Archive for the 'Portal & Forum' Category

Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia

Thursday, October 11th, 2007

Kesempatan yang ada ini pihak saya dan krew ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, harap maaf zahir dan batin jikalau ada pembaca yang tersinggung dengan apa juga informasi dan coretan di laman ini.

Pesanan kepada para usahawan internet Malaysia yang beragama Islam, berhati-hati disepanjang perayaan dan jadikanlah hari lebaran yang mulia ini sebagai hari untuk berehat, bersosial atau bernetworking secara sihat dan berkualiti.

Jumpa lagi!

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Kisahku Disebalik Merdeka

Thursday, August 30th, 2007

Beberapa minit lagi akan tiba detik 12 malam 31hb Ogos 2007.

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 untuk semua rakyat Malaysia dan terutamanya usahawan internet kita. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjalankan perniagaan internet dengan aman, damai dan lancar tanpa perlu risau akan gangguan anasir negatif.

Anda wajib bersyukur dengan nikmat ini.

31hb Ogos juga mencatatkan sejarah peribadi buat saya. Ianya merupakan satu tarikh keramat. Saya merdeka daripada makan gaji lalu membuat satu transformasi hidup dan mendedikasikan sepenuhnya masa saya kepada perniagaan internet.

Meskipun mendapat tentangan hebat daripada pihak majikan, rakan dan keluarga; saya nekad. Saya keluar daripada zon selesa kehidupan meskipun berada dipuncak kerjaya dengan gaji yang lumayan. Lantas saya tidak lagi memberi ruang untuk menyesal dan berfikir dua kali.

Ya, ini merupakan cubaan ke-3 selepas 2 kali gagal dalam perniagaan sendiri sejak tahun 1999. Perniagaan pertama hanya bertahan beberapa bulan. Ditutup selepas kena tipu dengan rakan niaga luar. Akibat menjalankan urusniaga berdasarkan kepercayaan.

Perniagaan kedua nampak lebih maju sedikit. Kami bermula dengan menghasilkan satu portal perkhidmatan. Memandangkan kos pengurusan dan promosi tinggi, kami berjumpa dengan pelbagai Venture Capitalist, Malaysia, USA dan Jepun. Tiada pula VC yang sanggup melabur akibat penangan bibit dot bomb ketika itu.

Jadi, kami teruskan dengan plan B. Menyediakan khidmat outsourcing kepada klien korporat. Kali ini menjadi. Daripada berempat, kami berkembang menjadi 17 orang. Masyuk. Namun tidak lama. Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan banyak klien korporat kami menjadi liat apabila tiba waktu membayar perkhidmatan kami.

Bulan berganti bulan, akhirnya kami mengalami masalah kewangan serius. Saya dan pengarah syarikat lain terpaksa potong gaji semata-mata untuk menanggung kos operasi dan membayar gaji staff.

Akhirnya, selepas setahun perniagaan ke-2 terpaksa ditutup. Selepas staff dinasihatkan berhenti dan ada yang kami pindahkan ke syarikat klien.

Manakala saya dan rakan niaga lain balik ke kampung. Tersungkur dan termenung. Tiada lagi duit di poket. Lebih buruk lagi hidup ketika itu dibebani hutang kad kredit yang menggunung. Kereta pun nak kena tarik. Memang gelap.

Selepas sebulan bertapa di kampung, saya cekalkan hati dan tebalkan muka untuk bangkit semula. Tiada cara lain lagi. Saya perlukan JOB (Just Over Broke).

Jika anda ditempat saya, sudah tentu anda akan dapat rasa bagaimana tercalarnya maruah ketika itu. Dari seorang boss kini jadi seorang peon…

Saya menawarkan khidmat nasihat dan pemindahan teknologi untuk satu produk yang kami bangunkan untuk satu klien korporat kami dahulu. Selepas beberapa kali tawar menawar dan negotiation akhirnya saya diterima. Saya jual khidmat kemahiran saya kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, saya bekerja pada hujung minggu untuk satu lagi klien korporat sebagai perunding IT. Selama lebih 2 tahun saya bekerja 7 hari seminggu dan adakalanya tidak tidur seharian. Bayangkan setiap hari jumaat selesai waktu opis dengan majikan pertama saya perlu bergegas ke site sejauh 300km untuk memberikan khidmat rundingan dengan klien ke-2 keesokan paginya.

