Archive for the 'Automasi' Category

Online Office Untuk Usahawan Internet

Sunday, October 7th, 2007

Jika anda seorang usahawan internet, menggunakan aplikasi seperti word processing dan spreadsheet tidak dapat dipisahkan. Namun, ada juga segelintir yang tidak mampu mempunyai aplikasi tersebut disebabkan beberapa kekangan.

Kekangan kos atau keupayaan komputer yang tidak terkini.

Sebenarnya terdapat beberapa aplikasi tersebut kini anda boleh gunakan secara percuma. Malahan, tiada masalah atau isu keupayaan komputer yang tidak disokong. Juga, anda tidak perlu risau akan virus atau risiko kehilangan dokumen disebabkan hard disk yang rosak.

Sebelum ini, Google menyediakan aplikasi online yang dinamakan Google Docs. Anda boleh lawati URL berikut:

http://docs.google.com

Terdapat 3 aplikasi penting yang anda boleh gunakan - Documents, Spreadsheet dan Presentation. Ianya umpama anda menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.

Selain Google Docs, terdapat satu lagi penyedia aplikasi seumpama itu yang juga menyediakan 3 aplikasi penting dan beberapa aplikasi tambahan yang lain. Untuk maklumat lanjut, lawati URL berikut:

http://www.zoho.com

Zoho menyediakan satu dashboard kepada anda untuk membuat capaian kebanyakan aplikasi termasuk planner, pengurusan projek, pangkalan data dan banyak lagi.

Ianya seumpama anda menggunakan Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Access, Project, Meeting dan banyak lagi!

Jika kos merupakan alasan anda, kini ianya bukan lagi. Begitu banyak aplikasi percuma kini telah disediakan untuk usahawan internet seperti anda secara online.

Aplikasi menyokong pengautomasian tugas harian anda. Ianya dapat meningkatkan produktiviti perniagaan internet anda.

Technorati Tags: , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Alternatif Pengeluaran Wang PayPal

Sunday, September 30th, 2007

Pada mulanya saya agak kaget apabila mendapati terdapatnya link “View Limit” di atas baki penyata akaun PayPal. Selalunya, itu menandakan akaun PayPal anda belum diverifikasi atau menghadapi masalah untuk dibekukan.

Menyedari masalah itu, saya terus menghubungi pihak PayPal untuk menjelaskan perkara tersebut adakah akaun saya bermasalah dan mengapa saya tidak langsung dimaklumkan. Sementara menunggu maklum balas mereka yang lambat itu, saya pun terus mengeluarkan baki yang ada ke akaun bank US (saya mengeluarkan 3 kali setiap minggu).

Nampaknya kali ini berbeza. Saya diberi pilihan sama ada untuk mengeluarkan wang ke akaun bank US atau ke kad kredit saya. Apa? ada pilihan pengeluaran terbaru?

Ya, PayPal kini telah menyediakan satu lagi pilihan untuk anda mengeluarkan wang baki PayPal anda terus ke kad kredit atau debit yang mempunyai logo Visa atau Mastercard. Ini satu berita baik bagi semua pihak!

Anda kini tidak memerlukan bank US atau Singapura untuk mengeluarkan wang daripada PayPal. Anda boleh memilih untuk mengeluarkannya terus ke kad debit atau kredit dengan yuran sebanyak US$5.00 serta waktu menunggu antara 5 ke 7 hari bekerja.

Saya galakkan anda untuk mengeluarkannya melalui kad debit kerana anda boleh menggunakan wang tersebut. Berbeza dengan kad kredit, saya tidak nampak bagaimana untuk anda menggunakannya selain daripada membayar bil atau menikmati rebat pembayaran kredit.

Saya yakin dengan kemudahan terbaru ini akan lebih mempercepatkan peningkatan penggunaan PayPal di seluruh dunia. Meskipun saya tidak suka dengan PayPal (begitu juga segelintir pengguna lain yang mempunyai masalah dengan mereka) tetapi saya tidak dapat nafikan PayPal mempunyai hampir 150 juta pemegang akaun disamping caj yuran yang amat rendah.

Fakta ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada perniagaan internet anda dengan menyediakan kemudahan pembayaran tambahan kepada pengguna PayPal di seluruh dunia.

