Tips Memilih Hosting Terbaik Untuk Laman Web Anda
Semalam kita bercerita pengalaman saya dengan permasalahan web hosting daripada pelbagai syarikat. Jadi, anda boleh mengelakkan masalah web hosting tersebut berlaku kepada laman web perniagaan internet anda.
Ianya bukan sahaja boleh menghindari anda daripada terkena migrain, malah menjimatkan kos dan masa.
Jadi kesimpulannya, apakah hosting terbaik yang ada untuk laman web perniagaan internet anda?
Ambil kira ciri-ciri ini sebelum memilih syarikat hosting untuk hos laman web anda:
1) Kos efektif. Murah tidak semestinya bagus. Mahal juga tidak semestinya terbaik.
Ambil peluang dengan kempen promosi yang berlangsung dan murah. Tetapi, anda perlu ambil kira juga kos hosting jangka panjang. Apa guna jika tahun pertama anda membayar hanya $20 untuk pakej lengkap kemudian perlu membayar sehingga $1,000 untuk tahun berikutnya!
Anda mungkin boleh berpindah ke syarikat hosting lain tetapi ia memang memeningkan kepala. Namun, kini banyak syarikat hosting lain mengalu-alukan perpindahan hosting dan mereka sanggup melakukan kerja pemindahan untuk anda secara percuma.
2) Mempunyai LiveHelp 24/7. Fikirkan apa akan berlaku jika anda memerlukan khidmat sokongan syarikat hosting menyelesaikan masalah anda serta merta.
Khidmat sokongan melalui emel kurang efisien kerana adanya waktu menunggu. Selalunya ia mengambil masa 12 jam ke 24 jam! Jadi, pilih yang ada LiveHelp. Ini kritikal.
3) Khidmat sokongan tambahan 24/7. Laman web kita beroperasi 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti. Saya dapati ada sesetengah syarikat menggunakan khidmat sokongan melalui e-mel untuk kes-kes tertentu.
Pastikan khidmat sokongan ini tiada cuti dan kadar respons juga mesti pantas. Ini juga faktor kritikal.
4) Mempunyai CPanel. Saya dapati ada beberapa syarikat hosting cuba menggunakan panel kawalan sendiri. Ianya membuat kerja penambahan skrip dan penyelenggaraan adakalanya menjadi sukar.
CPanel setakat ini amat memudahkan kerja anda sebagai webmaster. Navigasi dan capaian ke tool yang dikehendaki amat ringkas dan mudah.
5) Kawalan penuh DNS (Domain Name Server) untuk nama domain anda. Mana tahu anda nak tukar hosting. Jika anda mempunyai hak kawalan penuh untuk DNS, maka senang untuk menukar Name Server (untuk point ke server hosting) dan melakukan forwarding jika perlu.
Juga penting jika anda hendak melaksanakan model “flipping website”. Kaedah ini sedang hangat di mana anda setup laman web, masukkan beberapa contents dan jual kepada webmaster lain.
Jika anda mempunyai kawalan penuh terhadap DNS, maka kerja pemindahan akaun domain dan hosting menjadi lebih mudah.
6) Menyokong pangkalan data mySQL. Kebanyakan skrip sekarang menggunakan mySQL untuk pengurusan data kerana ianya lebih mudah dan pantas.
Jika boleh tiada had untuk menambah mySQL tambahan. Anda tidak tahu berapa banyak skrip yang akan anda masukkan nanti.
7) Kadar kelajuan response server yang laju. Tiada yang lebih mengecewakan daripada prestasi laman web yang lembap. Ini meningkatkan kadar pelawat yang akan lari lebih tinggi. Bagaimana untuk tahu?
Cara mudah adalah anda menghantar e-mel kepada khidmat sokongan dan minta beberapa contoh laman web yang hos dengan mereka menggunakan pakej berkongsi (saya juga yakin anda belum mampu menyewa pakej dedicated server). Ada juga syarikat hosting yang telah menyenaraikan laman web ini untuk meningkatkan imej dan kredibiliti mereka.
Seterusnya, pergi ke www.vertain.com/?sst dan masukkan URL nama domain sample mereka. Jika hasil keputusan melebihi 3 ke 4 saat maka menunjukkan kadar respon yang lembap. Tetapi bergantung banyak faktor.
Laman web yang menggunakan forum, grafik yang banyak dan multimedia seperti flash, video dan audio sememangnya mempunyai kadar masa respon yang tinggi kerana banyak data perlu diproses meskipun menggunakan server yang laju!
Mempunyai Fantastico. Ini bonus sebab fantastico merupakan satu dashboard yang mempunyai pelbagai jenis skrip yang popular dan penting sedia untuk dimasukkan ke laman web anda dengan hanya beberapa klik. Tanpa perlu anda memuat-naik sendiri menggunakan ftp.
9) Anda mempunyai kebenaran mencapai web log laman web anda. Ini penting kerana anda boleh melihat statistik keseluruhan laman web anda. Anda boleh menyemak katakunci yang digunakan pelawat untuk datang ke laman web anda, jumlah trafik dsb.
Selalunya, skrip seperti AWStats digunakan untuk membaca web log ini.
10) Ciri-ciri tambahan lain yang perlu anda ambil perhatian.
- Jumlah web space dan bandwith lagi tinggi lagi bagus.
- Shopping cart jika anda nak buat web store.
- Sokongan domain tambahan, ada yang membenarkan anda menambah domain tambahan ke dalam hosting sedia ada.
- POP3 email untuk capaian email daripada Windows.
- Kebenaran untuk mewujudkan sub-domain.
OK, nampaknya ada 10 tips untuk hari ini bagaimana memilih pakej web hosting yang terbaik bagi laman web perniagaan internet anda.
Akhir sekali yang tidak kurang pentingnya adalah sila semak TOS (Term of Service) syarikat hosting tersebut untuk mengetahui apa perkara yang boleh dan tidak boleh anda lakukan dengan laman web anda.
Kalau nak cerita semua, boleh buat satu e-buku khas. Jadi, anda sebagai bakal webmaster perlu menjadi pengguna yang bijak memilih yang terbaik untuk perniagaan internet anda.
p/s: Jika anda inginkan pakej hosting terbaik dan kos efektif, berikut merupakan beberapa cadangan:
http://www.hostgator.com
http://netfirms.com
http://westhost.com
Technorati Tags: web hosting, laman web, perniagaan internet, syarikat hosting
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap









