Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ

Guru SEO kita nampaknya sudah mula ikut jejak para guru internet yang lain, menawarkan perkhidmatan internet yang berasaskan Web 2.0. Peluang dalam pasaran ini masih baru tetapi sudah menampakkan potensi yang amat besar.

Lihat sahaja penyedia perkhidmatan portal Web 2.0 seperti MySpace, Youtube, Facebook dan seangkatan dengan mereka, apa sudah jadi dengan founder mereka? Ya, ada yang jadi billionaire sekelip mata apabila portal mereka dibeli oleh syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo dengan harga yang amat tinggi.

Bulan lepas John Reese melancarkan BlogRush, satu plugin atau widget yang disediakan kepada para blogger untuk sindiket artikel atau pos daripada blogosphere berdasarkan topik tertentu.

Anda boleh lawati URL berikut:

http://www.blogrush.com/

Selepas itu, Joel Comm pula melancarkan perkhidmatan beliau untuk para usahawan internet menghoskan video mereka dengan kos efektif. Alternatif lain untuk hos video yang menjadi pilihan sebelum itu adalah Amazon S3.

Terbaru guru SEO atau “the coolest guy on the planetBrad Fallon, telah melancarkan FreeIQ, satu model perniagaan internet berasaskan Web 2.0 hasil kombinasi Youtube dan Clickbank.

Pendaftaran adalah percuma. Anda boleh mendaftar sebagai affiliate dan Content Provider yang mana membolehkan anda berkongsi material berbentuk ebuku, audio dan video secara percuma atau berbayar. FreeIQ tidak mengenakan caj upfront tetapi hasil pendapatan adalah daripada yuran transaksi dan pengeluaran wang.

Jika anda memilih untuk menerima pembayaran komisen dan hasil jualan content anda melalui bank US atau PayPal, maka tiada yuran dikenakan.

Pendapat saya, model FreeIQ amat mudah dan berpotensi untuk para usahawan internet seperti anda terutamanya daripada Malaysia untuk menggunakan platform ini sebagai kaedah menjana pendapatan internet secara serius. Jika anda sudah berpengalaman dalam dunia perniagaan internet sudah tentu anda maklum akan kekangan kepada kita untuk menjual produk sendiri di Clickbank.

Malah FreeIQ juga menyediakan peluang kepada para affiliate buat duit cara mudah dengan hanya merekemen komuniti internet lain melawat laman tersebut. FreeIQ menyediakan komisen 2 aras, sehingga 45% aras 1 dan flat 5% komisen untuk aras 2. Tiada masalah dengan cookies, FreeIQ mempunyai teknologi untuk track komisen anda.

Juga, anda akan mendapat 1% untuk aras 1 dan 0.5% untuk aras 2 jika Content Provider berjaya membuat jualan dan mereka mendaftar melalui link affiliate anda.

Kelebihan lain kepada anda?

FreeIQ dilihat dapat menyelesaikan banyak masalah yang membelenggu kebanyakan para usahawan internet dan affiliate seluruh dunia. Anda kini tidak perlu pening kepala untuk mencari hosting bagi menempatkan produk digital anda, FreeIQ menyediakannya secara percuma!

Anda bayangkan, produk video mempunyai perceived value yang tinggi meskipun kandungan yang sama dengan ebuku. Contohnya, pengalaman saya mendapati video boleh dijual dengan harga sehingga US$97 tetapi ebuku dengan kandungan yang sama hanya dapat dijual pada harga US$47.

Malahan, untuk menyediakan streaming video memerlukan kos hosting yang tinggi kerana kebanyakan syarikat hosting tidak mahu bandwidth server mereka menjadi terlalu tinggi dan seterusnya melembapkan proses loading laman web pelanggan yang lain.

OK, apa kelebihan lain FreeIQ?

Sudah tentu proses pembayaran menjadi isu utama juga. Jangan risau, FreeIQ menyediakan khidmat penerimaan pembayaran. Anda hanya perlu fokus kepada penjualan produk.

Lain kelebihan adalah FreeIQ menyediakan integrasi dengan servis autoresponder seperti Aweber dan 1ShoppingCart.

Jangan tunggu lagi, bertindak sekarang dan daftar secara percuma menggunakan URL berikut:

=> http://freeiq.com/homereview

Atau…

Klik sini untuk mendaftar terus:
=> http://freeiq.com/assocregjoin

Technorati Tags: , , , , , ,

Kongsi Topik Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • BlinkList
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Spurl
  • YahooMyWeb
Recent Entries:

13 Responses to “Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ”

  1. hafiza Says:

    FreeIQ memang landasan yang sesuai untuk peniaga-peniaga internet yang mempunyai produk yang bagus untuk diniagakan tetapi mempunyai modal yang kecil. Dengan wujud nya sumber-sumber model perniagaan seperti ini,perniagaan internet di Malaysia dapat diperkembangkan

  2. SyedHafidz Says:

    wah..ini berita baik!!
    leh saya try wat duit kat sini=)

  3. affuan Says:

    Hm, saya dah cuba. Alhamdulillah menjadi.. Teknik video marketing juga boleh di apply di sini.

  4. Anne Ahira Says:

    Sepertinya ini peluang yang bagus untuk di jalankan, tapi ngomong2 apa sudah ada bukti kalau program ini membayar kita

    sukses selalu buat tuah emas

  5. Geraiproduk.com Says:

    Daftarkan produk anda secara gratis di http://www.geraiproduk.com

    GERAIPRODUK
    Menyajikan data informasi lengkap produk-produk dari berbagai perusahaan di Indonesia secara terstruktur dan user-friendly, semua data yang tercantum adalah data yang valid, karena semuanya di-input secara manual / human-edited.
    Kami bertujuan agar kedepannya, GeraiProduk dapat menjadi acuan serta media informasi bagi para pelaku bisnis maupun konsumen dalam memilih suatu produk.

  6. kerja sambilan Says:

    sesiapa yg dah cuba mungkin boleh berkongsi maklumat mengenai pembayaran…adakah tepat seperti dijanjikan….atau ada kerenah2 lain yg berlaku…

  7. muein Says:

    korang join la mymode kalo nak wat bisnes kecil2..sykt mymode ni sudah didaftarkan…kalo korang tk caya lagi,korg klik kat “prepaid payment” kat mesin atm maybank..kat situ korg leh tgk ada ‘MYMODE’…ha.tkkan la kalo mymode ni sykt yg tipu org leh join ngan maybank?pikir2 la…kalo korg nak join mymode leh la masuk bwh aku..bkn promote,tp untk sngkan korg sbb aku ni jenis jaga bdk2 bwh aku…biar diorg bwh aku ni sama2 untung..pepe2 hal msj 0179820282

  8. usri Says:

    FreeIQ: satu lagi kaedah yg dapat menambahkan income melalui internet

  9. Khai... Says:

    hmmm.. Kalau boleh saya pun nak cuba juga lah kat FreeIQ lepas ni. Thanks a lot

  10. dlagu Says:

    Dah tak update ke blog ni.

  11. Rahsia RM1546.92 Seminggu Says:

    Nampak macam berminat lah?kasi tau lah macmna nak join!

  12. Tomankulai.com Says:

    Kalau dah timbul minat tu…klik je link dibawah ni!

    http://www.blogrush.com/

  13. KampungBoy Says:

    Wa…sekarang nie banyak betoi peluang untuk IM create income melalui internet.

Leave a Reply


© 2006 TuahEmas.com. Segala Hakcipta Terpelihara.