Technorati Tags: ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Alternatif Pencarian Keyword

Friday, September 21st, 2007

Nampaknya Overture keyword suggestion tool sudah malas berfungsi. Sebelum ini Overture hanya menyenaraikan katakunci sehingga tahun 2006 sahaja. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, nampaknya tiada lagi senaraian katakunci daripada Overture.

null

Overture Bid Tool pula memang sudah lama menghilang.

null

Lebih malang lagi, dengan ketiadaan data daripada Overture, membuatkan sesetengah keyword tool yang hanya menggunakan Overture sebagai data asas, lumpuh sama sekali. Ini termasuklah tool seperti GoodKeywords dan AdWords Analyzer.

Manakala, 2 tool lain yang saya gunakan seperti Keyword Elite dan Keyword Analyzer masih boleh berfungsi kerana ianya mendapatkan senaraian katakunci daripada pelbagai sumber lain seperti Google Keyword External Tool, Wordtracker dan enjin carian meta yang lainnya.

Persoalannya sekarang kepada anda, apakah alternatif lain yang boleh digunakan untuk melakukan kajian katakunci secara percuma?

Jawapannya sudah tentu masih ada. Cuma, anda perlu lakukan sedikit kerja untuk mengorek lebih banyak lagi katakunci berkaitan. Berikut merupakan antara alternatif yang masih ada untuk anda:

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
http://freekeywords.wordtracker.com
http://www.keyworddiscovery.com/search.html
http://googspy.com
http://www.spyfu.com
http://adlab.msn.com/contextSim/Default.aspx
http://www.nichebotclassic.com/

Juga, jika anda memerlukan tool sokongan, lawati laman berikut:

http://www.gorank.com/seotools/ontology
http://tools.seobook.com/general/keyword

Menurut beberapa sumber, perkhidmatan Overture tidak akan ditamatkan. Tetapi, ia akan dinaiktaraf dengan tool yang baru dan lebih baik. Kita tunggu sahaja.

Technorati Tags: ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap

Tuesday, August 28th, 2007

Mengintip sebenarnya adalah satu proses yang amat penting dalam sesuatu perniagaan. Ianya memberi kelebihan kepada anda berbanding pesaing lain. Malahan, proses mengintip adalah satu kemestian yang mesti ada agar anda boleh untung dan seterusnya mendominasi pasaran anda!

Anda mungkin pernah menonton pelbagai rancangan drama TV mengenai ahli-ahli korporat yang bersaing saling menghantar pengintip atau penyiasat persendirian untuk membongkar apa juga rahsia mengenai pesaing atau musuh mereka.

Hal tersebut adalah realiti. Saya sendiri sewaktu berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta pernah menyandang tugas sebagai pengurus pembangunan perniagaan (business development) yang tugasnya banyak berkisar mengenai business and competitive intelligent.

Kerjanya mengintip dan menganalisis produk, pasaran, prospek, rakan niaga dan pesaing. Termasuk juga menghidu peluang perniagaan yang wujud.

Saya masih teringat satu taktik yang saya pelajari daripada buku Sun Tzu bertajuk Art of Wars mengenai satu kemahiran yang perlu ada semasa berperang. Jika anda jelas dengan diri sendiri maka anda mempunyai 50% untuk menang. Tambahan, jika anda mengenali dengan jelas akan musuh anda maka kemenangan pasti milik mutlak anda.

Hujah beliau, jika terdapat dua pihak yang berperang mempunyai kekuatan, kemahiran, kepimpinan, teknologi dan kelebihan yang sama - hanya pihak yang mengetahui kekuatan dan kelemahan pihak lawan yang akan menang. Ini memang benar, sejarah membuktikan bahawa setiap tokoh perang atau empayar yang gagah sebenarnya hanya berperang dengan pihak lawan yang mereka sudah jelas lemah berbanding mereka.

Mereka tidak ambil risiko dan berperang secara membuta tuli. Mereka perlu tahu dengan jelas dengan siapa mereka akan berlawan dan apakah kekuatan dan kelemahan musuh. Tugas ini akan dipikul oleh pasukan pengintip mereka.

Dalam perniagaan internet, mengintip adalah proses pertama dan wajib anda lakukan. Jangan risau, anda tidak perlu mengupah seorang pengintip atau ahli penyiasat untuk melakukan tugas tersebut. Dengan teknologi internet, tugas mengintip menjadi amat mudah. Malahan, boleh diautomasikan oleh anda sendiri!

Contoh paling mudah, anda menggunakan overture untuk mengintip apa yang dicari oleh pengguna internet setiap hari. Kemudian, anda mengintip pula pengiklan untuk melihat adakah pasaran yang anda sasarkan menguntungkan atau sebaliknya. Dan begitulah seterusnya sehinggalah anda berpuas hati dan jelas dengan setiap informasi yang anda kumpulkan.

Saya mengenengahkan isu ini kerana kini ramai pihak mula menjual produk dan servis yang kononnya dapat membantu anda mengintip pasaran, pesaing dan seterusnya menghidu peluang yang ada dalam pasaran yang anda sasarkan.

Malahan, mereka mengenakan kadar harga atau yuran bulanan yang tinggi jika anda mahu menggunakan produk tersebut.

Antara produk yang popular ketika ini termasuklah AdSpy Pro, UnderCover Profits, Xtreme Conversions, XRay Domination dan seterusnya GoogleCash Detective.

Adakah ianya sekadar hype? Benarkah ianya amat berkesan?

Saya berkesempatan mencuba salah satu produk tersebut dan akhirnya meminta refund kerana kaedah menggunakannya terlalu teknikal dan penuh dengan bug. Kemudian, saya cuba membandingkan dengan produk lain yang mempunyai fungsi yang sama.

Kaedah paling berkesan untuk mengintip dan memahami produk lain adalah dengan membaca setiap thread forum daripada pengguna produk itu sendiri!

Secara teknikalnya; ya, ianya memang dapat menganalisa pasaran dengan mengintip aktiviti pengiklan melalui PPC. Anda hanya perlu memasukkan senarai keyword dan kemudian sistem tersebut akan merekodkan iklan dan link daripada PPC secara berkala bagi setiap keyword.

Teorinya, apabila selepas beberapa ketika jika iklan tersebut masih kekal melalui PPC maka pasaran dan produk tersebut berpotensi untuk anda buat duit. Disebabkan persekitaran PPC seperti AdWords amat kompetitif maka kebanyakan pengiklan akan tarik iklan mereka dalam suatu jangka masa jika tidak membawa untung.

Sistem tersebut akan membantu anda mengintip dan menganalisa setiap maklumat tersebut secara automatik.

Persoalannya adakah teori dan analisa tersebut 100% tepat?

Jawapannya sudah tentu tidak. Banyak faktor dan juga metrik yang perlu anda ambil kira. Tambahan, kebanyakan affiliate atau pengiklan di PPC tidak melakukan ujian dan tracking (Test & Track - TNT). Jika mereka buat pun, adakah mereka membuat TNT hingga ke tahap keyword?

Jawapannya juga tidak. Saya dapati masih ramai lagi pengiklan PPC tidak membuat TNT hingga ke tahap keyword. Saya hanya perlu melihat link iklan PPC mereka dan saya akan tahu sama ada mereka melakukan TNT ke tahap keyword atau tidak. Masih ramai pengiklan PPC hanya melakukan TNT pada tahap kempen, iklan dan surat jualan sahaja.

Kenapa?

Sebab kerja TNT hingga ke tahap keyword memerlukan anda memberikan ID unik bagi setiap keyword dalam setiap kumpulan iklan sesuatu kempen PPC. Ianya kerja yang amat melecehkan.

Anda bayangkan, jika anda mempunyai 100 keyword dalam setiap kempen PPC, maka anda memerlukan 100 URL dan ID unik bagi setiap keyword tersebut!

Maka secara ringkasnya, kebanyakan pengiklan PPC tidak sedar adakah sesuatu keyword itu menguntungkan atau sebaliknya kerana mereka tidak tahu. Mereka ada 100 keyword, mereka buat untung mungkin daripada 5% keyword tersebut tetapi mereka tidak tahu apakah 5% keyword tersebut. Maka, mereka bertindak untuk meneruskan sahaja iklan dengan mensasarkan kesemua 100 keyword tadi.

Jika nasib anda tidak baik, anda akan mengintip iklan mereka yang termasuk dalam baki 95% keyword yang tidak menguntungkan itu. Lebih parah, selepas menggunakan sistem pengintipan tadi anda pula berasa amat yakin bahawa keyword dan pasaran tersebut amat menguntungkan.

Anda pun pulun dan sanggup membayar kos tinggi untuk mengiklan pada keyword tersebut kerana anda yakin anda akan untung besar. Ini bukannya cerita rekaan. Ini adalah kisah serupa dan benar mengenai rakan siber saya yang menghubungi saya melalui satu forum menyatakan beliau kerugian US$5,000 sebulan dengan AdWords akibat ketamakan sendiri.

Jelas dengan penjelasan di atas?

