Trick Untuk Iklan AdWords Percuma?
Sehingga ke hari ini, produk bertajuk Get Google Ads Free (GAF) masih menjadi produk nombor 1 di Clickbank dalam kategori B2B. Tidak dinafikan, saya juga tiada masalah mempromosi produk ini sebagai affiliate.
Siapa sangka, anda boleh mendapatkan iklan promosi di PPC terutamanya Google AdWords secara percuma?
Saya dapati, punca GAF menjadi produk yang popular dan panas macam pisang goreng kerana 2 faktor.
Pertama, kontroversi. Penulis mencabar orang lain mencuba sistemnya dan buktikan taktik yang digunakannya tidak masuk akal. Meskipun begitu, penulis berjaya menolak keraguan prospeknya melalui testimonial yang positif, menyakinkan dan menyokong setiap kenyataan yang dibuatnya.
Kedua, hype. Tiada lagi informasi yang membincangkan hal sebegini. Siapa yang tak nak iklan percuma, terutamanya di Google?
Nota: hype = perkara yang dibesar-besarkan dan tidak masuk dek akal.
Lagipun, penulis menyatakan bahawa beliau sendiri telah berjaya menjana pendapatan sehingga $300 juta dengan menggunakan kaedah tersebut. Namun, tiada pula bukti yang penulis kemukakan untuk menyokong kenyataan tersebut.
Siapa yang tak nak buat duit juta-juta dengan hanya menggunakan laman web dan iklan PPC?
Secara keseluruhannya, tiada rahsia atau perkara baru dengan kaedah tersebut. Cuma, mungkin ramai yang tidak perasan atau terlepas pandang dengan kaedah tersebut secara terperinci kerana tiada guru yang membincangkannya secara khusus.
Penulis cuba memperincikan strategi menjana pendapatan daripada hartanah maya atau terma yang biasa kita dengar iaitu VRE (virtual real estate) yang dibawa oleh John Reese. Hartanah maya merujuk kepada laman web anda.
Anda mempunyai domain dan laman web. Maka, ianya hak mutlak anda dan sepatutnya anda perlu kreatif dalam memaksimakan penjanaan duit melaluinya. Strategi utama adalah melalui iklan banner.
Ianya mirip kepada teknik arbitrage, tetapi anda perlu menyediakan satu khidmat pengiklanan di laman web anda untuk menampung kos iklan PPC anda dan pendapatan selebihnya adalah untung. Kontranya, setiap jualan iklan sebenarnya dapat menampung setiap kos iklan PPC anda dan ianya kelihatan seperti percuma.
Penulis memperincikan strategi tersebut dengan menyatakan bagaimana untuk menetapkan caj iklan agar anda dapat membayar setiap kos iklan PPC anda.
Kebanyakan orang cuma tahu, untuk untung daripada iklan AdWords hanya terdapat beberapa kaedah yang biasa kita dengar. Ini termasuklah menjual produk sendiri, affiliate atau pun AdSense. Mungkin, beberapa iklan lain untuk buat duit dengan laman web anda sendiri seperti sewa link, buat review, Chitika, AdBrite, Kontera, AuctionAds dan yang sewaktu dengannya.
Siapa bilang produk yang berbaur hype tidak boleh dijual? Kena tengok strategi promosi dan jualan.
Bila membaca surat jualannya, saya teringatkan Rich Jerk. Cuma bezanya Rich Jerk mengguna pendekatan yang lebih kasar dan kontroversi. Tetapi, ianya terbukti berjaya kerana mereka tahu bagaimana untuk berdepan dengan persoalan dan keraguan yang datang dalam setiap kepala prospek mereka.
Saya percaya perang psikologi amat penting dalam mempraktikkan strategi jualan sebegini.
Begitu juga dengan e-buku GAF ini, ada beberapa fakta dan kenyataan yang saya ragui. Ianya berdasarkan pengalaman.
Tetapi penulis ternyata bijak men”cover”nya.
Apabila sampai ke point yang boleh mendatangkan keraguan, penulis dengan segera menyertakan salinan testimonial ditepi kenyataan tersebut. Seterusnya menutup sebarang keraguan dengan kenyataan lain yang dapat mencabar kewibawaan pembacanya di akhir sesuatu topik.
Patutlah peratus refund pun kurang.
Faktor lain yang saya nampak dapat meningkatkan jualan adalah kehadiran begitu banyak testimonial bebas daripada individu biasa yang tidak dikenali. Berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh ahli pemasaran lain yang lebih cenderung menggunakan testimonial daripada para guru dan ahli pemasaran lain yang dikenali.
Anda fikir sendiri. Jika diberikan 2 contoh kajian kes untuk anda jadikan sebagai bukti testimonial, manakah yang anda rasakan lebih berkesan?
Kes pertama, seorang pelanggan anda adalah seorang guru terkenal seperti John Reese telah mencuba kaedah dan strategi anda dan berjaya menjana RM1 juta.
Manakala seorang lagi Abu yang langsung tidak dikenali, bermula daripada kosong tetapi juga berjaya menjana RM1 juta selepas mencuba kaedah anda.
Prospek anda akan berfikir, bukan susah untuk guru terkenal seperti John Reese menjana pendapatan sehingga RM1 juta. Tak guna kaedah anda pun boleh dapat juta-juta. Betul tak?
Tetapi, prospek akan berasa lebih tercabar apabila mendapati orang yang datang dari ceruk entah mana seperti Abu boleh juga dapat RM1 juta. Abu adalah orang biasa seperti pospek-prospek anda yang lain. Mereka dalam situasi yang serupa. Tune gelombang otak pun sama.
Maka, ianya akan menjadi satu pendorong kuat dan lebih menyakinkan prospek anda. Hmm… lagipun bukan susah nak dapatkan testimonial daripada orang biasa, kan?
Kesimpulannya, membuat duit daripada iklan banner tidaklah semudah yang anda sangka. Jika ianya mudah dan amat menguntungkan, maka tidak popularlah AdSense kepada kebanyakan webmaster.
Banyak faktor yang perlu anda ambil kira sebelum memulakan khidmat menjual iklan banner di laman web anda. Antaranya termasuklah bukti trafik, pageview, ranking sama ada di PPC atau senaraian enjin carian organik dan tidak kurang penting, niche sasaran.
Kebanyakan ahli pemasaran juga tahu, pengiklanan melalui banner mempunyai kadar klik yang rendah. Juga kadar pengubah yang rendah. Tetapi, ianya masih berkesan sebagai alternatif pengiklanan. Penting untuk penjenamaan.
Ini disebabkan psikologi. Manusia dah kebal dengan iklan. Mereka akan abaikan apa juga bentuk iklan. Ada mental block. Melainkan anda kreatif merekabentuk iklan banner agar tidak nampak seperti iklan.
Antara trick yang licik adalah menggunakan ilustrasi plain text dan link. Atau, gunakan trick menggunakan menu kawalan tertentu seperti combo box dan button. Trick ni saya dapati amat berkesan sekali. Sudah jadi tabie setiap manusia untuk klik pada teks yang mengandungi link dan butang.
Saya sesekali tidak menegah kaedah yang dinyatakan oleh GAF ini. Ianya memang boleh dilakukan jika anda fokus. Anda perlu menyakinkan pengiklan bahawa keputusan mengiklankan banner mereka di laman web anda akan amat menguntungkan mereka. Beri sokongan bagi setiap point anda.
Tekankan nilai dan faedah yang mereka dapat. Lebih bagus jika anda berkongsi tips pengiklanan banner dengan mereka. Di atas tadi merupakan antara tips yang boleh anda kongsi. Tak rugi anda baca pos ini, kan?
Paling penting anda cuba dahulu baru tahu nanti.
Technorati Tags: Get Google Ads Free, Clickbank, affiliate, PPC, Google AdWords, iklan, menjana pendapatan, buat duit, laman web, iklan PPC, VRE, strategi promosi, strategi jualan
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










July 7th, 2007 at 9:45 am
wahh..satu aritkel yang panjang dan menarik..
jadi takde lah adwords percumanya…
cume guna income sediada dari website sebagai modal dengan harapan iklan yang kita buat dari adwords juga akan menambahkan lagi income dari site kita..apa punya putar alam..
July 11th, 2007 at 4:55 pm
Saya sudah coba dengan tempelan di Blog saya.
August 29th, 2007 at 12:05 am
Get Google Ads Free…
Get Google Ads Free…
November 2nd, 2007 at 6:11 am
online-future-trading-system…
online-future-trading-system…
September 6th, 2008 at 12:21 am
teknik hype