Archive for the 'Cari Duit' Category

Nak Duit Segera? Jual Produk Yang Boleh Dijual

Friday, July 20th, 2007

Sebagai affiliate, sudah tentu anda ingin buat duit cepat daripada produk affiliate yang sememangnya boleh dijual. Jika tidak, anda sudah tentu tidak akan menjadi affiliate.

Affiliate adalah jalan singkat untuk anda didedahkan kepada perniagaan internet dan buat duit seberapa segera yang mungkin.

Masalahnya, bagaimana untuk kenalpasti produk yang boleh dijual? Atau, yang mudah dijual untuk duit segera?

Jawapannya, lihat dan kaji pasaran dan anda perlukan satu kemahiran untuk pilih produk yang mudah dijual.

Sebagai affiliate, anda perlu dimaklumkan dengan produk baru yang akan dilancarkan. Sebabnya, produk baru mempunyai peluang untuk dapat dijual dengan banyak sebelum pasaran menjadi tepu.

Namun, tidak semua produk baru boleh dijual dengan mudah. Ini fakta.

Jadi, sebagai affiliate anda perlu buat pemilihan produk yang betul-betul boleh dijual, meskipun ianya produk baru.

Beberapa kriteria adalah melihat prestasi pengeluar produk. Dalam konteks info-produk, penulis yang sememangnya telah terbukti hangat dan mempunyai kredibiliti dalam pasarannya. Contohnya, adalah lebih mudah menjual e-buku yang ditulis oleh John Reese berbanding penulis lain yang bernama John Doe.

Strategi lain untuk kenalpasti produk affiliate yang mudah dijual adalah dengan melihat apa yang sedang dibuat oleh affiliate yang lain. Cara ini dipraktikkan jika anda tidak mahu risiko untuk rugi kerana hilang duit pada kos pengiklanan.

Jangan reinvent the wheel. Biarkan orang lain buat dulu, dan anda sebagai affiliate yang bijak akan “mencuri” strategi mereka tanpa perlu risiko untuk tanggung kos untuk menguji adakah pasaran sasaran tersebut menguntungkan.

Strategi mudah adalah dengan memerhatikan iklan PPC AdWords affiliate. Jika iklan tersebut bertahan selama beberapa hari ke 1 minggu maka ianya produk yang menguntungkan untuk dipromosi oleh anda sebagai affiliate.

AdWords adalah platform pengiklanan PPC yang amat kompetitif. Kos bidaan PPC juga amat tinggi bagi kebanyakan pasaran. Jadi, kebanyakan pengiklan AdWords akan memberhentikan kempen PPC mereka dalam beberapa hari jika produk yang diiklankan tidak dapat dijual. Mudah bukan.

Namun, anda perlu ambil kira beberapa faktor sebelum memilih sesuatu produk untuk dipromosi. Jika produk tersebut dijual menggunakan Clickbank, maka anda boleh melihat refund rate produk terbabit. Lakukan carian di Google untuk mengetahui bagaimana mengenalpasti refund rate sesuatu produk affiliate.

Tidak guna juga kalau sesuatu produk dapat dijual dengan hangat tetapi kadar refund juga hangat. Ini dilema kebanyakan affiliate yang baru. Saya sering membaca keluhan beberapa affiliate yang gembiranya amat sekejap.

Semalam dah belanjakan $100 untuk 200 klik PPC berharga $0.50 dan berjaya membuat jualan 5 produk affiliate dengan jumlah komisen $37 setiap satunya. Secara kasarnya, affiliate terbabit dah buat untung bersih sebanyak $85.

Malangnya, hari ini apabila affiliate tersebut melihat laporan komisen terbaru, 3 produk telah di refund oleh pembeli menjadikan affiliate terbabit rugi bersih sebanyak $26!

Adakah anda biasa membaca senario begini? Inilah senario biasa dalam dunia affiliate. Sebab itu statistik menunjukkan hampir 95% affiliate gagal dalam membuat duit daripada komisen.