Selepas 2 tahun, barulah hidup saya stabil semula. Kini saya belajar daripada sejarah. Jangan buat sesuatu perkara secara membuta tuli. Mesti ada ilmu. Hindari risiko sebolehnya. Mesti ada plan B. Jangan kamikaze.

Memandangkan kerja saya sememangnya berkait dengan teknologi internet, secara tidak langsung saya mula terlihat bermacam peluang baru yang wujud di internet selepas kejatuhan dot bomb. Banyak kaedah buat duit secara online telah saya cuba ketika itu.

Dipendekkan cerita, pada 1hb Ogos 2005 selepas yakin akan peluang dengan perniagaan internet, saya meletakkan jawatan. Mengikut prosidur saya perlu memberikan notis 30 hari daripada tarikh perletakan.

Ketika rakyat Malaysia bergembira dan berpesta menyambut detik 12 malam 31hb Ogos 2005 itu, saya pula melangkah dengan semangat baru keluar daripada opis untuk perjuangan baru saya.

Begitulah secara ringkasnya episod suka duka kehidupan saya yang lampau. Dramatik. Memang manis untuk dikenang.

Saya telah mengalaminya. Anda bagaimana?

Jangan sesekali mengalah. Kalau jatuh, bangkit semula dengan segera tidak kira dengan apa juga cara. Kegagalan itu pasti. Kejayaan juga pasti selepas anda hadapi kegagalan.

Hidup kita di dunia ini amat pendek. Jangan benarkan sesiapa menghalang apa yang anda impikan.

Kini saya kembali menjadi seorang usahawan. Bezanya, kini saya adalah usahawan internet yang merdeka!

Technorati Tags: , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Menangani Pertikaian dan Refund Melalui PayPal

Tuesday, August 14th, 2007

Jika anda menerima pembayaran menerusi PayPal, salah satu masalah yang akan anda hadapi adalah permintaan refund daripada pelanggan. Ia merupakan satu situasi dimana pelanggan membuka kes dispute (pertikaian) atau membuat aduan kerana pelbagai sebab.

Jika anda belum menghadapi kes sebegitu, maka bersedialah. Permintaan refund (pengembalian wang) merupakan salah satu daripada proses urusniaga di internet. Tiada perniagaan internet yang sempurna.

Namun, hari ini saya akan berkongsi satu tips bagaimana untuk menangani masalah ini dengan bijak. Objektif anda hanya satu - memujuk pelanggan agar membatalkan hasrat mereka menuntut refund (pengembalian wang) daripada anda.

Setakat ini, saya sendiri mempunyai hampir 1.5% kes sebegitu. 1% berjaya diselesaikan cara baik dan selebihnya 0.5% saya kembalikan wang mereka dengan rela hati.

Sebaiknya, anda tidak perlu memanjangkan kes pertikaian ini kerana ianya tidak produktif kepada perniagaan internet. Lagipun, terdapat 2 jenis pelanggan yang perlu anda fahami.

Pertama jenis yang sememangnya inginkan produk anda secara percuma. Jadi, apa pun pujuk rayu yang anda buat tetap tidak akan dilayan oleh golongan ini. Mereka seboleh-bolehnya mahukan refund.

Tetapi, jangan risau. Jika terbukti anda telah menghubungi mereka dan melakukan khidmat sokongan sebaik mungkin sepanjang kes pertikaian tersebut, anda boleh bertindak memanjangkan pertikaian (escalate) kepada pihak PayPal. PayPal akan menilai semula setiap komunikasi yang anda lakukan sepanjang kes.

Sebaiknya, anda berkomunikasi melalui khidmat mesej melalui PayPal. Ini akan meningkatkan peratus untuk anda memenangi sesuatu kes pertikaian.

Jenis kedua, adalah pelanggan yang bermasalah dengan proses urusniaga anda. Sepanjang pengalaman saya terdapat 2 jenis masalah.

1) Produk tidak diterima (non-receipt)
2) Produk tidak seperti diiklankan (not as described)

Untuk mengatasi masalah ini terdapat beberapa tips ingin saya kongsikan dengan anda.

Anda perlu ingat bahawa anda sedang menghadapi pelanggan yang marah atau tidak berpuas hati dengan proses urusniaga anda. Jadi, hadapi mereka dengan tenang dan ceria.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan dahulu adalah mengenalpasti punca masalah.

Anda jangan lemah semangat, selalunya masalah ini berpunca daripada kegagalan proses automasi. Maksudnya, pelanggan anda telah membayar untuk produk anda tetapi tidak dibawa (redirect) ke laman akhir urusniaga.

