat. Saya telah membaca setiap buku mereka, menyertai mastermind club dan pelbagai cara lagi semata-mata untuk mendapatkan tips berharga. (Lagipun mereka ini guru IMer, jadi mereka amat bijak memanipulasi kemahiran mereka untuk buat duit…)

Apa yang diharapkan, selepas anda mengetahui 5 prinsip ini, maka anda sepatutnya tidak boleh rugi. Atau, jaminan wang anda akan dikembalikan tanpa banyak soal. Itupun, jika anda sanggup bayar kepada saya sebelum membaca ayat yang seterusnya ;)

Mengapa AdWords?

Secara ringkasnya, berikut mengapa AdWords menjadi pilihan utama saya dan selepas ini anda…

1) Trafik Massa
Google digunakan oleh hampir 50% pengguna internet. Manakala 90% pengguna ini mencari sesuatu info juga daripada enjin carian. AdWords dan juga beberapa PPC yang lain memberi peluang kepada kita sebagai usahawan internet atau affiliate memanfaatkan trafik ini untuk kepentingan perniagaan internet kita.

2) Trafik Terpilih
Tiada yang lebih penting melainkan tarik trafik yang memang disasarkan untuk membeli produk yang kita promosikan. Iklan kita akan dipaparkan relevan mengikut terma carian yang digunakan oleh pencari. Tidak guna kita tarik trafik yang tiada kena mengena dengan sasaran pasaran. Buat perabih beras aje… ingat anda bayar untuk tarik setiap trafik tersebut!

3) Hasil Pantas
Anda tidak perlu menunggu sehari atau sebulan untuk melihat tahap keberkesan iklan atau produk anda pada pasaran. Untuk AdWords, setiap iklan akan dipaparkan sepantas 5 minit selepas anda menghantar iklan. Bayar kemudian, macam guna pelan pasca-bayar. Jadi, ia amat sesuai untuk buat ujian asid untuk mengukur tahap respon pasaran dengan produk kita.

4) Amat Menguntungkan
Jika anda menggunakan strategi yang betul, maka anda dapat memaksimakan keuntungan. Strategi ini amat sesuai jika anda nak buat duit dan untung dengan cepat. Tak perlu jumpa bomoh tarik duit.

5) Selamat, Terkawal dan Automatik
Boleh kawal kos. Juga, sistem bida iklan yang automatik memudahkan kerja untuk mengawal cara iklan kita dipaparkan mengikut ranking, masa dan bajet. Selamat sebab Google sebuah syarikat gergasi dan mempunyai imej tinggi, jadi mereka akan pastikan kepentingan pengiklan di jaga, kalau ada click fraud, mereka akan refund kepada anda.

Ambil Perhatian Dengan 5 Prinsip Asas Ini!

Ini merupakan prinsip asas jika anda mahu memaksimakan untung dalam kempen AdWords dan ianya kritikal untuk anda ambil perhatian. Jika tidak, anda akan join kumpulan yang nak jatuh bankrap tu.

#1) Fahami pasaran, pastikan ianya menguntungkan. Gunakan tools yang Google sediakan untuk melihat jumlah carian sebulan dan global trend sepanjang tahun. Contoh, anda jangan harap nak untung sepanjang masa jika anda menjual ketupat secara online. Ianya bermusim.

#2) Elakkan katakunci kompetitif dan mahal. Sasarkan kepada trafik yang berada dalam mode “membeli“. Ada 3 jenis trafik.

Pertama, dalam mode “mencari“. Ini golongan yang blank atau kabur. Tiada klu apa yang dia mahukan sebenarnya. Contoh, mereka akan taip terma “cari duit”. Ada 1,001 cara nak cari duit bang oi…

Kedua, dalam mode “membandingkan“. Ini golongan yang baru diberikan sinar harapan dan petunjuk mengenai matlamat yang kabur tadi. Contoh, mereka akan gunakan terma carian yang tampak bijak sedikit seperti “cari duit dengan AdSense”, “cari duit dengan affiliate” dsb.

Ketiga, dalam mode “membeli“, golongan ini kecil, sudah tahu apa yang mereka mahukan dan menggunakan terma carian yang amat spesifik untuk mencari produk yang dikehendaki. Selalunya, mereka akan menggunakan nama produk atau model produk sebagai terma carian. Golongan ini biasanya sudah bersiap sedia dengan kad kredit di tangan dan pada bila-bila masa akan membeli!

Kekadang tu saja gatal taip nama produk di Google untuk lihat senarai penjual dan cari peluang untuk dapat harga terendah atau mahukan bonus tambahan. Saya selalunya tergolong dalam senarai yang gatal ni. Saya sukakan bonus tambahan.

Contoh carian terma “Affiliate ProjectX”, “AdSense Decoded” dan sebagainya. Anda perlu sasarkan kepada jenis kumpulan ini untuk memaksimakan untung. Trafik kecil, kurang kompetitif tetapi amat menguntungkan.

#3) Produk dan surat jualan mesti sama-sama tip-top (tidak semestinya terlalu sempurna). Surat jualan yang hebat dapat menjadikan produk sampah kelihatan hebat. Surat jualan sampah pula akan menampakkan produk yang terlalu hebat kelihatan seperti sampah. Ini lumrah.

Tetapi, jika produk sampah, refund rate akan melambung tinggi. Bahaya juga terutama kepada affiliate.

Jadi, cari produk yang berkualiti. Lebih bagus kalau anda mencuba sendiri untuk penilaian. Bak kata Donald Trump, anda mesti percaya kepada produk anda sendiri sebelum membuat prospek percaya dan beli produk tersebut!

#4) Tangkap trafik untuk opt-in dalam list anda. Trafik yang masih baru jarang membeli atas banyak faktor. Kadar pengubah yang baik selalunya mempunyai kadar 3% iaitu 3 akan membeli daripada 100 yang datang.

Namun, tahap peratus akan meningkat lagi jika dapat membuat follow-up berterusan dengan trafik ini melalui sistem autoresponder. Ingat, anda bayar untuk mereka datang, jadi maksimumkan kehadiran mereka dan manipulasi mereka sehabisnya.

Saya pernah menjual beberapa produk, dan adakalanya prospek ini menghantar e-mel kepada saya dan memberitahu alasan kenapa mereka tidak dapat membeli sekarang. Antaranya sebab hujung bulan nak tunggu gaji, had kredit kad dah maksimum kena settle hutang dulu baru boleh beli, pegi outstation kejap, kucing jiran beranak dan banyak lagi.

Namun, akhirnya mereka beli juga. Jadi, anda perlu beri masa kepada mereka. Jangan terlalu gelojoh nanti mereka cabut lari. Faktor lain termasuk juga kerana mereka meragui tahap legitimate dan kepercayaan untuk berurusan dengan anda. Jadi, pastikan anda tangkap nama dan email mereka. Kemudian buat follow-up.

#5) Log dan pantau setiap metrik seperti jumlah trafik, jumlah yang opt-in dan yang membeli. Rujuk semula beberapa topik lepas, saya ada ceritakan. Untuk meningkatkan nilai setiap metrik, saya akan gunakan tracking script dan buat split-test iklan dan surat jualan. Penambahbaikan perlu untuk meningkatkan setiap nilai metrik.

Selain itu anda boleh semak statistik web yang memang telah disediakan oleh syarikat hosting anda untuk mendapatkan nilai metrik yang diperlukan. Juga, jangan lupa dengan “referring url” kerana di situ ada senarai katakunci yang digunakan oleh setiap trafik untuk datang ke laman web anda. Itu adalah lombong emas anda seorang!

Ok, itu secara ringkas mengenai prinsip asas. Esok, saya akan sambung dengan topik bagaimana nak untung besar dengan AdWords dan beberapa strategi rahsia AdWords saya untuk didedahkan khas kepada anda!