Nasihat saya, kaji dahulu dan buat ujian pasaran sebelum meletakkan lebih banyak duit untuk menanggung kos pengiklanan sesuatu produk affiliate yang anda ingin jualkan.

Tips tambahan, jangan jadikan AdWords sebagai sumber trafik utama anda. Perbanyakkan strategi lain. Yahoo, MSN dan beberapa PPC kecil yang lain juga efektif untuk tarik trafik.

Jadilah, affiliate yang bijak.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Cari Duit Dengan Blog Cara Atomic Blogging

Friday, June 22nd, 2007

Atas permintaan maka hari ini saya buat review berkenaan e-buku bertajuk Atomic Blogging daripada Alvin Phang. Saya pasti ramai berminat cari duit dengan blog sebab ianya adalah kaedah terpantas dan termudah membina portfolio pendapatan sampingan anda.

Adakah Atomic Blogging sesuai untuk anda? Adakah penulis mendedahkan rahsia baru dalam e-buku ini? Dapatkah rahsia tersebut menggandakan duit internet anda? Teruskan membaca.

Macam biasa sedikit pengenalan ringkas…

Tanpa kita sedar sebenarnya teknologi web kini sudah pun mengalami revolusi terbaru. Konsep daripada komuniti untuk komuniti digunapakai sebagai model baru untuk membina perniagaan internet zaman kini. Itulah web 2.0.

Blog adalah salah satu sumbangan kepada perkembangan web 2.0. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut apakah itu web 2.0, buat carian di Google. Banyak artikel yang menerangkan panjang lebar mengenai model web 2.0 ini.

Apakah faedahnya web 2.0 dengan perniagaan internet anda? Banyak.

Saya masih ingat pada tahun 1999 ketika saya membuat projek perniagaan internet pertama, ketika itu amat sukar untuk membuat promosi. Berbulan-bulan lamanya untuk dapat index di enjin carian. Hanya bergantung kepada kaedah pemasaran offline.

Selama itu tiada trafik yang datang melawat portal kami selagi domain portal tersebut tidak berada dalam senaraian enjin carian. Ketika itu, Yahoo adalah raja. Google pula hanya budak kecil beroperasi secara underground.

Kini anda bernasib baik kerana dengan adanya model web 2.0, anda boleh tarik trafik dengan serta merta sebaik sahaja anda melancarkan laman web anda. Adanya trafik yang datang maka tinggi potensi untuk anda buat duit. Tidak kira sama ada kaedah buat duit anda bergantung kepada AdSense, produk affiliate atau produk sendiri.

Dalam banyak-banyak jenis laman web yang paling mudah buat duit adalah blog. Kenapa?

Ini kerana blog adalah percuma, ianya SEO friendly dan banyak pula plugin yang memudahkan anda untuk melakukan promosi ke portal web 2.0 seperti Technorati, Digg, Delicious dan sebagainya. Tiada perkara yang lebih hebat daripada percuma!

Blog pula ada banyak jenis skrip yang boleh anda pilih. Ada juga yang berbayar tetapi banyak juga yang percuma. Namun, tiada satu skrip blog yang dapat menandingi kehebatan WordPress. Ianya percuma, lasak, terbuka dan banyak sokongan plugins dan template.

Jika anda seorang newbie, maka mungkin janggal dan sukar untuk setup blog WordPress sendiri.

Jangan risau. Atomic Blogging ada dan Alvin Phang telah menyediakan satu e-buku yang lengkap dengan panduan bergambar bagaimana untuk setup blog anda daripada mula sampai ke kaedah promosi.

Cari Duit Cara Atomic Blogging

Alvin Phang akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk memilih nama domain, daftar nama domain, sewa hosting murah, install blog WordPress, install template Atomic Blogging, install plugins yang sesuai dan seterusnya membuat promosi blog anda.

Ini termasuk kaedah ping, social bookmark dan membuat link exchange melalui artikel, press release dan blogger yang lainnya.

Secara keseluruhannya, ianya amat sesuai untuk untuk bakal blogger yang newbie.

Namun, tiada rahsia istimewa dan baru untuk anda yang telah berpengalaman buat duit dengan blog.

Jika anda rasakan kosnya mahal, saya rasa Zul SmartUsaha ada juga menyediakan panduan yang sama (saya belum melihatnya) sebagai alternatif bertajuk Pakej Kit Blogger. Anda boleh mendapatkannya di sini:

http://www.bloggingsteps.com/kit

Tetapi jika anda berminat dengan Atomic Blogging, layari laman berikut:

http://www.atomicblogging.com

Semoga anda berjaya buat duit dengan blog anda. Kenapa tidak? Mulakan sekarang!

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Buat Duit Dengan AdSense - Projek Topeng Hitam

Wednesday, June 20th, 2007

Saya baru sahaja selesai membaca e-buku Project Black Mask AdSense yang dicanangkan oleh Chris, penulis e-buku yang sama untuk AdWords Miracle, Day Job Killer dan seangkatan dengannya.

Kali ini Chris mendedahkan strategi buat duit yang beliau sendiri gunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui Google AdSense.

null

Nampaknya Chris tahu bagaimana nak penetrate pasaran melalui gaya penulisan yang berani mendedahkan banyak strategi underground. Tak dinafikan, hampir kesemua e-buku beliau adalah best-selling di Clickbank, sebab beliau tahu apa maklumat yang dikehendaki oleh pasaran.

Persoalannya, adakah Projek Topeng Hitam atau Project Black Mask (PBM) ini selamat untuk buat duit melalui AdSense? Kebanyakan teknik yang didedahkan adalah dalam kategori Black Hat. Jadi, saya tahu ianya adalah amat berisiko.

Namun, untuk topik permulaan Chris memberikan strategi yang lebih kepada White Hat tetapi bagi saya ianya adalah dalam kategori Grey Area sebab bergantung kepada Content Generator Software (CGS).

Masalah dengan site yang bergantung kepada CGS adalah laman anda mudah jatuh ke dalam Google Supplemental Result dan sukar untuk mendapat top ranking dalam senaraian organik Google.

Teknik tersebut ada saya ceritakan pada tahun lepas di mana saya menggunakan dan menambah baik taktik yang saya pelajari daripada Kelvin Hu dengan menggunakan CGS dan support sites yang terdiri daripada 3 aras. Tidak sangka pula taktik tersebut kini didedahkan secara terperinci oleh 2 orang guru AdSense yang menjual rahsia tersebut dengan harga $997!

Jangan risau, saya sudah membacanya dan saya akan review pada masa akan datang.

Google kini amat prihatin dengan laman web yang mempunyai content yang duplicate. Tidak kira anda penulis asal atau tukang tiru, dua-dua kena penalti.

Melainkan jika anda buat article spinning atau bahasa mudahnya menulis semula setiap content agar nampak unik. Teknik ini juga digunakan dengan kerap oleh guru-guru SEO untuk membina ranking tinggi.

Strategi tersebut mempunyai satu matlamat, iaitu membina link networking anda sendiri. Saya terfikirkan strategi tersebut kerana saya malas nak cari link partner untuk setiap laman web utama saya. Jadi, saya terfikirkan beberapa teknik seperti Splogs (Spam Blogs) yang mana ada sesetengah merujuknya sebagai Blogs Farm.

Ianya masih selamat jika anda melakukannya dengan betul dan aktif di bawah radar spam enjin carian. Jika tidak, blog anda akan jatuh dalam kategori Splogs dan hilanglah ia dalam senaraian index Google, Yahoo dan MSN.

Selain AdSense, Chris juga mendedahkan teknik cloaking untuk jana pendapatan melalui affiliate. Teknik ini saya pelajari melalui Eric Rockefeller. Jika tidak silap melalui laporan khas beliau bertajuk Affiliate Undercover.

Teknik ini ternyata Black Hat sebab anda perlu mengesan jenis pelawat yang datang sama ada ianya spider-bot atau manusia. Jika bot, redirect ke laman yang kaya dengan artikel. Jika manusia, redirect ke laman yang penuh dengan iklan Adsense dan affiliate.

Terus-terang saya katakan, teknik bahaya ini masih berkesan dan ianya masih digunakan oleh kebanyakan guru-guru terkenal yang nampak baik sahaja di mata anda.

Selain URL cloaking, anda juga akan diperkenalkan dengan satu lagi teknik spamming yang dipanggil link dumping. Jika anda pernah dengar perisian black hat terkenal seperti XRumer dan BlogCommentDemon maka tidak perlulah saya terangkan lagi.

Jika anda belum jelas, lakukan carian di Google dan fahami apa yang boleh dilakukan oleh perisian tersebut.

Adakah strategi PBM berkesan dan selamat untuk pendapatan AdSense anda?

Ya dan tidak.

Tidak jika anda seorang newbie dan masih kabur dengan SEO.

Ya, jika anda seorang berpengalaman dan sanggup melabur lebih banyak wang. Meskipun anda black hatter yang berpengalaman, anda masih perlu memantau setiap perkembangan algoritma terbaru enjin carian untuk memanipulasi setiap kelemahannya.

Lagipun anda amat bergantung dengan perisian dan tools tertentu untuk memudahkan kerja anda.

Dalam PBM, Chris mencadangkan satu servis yang disediakan oleh pakar Black Hat yang mana dapat melakukan setiap strategi yang diterangkan di dalam PBM. Namun, ianya bukan murah.

Anda perlu melabur sebanyak $2,780 untuk mendapatkan pakej penuh yang dikehendaki kerana servis tersebut memerlukan pemantauan manual terhadap setiap perkembangan terbaru enjin carian.

Ringkasnya, Project Black Mask ini mendedahkan strategi untuk buat duit melalui Adsense dan affiliate tanpa mempedulikan sama ada ianya white hat atau black hat mahupun beretika atau sebaliknya.

Untuk info lanjut, anda boleh melawat sendiri laman tersebut di www.projectblackmask.com

Chris baru lancarkan malam tadi waktu Malaysia.

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Produk $7 Kena Ban Dengan PayPal?

Tuesday, June 5th, 2007

Isu ini hangat sejak beberapa hari lalu selepas seorang merchant yang menjual produk mereka menggunakan skrip $7 kepunyaan Jonathan Leger mendapat notis daripada PayPal. Sejurus selepas itu akaunnya dihadkan.

Ini satu berita kurang baik sebab ia mungkin akan melibatkan semua akaun PayPal merchant yang menggunakan skrip tersebut dan affiliate yang sedang hangat mempromosikan produk mereka.

Dalam notis tersebut, PayPal memaklumkan:

To appeal the limitation on your account, you will need to:

1. Remove PayPal as a payment option, as well as all references to PayPal, including the PayPal logo and/or shopping cart, from your website(s), and ensure no further payments for similar programs are received such as http://www.7dollarsecrets.com

Melalui pelbagai perbincangan di forum serta komunikasi bersama wakil pegawai daripada PayPal, ternyata PayPal menyalah anggap bahawa skrip $7 berbau MLM.

Mengikut TOS PayPal, program atau model perniagaan internet yang berbentuk ponzi atau multi-tier tidak dibenarkan.

Jonathan Leger sebagai pembangun skrip $7 melaporkan bahawa PayPal tersalah anggap dengan keratan perenggan “P.P.S” di dalam surat jualan skrip tersebut yang tertulis:

P.P.S. If the report isn’t enough, remember, after buying you can turn around and resell the report to your list (or with a link on your website). In 20 minutes you can make that $7 back times 10, 100, or even 1000! You get the FULL $7 directly to your PayPal account for every sale, the instant it’s made.

PayPal menganggap, model perniagaan di laman 7dollarsecrets.com sebagai MLM kerana pelanggan perlu membeli skrip tersebut dan seterusnya boleh membuat klon yang sama seperti laman 7dollarsecrets.com.

Pelanggan dibenarkan menjual semula skrip tersebut dengan komisen 100% tanpa menjual lain-lain produk. Ianya berbunyi MLM.

Namun, apa yang pasti skrip tersebut hanyalah satu sistem yang berfungsi untuk menerima pembayaran secara terus ke akaun PayPal affiliate dan seterusnya menguruskan penghantaran produk secara digital sahaja.

Berikut adalah kenyataan dari PayPal:

Your website, www.7dollarsecrets.com, is considered to be Multi-Level Marketing because for $7.00 you are selling the script for the website and instructions. In return, the buyer can then create their own exact copy of your website. No other products are being sold and the only way for a person to suceed is to turn and resell the program to as many people as possible. This is considered Multi-Level Marketing.

Jonathan Leger telah bertindak membalas kenyataan tersebut untuk menjelaskan fungsi sebenar skrip $7 kepada pihak PayPal agar model perniagaan tersebut dibenarkan. Sehingga kini masih belum ada jawapan balas daripada pihak PayPal.

Menurut Jonathan Leger lagi, sehingga kini hampir 8,000 orang telah pun membeli skrip tersebut. Ini bermakna, model ini sebenarnya mendapat sambutan yang sangat hangat di arena perniagaan internet global.

Bagi anda yang belum maklum, model ini amat berkesan kerana ia memberikan situasi win-win kepada semua pihak. Affiliate dapat komisen 100% serta merta ke dalam akaun PayPal. Pelanggan mendapat produk dengan harga yang hampir 99% orang mampu membelinya ($7 ni seperti kos makan sekali di McD).

Manakala merchant dapat membina list yang targeted dengan pantas. Malah, jika anda faham psikologi pelanggan; mereka yang telah membeli produk daripada merchant mempunyai peratus tinggi untuk membeli lagi berbanding prospek yang masuk dalam list disebabkan ingin mendapat produk percuma.

Keuntungan sebenar merchant adalah melalui penjualan produk backend. Melalui pengalaman saya, pelanggan yang telah membeli walaupun dengan $1 akan cenderung membeli lagi meskipun harga produk backend tersebut mencecah sehingga $97.

Juga disebabkan banyak faktor, antaranya termasuklah urusniaga pertama tadi sebenarnya telah melenyapkan keraguan atau perasaan tidak percaya kepada kita dengan serta merta di minda pelanggan.

Situasi ini tidak sama untuk prospek yang berada dalam list kita hanya kerana untuk mendapatkan produk percuma.

Secara amnya, saya telah menguji sendiri tahap keberkesanan mempromosikan produk $7 ini dan ternyata ianya boleh dijual seperti pisang goreng panas!

Selepas 1 minggu saya dapat menjual lebih 100 produk berasaskan model $7 dengan mudah sekali kepada pelanggan baru. Ternyata ianya sesuai kepada anda yang nak cari duit segera.

Prestasi seperti ini sukar untuk dicapai jika hanya bergantung kepada produk premium atau yang terdapat di Clickbank. Melainkan anda membuat mesej followup kepada list anda agar mereka bertindak untuk membeli.

Technorati Tags: , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Adwords Untuk Keuntungan Maksima!

Friday, May 25th, 2007

Hari ini kita teruskan dengan bahagian yang paling menarik, sambungan topik semalam mengenai strategi dan rahsia AdWords. Bagaimana nak untung besar dengan AdWords?

