Rahsia Membina Laman Web Dengan Hanya $2
Ini bukan hype. Sebentar lagi saya akan berkongsi dengan anda satu lagi rahsia bagaimana untuk mendapatkan nama domain dan web hosting serendah $2 (atau RM6.8x) untuk laman web perniagaan internet anda.
(Nota: sebelum ini hanya babitkan kos serendah $1 tetapi syarikat berkenaan telah menamatkan promosi tersebut…)
Tambahan lagi anda mendapat harga tersebut daripada penyedia hosting antara terbaik di dunia. Bukan cikai punya.
Saya tidak mendapat apa-apa komisen daripada recommendation ini. Saya sendiri masih menggunakan khidmat penyedia hosting ini sehingga sekarang. Sebab itu saya tidak segan merekomen kepada anda.
Sebenarnya, rahsia ini masih belum diketahui ramai. Jika dahulu anda mungkin memerlukan minima $50++ untuk membuka satu laman web daripada penyedia hosting terbaik, kini anda boleh buka sehingga 25 laman web niaga anda dengan kos yang sama!
Segelintir ahli pemasaran yang bijak menggunakan peluang ini untuk membina laman web untuk mempromosikan produk affiliate secara malas. Ternyata mereka banyak buat untung daripada teknik ini sahaja.
Ewen Chia antara mentor saya yang telah mendedahkan rahsianya. Beliau buat untung dengan hanya memanipulasi nama domain mengikut nama produk. Lagipun kerjanya mudah - daftar nama domain, upload 1 laman web ringkas yang buat pre-sell dan tinggalkan.
Atau, anda boleh bina list anda sendiri melalui opt-in. Tawarkan hadiah percuma sebagai umpan.
Kalau anda malas lagi, boleh buat redirect page ke laman produk affiliate pilihan dengan menanamkan affiliate ID anda pada cookies pelawat.
Kemudian, anda akan dapat lihat bagaimana komisen affiliate anda bertambah setiap bulan.
Tapi, tidaklah adil untuk anda harapkan komisen yang banyak dengan menggunakan teknik ini melainkan jika anda bersungguh-sungguh mempromosikan laman web tersebut.
Bayangkan, jika 1 laman web tersebut berjaya memberikan komisen $30 sebulan, dengan 10 laman web yang lain maka secara malasnya anda akan menjana pendapatan sampingan sebanyak $300 secara pasif!
Tanpa perlu anda membuat apa-apa. Ini bukan khayalan. Saya sendiri telah mempraktikkannya
Jika anda memerlukan satu penyelesaian untuk mendapatkan pendaftar domain dan penyedia hosting terbaik tetapi kos efektif seminima $2 sahaja, maka saya rekemen lakukan perkara berikut:
1) Pilih nama domain untuk .INFO (bukannya .com). Jangan pandang rendah pada .INFO. Kebanyakan prospek melihat domain .INFO sebagai laman web bebas. Bagus untuk tujuan review produk affiliate jika anda mahu.
Jika anda ketandusan idea untuk mendapatkan nama domain, ini satu lagi rahsia bagaimana saya mencari dan membuat koleksi domain. Gunakan khidmat Domainsbot.com!
Masukkan keyword dan DomainBot akan mencadangkan beberapa nama domain untuk anda pilih. Untuk menjimatkan masa, klik “Advanced Search”, pada “Extension:” pilih “.info” dan pada “Status:” pilih “Available” sahaja. Tukar setting lain jika perlu.
Senaraikan nama-nama domain yang menarik hati anda.
2) Pergi ke GoDaddy.com dan daftar nama tersebut. Ingat, anda hanya perlu daftar domain .INFO sahaja. Pendaftaran cuma $1.99 sahaja.
3) Selesai daftar nama domain tersebut, anda perlukan web hosting. Pergi ke HostGator.com. Atau, klik sahaja URL di bawah (tiada link affiliate, guna tinyURL sebab link dia panjang…):
http://tinyurl.com/2tzwzn
4) Pilih “I will use My Existing Domain and update My Nameservers only.” kemudian masukkan nama domain anda tadi dan “info” sebagai extension.
