Alternatif Pencarian Keyword
Nampaknya Overture keyword suggestion tool sudah malas berfungsi. Sebelum ini Overture hanya menyenaraikan katakunci sehingga tahun 2006 sahaja. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, nampaknya tiada lagi senaraian katakunci daripada Overture.

Overture Bid Tool pula memang sudah lama menghilang.

Lebih malang lagi, dengan ketiadaan data daripada Overture, membuatkan sesetengah keyword tool yang hanya menggunakan Overture sebagai data asas, lumpuh sama sekali. Ini termasuklah tool seperti GoodKeywords dan AdWords Analyzer.
Manakala, 2 tool lain yang saya gunakan seperti Keyword Elite dan Keyword Analyzer masih boleh berfungsi kerana ianya mendapatkan senaraian katakunci daripada pelbagai sumber lain seperti Google Keyword External Tool, Wordtracker dan enjin carian meta yang lainnya.
Persoalannya sekarang kepada anda, apakah alternatif lain yang boleh digunakan untuk melakukan kajian katakunci secara percuma?
Jawapannya sudah tentu masih ada. Cuma, anda perlu lakukan sedikit kerja untuk mengorek lebih banyak lagi katakunci berkaitan. Berikut merupakan antara alternatif yang masih ada untuk anda:
https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
http://freekeywords.wordtracker.com
http://www.keyworddiscovery.com/search.html
http://googspy.com
http://www.spyfu.com
http://adlab.msn.com/contextSim/Default.aspx
http://www.nichebotclassic.com/
Juga, jika anda memerlukan tool sokongan, lawati laman berikut:
http://www.gorank.com/seotools/ontology
http://tools.seobook.com/general/keyword
Menurut beberapa sumber, perkhidmatan Overture tidak akan ditamatkan. Tetapi, ia akan dinaiktaraf dengan tool yang baru dan lebih baik. Kita tunggu sahaja.
Technorati Tags: Overture, keyword suggestion tool
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










September 21st, 2007 at 3:53 pm
Kalau bab cari keywords ni saya pun biasa guna Google Adwords KeywordToolExternal..
selain tu ada juga guna keyword suggestion tools dari satu software percuma.
tapi banyak2 tools saya mmg suke google punya sebab buleh shorting ikut value keywords sekali..
September 21st, 2007 at 9:14 pm
erm..bab keyword research ni mmg mengambil masa yg lama..tp berbaloi..
November 2nd, 2007 at 6:59 pm
Saya pun ada dengar yang overture akn dinaiktarafkan..
kita nanti jela kemunculannya..
=)
April 17th, 2008 at 10:28 am
Lepas ni keja kita makin mudah lah.. dah namanya naik taraf…. comfirm lagi canggih