Archive for the 'e-Biz' Category

Teknik SEO Lagi Bukti Top Ranking Di Google Dalam Beberapa Jam

Friday, May 18th, 2007

Memang SEO tidak dapat dipisahkan daripada perniagaan internet. Anda memerlukan SEO kerana 90% pengguna internet mencari laman web anda daripada enjin carian. Seperti dalam pos saya sebelum ini, SEO bagi saya adalah priority ke-2.

Priority utama adalah tarik trafik serta-merta ke laman web anda menggunakan strategi lain terutamanya daripada laman Jaringan Sosial. Tujuannya, anda perlu mendapatkan keuntungan seberapa segera daripada trafik tersebut. Namun, jika laman web anda tersenarai sebagai top 5 SERP di Google dengan serta merta, ia merupakan satu bonus!

Rahsia SEO yang telah saya kongsi bersama anda dalam artikel sebelumnya bukanlah satu teknik SEO Black Hat. Ianya natural atau semulajadi. Tidak kira sama ada laman web anda masih baru atau mempunyai PR yang rendah sekalipun tetap mendapat manfaat daripadanya.

Buktinya, pos yang baru saya terbitkan beberapa jam yang lepas, sekali lagi telah mendapat top 3. Lihat bukti screenshot:

Jadi, jika anda berminat mempelajari teknik asas SEO yang saya telah saya paparkan sebentar tadi; praktikkan dan anda akan paham sendiri SEO bukanlah suatu perkara yang sukar. Apa yang anda perlukan adalah:

  • Kandungan laman web yang terkini, unik dan relevan.
  • Backlink daripada laman web yang berkualiti, relevan dan PR tinggi (sebolehnya PR 6 ke atas)

Anda Perlu Ketahui Rahsia SEO yang kedua ini!

Tips lain yang saya ingin kongsi bersama anda mengenai rahsia SEO yang terbukti adalah, cuba dapatkan top SERP untuk katakunci yang kurang kompetitif demi untuk mendapat top SERP untuk katakunci yang amat kompetitif.

Maksud prasa ayat di atas adalah - lebih baik anda cuba dapatkan top SERP untuk 100 katakunci yang kurang kompetitif berbanding anda membuang masa cuba mendapatkan top SERP untuk 1 katakunci yang amat kompetitif dalam pasaran internet anda. Secara tidak langsung dan apabila tiba masanya, anda pasti akan dapat memperbaiki kedudukan ranking laman web anda bagi katakunci yang amat kompetitif itu.

Taktik ini saya pelajari daripada seorang anak murid bagi seorang kawan baik Brad Fallon. Anak murid tersebut mempunyai laman perniagaan internet yang serupa dengan Brad. Brad mendapat ranking #1 untuk katakunci kompetitif bagi pasaran sasarannya untuk sekian lamanya manakala laman web si anak murid ini masih menduduki ranking lebih daripada 100 dalam Google. Tapi nasib Brad tidak selalunya cerah meskipun beliau seorang pakar SEO.

Namun, selepas beberapa bulan; laman web perniagaan anak murid ini mendapat ranking #1 secara senyap-senyap dan menolak terus laman web perniagaan Brad ke top 30 di Google dan semakin ke belakang sehingga kini. Untuk pengetahuan anda, dengan mendapat top 3 SERP untuk katakunci sasaran pasaran tersebut memberikan hasil pulangan jutaan dollar setahun bagi perniagaan internet mereka.

Rahsianya? Seperti yang telah saya dedahkan tadi. Dapatkan top ranking untuk kebanyakan katakunci yang kurang kompetitif. Selepas itu anda saksikan sendiri bagaimana mudahnya mendapatkan top SERP untuk katakunci kompetitif selepas itu.

Selamat mencuba!

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Trafik Besar Ke Laman Perniagaan Internet Anda

Wednesday, May 16th, 2007

Perniagaan internet tidak akan bermakna tanpa trafik. Laman web apabila dilancarkan umpama sebuah pulau terasing. Ada 2 cara untuk tarik pelawat, sama ada melakukan kempen pemasaran internet atau anda perlu minta bantuan Menteri Kerja Raya membina satu jambatan ke pulau anda itu.

Harap-harap, jambatan itu bersambung dengan sebuah pulau lain yang mempunyai populasi dan trafik yang amat tinggi. Atau, anda akan mengalami masalah untuk menjual seterusnya mandapat keuntungan untuk perniagaan internet impian anda.

