Kisah Benar AdSense Arbitrage dan Voodoo
Minggu lepas saya sempat menghabiskan satu e-buku berkenaan buat duit menggunakan teknik Google AdSense Arbitrage. Penulis George Katsoudas adalah nama yang belum pernah saya dengar dalam arena niche Google AdSense.
Namun, secara senyap penulis telah dan masih banyak buat duit dengan menggunakan teknik arbitrage ni.
Walhal, di kebanyakan forum dan blog masih heboh dibincangkan mengenai isu akaun adsense ditutup dan iklan AdWords mereka tidak diluluskan oleh Google kerana mempraktikkan teknik AdSense arbitrage.
Saya juga sempat bertandang ke blog beberapa pengamal Black Hat dan mereka menyatakan akaun AdSense dan iklan AdWords mereka tidak pula mengalami masalah kerana menggunakan teknik ini. Malahan mereka masih lagi menjana pendapatan sebanyak 6 angka daripada Adsense arbitrage.
Kebelakangan ini pula, pendapatan mereka semakin bertambah pula dipercayai kerana masalah yang sedang dihadapi pesaing lain yang sebelum ini mengambil sebahagian peratus pasaran niche mereka!
Benarkah Google dan penyedia iklan PPC lainnya tidak membenarkan teknik arbitrage?
Adakah mereka memilih kasih dengan menutup kebanyakan peluang webmaster lain mencari duit menggunakan teknik arbitrage ini?
Jawapannya…
Sudah tentu tidak.
Pertama, Google tidak menyatakan secara jelas bahawa mereka tidak membenarkan teknik arbitrage dipraktikkan. Teknik ini sebenarnya banyak memberi keuntungan kepada Google kerana anda perlu membayar iklan AdWords untuk tarik trafik.
Seterusnya, apabila pelawat klik iklan AdSense, Google juga mendapat beberapa peratus keuntungan daripada tindakan tersebut.
Namun, disebalik keuntungan; Google memberi keutamaan kepada kepuasan komuniti internet keseluruhan. Prinsip ini yang menyebabkan Google dapat memonopoli peratus penggunaan enjin carian sedunia.
Pengguna akhir atau komuniti internet yang melakukan carian adalah pelanggan utama mereka.
Google masih tidak berganjak dengan prinsip tersebut, iaitu relevansi dan kandungan yang berkualiti.
Kedua, saya dapat lihat kebanyakan webmaster yang mempraktikkan teknik arbitrage ini adalah mereka yang pemalas dan cuba mencari keuntungan segera. Secara ringkasnya, kebanyakan menggunakan teknik untuk jangka pendek sahaja.
Apabila anda klik pada iklan AdWords mereka, kemudian anda akan dibawa ke laman yang penuh dengan iklan. Tiada kandungan atau informasi relevan.
Laman web pemalas inilah yang dirujuk sebagai junk site atau MFA (Made For Adsense). Pengguna internet mahukan informasi yang berkualiti dan segar. Mereka mula bising dan Google mula panas punggung apabila rating enjin carian mereka mula jatuh.
Menjadi pemalas tidak salah, tetapi perlu kreatif.
Jadi, selepas membaca e-buku AdSense Arbitrage Voodoo (AAV) dan mengkaji beberapa sampel pengamal black hat, maka saya dapat simpulkan satu perkara.
Google adalah abang besar. Merah katanya, maka merah la jadinya. Google ada peraturan untuk anda yang berminat menyertai program buat duit dengan mereka. Jadi, anda perlu faham dan patuhi peraturan tersebut.
Tidak kira teknik apa pun yang hendak anda lakukan, Google amat mengambil berat dengan kandungan dan informasi yang jelas. Berikan pengalaman yang baik kepada pelawat laman web anda. Buatkan mereka gembira dan Google akan gembira dengan anda.
Keseluruhannya, teknik AdSense arbitrage masih relevan dan diterima oleh Google.
Kaedah yang disarankan dalam e-buku tersebut adalah, terbitkan satu artikel yang mensasarkan kepada katakunci yang menguntungkan, tidak semestinya mahal.
Paparkan hanya beberapa kerat iklan AdSense untuk memaksimakan EPC (Earning Per Click) anda.
Letakkan iklan di kawasan hot spot. Disarankan letak iklan dibahagian “segitiga emas” di skrin. Masa promosi StomperNet ada disebutkan “segitiga emas” ini. Atau, anda boleh baca lebih lanjut dengan melakukan carian di Google.
Atau, anda boleh mempraktikkan apa juga trick yang pernah anda pelajari sebelum ini untuk meningkatkan kadar CTR anda.
Bida iklan PPC menggunakan katakunci ekor panjang (long tail) atau ada yang merujuk sebagai low hanging fruit. Untuk hasil yang cepat dan kompetitif pilihannya sudah tentu Google AdWords. Untuk kualiti trafik boleh bermula dengan MSN AdCenter.
Tangkap pelawat laman web anda dengan mengumpan hadiah percuma melalui borang opt-in. Jadi, anda boleh mendapatkan trafik yang boleh dikitar semula tanpa perlu melabur lagi ke dalam iklan PPC.
Akhir sekali, lakukan split-test. Penulis e-buku AAV mensarankan penggunaan skrip yang menggunakan model Taguchi. Namun, anda boleh bermula dengan A/B split-test agar nampak mudah.
Pendapat saya?
Saya lebih berkenan dengan model perniagaan internet yang mana saya mempunyai full control. Contohnya menjual produk sendiri. Tidak semestinya produk yang dibuat sendiri. Anda boleh leverage produk resell atau private label rights.
Kedua, barulah produk affiliate. Itupun sebagai backend kepada list saya.
Google AdSense bagi saya hanyalah pendapatan sampingan. Sehingga kini saya masih tidak yakin mengapa perlu tumpu 100% kepada AdSense kerana nasib untung rugi kita terletak ditangan orang lain iaitu Google.
Pengalaman tahun lepas, akaun Adsense saya ditutup tanpa sebab yang jelas daripada Google. Meskipun saya amat berhati-hati dan sentiasa meminta pandangan dan kelulusan pihak Google sebelum meletakkan iklan AdSense mereka di laman web saya, namun akhirnya akaun saya tetap juga ditutup.
Tetapi itu bukan alasan untuk saya berhenti menggunakan AdSense. Saya masih ada 2 akaun sendiri dan 1 akaun proksi AdSense yang masih lagi aktif sehingga ke hari ini.
Saya tidak nyatakan anda perlu mengikut cara saya. Anda boleh memilih berdasarkan minat dan ianya mudah untuk perniagaan internet anda sendiri. Pokoknya, keuntungan mesti dijana.
Untuk info lanjut mengenai e-buku tersebut, anda boleh lawati di:
http://www.adsensearbitragevoodoo.com
Technorati Tags: AdSense Arbitrage, George Katsoudas, Google AdSense, buat duit, arbitrage, AdSense, AdWords, tarik trafik, AdSense Arbitrage Voodoo, pendapatan sampingan
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap









