Adakalanya menguruskan satu kempen PPC melalui AdWords amat meletihkan. Pernah saya habis 3 hari 2 malam utk buat promosi satu produk untuk affiliate ni. Kena select product, buat survey merchant, kaji trend dan demand; dan yang paling penting bagaimana nak cari potential keyword yang kurang kompetitif. Amat meletihkan, kalaulah ada software yang dapat mengautomasikan kempen AdWords kan bagus…
Nasib selalunya menyebelahi orang yang suka komplen seperti kita. Tidak lama kemudian, saya dapat announcement ada sorang sifu ni dah melancarkan software untuk menguruskan kempen AdWords kita secara terus daripada PC. Ini hasil daripada langkah Google menyediakan AdWords API untuk menyokong para komuniti software developer membangunkan perisian khas menguruskan kempen AdWords. Wah, lega rasanya. Kini, saya dapat menguruskan pelbagai kempen AdWords dalam sehari. Produktiviti berganda.
Tapi ada satu masalah lain pula. AdWords API masih lagi dalam versi Beta. Setiap ahli diberikan had quota untuk melakukan transaksi melalui API. Hmm… selepas melakukan download dan upload data ke AdWords menggunakan software tersebut, tup.. tup quota dah penuh. Aduhhh….

Maksudnya, saya kena tunggu 1 hb setiap bulan utk reset balik quota tersebut. Oh ya, quota tersebut juga bergantung kepada nilai jumlah keseluruhan bajet dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk kempen AdWords kita. Macam kad kredit la pulak, lagi banyak kita belanja maka banyak mata ganjaran yang kita perolehi (seperti bunyi iklan yang biasa kita dengar) Nampaknya, saya kena uruskan kempen secara online semula. What the heck.
How can I increase my quota units?
You can increase the number units in your quota by doing either of the following:
- Linking additional client accounts to your My Client Center.
- Increasing your existing account’s total spend. We suggest that you obtain permission from your clients first before increasing their CPCs or daily budgets.
What if I consume more quota units than alloted to me?
After you hit the maximum number of units in your quota, you’ll no longer be able to perform operations until the start of the following calendar month. We recommend that you carefully monitor the number of quota units you consume so this doesn’t happen.
Namun begitu, Google akan melancarkan sepenuhnya AdWords API ini mulai 1 Jun 2006. Pada masa itu, setiap ahli yang menggunakan API akan dicaj sebanyak USD0.25 utk setiap 1,000 unit (menurut pengumuman lepas, tapi masih belum diputuskan sepenuhnya).
Effective July 1, 2006, the current free quota
system will be replaced by a usage-based system. Under this new model,
AdWords API token holders will be charged a nominal $0.25/1000 quota
units consumed. As a result, current developer quota caps will be
removed in order to provide a more flexible and scalable system for
quota allocation and consumption.
Unit yang telah saya gunakan tidak sampai seminggu sudah melebihi 500,000 unit x $0.25 = $125. Bayangkan berapa jumlah untuk sebulan? Hmmm…Boleh tahan juga caj Google ni.
Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.