Analogi itu saya gunakan untuk projek-projek web perniagaan internet saya.

Prinsipnya, sumber trafik web ada 3:

  1. Anda beli
  2. Anda pinjam
  3. Anda curi

Prinsipnya asas, cuma kaedah berbeza-beza. Namun, sama ada anda beli, pinjam atau curi; sumbernya sudah tentu daripada laman atau broker yang mempunyai trafik paling tinggi yang paling anda mampu.

SEO juga penting. Tetapi anda kena paham, SEO memakan masa. Jika anda gelojoh, SEO pun tak berguna kalau enjin carian dah “mark” laman anda membuat spamming atau kena penalti. Untuk pengetahuan anda juga, saya mempunyai pengalaman di mana laman web saya kena penalti atau sandbox dengan hanya 1 page sahaja di index selama lebih 4 bulan!

Jadi, apakah cara yang berkesan untuk mendapat trafik tinggi sekarang juga?

Saya ada beberapa jawapannya, dan hari ini saya akan mendedahkan salah satu rahsia saya bagaimana saya boleh menarik trafik sebanyak minimum 1,000 trafik unik sehari dan sehingga 1 juta page view sebulan serta merta untuk laman web baru saya beberapa bulan lepas.

Statistik terkini selepas lebih 1 bulan, laman tersebut mempunyai lebih 100,000 page view sehari dengan lebih 2,000 hits unik sehari. Itu menunjukkan lebih ramai pelawat baru dan lama “melekat” dan kadar lawatan setiap page juga telah meningkat.

Apabila anda dapat mencapai trafik sebanyak itu, seterusnya terpulanglah kepada kreativiti anda untuk monetize setiap trafik mengikut model perniagaan internet anda. Jika anda penerbit content, maka kaedah buat duit sudah tentu daripada pengiklanan seperti AdSense atau membuat pra-jualan produk affiliate.

Jika anda menjual produk, kaedah terbaik adalah memancing trafik tersebut untuk optin ke dalam senarai mel anda. Katakan laman web perniagaan internet anda mempunyai kadar pengubah sebanyak 30% yang akan optin, dengan 1,000 hits unik sehari anda akan dapat 300 prospek setiap hari!

Manakala untuk mencapai lebih 1 juta page view sebulan, anda memerlukan lebih banyak kandungan. Tidak kira sama ada anda wujudkan blog, forum mahu pun artikel sebagai cara untuk memancing setiap pelawat menetap dengan lebih lama di laman web anda.

Jadi, sebelum melancarkan laman web perniagaan internet anda, eloklah anda menyediakan kandungan yang unik dan menarik terlebih dahulu. Ingat, kita perlu USP masing-masing dalam apa jua perkara agar kita berbeza dengan orang lain. Jika anda tidak tahu apa itu USP, sila baca semula ebook saya.

Dengan adanya kandungan yang unik dan menarik, secara tidak langsung anda dapat manfaat untuk strategi SEO serta menarik lebih ramai pelawat “organik” (daripada enjin carian) datang ke laman web anda.

Seterusnya, hidangkan iklan sebagai cara untuk membuat duit. Terbaik setakat ini, iklan berbentuk CPA atau PPC seperti AdSense. Sebab, anda dapat duit serta merta selepas pelawat melakukan klik iklan di laman web anda.

Kita berbalik kepada sumber. Bagaimana saya dapat menarik trafik sebanyak itu dengan serta merta? Jawapannya sudah lama ada, tetapi tidak ramai yang ingin memanfaatkannya. Social Networking merupakan salah satu sumber kepada trafik besar ini.

Jaringan Sosial (JS) mungkin kedengarannya janggal. Tetapi saya pasti anda maklum dengan mySpace, Friendster, Orkut dan banyak lagi yang seumpamanya. Social networking (Jaringan Sosial - JS) merupakan tempat ramai remaja dan orang tua juga lepak cari kawan, rakan niaga dan terutamanya mencari teman.

Anda bayangkan, sejumlah billion dollar dibelanjakan setiap tahun oleh pengguna internet untuk menyertai kebanyakan dating site yang berlambak diinternet. Dengan adanya laman JS ini, dapat memberikan alternatif kepada golongan ini bersosial secara percuma. Anda perlu paham, manusia ini makhluk sosial. Mereka perlukan kawan dan teman.

Setakat ini, peratus yang menolak pelawaan saya untuk menjadi kawan siber menerusi JS amat kecil. Anda tidak perlu terburu-buru dengan membuat spam iklan tidak tentu pasal. Buat kawan dulu, bina satu hubungan yang menceriakan untuk mendapatkan satu tahap kepercayaan dan dari sini anda boleh membuat “soft selling” atau promosi secara lembut untuk menarik mereka melawat laman web anda.

Kaedah pemasaran begini dinamakan word of mouth (WOM). Ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang amat berkesan. Google juga telah menggunakan taktik sebegini dan anda dapat melihat kesannya sekarang bukan?

Kadar keberkesanan WOM bergantung kepada tahap hubungan dan kepercayaan seseorang. Jika kawan rapat anda memberitahu anda bahawa dia telah membeli produk A dan terbukti berkesan menyelesaikan masalahnya, adakah anda akan terpengaruh?

Adakah anda akan terpengaruh dengan kata-kata daripada seorang salesman asing yang tiba-tiba meluru kepada anda dan menjual produk A tersebut sebelum itu?

Tepuk dada dan tanya perut anda sendiri.

Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti trafik yang datang. Bukan pelawat asing, tetapi kawan siber anda yang datang. Mereka kenal anda dan mereka percaya kepada anda. Jadi, ini merupakan faktor terpenting mengapa mereka sanggup lepak lebih lama di laman web anda. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mengenali diri anda dengan lebih lanjut.

Jika anda hendak memastikan perniagaan internet anda berjaya, cari kawan ramai-ramai. Cuba tarik trafik banyak-banyak. Laman JS ini sebenarnya memudahkan tujuan itu. Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan pencarian kawan dan rakan niaga anda di situ sekarang juga!

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Review Terbuka Saya Dengan StomperNET

Thursday, May 10th, 2007

Baru-baru ini Brandy (nick duo untuk Brad Fallon dan Andy Jenkins) menghantar mesej khas mengenai promosi terbaru StomperNET (SN) dengan hanya 1 dollar. Menarik?

Namun, saya mempunyai review terbuka mengenai program Search Engine Optimization (SEO) ini. Oh bukan, saya tidak akan buat pre-selling atau cuba makan komisen affiliate. Tetapi saya ingin beri “hints” sedikit mengenai apakah program StomperNET ini dan adakah ianya sesuai untuk anda dari perspektif kita orang Malaysia.

Jika anda belum maklum, saya telah menyertai StomperNET sejak dilancarkan tahun lalu dengan kos yuran sebanyak USD797. Itu bukan yuran sekali, tetapi anda perlu bayar setiap bulan selama setahun. Apa berlaku selepas setahun? Brandy bercadang untuk sambung caj kurang daripada jumlah tersebut selagi anda ingin menyertai SN.

Sebagai ahli SN saya tidak dibenarkan mendedahkan rahsia program tersebut. Namun, saya hanya maklumkan kepada anda dalam bentuk hints agar anda dapat menilai sendiri SN sebelum menyertainya.

Secara amnya, SN sebenarnya memfokuskan kepada perniagaan internet dan Search Engine Ranking Position (SERP). Maksudnya, SN mengkehendaki anda mempunyai perniagaan internet, web niaga dan melalui sistem automasi mereka, secara kumulatif bersama ahli SN yang lain membantu sesama ahli menaikkan ranking web niaga anda di enjin carian.

Secara jujurnya, saya respek mereka sebab tahu bagaimana nak trick enjin carian agar web kita dapat SERP yang tinggi. Mereka tahu bagaimana kaedah SEO tersebut boleh nampak “natural” meskipun ianya merupakan sistem automasi. Jadi, jika algoritma carian berubah macam mana sekalipun pun, kaedah SEO daripada SN tetap relevan.

Maklumlah, ramai guru-guru SEO di SN malahan informer daripada beberapa pakar SEO bebas dan mereka yang bekerja daripada enjin carian itu sendiri.

Itu merupakan core program mereka. Namun timbul pula masalah lain. Kebanyakan ahli SN bukanlah orang yang mempunyai literasi ICT yang tinggi. Begitu juga masih ramai yang teraba-raba untuk memilih perniagaan internet masing-masing. Ini masalah majoriti ahli bukan masalah SN. Kesannya, ramai yang tercicir untuk mengejar tugas-tugas selanjutnya yang diberikan.

Brandy mempunyai perniagaan internet mereka sendiri. Mereka mempunyai perniagaan trading menggunakan Yahoo store dan sales mereka bernilai jutaan ringgit. Kebanyakan barang jualan menggunakan wholesaler dan dropshipper. Maksudnya, Brandy menggunakan model perniagaan ini sebagai contoh untuk SN.

Masalah model ini adalah, majoriti ahli SN bukanlah residen US. Yahoo store dan kebanyakan wholesaler dan dropshipper yang “legitimate” dan murah terdapat banyak di US. Kedua-duanya tidak berurusan dengan orang atau syarikat yang bukan residen US. Alternatifnya, anda boleh bangunkan sendiri sistem store anda dan cari sendiri dropshipper yang boleh berurusan dengan US alien seperti kita di Malaysia.

Teknikalnya, memang hebat. Namun, sistem automasi mereka juga mengkehendaki anda sebagai ahli membuat kerja rumah masing-masing. Untuk buat link anda perlu tulis artikel. Kemudian, anda sendiri perlu spin artikel. Jika anda tiada masalah menulis dalam US english dan mempunyai masa untuk menulis dan spin secara teliti maka tugas ini bukan satu masalah. Jika sebaliknya, keluarkan duit poket untuk upah freelancer.

Selain daripada rahsia yang saya dedahkan di atas, sebagai ahli SN; anda juga dapat berinteraksi dengan ramai ahli dan guru-guru IM terbaik di dunia melalui forum. Juga mereka ada berkongsi pelbagai tips terkini mengenai IM semasa. SN juga aktif menganjurkan seminar IM dan SEO. Sebagai ahli SN, anda akan menerima DVD rakaman secara percuma.

Secara keseluruhan SN bukan lagi berkisar mengenai SEO. Semua topik masuk. Setiap topik ada guru masing-masing dan mereka ini merupakan “dekan” untuk setiap bidang yang mereka mahir. Anda boleh pilih mana-mana bidang yang anda minat daripada blog (ada Herman Shu, Dave Taylor), list building (ada Cody Moya), SEO (Brandy, Leslie Rohde etc), ebiz (John Reese, Ed Dale), Affiliate (Frank Kern) dan ramai lagi.

Saranan saya untuk anda?

Jika anda newbie, jangan sertai SN sebab ianya menuntut kos yang amat banyak. Selain yuran SN, anda perlu secara sendiri mengeluarkan kos lain untuk menyokong perniagaan internet mengikut model dan kaedah mereka.

Jika anda sedang sibuk dengan perniagaan internet anda sekarang dan masih berusaha untuk menjayakannya, juga saya tidak sarankan kerana SN menuntut anda meluangkan masa yang amat banyak.

Jadi, siapakah yang sesuai? Jika anda sedang atau telah berjaya, mempunyai modal yang besar dan ingin mengembangkan perniagaan anda ke satu tahap yang lebih besar, maka SN adalah untuk anda. Jika bukan lupakan.

Namun, dengan promosi $1, mungkin anda boleh cuba intai-intai sendiri program SN secara lebih dekat.

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Strategi Pemasaran Internet - Banyak Tidak

Friday, February 9th, 2007

Topik hari ini berkisar mengenai satu asas strategi pemasaran internet berdasarkan satu kaedah tele-pemasaran.

Ali dan Abu adalah salesman sejati. Mereka menjual satu servis melalui kaedah tele-pemasaran, telefon prospek seorang demi seorang secara rawak. (Anda biasa dapat telefon daripada seseorang yang tidak dikenali cuba menjual kad keahlian percutian kepada anda? Itulah mereka…).

Mereka dapati setiap 100 orang yang mereka hubungi, puratanya 5 akan membeli produk mereka. Setiap bulan, Ali dapat menjual 5 produk manakala Abu dapat menjual 50 produk.

Persoalannya, mengapa Abu dapat 10 kali ganda jualan daripada Ali? Produk dan kaedah mereka sama, tetapi hasil pula yang berbeza.

Anda ingin mengetahui rahsia si Abu?

Kisah ini saya adaptasi daripada kisah benar.


(more…)

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Alternatif Free Keyword Suggestion Tool?

Friday, February 2nd, 2007

Ok, perkara ni amat serius.

Melakukan kajian keyword dan untuk mendapatkan long tail keywords secara free amat terhad kini. Adakah benar Overture Keyword Suggestion Tool (OKST) akan ditamatkan terus? Jika benar, apakah alternatif terbaik dan free untuk menggantikan OKST?

Anda telah membaca gosip tersebut dikebanyakan forum?
Adakah benar ianya benar?

Relax, mari bersama saya mencari jawapannya.

(more…)

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.