Archive for the 'e-Biz' Category

Alternatif Pengeluaran Wang PayPal

Sunday, September 30th, 2007

Pada mulanya saya agak kaget apabila mendapati terdapatnya link “View Limit” di atas baki penyata akaun PayPal. Selalunya, itu menandakan akaun PayPal anda belum diverifikasi atau menghadapi masalah untuk dibekukan.

Menyedari masalah itu, saya terus menghubungi pihak PayPal untuk menjelaskan perkara tersebut adakah akaun saya bermasalah dan mengapa saya tidak langsung dimaklumkan. Sementara menunggu maklum balas mereka yang lambat itu, saya pun terus mengeluarkan baki yang ada ke akaun bank US (saya mengeluarkan 3 kali setiap minggu).

Nampaknya kali ini berbeza. Saya diberi pilihan sama ada untuk mengeluarkan wang ke akaun bank US atau ke kad kredit saya. Apa? ada pilihan pengeluaran terbaru?

Ya, PayPal kini telah menyediakan satu lagi pilihan untuk anda mengeluarkan wang baki PayPal anda terus ke kad kredit atau debit yang mempunyai logo Visa atau Mastercard. Ini satu berita baik bagi semua pihak!

Anda kini tidak memerlukan bank US atau Singapura untuk mengeluarkan wang daripada PayPal. Anda boleh memilih untuk mengeluarkannya terus ke kad debit atau kredit dengan yuran sebanyak US$5.00 serta waktu menunggu antara 5 ke 7 hari bekerja.

Saya galakkan anda untuk mengeluarkannya melalui kad debit kerana anda boleh menggunakan wang tersebut. Berbeza dengan kad kredit, saya tidak nampak bagaimana untuk anda menggunakannya selain daripada membayar bil atau menikmati rebat pembayaran kredit.

Saya yakin dengan kemudahan terbaru ini akan lebih mempercepatkan peningkatan penggunaan PayPal di seluruh dunia. Meskipun saya tidak suka dengan PayPal (begitu juga segelintir pengguna lain yang mempunyai masalah dengan mereka) tetapi saya tidak dapat nafikan PayPal mempunyai hampir 150 juta pemegang akaun disamping caj yuran yang amat rendah.

Fakta ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada perniagaan internet anda dengan menyediakan kemudahan pembayaran tambahan kepada pengguna PayPal di seluruh dunia.

Technorati Tags: ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Formula Buat Duit Lebih Banyak Di Internet

Monday, July 16th, 2007

Apabila anda telah mengecapi satu pengalaman yang pertama kali buat duit melalui internet, cabaran seterusnya adalah mengekalkannya.

Sampai satu tahap selepas anda berjaya membuat jualan secara konsisten dengan pendapatan yang stabil, maka akan wujud perasaan tamak di dalam hati.

Bagaimanakah untuk mendapat lebih banyak duit melalui perniagaan internet anda?

Perasaan tamak ini sebenarnya baik untuk perniagaan internet anda. Aplikasikan formula dan praktikkan strategi yang betul. Namun, biarlah tamak yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada semua pihak.

Hari ini saya akan kongsi satu rahsia penting. Rahsia yang hanya difahami oleh segelintir ahli pemasaran profesional dan berjaya.

Ia merupakan satu formula. Formula yang amat mudah dan ringkas. Tetapi, seringkali terlepas pandang oleh sebahagian besar usahawan internet.

Adakah anda juga salah seorang daripada mereka?

Jika tidak pasti, mari kita lihat apakah formula rahsia yang amat penting itu.

Saya mempelajarinya daripada seorang guru beberapa tahun lepas bernama Jay Abraham. Guru kepada guru. Seorang marketing wizard.

Saya mempraktikkan pada setiap strategi jualan produk saya. Dengan formula ini, saya tidak pernah rugi. Malahan saya seringkali dapat melipat gandakan keuntungan pada setiap jualan.