Jangan baca bahagian ini jika anda memang suka rugi atau suka ambil risiko tinggi untuk rugi besar ;)

Selain strategi pemasaran lain yang percuma, anda sepatutnya memasukkan kaedah iklan melalui PPC seperti AdWords jika anda mempunyai modal. Namun, tak perlu risau kerana AdWords menggunakan pelan pasca-bayar, guna dulu bayar kemudian.

Sebenarnya, saya telah pun mendedahkan kepada anda beberapa strategi melalui 5 prinsip asas semalam. Namun ada satu lagi rahsia yang perlu anda tahu. Ianya bakal mengubah cara anda “bermain” dengan kempen AdWords ini dan untung besar, takkan rugi, dijamin!

Saya dapat idea ini selepas mengikuti beberapa workshop dan seminar mengenai pelaburan. Antara seminar yang menarik perhatian saya adalah strategi yang digunakan dalam Swing Trading, berbeza dengan kaedah “Buy and Hold”.

Swing Trading lebih menumpukan kepada saham yang berkualiti dan mempunyai trend naik turun berulang sepanjang masa. Statistik prestasi sebelumnya membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli, menunggu atau menjual saham tersebut dalam jangka pendek dan untung. Jika rugi pun anda takkan rugi besar. Kumulatifnya anda tetap untung.

Jadi, saya praktikkan strategi yang sama dalam semua kempen AdWords saya. Setakat ini saya belum rugi besar lagi. Kalau rugi pun kecil, boleh la kira break-even.

Strategi Harga Siling

Anda perlu jelas dengan kos bid maksimum. Kaedah konservatif adalah, dapatkan jumlah margin keuntungan bersih anda dibahagi 100. Maka anda dapat jumlah bid maksimum yang selamat. Itu adalah harga siling anda. Jangan bid melebihi nilai ini atau anda akan rugi besar.

Contohnya, saya nak promosi satu produk affiliate berharga $97. Komisen bersih saya lepas tolak fee itu ini katakan $60. Jadi $60/100 = $0.60. Jadi, kos bid maksimum yang selamat adalah $0.60 atau lebih rendah.

Kenapa? Selepas menilai sesuatu produk mengikut 5 prinsip asas sebelum ini, sepatutnya untuk setiap 100 trafik yang datang 3 akan beli. Worst case scenario pun 1 daripada 100 akan beli. Jika ini terjadi anda break-even. Tapi jika 2 pelawat dan ke atas beli, anda sudah untung.

Kalau dah 100 orang datang tapi tiada seaorang pun yang beli bermakna ada 2 sebab:

  • Produk atau surat jualan hampeh
  • Anda salah sasarkan trafik sasaran. Faktor mungkin trafik yang terlalu umum atau dalam dua “mode” pertama selain mode “membeli” yang dinyatakan semalam.

Jika selepas 100 klik tiada orang membeli, anda boleh pause kempen AdWords tersebut. Anda boleh menunggu untuk satu jangkamasa dan menilai semula strategi anda atau tunggu awal bulan ketika kebanyakan orang di dunia menerima gaji.

Jika tidak, rugi la. Sebab tu, anda kena paham dan jelas dengan 5 prinsip asas semalam.

Strategi 1 untuk 1

Berbalik kepada contoh di atas, bagi saya strategi di atas masih belum terlalu konservatif. Saya tamak. Mesti nak untung besar tapi selamat, ye tak?

Jadi, saya buat satu peraturan. Untuk setiap $1 yang saya laburkan dalam AdWords mesti beri saya untung bersih $1 balik. Maka, nak pendekkan cerita, untuk memenuhi matlamat strategi ini, anda dikehendaki bahagi 2 dengan harga siling tadi.

Contoh, bid maksima di atas adalah $0.60. Maka bahagi 2 kita dapat $0.30. Jadi harga siling paling selamat adalah $0.30.

