Kisahku Disebalik Merdeka
Beberapa minit lagi akan tiba detik 12 malam 31hb Ogos 2007.
Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 untuk semua rakyat Malaysia dan terutamanya usahawan internet kita. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjalankan perniagaan internet dengan aman, damai dan lancar tanpa perlu risau akan gangguan anasir negatif.
Anda wajib bersyukur dengan nikmat ini.
31hb Ogos juga mencatatkan sejarah peribadi buat saya. Ianya merupakan satu tarikh keramat. Saya merdeka daripada makan gaji lalu membuat satu transformasi hidup dan mendedikasikan sepenuhnya masa saya kepada perniagaan internet.
Meskipun mendapat tentangan hebat daripada pihak majikan, rakan dan keluarga; saya nekad. Saya keluar daripada zon selesa kehidupan meskipun berada dipuncak kerjaya dengan gaji yang lumayan. Lantas saya tidak lagi memberi ruang untuk menyesal dan berfikir dua kali.
Ya, ini merupakan cubaan ke-3 selepas 2 kali gagal dalam perniagaan sendiri sejak tahun 1999. Perniagaan pertama hanya bertahan beberapa bulan. Ditutup selepas kena tipu dengan rakan niaga luar. Akibat menjalankan urusniaga berdasarkan kepercayaan.
Perniagaan kedua nampak lebih maju sedikit. Kami bermula dengan menghasilkan satu portal perkhidmatan. Memandangkan kos pengurusan dan promosi tinggi, kami berjumpa dengan pelbagai Venture Capitalist, Malaysia, USA dan Jepun. Tiada pula VC yang sanggup melabur akibat penangan bibit dot bomb ketika itu.
Jadi, kami teruskan dengan plan B. Menyediakan khidmat outsourcing kepada klien korporat. Kali ini menjadi. Daripada berempat, kami berkembang menjadi 17 orang. Masyuk. Namun tidak lama. Krisis ekonomi yang melanda menyebabkan banyak klien korporat kami menjadi liat apabila tiba waktu membayar perkhidmatan kami.
Bulan berganti bulan, akhirnya kami mengalami masalah kewangan serius. Saya dan pengarah syarikat lain terpaksa potong gaji semata-mata untuk menanggung kos operasi dan membayar gaji staff.
Akhirnya, selepas setahun perniagaan ke-2 terpaksa ditutup. Selepas staff dinasihatkan berhenti dan ada yang kami pindahkan ke syarikat klien.
Manakala saya dan rakan niaga lain balik ke kampung. Tersungkur dan termenung. Tiada lagi duit di poket. Lebih buruk lagi hidup ketika itu dibebani hutang kad kredit yang menggunung. Kereta pun nak kena tarik. Memang gelap.
Selepas sebulan bertapa di kampung, saya cekalkan hati dan tebalkan muka untuk bangkit semula. Tiada cara lain lagi. Saya perlukan JOB (Just Over Broke).
Jika anda ditempat saya, sudah tentu anda akan dapat rasa bagaimana tercalarnya maruah ketika itu. Dari seorang boss kini jadi seorang peon…
Saya menawarkan khidmat nasihat dan pemindahan teknologi untuk satu produk yang kami bangunkan untuk satu klien korporat kami dahulu. Selepas beberapa kali tawar menawar dan negotiation akhirnya saya diterima. Saya jual khidmat kemahiran saya kepada mereka.
Tidak cukup dengan itu, saya bekerja pada hujung minggu untuk satu lagi klien korporat sebagai perunding IT. Selama lebih 2 tahun saya bekerja 7 hari seminggu dan adakalanya tidak tidur seharian. Bayangkan setiap hari jumaat selesai waktu opis dengan majikan pertama saya perlu bergegas ke site sejauh 300km untuk memberikan khidmat rundingan dengan klien ke-2 keesokan paginya.
Selepas 2 tahun, barulah hidup saya stabil semula. Kini saya belajar daripada sejarah. Jangan buat sesuatu perkara secara membuta tuli. Mesti ada ilmu. Hindari risiko sebolehnya. Mesti ada plan B. Jangan kamikaze.
Memandangkan kerja saya sememangnya berkait dengan teknologi internet, secara tidak langsung saya mula terlihat bermacam peluang baru yang wujud di internet selepas kejatuhan dot bomb. Banyak kaedah buat duit secara online telah saya cuba ketika itu.
Dipendekkan cerita, pada 1hb Ogos 2005 selepas yakin akan peluang dengan perniagaan internet, saya meletakkan jawatan. Mengikut prosidur saya perlu memberikan notis 30 hari daripada tarikh perletakan.
Ketika rakyat Malaysia bergembira dan berpesta menyambut detik 12 malam 31hb Ogos 2005 itu, saya pula melangkah dengan semangat baru keluar daripada opis untuk perjuangan baru saya.
Begitulah secara ringkasnya episod suka duka kehidupan saya yang lampau. Dramatik. Memang manis untuk dikenang.
Saya telah mengalaminya. Anda bagaimana?
Jangan sesekali mengalah. Kalau jatuh, bangkit semula dengan segera tidak kira dengan apa juga cara. Kegagalan itu pasti. Kejayaan juga pasti selepas anda hadapi kegagalan.
Hidup kita di dunia ini amat pendek. Jangan benarkan sesiapa menghalang apa yang anda impikan.
Kini saya kembali menjadi seorang usahawan. Bezanya, kini saya adalah usahawan internet yang merdeka!
Technorati Tags: Malaysia, usahawan internet, perniagaan internet, merdeka, buat duit
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap










August 30th, 2007 at 10:48 pm
menarik juga kisah hidup bro nie..
August 31st, 2007 at 1:45 pm
Really inspired!
Maknanya TuahEmas ni dah banyak kali
gagal sebelum berjaya sekarang, sifat
tak mudah menyerah kalah ni boleh jadi
contoh pada usahawan (dan bakal usahawan)
internet yang lain. Keep it up, bro!
August 31st, 2007 at 5:16 pm
kegagalan itu adalah suatu proses.
congrats!aku pon dalam zaman kejatuhan sekarang ni…
September 1st, 2007 at 11:30 pm
bro, bleh check PM di tuahemas…ada agenda ingin dibincangkan..especially utk forum kesayangan sy tu..Kisah bro sentiasa sy ingat, menjadi teladan utk sy sehingga skang.
September 2nd, 2007 at 11:02 am
bro, PM utk bro di tuahemas forum that reach limit, can not accept further messages until they clear some space. Thanks
September 2nd, 2007 at 12:06 pm
catz, ok saya dh up quota PM… hehehe
kpd shuth & amirul, yes hidup ini tak selalunya indah, tetapi suka duka itu yg buat kenangan & kejayaan btambah manis
yasir, bersemangat! hidup kena terus!
September 3rd, 2007 at 2:08 pm
Hu hu hu menarik dan bersemangat dan bermotivasi betul saya membaca…happy meedeka day
September 3rd, 2007 at 10:58 pm
Orang yg gagal juga patut dianggap wira sebab mereka berani berjuang walaupun tak menang. Berbanding mereka yg hanya ada sifat tunggu dan lihat. Nak, tapi takut.
Gagal tak semestinya kalah, banyak peluang tersirat yg kita tak nampak.
Syabas.
September 4th, 2007 at 5:32 pm
betul tu zul, lebih baik btindak dan tgk apa akan jadi atau outcome. lebih baik drp duduk goyang kaki atau bpeluk tubuh tunggu bulan jatuh ke riba
September 9th, 2007 at 10:14 am
Betul la telahan saya selama ini, TuahEmas bkn sebarang orang. Jatuh bangun tuah mmg menjadi inspirasi.
Thx for sharing.
September 15th, 2007 at 3:04 pm
Saya pun pernah fail dalam bisnes dulu. Habis duit simpanan, dan duit isteri, mak dan ayah sekali. Masa tu terpengaruh dengan robert Kiyosaki punya buku 1st book. Rupanya dalam 2nd book dia suruh kerja dulu dan buat biz on the side. Bila dah kuat baru full time.
Satu yang saya baru dengar, ” If you don’t want to lose big money, don’t write big cheques” Tapi rasanya dah ter-write big cheques bila beli 7 figure code”. Ok no more buying material. I’ve all the stuff, and dah apply sikit2. Tinggal follow up and be patience & persistence.