Laman akhir ini selalu dirujuk sebagai “thank you page” atau selalunya laman muat-turun produk digital. Kegagalan ini boleh berpunca daripada setting anda, sistem PayPal dan pelanggan itu sendiri.

Semasa anda membuat button pembayaran, anda perlu setting laman redirect selepas selesai pelanggan membuat pembayaran. Sila semak semula dan lakukan ujian.

Adakalanya, setting anda sudah betul. Tetapi masih boleh berlaku kegagalan pada sistem PayPal. Masalah ini sering berlaku ketika waktu puncak atau PayPal sedang melakukan penyelenggaraan sistem mereka.

Kesilapan di pihak pelanggan juga boleh berlaku. Masalah yang sering saya hadapi adalah apabila komputer pelanggan menghadapi masalah. Juga boleh disebabkan oleh talian internet mereka yang terputus.

Lebih menyedihkan lagi, ada pelanggan yang tidak menamatkan proses urusniaga dengan lengkap. Ada pelanggan yang tertutup browser atau tidak mengikuti arahan yang disediakan seperti klik pada butang “Return To Merchant” selepas selesai membuat pembayaran (jika anda off auto return).

Selepas anda berjaya mengesan punca masalah, seterusnya adalah menghubungi semula pelanggan tersebut melalui sistem mesej dalam PayPal. Tindakan ini penting kerana jika anda bertindak untuk memanjangkan kes (escalate) pada masa akan datang, mesej-mesej ini akan dijadikan rujukan pihak PayPal.

Mesej anda perlu mempunyai isi-isi penting berikut:

  1. Ayat penghargaan kerana berurusniaga dengan anda (untuk menyejukkan hati mereka)
  2. Ayat yang menunjukkan simpati dan ambil berat dengan masalah mereka (anda amat ambil berat dan memahami perasaan mereka)
  3. Ayat yang menerangkan punca masalah tersebut berlaku (pelanggan akan faham dan belajar mengapa masalah boleh berlaku dan membuang label “scam” dalam minda mereka mengenai anda)
  4. Jalan penyelesaian kepada masalah mereka seperti memberikan link untuk download produk anda atau memproses pesanan dan penghantaran mereka dengan segera.
  5. Ayat meminta maaf. (pelanggan akan rasa dihargai)
  6. Hadiah, bonus tambahan atau penghargaan lain jika mereka bersetuju untuk menutup kes. Jangan lupa untuk menyatakan hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih kerana melaporkan masalah ini untuk anda memajukan sistem perniagaan anda.
  7. Jaminan akhir. Nyatakan bahawa jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu, anda akan mengembalikan wang mereka sepenuhnya. (membuang risiko serta merta jika mereka memberi perhatian kepada kes ini dan menunjukkan anda komited untuk kepuasan hati mereka)

Jangan risau, meskipun ayat nombor 7 itu berbunyi seperti hendak menyerah kalah tetapi percayalah setiap ayat di atas saya reka dan karangkan kerana berdasarkan faktor psikologi yang wujud dikalangan komuniti internet itu sendiri.

Sesiapa sahaja boleh menjual di internet. Sesiapa juga boleh menipu dan melakukan scam. Ianya amat mudah dan berlaku secara pantas.

Tugas anda adalah untuk membuang tanggapan negatif itu diminda pelanggan. Pastikan mereka menganggap anda sebagai satu entiti perniagaan yang sah dan jujur. Anda berniaga bukan semata-mata untuk duit, tetapi demi menyelesaikan masalah dan mewujudkan kepuasan kepada mereka.

Jika betul pun anda mata duitan, jangan terlalu menonjolkan sifat tersebut kepada mereka. Tunjukkan anda mengutamakan pelanggan dahulu, duit akan datang kemudian.

Technorati Tags: , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Inginkan Forum Sendiri Secara Percuma?

Monday, July 9th, 2007

Jika anda bercita-cita untuk mempunyai board forum anda sendiri, tetapi tidak mahu melabur duit untuk kos domain dan hosting; maka saya ada berita baik untuk anda!

Kini anda boleh mempunyai forum percuma. Ianya kepunyaan anda sendiri. Tiada muslihat.

Boardster.Net telah melancarkan satu servis percuma kepada webmaster yang ingin mempunyai forum sendiri. Boardster menggunakan enjin phpBB dan mereka menawarkan space tanpa had.

Tiada kekangan lain, anda masih boleh mempunyai kesemua features yang ada pada forum phpBB juga tanpa had.

