Nak Duit Segera? Jual Produk Yang Boleh Dijual
Sebagai affiliate, sudah tentu anda ingin buat duit cepat daripada produk affiliate yang sememangnya boleh dijual. Jika tidak, anda sudah tentu tidak akan menjadi affiliate.
Affiliate adalah jalan singkat untuk anda didedahkan kepada perniagaan internet dan buat duit seberapa segera yang mungkin.
Masalahnya, bagaimana untuk kenalpasti produk yang boleh dijual? Atau, yang mudah dijual untuk duit segera?
Jawapannya, lihat dan kaji pasaran dan anda perlukan satu kemahiran untuk pilih produk yang mudah dijual.
Sebagai affiliate, anda perlu dimaklumkan dengan produk baru yang akan dilancarkan. Sebabnya, produk baru mempunyai peluang untuk dapat dijual dengan banyak sebelum pasaran menjadi tepu.
Namun, tidak semua produk baru boleh dijual dengan mudah. Ini fakta.
Jadi, sebagai affiliate anda perlu buat pemilihan produk yang betul-betul boleh dijual, meskipun ianya produk baru.
Beberapa kriteria adalah melihat prestasi pengeluar produk. Dalam konteks info-produk, penulis yang sememangnya telah terbukti hangat dan mempunyai kredibiliti dalam pasarannya. Contohnya, adalah lebih mudah menjual e-buku yang ditulis oleh John Reese berbanding penulis lain yang bernama John Doe.
Strategi lain untuk kenalpasti produk affiliate yang mudah dijual adalah dengan melihat apa yang sedang dibuat oleh affiliate yang lain. Cara ini dipraktikkan jika anda tidak mahu risiko untuk rugi kerana hilang duit pada kos pengiklanan.
Jangan reinvent the wheel. Biarkan orang lain buat dulu, dan anda sebagai affiliate yang bijak akan “mencuri” strategi mereka tanpa perlu risiko untuk tanggung kos untuk menguji adakah pasaran sasaran tersebut menguntungkan.
Strategi mudah adalah dengan memerhatikan iklan PPC AdWords affiliate. Jika iklan tersebut bertahan selama beberapa hari ke 1 minggu maka ianya produk yang menguntungkan untuk dipromosi oleh anda sebagai affiliate.
AdWords adalah platform pengiklanan PPC yang amat kompetitif. Kos bidaan PPC juga amat tinggi bagi kebanyakan pasaran. Jadi, kebanyakan pengiklan AdWords akan memberhentikan kempen PPC mereka dalam beberapa hari jika produk yang diiklankan tidak dapat dijual. Mudah bukan.
Namun, anda perlu ambil kira beberapa faktor sebelum memilih sesuatu produk untuk dipromosi. Jika produk tersebut dijual menggunakan Clickbank, maka anda boleh melihat refund rate produk terbabit. Lakukan carian di Google untuk mengetahui bagaimana mengenalpasti refund rate sesuatu produk affiliate.
Tidak guna juga kalau sesuatu produk dapat dijual dengan hangat tetapi kadar refund juga hangat. Ini dilema kebanyakan affiliate yang baru. Saya sering membaca keluhan beberapa affiliate yang gembiranya amat sekejap.
Semalam dah belanjakan $100 untuk 200 klik PPC berharga $0.50 dan berjaya membuat jualan 5 produk affiliate dengan jumlah komisen $37 setiap satunya. Secara kasarnya, affiliate terbabit dah buat untung bersih sebanyak $85.
Malangnya, hari ini apabila affiliate tersebut melihat laporan komisen terbaru, 3 produk telah di refund oleh pembeli menjadikan affiliate terbabit rugi bersih sebanyak $26!
Adakah anda biasa membaca senario begini? Inilah senario biasa dalam dunia affiliate. Sebab itu statistik menunjukkan hampir 95% affiliate gagal dalam membuat duit daripada komisen.
Nasihat saya, kaji dahulu dan buat ujian pasaran sebelum meletakkan lebih banyak duit untuk menanggung kos pengiklanan sesuatu produk affiliate yang anda ingin jualkan.
Tips tambahan, jangan jadikan AdWords sebagai sumber trafik utama anda. Perbanyakkan strategi lain. Yahoo, MSN dan beberapa PPC kecil yang lain juga efektif untuk tarik trafik.
Jadilah, affiliate yang bijak.
Technorati Tags: affiliate, duit cepat, perniagaan internet, buat duit, duit segera, pengiklanan, duit
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










July 24th, 2007 at 12:18 pm
Contoh paling mudah, F2R RinggitHit
September 5th, 2008 at 11:24 pm
Thanks for the info..