Untuk 100 klik saya perlu bayar $30 kepada AdWords (bid per klik $0.30 x 100 klik). Dalam 100 pelawat, 1 akan beli dan saya dapat komisen $60, lepas tolak kos AdWords $30 tadi, maka untung bersih saya adalah $30.

untuk setiap $1 saya bayar untuk AdWords, saya akan dapat semula untung bersih sebanyak $1. Jadi, 1 untuk 1.

Jelas? Jika tidak, ambil pen dan kertas dan baca semula serta catit semula strategi penting yang telah saya terangkan di atas.

Namun, anda perlu ingat bahawa strategi ini sebagai sandaran sahaja untuk membantu anda membuat keputusan. Adakalanya mengikut situasi anda boleh lajakkan sedikit bajet bid maksimum jika anda sudah mula membuat untung.

Contohnya, dalam kes strategi 1 untuk 1, kos bid konservatif adalah $0.30. Apabila sebelum menjelang trafik yang ke 100, 2 produk telah dijual bermakna saya sudah untung 3 kali ganda (2 produk x $60 komisen - $30 kos AdWords), maka apa salahnya saya naikkan sedikit bid maksimum untuk dapatkan ranking yang lebih baik dalam kedudukan iklan.

Tips Tambahan AdWords

Ini tips yang mungkin anda biasa dengar. Kalau boleh dapatkan ranking iklan 5 ke atas. Kerana kedudukan iklan AdWords anda berada dalam bahagian “above the fold” iaitu kedudukan paling atas skrin. Manusia ni selalunya malas nak scroll skrin sampai ke bawah.

Elakkan bid kedudukan 2 ke atas kecualilah anda seorang sahaja yang mengiklan. Sebab, selalu kedudukan 2 ke atas selalu menjadi mangsa “happy clickers” iaitu golongan manusia yang memang berasa gembira apabila dapat klik sesuatu link atau iklan tanpa sebab yang boleh ditafsirkan.

Adakalanya saya bid untuk ranking iklan 8 ke atas jika pasaran kompetitif. Semakin bawah maka semakin kurang klik tetapi CTR anda akan tinggi, relevancy tinggi dan kadar pengubah juga tinggi. Selepas beberapa ketika selepas nilai CTR anda tinggi, boleh lah bid untuk kedudukan yang lebih tinggi dengan kos yang lebih rendah berbanding pesaing anda!

(AdWords akan beri penghargaan dengan memberi diskaun kepada bid maksimum anda untuk katakunci yang mempunyai CTR tinggi)

Rumusan dan Kajian Kes Sebenar

Jika anda tidak yakin dengan strategi ini, sila lihat contoh screenshot kempen affiliate saya yang lepas. Dengan menggunakan strategi di atas saya selalu untung berganda-ganda.

Contoh pertama, bayar AdWords $5 saya untung bersih $243. Jadi saya untung bersih hampir 48 kali ganda!

Nota: Ini untuk kempen promosi Butterfly Marketing Manuscript. Saya terlambat masuk gelanggang, produk dah tepu di pasaran tetapi masih dapat buat untung besar!… ;)

Dan ini komisen affiliate untuk kempen tersebut sahaja daripada clickbank:

Bukti lain di ambil daripada kempen jualan produk resell rights yang saya beli dengan kos $1.98 di eBay, kemudian saya pecahkan kepada 2 bahagian produk dan saya jual dengan harga $37 untuk pecahan produk utama dan upsell pecahan kedua dengan harga $27.

Kos iklan AdWords adalah $288 manakala jualan daripada 2 produk tersebut sebanyak $1,300, untung bersih dalam $947. Untung besar lagi? Screenshot pendapatan di ambil daripada salah satu daripada akaun business PayPal saya:

Jika anda telah mahirkan strategi ini, saya nasihat ulangi untuk kempen pemasaran internet anda yang lain.

Selamat mencuba!

Technorati Tags: , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.