Jadi, adakah produk yang mengautomasikan sistem pengintipan tersebut tidak berguna langsung untuk perniagaan internet anda?

Tidak, ianya masih berkesan dan membantu. Saya sendiri masih menggunakan satu perisian yang dapat melakukan tugas pengintipan ini dengan baik. Malahan, secara tidak sengaja adakalanya saya terjumpa beberapa program affiliate baru yang amat berpotensi sedang dipromosikan oleh pengiklan PPC.

Perisian ini tidak mahal berbanding 3 produk yang saya nyatakan di atas. Malahan, penggunaannya juga mudah. Saya telah menggunakannya untuk sekian lama mengintip pesaing-pesaing saya secara senyap.

Jadi, hari ini saya akan dedahkan satu rahsia kepada anda bagaimana untuk mengintip pesaing anda secara senyap.

Nak tahu?

Produk tersebut bernama Copernic Tracker.

Anda boleh melawat URL di bawah untuk info lanjut (tiada affiliate link):

http://www.copernic.com/en/products/tracker/

Lihat contoh gambarajah di bawah:

Dalam contoh di atas, saya melakukan pengintipan terhadap keyword “weight loss”, satu pasaran yang amat kompetitif tetapi amat lumayan. Hanya selepas beberapa minit pengintipan, saya dapat mengetahui berapa ramai pengiklan AdWords yang melakukan TNT dengan iklan mereka.

Kemudian, berapa tinggi tahap kompetitif keyword tersebut dengan melihat jumlah iklan dan pengiklan yang keluar masuk melalui perubahan links yang disenaraikan oleh tracker ini.

Bagi saya, produk ini sudah cukup untuk membantu saya membuat kerja-kerja pengintipan awal. Selebihnya, saya perlu membuat TNT tambahan sendiri untuk mengetahui dengan jelas tahap potensi sesuatu produk dan pasaran yang saya sasarkan.

Setiap informasi hanya untuk analisa dan sebagai bantuan kepada anda untuk membuat sesuatu keputusan. Seperti yang saya katakan, anda tidak akan tahu tahap potensi sesuatu pasaran jika anda sendiri tidak turun padang dan melihat dengan mata sendiri.

Nasihat saya, anda jadilah pengintip yang bijak.

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Menangani Pertikaian dan Refund Melalui PayPal

Tuesday, August 14th, 2007

Jika anda menerima pembayaran menerusi PayPal, salah satu masalah yang akan anda hadapi adalah permintaan refund daripada pelanggan. Ia merupakan satu situasi dimana pelanggan membuka kes dispute (pertikaian) atau membuat aduan kerana pelbagai sebab.

Jika anda belum menghadapi kes sebegitu, maka bersedialah. Permintaan refund (pengembalian wang) merupakan salah satu daripada proses urusniaga di internet. Tiada perniagaan internet yang sempurna.

Namun, hari ini saya akan berkongsi satu tips bagaimana untuk menangani masalah ini dengan bijak. Objektif anda hanya satu - memujuk pelanggan agar membatalkan hasrat mereka menuntut refund (pengembalian wang) daripada anda.

Setakat ini, saya sendiri mempunyai hampir 1.5% kes sebegitu. 1% berjaya diselesaikan cara baik dan selebihnya 0.5% saya kembalikan wang mereka dengan rela hati.

Sebaiknya, anda tidak perlu memanjangkan kes pertikaian ini kerana ianya tidak produktif kepada perniagaan internet. Lagipun, terdapat 2 jenis pelanggan yang perlu anda fahami.

Pertama jenis yang sememangnya inginkan produk anda secara percuma. Jadi, apa pun pujuk rayu yang anda buat tetap tidak akan dilayan oleh golongan ini. Mereka seboleh-bolehnya mahukan refund.

Tetapi, jangan risau. Jika terbukti anda telah menghubungi mereka dan melakukan khidmat sokongan sebaik mungkin sepanjang kes pertikaian tersebut, anda boleh bertindak memanjangkan pertikaian (escalate) kepada pihak PayPal. PayPal akan menilai semula setiap komunikasi yang anda lakukan sepanjang kes.

Sebaiknya, anda berkomunikasi melalui khidmat mesej melalui PayPal. Ini akan meningkatkan peratus untuk anda memenangi sesuatu kes pertikaian.

Jenis kedua, adalah pelanggan yang bermasalah dengan proses urusniaga anda. Sepanjang pengalaman saya terdapat 2 jenis masalah.