5) Langkah seterusnya, masukkan kod kupon “404PAGE” untuk menikmati $0.01 caj hosting bagi bulan pertama. Bulan-bulan seterusnya anda akan dicaj sebanyak $9.95 sebulan.
Jangan risau, anda ada masa sebulan untuk memulakan perniagaan internet dan buat untung untuk membayar kos setiap bulan berikutnya.
Ikuti setiap langkah yang perlu, masukkan info anda dan lengkapkan pembayaran.
6) Seterusnya, anda akan menerima maklumat Nameservers untuk point domain anda di GoDaddy tadi ke server hosting di HostGator. Catitkan. Contoh bentuk Nameservers adalah seperti di bawah:
nsxxx.websitewelcome.com
nsxxx.websitewelcome.com
7) Akhir sekali, anda perlu setting Nameservers atau DNS di GoDaddy. Login dan pergi ke “My Account”. Menu atas, klik “Domain” dan pilih “My Domain Names”. Anda perlu “Unlock” domain dan kemudian baru tukar setting DNS. Berikut adalah bantuan yang boleh anda rujuk:
7a) Unlock Domain:
http://help.godaddy.com/article.php?article_id=410
7b) Tukar setting DNS
http://help.godaddy.com/article.php?article_id=667
http://help.godaddy.com/article.php?article_id=664
Itu sahaja. Sekarang anda boleh memuat-naik fail yang berkaitan dengan laman web anda ke server HostGator. Sila semak e-mel untuk bantuan FTP atau chat dengan staff di LiveHelp. Mereka boleh membantu.
Selamat mencuba!
Technorati Tags: rahsia, nama domain, web hosting, laman web, perniagaan internet, affiliate, buat untung, bina list, pendapatan sampingan
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap














July 19th, 2007 at 7:44 am
tips yang menarik dan berguna.tq
July 20th, 2007 at 1:07 am
adakah ini bermaksud kita cuma ade satu bulan jer utk price hosting 0.01 tuh..
July 31st, 2007 at 1:24 pm
ramzy, ya… pastikan kena untung dlm sebulan tu. kalau tak confident, ambil hosting lain yg murah
August 10th, 2007 at 4:13 pm
ASM Tuah,
Mike Filsaime dalam The Resource Report V1.03 mencadang agar IM jangan menggunakan Godaddy sebagai registrar. Ini kerana banyak masalah dengan TOS nya dan bla bla bla lagi. Tapi semunya menakutkan jugak.
Selain itu Gobala pun pernah tulis dlm blog dia pasal Godaddy buat onar sebab beliau Malaysian.
Mike mencadangkan namecheap sbg registrar & Kiosk.ws sebagai hosting. ada komen pasal 2-2 ni? u punya websites semua guna registrar & hosting yang mana?
August 13th, 2007 at 11:47 pm
WSM & ASM Zulkef,
Ya, Godaddy (GD) antara penyedia hosting terbesar dunia, jadi tidak hairan jika byk komplen. Malahan, GD sering mengambil tindakan tanpa notis jika aktiviti laman web anda melanggar TOS atau menerima komplen drp org ramai.
Saya telah dan masih menggunakan GD sehingga ke hari ini sejak lebih 2 tahun lepas. Setakat ini tiada masalah. Tapi skrg saya menggunakan GD sebagai registrar domain shj.
Utk hosting, tgk objektif site kita. Kalau tiada byk multimedia saya gunakan HostGator.
Yang penting, kita pecahkan domain kpd pelbagai registrar & hosting utk kurgkn risiko.
Tiada xperience dgn kiosk.ws… so no comment.
September 5th, 2008 at 11:59 pm
free web hosting 000webhosting.com macam best je..boleh pakai ke ?