Archive for the 'e-Usahawan' Category

Apa Azam Tahun Baru Anda?

Saturday, December 30th, 2006

Kurang 48 jam lagi, kita akan membuka kalendar baru tahun 2007. Kurang 24 jam lagi pula umat Islam akan menyambut Aidil Adha. Dua perkara menarik yang berlaku silih berganti.

  1. Apakah pengorbanan yang telah anda lakukan?
  2. Apakah perkara yang telah anda capai sepanjang tahun 2006 ini?
  3. Apa pula azam dan matlamat baru anda untuk tahun baru 2007 ini?

1) Pengorbanan

Saya ada pepatah mat salleh yang diMalaysiakan untuk anda renungkan bersama:

“Apa yang anda simpan untuk diri sendiri, akan anda kehilangannya;
apa yang anda kongsikan maka anda akan simpan untuk selamanya”

Make sense? Dunia ini bulat, sebelum anda mengingini sesuatu, berikan dahulu kepada orang lain. Berkorban dahulu. Ini merupakan prinsip asas perniagaan internet amnya.

2) Pencapaian

Adakalanya, tidak semua perancangan dapat dilaksanakan. Seperti kami, ada juga beberapa perancangan yang tidak dapat kami deliver.

Namun, usah kaget. Bawa baki ke hadapan tahun 2007 untuk memanjangkan senarai “to do” anda di tahun baru!

3) Azam Tahun Baru

Setiap kali menjelang detik tahun baru, tanyakan kepada diri anda:

“Apakah perkara baru yang anda hendak lakukan di tahun baru ini?”

Tetapkan satu perkara baru yang anda perlu lakukan di tahun 2007 ini. Paling kurang satu. Rancang untuk merealisasikannya. Tanamkan azam untuk mencapainya.

Tanpa benda baru, hidup anda malar dan membosankan.

Saya ada cadangan untuk diri anda. Bina satu perniagaan internet baru yang simple untuk anda. Matlamat anda adalah untuk membuat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Simple tetapi untung.

Rasakan pengalaman menjana pendapatan daripada internet. Kemudian baru buat keputusan sama ada anda nak teruskan, nak kembangkan atau perlu berhenti dan buat perkara yang sama anda lakukan setiap hari sebelumnya.

Akhir kata, saya dan krew ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

dan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007

Moga tahun 2007 menjadi tahun “bertuah” untuk anda semua.

Salam ceria!

;)

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Perniagaan Internet Yang Paling Menguntungkan

Tuesday, December 26th, 2006

Lewat ini kami masih menerima banyak e-mail menerusi laman myusahawan. Meskipun, promosi ebuku siri 1 telah dihentikan, namun masih ramai yang mendaftar dan memuat turun ebuku tersebut. Syabas kepada mereka yang telah menunjukkan minat dan terima kasih kerana menyokong kami.

Rata-rata ahli yang telah mendaftar datang daripada pelbagai negara - Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Jadi, kami menerima emel yang pelbagai format dan bahasa pengantar yang tampak harmoni, namun kebanyakannya senada bunyinya.

Jelasnya, ramai yang berminat dan ingin memulakan perniagaan internet sendiri. Jadi, berikut merupakan satu pertanyaan “default” atau tipikal yang biasa kami terima.

“Saya berminat dengan perniagaan internet. Bolehkah Tuah Emas cadangkan satu perniagaan internet yang amat menguntungkan untuk saya?”

Maka, topik kita hari ini akan menjawab pertanyaan tersebut.

(more…)

Technorati Tags: ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Salam Deepavali & Aidilfitri

Friday, October 20th, 2006

Hari ni hari Jumaat. Agaknya, ramai yang akan mula packing dan balik kampung lepas berbuka puasa mlm ini.

Pesanan kami, berhati-hati ketika di jalan raya. Meskipun dunia siber penuh dengan mantra “autopilot“, kat jalanraya kereta anda takde mode “autopilot”. Kalau rasa jiwa tak tenteram, nak rushing ke, mengantuk ke; bawa bertenang atau tidur sebentar. Anda perlu mengawal kenderaan anda. Kepada yang menaiki kenderaan awam, sound sikit kat drebar.

Perkara kecil sebegitu, boleh membawa kesan besar kpd diri sendiri, keluarga yang menunggu serta orang awam sekeliling anda.

Bagi e-usahawan yang menjalankan perniagaan internet serta telah bertungkus lumus sebelum ini, Raya ni adalah masanya utk anda reboot kapla otak. Diharapkan lepas raya nanti, anda akan dpt semangat baru dgn otak yg fresh selepas seminggu lari drp rutin harian.

Hari gembira jgn la plak bersedih atau kecewa. Belajar utk memaafkan diri sendiri dan orang lain.

Jadi, sempena menjelangnya hari perayaan Deepavali dan Raya Aidilfitri, saya dan krew TuahEmas ingin mengucapkan

Selamat Berhari Raya,
Mohon Maaf Zahir & Batin

untuk anda semua.

Salam Ceria!

Krew TuahEmas

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Merawat Sindrom Analisis Paralisis

Thursday, October 19th, 2006

Ya. Semalam saya mengutarakan permasalahan yang disebut “information overload” yang mengakibatkan sindrom Analisis Paralisis (AP). Bagaimana pula kaedah merawatnya? Atau langkah pencegahan?

Harap anda jelas kesannya kepada e-usahawan seperti anda. Juga, pengaruhnya kepada perniagaan internet anda.

Shhh… saya ada petua bagi mengatasi masalah ini. Dengar sini… (eh, baca info seterusnya. Ada benda free saya nak kongsi…)

(more…)

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Analisis Paralisis

Thursday, October 19th, 2006

Kebanjiran maklumat yang percuma di internet memang banyak memberi faedah kepada ramai pihak. Anda boleh jadi pakar dalam apa jua bidang yang anda kehendaki dalam satu malam sahaja. Itu pun kalau anda rajin mencari dan mentelaah setiap maklumat yang dikehendaki.

Namun fenomena ini mendatangkan satu masalah besar kepada anda. Khususnya kepada perniagaan internet anda.

(more…)

Technorati Tags:

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.