1) Produk tidak diterima (non-receipt)
2) Produk tidak seperti diiklankan (not as described)

Untuk mengatasi masalah ini terdapat beberapa tips ingin saya kongsikan dengan anda.

Anda perlu ingat bahawa anda sedang menghadapi pelanggan yang marah atau tidak berpuas hati dengan proses urusniaga anda. Jadi, hadapi mereka dengan tenang dan ceria.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan dahulu adalah mengenalpasti punca masalah.

Anda jangan lemah semangat, selalunya masalah ini berpunca daripada kegagalan proses automasi. Maksudnya, pelanggan anda telah membayar untuk produk anda tetapi tidak dibawa (redirect) ke laman akhir urusniaga.

Laman akhir ini selalu dirujuk sebagai “thank you page” atau selalunya laman muat-turun produk digital. Kegagalan ini boleh berpunca daripada setting anda, sistem PayPal dan pelanggan itu sendiri.

Semasa anda membuat button pembayaran, anda perlu setting laman redirect selepas selesai pelanggan membuat pembayaran. Sila semak semula dan lakukan ujian.

Adakalanya, setting anda sudah betul. Tetapi masih boleh berlaku kegagalan pada sistem PayPal. Masalah ini sering berlaku ketika waktu puncak atau PayPal sedang melakukan penyelenggaraan sistem mereka.

Kesilapan di pihak pelanggan juga boleh berlaku. Masalah yang sering saya hadapi adalah apabila komputer pelanggan menghadapi masalah. Juga boleh disebabkan oleh talian internet mereka yang terputus.

Lebih menyedihkan lagi, ada pelanggan yang tidak menamatkan proses urusniaga dengan lengkap. Ada pelanggan yang tertutup browser atau tidak mengikuti arahan yang disediakan seperti klik pada butang “Return To Merchant” selepas selesai membuat pembayaran (jika anda off auto return).

Selepas anda berjaya mengesan punca masalah, seterusnya adalah menghubungi semula pelanggan tersebut melalui sistem mesej dalam PayPal. Tindakan ini penting kerana jika anda bertindak untuk memanjangkan kes (escalate) pada masa akan datang, mesej-mesej ini akan dijadikan rujukan pihak PayPal.

Mesej anda perlu mempunyai isi-isi penting berikut:

  1. Ayat penghargaan kerana berurusniaga dengan anda (untuk menyejukkan hati mereka)
  2. Ayat yang menunjukkan simpati dan ambil berat dengan masalah mereka (anda amat ambil berat dan memahami perasaan mereka)
  3. Ayat yang menerangkan punca masalah tersebut berlaku (pelanggan akan faham dan belajar mengapa masalah boleh berlaku dan membuang label “scam” dalam minda mereka mengenai anda)
  4. Jalan penyelesaian kepada masalah mereka seperti memberikan link untuk download produk anda atau memproses pesanan dan penghantaran mereka dengan segera.
  5. Ayat meminta maaf. (pelanggan akan rasa dihargai)
  6. Hadiah, bonus tambahan atau penghargaan lain jika mereka bersetuju untuk menutup kes. Jangan lupa untuk menyatakan hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih kerana melaporkan masalah ini untuk anda memajukan sistem perniagaan anda.
  7. Jaminan akhir. Nyatakan bahawa jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu, anda akan mengembalikan wang mereka sepenuhnya. (membuang risiko serta merta jika mereka memberi perhatian kepada kes ini dan menunjukkan anda komited untuk kepuasan hati mereka)

Jangan risau, meskipun ayat nombor 7 itu berbunyi seperti hendak menyerah kalah tetapi percayalah setiap ayat di atas saya reka dan karangkan kerana berdasarkan faktor psikologi yang wujud dikalangan komuniti internet itu sendiri.

Sesiapa sahaja boleh menjual di internet. Sesiapa juga boleh menipu dan melakukan scam. Ianya amat mudah dan berlaku secara pantas.

Tugas anda adalah untuk membuang tanggapan negatif itu diminda pelanggan. Pastikan mereka menganggap anda sebagai satu entiti perniagaan yang sah dan jujur. Anda berniaga bukan semata-mata untuk duit, tetapi demi menyelesaikan masalah dan mewujudkan kepuasan kepada mereka.

Jika betul pun anda mata duitan, jangan terlalu menonjolkan sifat tersebut kepada mereka. Tunjukkan anda mengutamakan pelanggan dahulu, duit akan datang kemudian.

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.