Juga sample dan bukti bahawa strategi ini amat berkesan. Saya baru semak tadi, ada satu kempen AdWords saya memberi keuntungan bersih sehingga 48 kali ganda!

Jangan lupa, jumpa lagi esok!

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Mencari Maut Dengan Skim Cepat Kaya

Tuesday, April 3rd, 2007

Wah! Sudah lama tidak saya pos untuk blog Tuah Emas ni! Terasa rindu mencengkam di jiwa pula ;)
Tup! Tup! Keluar pula topik mencari maut? Apa sudah jadi? Siapa yang maut?

Sebenarnya saya amat tertarik dengan satu penulisan artikel daripada mentor saya, siapa lagi kalau bukan Saudara Azizi Ali yang sempoi tetapi amat tegas dalam menyatakan pendiriannya. Kali ini intelektual, pengalaman dan pendirian beliau dicabar oleh satu email yang datangnya daripada seorang pelabur tegar dan amat profesional dalam pelaburan internet yang baginya diyakini dapat mengkayakan dirinya sekelip mata.

Oh dunia! Kenapalah manusia masih belum mahu belajar? Apa gunanya Tuhan ciptakan ruang masa dan kurnian akal fikiran yang membezakan kita sebagai makhluk yang mulia disisiNya? Kenapa?

Nafsu. Itulah jawapannya.

Saya pun malas lagi nak bertegang leher mengenai isu ini. Cuma saya tertarik dengan cara mentor saya menjawab persoalan yang mencabar kredibiliti beliau sebagai seorang yang mempunyai tauliah dan mahir dengan dunia kewangan dan pelaburan ini. Dunia ini adalah permainan hidup beliau.

(more…)

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Cari Duit Di Internet - Awas Perangkap!

Friday, March 9th, 2007

Jika anda bermimpi dan berangan untuk kaya dalam satu malam, saya akan dedahkan kepada anda info kritikal yang MESTI anda tahu. Atau, jika anda abaikan maka saya pasti anda akan bertambah miskin dalam proses mencari duit di internet.

Kenapa saya bangkitkan perkara ini?

Kebelakangan ini nampaknya, begitu banyak taktik scam di”spam”kan ke inbox email kita. Saya pasti dalam ramai antara kita yang menerima hampir 2 atau 5 mesej sebegitu setiap hari pasti akan terperangkap pada suatu hari nanti. Terutamanya taktik sebegini amat mudah bagi seseorang yang terdesak dengan duit.

Hal ini umpama orang yang meminjam dengan Ah Long Bukit Beruntung (bukan nama sebenar).

Meskipun semua dah tahu mereka ini berdiri disebalik kekayaan kongsi gelap, senang nak pinjam susah mau bayar, bunga cekik darah dan ada risiko kena potong telinga, tetapi saban hari masih ada yang meminjam duit dengan mereka. Kenapa?

Masalah kehidupan mendesak anda melakukan perkara yang diluar pemikiran logika.

Baiklah, mari kita fokus kepada masalah cari duit segera diinternet.

Saya pasti jika anda mempunyai akaun email, pasti ada mesej-mesej sebegini bertandang ke inbox anda.

Anda menang Loteri!

Syarikat kami ingin menawarkan anda hadiah lumayan (dengan menggunakan nama-nama terkenal seperti Yahoo & Microsoft)

Kami mewarisi harta USD400 juta. Kami nak berikan kepada anda sebab anda orang asing di luar negara kami.

Juga, berhati-hati dengan surat berbentuk ugutan yang dikenali sebagai phishing email:

akaun bank anda bermasalah, sila klik link berikut dan login untuk kemaskini

Pesan saya, BUANG semua email yang ada bau-bau bacang seperti di atas.

Anda boleh baca tetapi hanya untuk menghiburkan hati. Mereka yang bersusah payah menghantar email tersebut hanya bertujuan untuk menghiburkan hati anda yang duka dan lara. Jangan sesekali menganggap ianya sesuatu yang serius.

Untuk lebih kepastian, anda boleh bertanyakan di forum perniagaan internet kami di sini.

Ingat, jika anda melayan email lawak sebegitu, anda akan PASTI kehilangan duit.

Baca sahaja dan buang.

Harap maklum.

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Antara Sepang-Nyol dan GoldCoast

Monday, February 26th, 2007

Adalah 2 minggu juga saya tak pos ke blog ni. Bersengkang mata juga nak lancarkan web terbaru dan cari JV dalam niche tersebut. Syukur, semuanya dah selesai. Tinggal rangka promosi yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Hari minggu lalu saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan pakcik dikampung belah emak saya. Kampung ayah saya pula disebelah aje. Masa kecik2 kalau boring lepak kat rumah atuk belah ayah, saya jalan kaki aje pergi lawat rumah atuk belah emak.

10 minit sampai la kalau berjalan kaki (adakalanya saya berenang mengikut laluan parit, masa tu paritnya bersih)

Kerap juga orang bertanya, dimanakah terletaknya kampung orang tua saya? Kini saya dengan bangganya menjawab:

“Oh… kampung ayah dan emak sebelah menyebelah, terletak antara Sepanyol (Sepang-nyol) dan GoldCoast!”

Saya menjawabnya dengan penuh bangga dan yakin.

Ya, Sepang GoldCoast adalah projek terbaru yang terletak antara Sepang hingga ke Banting, Selangor.

Kini, untuk lebih berbangga, saya akan tambah:

“Ala… kampung yang dapat Johan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006 tu!”

Ya, boleh dirujuk disini.

Ok, itu satu hal. Satu hal lain yang menarik adalah tahap literasi IT dikampung tersebut juga mula melegakan saya.

5 tahun lepas, apabila duduk bersama mereka sama ada dikedai kopi atau ketika menjadi “penanggah” (orang yang bergotong royong dalam sesuatu majlis), amat kompleks bagi saya untuk menceritakan business nature saya. Mereka keliru untuk membezakan antara perisian dan komputer. Antara sistem dan perkakasan.

Apa yang mereka faham dan nampak, hanyalah komputer. Bagaimana panjang lebar pun saya menerangkan, pasti mereka menganggap saya menjual dan menservis komputer. Jadi, jika mereka ada masalah dengan komputer, saya akan dipanggil untuk “servis” komputer mereka. Mujurlah, dahulu kala saya pernah buat part time menservis komputer.

Oh, ketika itu saya caj minimum RM50 tatkala saya memegang komputer mereka. Servis harga lain… hehehe

Lebih menarik lagi, mereka dikampung sudah mula aktif online. Komunikasi menggunakan emel juga digiatkan. Kini, kami sudah mula berborak peluang-peluang yang dapat diteroka diinternet.

Wah, ini line saya, kalau nak borak kat kedai kopi, alamat sampai tutup kedai kena halau dengan tuan kedai pun takkan habis saya bercerita. (Sebenarnya, saya dan kawan-kawan pernah dihalau satu ketika dahulu dikedai mamak yang tutup operasi pukul 1.30 am)

Disebalik berita gembira tersebut, ada pula pihak yang cuba mencuri peluang. Namun, peluang yang tidak saya gemari.

Skim cepat kaya online kini merebak bagaikan virus. Skim peleburan internet yang pelbagai termasuk beberapa yang menjadi favorite dinegara kita… ehem. Tetapi, dikaburi dengan nama-nama yang fancy dan mengelirukan orang kampung (tetapi tidak bagi saya).

Nama program yang cantik dan indah tetapi dibelakangnya saya amat pasti menjalankan program peleburan internet yang telah memiskinkan ramai orang tetapi mengkayakan penganjur.

Nampaknya, kini saya perlu menjalani satu lagi tugas getir. Mendidik, menyedar dan menjelaskan kepada semua pihak mengenai peluang dan risiko yang ada diinternet.

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.