Ini termasuklah untuk anda panel kawalan pentadbir, melantik MOD, menukar template, private messaging, poll dan sebagainya.

Perkara yang tidak kurang pentingnya adalah backup pangkalan data forum anda. Buat masa ini Boardster belum menyediakan kemudahan tersebut. Namun anda boleh menghubungi mereka untuk melakukan backup jikalau anda memerlukan data tersebut kerana perlu berpindah ke server sendiri.

Pendaftaran juga mudah. Pilih sub-folder forum anda, nama, deskripsi serta info login pentadbir dan siap.

Eh, sebelum itu anda perlu klik pada link pengesahan yang akan dihantar ke e-mel anda. Forum anda terus siap sedia untuk digunakan terus selepas selepas proses tersebut.

Bagaimana Boardster menanggung kos?

Jawapannya sudah tentu daripada iklan. Namun, tiada iklan yang membosankan seperti iklan popup.

Jika anda berminat untuk mencubanya, sila ke URL berikut:

http://boardster.net

Selamat berforum!

Technorati Tags: , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

Trick Untuk Iklan AdWords Percuma?

Friday, July 6th, 2007

Sehingga ke hari ini, produk bertajuk Get Google Ads Free (GAF) masih menjadi produk nombor 1 di Clickbank dalam kategori B2B. Tidak dinafikan, saya juga tiada masalah mempromosi produk ini sebagai affiliate.

Siapa sangka, anda boleh mendapatkan iklan promosi di PPC terutamanya Google AdWords secara percuma?

Saya dapati, punca GAF menjadi produk yang popular dan panas macam pisang goreng kerana 2 faktor.

Pertama, kontroversi. Penulis mencabar orang lain mencuba sistemnya dan buktikan taktik yang digunakannya tidak masuk akal. Meskipun begitu, penulis berjaya menolak keraguan prospeknya melalui testimonial yang positif, menyakinkan dan menyokong setiap kenyataan yang dibuatnya.

Kedua, hype. Tiada lagi informasi yang membincangkan hal sebegini. Siapa yang tak nak iklan percuma, terutamanya di Google?

Nota: hype = perkara yang dibesar-besarkan dan tidak masuk dek akal.

Lagipun, penulis menyatakan bahawa beliau sendiri telah berjaya menjana pendapatan sehingga $300 juta dengan menggunakan kaedah tersebut. Namun, tiada pula bukti yang penulis kemukakan untuk menyokong kenyataan tersebut.

Siapa yang tak nak buat duit juta-juta dengan hanya menggunakan laman web dan iklan PPC?

Secara keseluruhannya, tiada rahsia atau perkara baru dengan kaedah tersebut. Cuma, mungkin ramai yang tidak perasan atau terlepas pandang dengan kaedah tersebut secara terperinci kerana tiada guru yang membincangkannya secara khusus.

Penulis cuba memperincikan strategi menjana pendapatan daripada hartanah maya atau terma yang biasa kita dengar iaitu VRE (virtual real estate) yang dibawa oleh John Reese. Hartanah maya merujuk kepada laman web anda.

Anda mempunyai domain dan laman web. Maka, ianya hak mutlak anda dan sepatutnya anda perlu kreatif dalam memaksimakan penjanaan duit melaluinya. Strategi utama adalah melalui iklan banner.

Ianya mirip kepada teknik arbitrage, tetapi anda perlu menyediakan satu khidmat pengiklanan di laman web anda untuk menampung kos iklan PPC anda dan pendapatan selebihnya adalah untung. Kontranya, setiap jualan iklan sebenarnya dapat menampung setiap kos iklan PPC anda dan ianya kelihatan seperti percuma.

Penulis memperincikan strategi tersebut dengan menyatakan bagaimana untuk menetapkan caj iklan agar anda dapat membayar setiap kos iklan PPC anda.

Kebanyakan orang cuma tahu, untuk untung daripada iklan AdWords hanya terdapat beberapa kaedah yang biasa kita dengar. Ini termasuklah menjual produk sendiri, affiliate atau pun AdSense. Mungkin, beberapa iklan lain untuk buat duit dengan laman web anda sendiri seperti sewa link, buat review, Chitika, AdBrite, Kontera, AuctionAds dan yang sewaktu dengannya.

Siapa bilang produk yang berbaur hype tidak boleh dijual? Kena tengok strategi promosi dan jualan.