Ini bukanlah bermaksud saya tidak pernah rugi. Tetapi, secara kumulatifnya saya sebenarnya tidak rugi.

Jadi, hari ini saya akan berkongsi dengan anda. Teruskan membaca.

Terdapat 3 kaedah untuk anda buat duit dengan lebih banyak daripada setiap jualan anda:

1) Tambah senarai pelanggan anda
2) Tingkatkan saiz jualan purata bagi setiap pelanggan anda
3) Ulangi lebih banyak jualan produk kepada pelanggan tersebut

Hanya 3 kaedah asas sahaja. Ianya mudah dan ringkas, bukan?

Kita lihat contoh ringkas gabungan daripada formula tersebut.

Katakan anda berjaya menarik 100 orang pelanggan setahun. Secara puratanya setiap pelanggan akan membeli 4 kali setahun untuk produk berharga $47.

Jadi, pengiraannya adalah,

Jumlah pelanggan x purata jualan per pelanggan x jumlah transaksi setahun
= 100 x 4 x $47 = $18,800

Untuk dapatkan lebih banyak jualan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk buat lebih banyak duit adalah dengan meningkatkan nilai setiap pembolehubah di atas.

Maka, jika anda meningkatkan jumlah pelanggan, menawarkan lebih banyak produk sokongan (backend) dan meningkatkan sedikit harga produk, maka secara keseluruhannya hasil jualan anda juga akan meningkat secara eksponential!

Mari kita lihat contoh selanjutnya.

Anda menarik 50 pelanggan baru, menambah 2 lagi produk baru dan menaikkan $10 purata jualan. Maka, keseluruhannya berbanding contoh pertama di atas:

Jumlah pelanggan + 50 x purata jualan per pelanggan + 2 x jumlah transaksi setahun + $10
= (100+50) x (4+2) x ($47+$10) = $51,300

Anda nampak?

Hanya sedikit sahaja peningkatan bagi setiap nilai pembolehubah tersebut, anda akan berjaya melipat gandakan jualan dan keuntungan anda!

Dalam contoh kedua di atas, anda berjaya menggandakan jualan sebanyak 272%.

Anda sebenarnya tidak memerlukan formula yang begitu komplikated untuk berjaya dan kaya. Hanya perlu fokus dan tambah baik setiap metrik yang terlibat dengan perniagaan internet anda yang sedia ada.

Bak kata mat salleh,

“Less Is More”

Fahami formula asas ini dan saya berani jamin anda akan berjaya buat duit dengan lebih banyak lagi melalui perniagaan internet anda berbanding sebelum ini. Saya yakin sebab saya sendiri sentiasa mempraktikkan formula ini.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Misteri Squeeze Page dan AdWords Dibongkar

Monday, July 2nd, 2007

Isu ini bukan perkara baru. Tetapi masih menjadi misteri berikutan Google tidak menyatakan dengan jelas apakah ciri-ciri yang perlu ada pada satu laman web yang hanya mempunyai squeeze page.

Perkara ini menjadi satu masalah kepada pengiklan AdWords seluruh dunia sehingga kini.

Saya juga salah seorang pengiklan AdWords dan sehingga kini saya belum ada masalah dengan Google Slap. Saya masih boleh membida iklan dengan hanya kos serendah $0.01 jika squeeze page saya dihoskan di laman sendiri.

Namun, ia akan menjadi masalah jika saya cuba mempromosi produk affiliate menggunakan kaedah GoogleCash. Kaedah yang hanya membuat link secara terus ke laman merchant melalui AdWords.

Ada juga pernah saya diminta oleh AdWords untuk meletakkan kos bida setinggi $10.00 gara-gara cuba mengiklankan produk affiliate menerusi AdWords. Ini kerja gila!

Jika mahu untung besar, kenalah cari produk yang mempunyai margin keuntungan besar dan dalam masa yang sama meminimakan kos pengiklanan. Dengan mengamalkan petua ini, anda tidak akan rugi dengan AdWords.

Lagipun kita mempunyai pelbagai strategi lain selain AdWords. Kan ada Yahoo Search Marketing dan MSN Ads?

Memang benar kedua platform PPC ini mempunyai kadar trafik yang rendah berbanding AdWords. Tetapi kualiti trafik daripada dua sumber ini amat tinggi dan mudah diubah kepada pelanggan.

Berbalik kepada tajuk utama, benarkah squeeze page telah mati dan tidak lagi boleh diterima pakai?

Jawapannya sudah tentu tidak.

Apabila mencari sesuatu jawapan atau fakta, saya sarankan anda merujuk kepada yang pakar dalam bidang tersebut. Saya jarang melawat forum untuk mencari jawapan. Tetapi forum bagus untuk mencari idea produk dan juga peluang pasaran. Selain mencari rakan JV.

Kebanyakan perbincangan diforum dipenuhi pendapat peribadi, cerita teori atau dengar cakap orang lain. Jadi, tiada ketepatan dalam fakta yang dibincang.

Misteri squeeze page dan AdWords akhirnya dapat saya bongkar sendiri selepas mengkaji satu laman web kepunyaan bekas staff Google. Beliau merupakan salah seorang team AdWords yang kini telah meletakkan jawatan di Google untuk melibatkan diri sepenuh masa di dalam perniagaan internet sendiri.

Untuk memudahkan cerita, saya merujuk individu tersebut sebagai BSGA (bukan nama sebenar).

Memandangkan BSGA perlu mematuhi hak kerahsiaan Google, maka beliau tidak pernah memberitahu apakah ciri-ciri sebenar yang diperlukan Google untuk sesuatu squeeze page. Maka ianya masih menjadi misteri.

Tetapi, kita boleh tahu dengan mengkaji sendiri setiap aktiviti dan ciri-ciri yang ada pada laman web kepunyaan BSGA.

Sebelum ini saya dimaklumkan oleh beberapa guru bahawa squeeze page perlu link dengan laman yang mempunyai contents. Saya tidak jumpa dalam laman squeeze page kepunyaan BSGA.

Melainkan jika squeeze page anda dah kena slap, barulah boleh buat link ke contents tertentu sebagai langkah sementara. Trick lain yang boleh anda buat adalah link dengan direktori artikel yang relevan dengan laman web anda.

Laman squeeze page kepunyaan BSGA masih lagi seperti squeeze page zaman dahulu sebelum wujudnya Google Slap. Ada tajuk, sub-tajuk, sedikit deksripsi dan kotak opt-in. Tiada navigasi lengkap atau link lain melainkan link ke polisi privasi dan senarai produk.

Menurut BSGA lagi, squeeze page tersebut diterima oleh Google AdWords dan beliau masih boleh membida dengan kos seminima $0.01!

Berikut merupakan screenshot laman squeeze page kepunyaan BSGA.

Tiada blog mahupun artikel pada domain tersebut. Saya telah menyemak indexed page dan backlink beliau. Tiada laman yang di index selain squeeze page, laman privasi dan senarai produk. Tiada link daripada luar.

Jadi, serba sedikit misteri sebenar penggunaan squeeze page yang boleh diterima Google AdWords telah dibongkar!

Tambah BSGA lagi, iklan AdWords dan tema squeeze page mesti relevan.

Tips tambahan, jika squeeze page anda memerlukan opt-in, sediakan satu link ke laman yang menyenaraikan apa juga item yang akan diterima oleh pelawat anda.

Akhir sekali, Google mementingkan privasi setiap pengguna internet. Maka, sediakan satu laman polisi privasi dan nyatakan dengan jelas setiap polisi tersebut.

Jika anda mempunyai masalah untuk mengarang polisi privasi sendiri, jangan risau. Ada banyak servis online yang dapat membantu anda mengarang polisi tersebut secara percuma.

Untuk lebih lanjut, lawati laman berikut:

http://www.easyriver.com/myprivacy.htm
http://www.the-dma.org/privacy/creating.shtml#form

Selamat mencuba!

Technorati Tags: , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Anda Mempunyai Masalah Web Hosting?

Tuesday, June 26th, 2007

Jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet sendiri, maka anda memerlukan laman web sendiri. Tidak kira sama ada anda menjual produk affiliate atau produk sendiri.

Adanya laman web sendiri maka anda bebas melakukan apa juga strategi buat duit daripada “hartanah maya” anda. Perkara ini tidak berlaku jika anda menggunakan hosting percuma.

Bagaimana memilih web hosting terbaik untuk perniagaan internet saya?

Mana yang paling murah?

Apakah pilihan terbaik yang ada?

Saya mempunyai banyak laman web perniagaan internet. Faktor ini menyebabkan saya terpaksa menggunakan pelbagai syarikat hosting.

Jadi, saya telah mencuba dan berpengalaman menggunakan pelbagai syarikat hosting terbaik dan termurah yang ada.

Daripada Malaysia sehinggalah yang bertaraf antarabangsa. Memang pening kepala. Namun terima kasih kerana saya ada sistem pengurusan fail yang menyimpan kesemua maklumat laman web berkenaan.

Mengapa tidak saya hoskan kesemua laman web saya di bawah satu syarikat hosting?

Jawapannya, reliability, kos dan juga faktor SEO.

Reliability kerana jika berlaku sesuatu masalah dengan satu syarikat hosting, maka ianya tidak memberi kesan kepada semua laman web saya. Ini boleh mendatangkan kerugian yang besar.

Suatu hari laman web saya ditutup secara tiba-tiba tanpa notis oleh satu syarikat hosting. Alasannya, trafik terlalu tinggi dan menyebabkan gangguan akses kepada laman web pihak lain yang berkongsi dalam web server yang sama.

Sebenarnya, ia tidak boleh jadi satu isu kerana meskipun trafik tinggi, tetapi jumlah bandwidth yang digunakan masih belum melebihi had. Selepas beberapa kali berkomunikasi dengan pihak teknikal, laman web saya dibuka semula selepas 4 jam.

Mereka meminta maaf dan menyatakan seorang pegawai teknikal mereka masih baru bekerja dan lupa mencatitkan log serta alasan mengapa laman web saya ditutup.

Mengikut prosidur, mereka sewajarnya memberikan notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan kecuali ianya melibatkan isu yang melanggar polisi hosting mereka.

Situasi ini berlaku dengan satu syarikat hosting terkenal, antara yang terbesar dan paling dipercayai di dunia!

Bolehkah anda bayangkan berapa kerugian yang bakal anda tanggung jika laman web perniagaan internet anda ditutup secara tiba-tiba dan tidak dapat di akses oleh prospek yang cuba melawat ketika itu?

Juga satu pembaziran kos jika anda menarik trafik menggunakan iklan berbayar.

Lebih buruk lagi kebanyakan syarikat hosting, hanya akan memberi respon kepada masalah anda selepas 24 jam!

Pernah juga berlaku pada syarikat hosting saya yang lain, mengambil masa sehingga 3 hari untuk diselesaikan disebabkan satu masalah yang sangat mudah dan kecil. Ini kerana mereka memberi respon untuk sesuatu masalah sokongan selepas 12 jam atau 24 jam melalui e-mel.

Lebih memeningkan apabila permasalahan kita itu melibatkan kerenah birokrasi di dalam syarikat mereka. Apalagi, kena tendang macam bola.

Faktor kos pula disebabkan promosi bermusim sesuatu syarikat hosting. Pasaran domain dan web hosting adalah pasaran yang amat kompetitif.

Ini menyebabkan perang harga sesama pesaing. Mereka sanggup rugi dahulu untuk menarik anda menggunakan pakej mereka.

Malahan, mereka sanggup memberi pakej berbayar lain secara percuma jika anda mencuba hosting mereka atau hanya membeli nama domain.

