Ayat Berkuasa, Guru Juga Terperangkap
Tuesday, July 24th, 2007Baru-baru ini saya mempromosikan satu produk resell yang saya nampak berpotensi untuk dipasarkan. Memang benar, produk tersebut dapat dijual dengan mudah.
Setiap hari sebelum memulakan kerja, saya akan semak rekod transaksi akaun untuk melihat prestasi jualan disamping email support jikalau terdapat pelanggan yang memerlukan bantuan.
Sedang saya menyemak senarai pelanggan, tidak disangka, kali ini saya dapat “menangkap” seorang guru pemasaran internet yang mempunyai nama besar untuk membeli produk tersebut!
Anda ingin tahu siapakah guru bertuah itu? Lihat screenshot:
Ya, Jason Mangrum. Orang yang bertanggungjawab membantu kejayaan Joe Vitale, Mike Filsaime, Mark Joyner, Marlon Sanders dan beberapa guru lain. Jason juga merupakan seorang copywriter yang mengenakan yuran profesional minima sebanyak US$9,997 untuk satu surat jualan.
Sebagai seorang copywriter, beliau sebenarnya amat kebal dengan sebarang bentuk iklan. Ayat power, ayat berkuasa atau ayat hipnotik adalah sinonim bagi beliau. Dengan hanya menulis satu surat jualan, beliau mampu menghasilkan jualan bernilai jutaan dollar pada satu-satu kempen.
Buktinya? Empat nama besar di atas merupakan guru dalam pemasaran internet. Nilai jualan mereka berjumlah jutaan dollar. Jason adalah antara copywriter yang telah membantu guru-guru ini.
Jason bukanlah tajuk utama untuk hari ini. Saya ingin mendedahkan kepada anda mengenai satu teknik yang saya dapati melalui eksperimentasi dan pengalaman sendiri mengarang headline iklan atau surat jualan yang benar-benar berkuasa.
Setiap kali mengarang iklan atau surat jualan, saya akan cuba memasukkan elemen ini untuk meningkatkan tahap keberkesanannya.
Di bawah ini merupakan screenshot sebahagian daripada senarai notifikasi jualan hasil daripada promosi terbaru saya sehingga waktu artikel ini ditulis. Ingin tahu rahsianya? Teruskan membaca.
Setakat ini, kesannya memang belum pernah menghampakan. Ianya memang terbukti sepanjang saya menulis beribu-ribu iklan semenjak beberapa tahun lepas. Bayangkan, setiap hari saya akan menulis paling kurang 5 iklan atau headline baru. Adakalanya mencecah hingga ke 50 iklan sehari.
Pelbagai kombinasi, namun OIO adalah yang paling berkesan!
Faktor OIO - Rahsia Menggandakan Jualan Anda
OIO adalah singkatan kepada “Orang Ikut Orang” yang saya labelkan sendiri untuk tujuan rujukan. Ia wujud hasil daripada terdapatnya satu tabie semulajadi manusia itu sendiri. Faktor psikologi ini jika anda fahami, maka anda boleh memanipulasi seseorang itu untuk mengikut kehendak anda.
Tidak semua orang mudah dimanipulasikan. Terutamanya bagi mereka yang boleh mengawal psikologi dalam diri mereka. Orang yang begini adalah golongan mereka yang berjaya dalam bidang mereka.
Namun, kebanyakan orang masih belum sedar.
Saya bagi contoh. Anda baca iklan di bawah:
“Rahsia Ini Terbukti Dapat Menjana Wang Sebanyak $5,000 Setiap Bulan”
Adakah anda rasa ianya cukup menyakinkan? Ya, mungkin bagi sesetengah orang. Bandingkan pula dengan contoh iklan di bawah:
“437 Pelanggan Kami Telah Membongkar Rahsia Ini. Kini, Pendapatan Mereka Mencecah $5,000 Setiap Bulan”
Kedua-dua contoh iklan di atas saya karang secara spontan. Untuk illustrasi sahaja. Jadi, jangan komen lebih-lebih.
Sepanjang eksperimentasi saya, iklan kedua akan memberikan kadar pengubah yang lebih tinggi. Kemudian, anda lanjutkan lagi penekanan OIO pada surat jualan. Saya jamin, jualan anda akan berganda sebab saya sendiri masih menggunakan taktik ini.
Jika tidak, masakan Jason Mangrum pun boleh terperangkap dengan iklan saya?
Penjelasan disebalik taktik OIO amat panjang. Namun, saya cuba ringkaskan.
Manusia ada sifat tamak dan takut. Tamak menyebabkan mereka tidak mahu rugi. Takut menyebabkan mereka tidak berani ambil risiko. Manusia sebolehnya mahu mengelak mencuba benda baru. Biarlah orang lain cuba dahulu, kalau betul berkesan barulah mereka ikut kemudian.
Sebabnya, sesuatu benda baru yang belum terbukti dengan jelas boleh mendatangkan banyak kerugian dan risiko. Ianya melibatkan kos wang, masa dan tenaga. Jadi, jika anda mahu produk anda boleh dijual dengan mudah, cari beberapa orang yang rela mengambil risiko dan mencuba produk anda dahulu.
Kemudian, dapatkan testimonial dan bukti sosial untuk menyakinkan prospek baru. Prospek akan terdorong untuk membeli produk anda kerana terpengaruh dan yakin dengan taktik OIO anda tadi.
Ini bukan perkara baru. Tetapi, jika anda fahami taktik ini maka terdapat banyak cara sebenarnya untuk anda manipulasi dengan mempraktikkan taktik OIO ini sebagai satu strategi pemasaran yang amat berkesan.
Technorati Tags: pemasaran internet, surat jualan, iklan, jualan, strategi pemasaran