Bila membaca surat jualannya, saya teringatkan Rich Jerk. Cuma bezanya Rich Jerk mengguna pendekatan yang lebih kasar dan kontroversi. Tetapi, ianya terbukti berjaya kerana mereka tahu bagaimana untuk berdepan dengan persoalan dan keraguan yang datang dalam setiap kepala prospek mereka.

Saya percaya perang psikologi amat penting dalam mempraktikkan strategi jualan sebegini.

Begitu juga dengan e-buku GAF ini, ada beberapa fakta dan kenyataan yang saya ragui. Ianya berdasarkan pengalaman.

Tetapi penulis ternyata bijak men”cover”nya.

Apabila sampai ke point yang boleh mendatangkan keraguan, penulis dengan segera menyertakan salinan testimonial ditepi kenyataan tersebut. Seterusnya menutup sebarang keraguan dengan kenyataan lain yang dapat mencabar kewibawaan pembacanya di akhir sesuatu topik.

Patutlah peratus refund pun kurang.

Faktor lain yang saya nampak dapat meningkatkan jualan adalah kehadiran begitu banyak testimonial bebas daripada individu biasa yang tidak dikenali. Berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh ahli pemasaran lain yang lebih cenderung menggunakan testimonial daripada para guru dan ahli pemasaran lain yang dikenali.

Anda fikir sendiri. Jika diberikan 2 contoh kajian kes untuk anda jadikan sebagai bukti testimonial, manakah yang anda rasakan lebih berkesan?

Kes pertama, seorang pelanggan anda adalah seorang guru terkenal seperti John Reese telah mencuba kaedah dan strategi anda dan berjaya menjana RM1 juta.

Manakala seorang lagi Abu yang langsung tidak dikenali, bermula daripada kosong tetapi juga berjaya menjana RM1 juta selepas mencuba kaedah anda.

Prospek anda akan berfikir, bukan susah untuk guru terkenal seperti John Reese menjana pendapatan sehingga RM1 juta. Tak guna kaedah anda pun boleh dapat juta-juta. Betul tak?

Tetapi, prospek akan berasa lebih tercabar apabila mendapati orang yang datang dari ceruk entah mana seperti Abu boleh juga dapat RM1 juta. Abu adalah orang biasa seperti pospek-prospek anda yang lain. Mereka dalam situasi yang serupa. Tune gelombang otak pun sama.

Maka, ianya akan menjadi satu pendorong kuat dan lebih menyakinkan prospek anda. Hmm… lagipun bukan susah nak dapatkan testimonial daripada orang biasa, kan?

Kesimpulannya, membuat duit daripada iklan banner tidaklah semudah yang anda sangka. Jika ianya mudah dan amat menguntungkan, maka tidak popularlah AdSense kepada kebanyakan webmaster.

Banyak faktor yang perlu anda ambil kira sebelum memulakan khidmat menjual iklan banner di laman web anda. Antaranya termasuklah bukti trafik, pageview, ranking sama ada di PPC atau senaraian enjin carian organik dan tidak kurang penting, niche sasaran.

Kebanyakan ahli pemasaran juga tahu, pengiklanan melalui banner mempunyai kadar klik yang rendah. Juga kadar pengubah yang rendah. Tetapi, ianya masih berkesan sebagai alternatif pengiklanan. Penting untuk penjenamaan.

Ini disebabkan psikologi. Manusia dah kebal dengan iklan. Mereka akan abaikan apa juga bentuk iklan. Ada mental block. Melainkan anda kreatif merekabentuk iklan banner agar tidak nampak seperti iklan.

Antara trick yang licik adalah menggunakan ilustrasi plain text dan link. Atau, gunakan trick menggunakan menu kawalan tertentu seperti combo box dan button. Trick ni saya dapati amat berkesan sekali. Sudah jadi tabie setiap manusia untuk klik pada teks yang mengandungi link dan butang.

Saya sesekali tidak menegah kaedah yang dinyatakan oleh GAF ini. Ianya memang boleh dilakukan jika anda fokus. Anda perlu menyakinkan pengiklan bahawa keputusan mengiklankan banner mereka di laman web anda akan amat menguntungkan mereka. Beri sokongan bagi setiap point anda.

Tekankan nilai dan faedah yang mereka dapat. Lebih bagus jika anda berkongsi tips pengiklanan banner dengan mereka. Di atas tadi merupakan antara tips yang boleh anda kongsi. Tak rugi anda baca pos ini, kan?

Paling penting anda cuba dahulu baru tahu nanti.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb

© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.