Ia bagus untuk perniagaan anda kerana boleh jimat dalam jangkamasa pendek. Sementara menunggu perniagaan internet anda buat untung, anda dapat menjimatkan kos operasi permulaan.

Faktor SEO pula adalah kerana alamat IP.

Setiap domain laman web perniagaan internet anda mempunyai alamat IP. Jika anda menggunakan pakej hosting berkongsi (shared hosting), maka anda akan berkongsi IP dengan laman web yang lain yang duduk dalam satu web server.

Jika anda menggunakan pakej reseller yang membenarkan anda hosting nama domain atau laman web tanpa had, setiap daripadanya juga akan berkongsi alamat IP yang sama.

Namun ada juga syarikat hosting yang boleh memberikan pelbagai alamat IP berbeza untuk pakej hosting berkongsi jika mereka menggunakan model Virtual Private Server (VPS).

Anda boleh menyemak alamat IP laman web anda dengan menggunakan DOS Command melalui Windows. Caranya:

  • Klik butang Start
  • Klik Run…
  • Taip “cmd” dan klik OK
  • Taipkan “ping namadomainanda.com”

(Nota: buang tanda “”)

Windows akan paparkan nama domain dan alamat IP dalam square bracket “[xx.xx.xx.xx]”. Itulah alamat IP domain atau laman web anda.

Kenapa ianya penting untuk SEO?

Jawapannya, enjin carian mengambil kira alamat IP untuk memberi nilai backlink dan PR sesuatu laman web.

Jika anda rasa anda cukup bijak dan cuba menipu enjin carian dengan mewujudkan 100 backlink daripada 100 laman web dalam satu server hosting; selepas itu kedekut mengeluarkan modal untuk mengagihkan ke server yang lain, maka anda akan dapati laman web anda amat payah mendapat ranking tinggi dan PR pun lembap nak naik.

Ini kerana enjin carian menganggap setiap backlink tersebut mempunyai bias atau bahasa layman, kroni. Jadi nilai undi untuk setiap backlink daripada laman web yang mempunyai alamat IP yang sama adalah tidak neutral.

Ingat, kebanyakan staff dan penyelidik di belakang enjin carian seperti Google adalah para doktor IT, hackers dan ada juga saintis roket. Kerja mereka memang mengkaji perkara sebegini.

Jadi, kita bersambung esok dengan tips memilih hosting terbaik untuk laman web kesayangan anda.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Buat Duit Dengan AdSense - Projek Topeng Hitam

Wednesday, June 20th, 2007

Saya baru sahaja selesai membaca e-buku Project Black Mask AdSense yang dicanangkan oleh Chris, penulis e-buku yang sama untuk AdWords Miracle, Day Job Killer dan seangkatan dengannya.

Kali ini Chris mendedahkan strategi buat duit yang beliau sendiri gunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui Google AdSense.

null

Nampaknya Chris tahu bagaimana nak penetrate pasaran melalui gaya penulisan yang berani mendedahkan banyak strategi underground. Tak dinafikan, hampir kesemua e-buku beliau adalah best-selling di Clickbank, sebab beliau tahu apa maklumat yang dikehendaki oleh pasaran.

Persoalannya, adakah Projek Topeng Hitam atau Project Black Mask (PBM) ini selamat untuk buat duit melalui AdSense? Kebanyakan teknik yang didedahkan adalah dalam kategori Black Hat. Jadi, saya tahu ianya adalah amat berisiko.

Namun, untuk topik permulaan Chris memberikan strategi yang lebih kepada White Hat tetapi bagi saya ianya adalah dalam kategori Grey Area sebab bergantung kepada Content Generator Software (CGS).

Masalah dengan site yang bergantung kepada CGS adalah laman anda mudah jatuh ke dalam Google Supplemental Result dan sukar untuk mendapat top ranking dalam senaraian organik Google.

Teknik tersebut ada saya ceritakan pada tahun lepas di mana saya menggunakan dan menambah baik taktik yang saya pelajari daripada Kelvin Hu dengan menggunakan CGS dan support sites yang terdiri daripada 3 aras. Tidak sangka pula taktik tersebut kini didedahkan secara terperinci oleh 2 orang guru AdSense yang menjual rahsia tersebut dengan harga $997!

Jangan risau, saya sudah membacanya dan saya akan review pada masa akan datang.

Google kini amat prihatin dengan laman web yang mempunyai content yang duplicate. Tidak kira anda penulis asal atau tukang tiru, dua-dua kena penalti.

Melainkan jika anda buat article spinning atau bahasa mudahnya menulis semula setiap content agar nampak unik. Teknik ini juga digunakan dengan kerap oleh guru-guru SEO untuk membina ranking tinggi.

Strategi tersebut mempunyai satu matlamat, iaitu membina link networking anda sendiri. Saya terfikirkan strategi tersebut kerana saya malas nak cari link partner untuk setiap laman web utama saya. Jadi, saya terfikirkan beberapa teknik seperti Splogs (Spam Blogs) yang mana ada sesetengah merujuknya sebagai Blogs Farm.

Ianya masih selamat jika anda melakukannya dengan betul dan aktif di bawah radar spam enjin carian. Jika tidak, blog anda akan jatuh dalam kategori Splogs dan hilanglah ia dalam senaraian index Google, Yahoo dan MSN.

Selain AdSense, Chris juga mendedahkan teknik cloaking untuk jana pendapatan melalui affiliate. Teknik ini saya pelajari melalui Eric Rockefeller. Jika tidak silap melalui laporan khas beliau bertajuk Affiliate Undercover.

Teknik ini ternyata Black Hat sebab anda perlu mengesan jenis pelawat yang datang sama ada ianya spider-bot atau manusia. Jika bot, redirect ke laman yang kaya dengan artikel. Jika manusia, redirect ke laman yang penuh dengan iklan Adsense dan affiliate.

Terus-terang saya katakan, teknik bahaya ini masih berkesan dan ianya masih digunakan oleh kebanyakan guru-guru terkenal yang nampak baik sahaja di mata anda.

Selain URL cloaking, anda juga akan diperkenalkan dengan satu lagi teknik spamming yang dipanggil link dumping. Jika anda pernah dengar perisian black hat terkenal seperti XRumer dan BlogCommentDemon maka tidak perlulah saya terangkan lagi.

Jika anda belum jelas, lakukan carian di Google dan fahami apa yang boleh dilakukan oleh perisian tersebut.

Adakah strategi PBM berkesan dan selamat untuk pendapatan AdSense anda?

Ya dan tidak.

Tidak jika anda seorang newbie dan masih kabur dengan SEO.

Ya, jika anda seorang berpengalaman dan sanggup melabur lebih banyak wang. Meskipun anda black hatter yang berpengalaman, anda masih perlu memantau setiap perkembangan algoritma terbaru enjin carian untuk memanipulasi setiap kelemahannya.

Lagipun anda amat bergantung dengan perisian dan tools tertentu untuk memudahkan kerja anda.

Dalam PBM, Chris mencadangkan satu servis yang disediakan oleh pakar Black Hat yang mana dapat melakukan setiap strategi yang diterangkan di dalam PBM. Namun, ianya bukan murah.

Anda perlu melabur sebanyak $2,780 untuk mendapatkan pakej penuh yang dikehendaki kerana servis tersebut memerlukan pemantauan manual terhadap setiap perkembangan terbaru enjin carian.

Ringkasnya, Project Black Mask ini mendedahkan strategi untuk buat duit melalui Adsense dan affiliate tanpa mempedulikan sama ada ianya white hat atau black hat mahupun beretika atau sebaliknya.

Untuk info lanjut, anda boleh melawat sendiri laman tersebut di www.projectblackmask.com

Chris baru lancarkan malam tadi waktu Malaysia.

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.