Cabaran Baru Affiliate - Google Slap v2
Pada bulan lepas (November 2006), Google telah menaik taraf enjin algoritma AdWords sekali lagi yang mana amat memberi kesan yang amat besar kepada kaedah promosi menerusi PPC secara global.
Google kini amat menitikberatkan kualiti dan tahap relevansi setiap laman pendaratan (landing page) dengan menguatkuasakan Skor Kualiti. Isu ini memberi tamparan yang sangat hebat kepada para affiliate.
Jika Skor Kualiti rendah atas banyak faktor maka anda sebagai pengiklan AdWords; terutamanya affiliate akan diberi Penampar Ringan (Light Slap) atau Penampar Berat (Big Slap) daripada Big Bro (Google). Inilah kesan Google Slap v2.
Ambil contoh screenshot berikut, kajian kes sebenar daripada satu kempen AdWords kami:

Apa lagi? Klik la link di bawah untuk baca tips terkini!
No Slap vs Light Slap vs Big Slap
Jika anda dapati kebanyakan bid keyword yang anda masukkan memerlukan bid antara $0.50 ke $10, maka anda merupakan mangsa Google Slap v2. Camner nak tahu?
Mula sekali; anda lakukan ujian Traffic Estimator pada senarai keywords anda, anda dapati kurang saingan dan anda boleh bid sebanyak $0.01 ke $0.40 untuk dapat ranking 8 ke atas. Kemudian, uji dengan create new adwords campaign.
No Slap - anda dibenarkan bid keyword anda mengikut jumlah harga yang telah anda uji pada Traffic Estimator tadi seminima $0.01.
Light Slap - meskipun anda boleh bid katakan semaksima $0.30 untuk dapat 1st ranking, tetapi Google minta anda bid minima $0.50 ke $1.00 untuk mengaktifkan kempen.
Big Slap - meskipun anda boleh bid katakan semaksima $0.30 untuk dapat 1st ranking, tetapi Google minta anda bid minima $5.00 ke $10.00 untuk mengaktifkan kempen.
Faktor Kena Slap & Mitos
Saya telah menyertai pelbagai perbincangan dan rujukan melalui pelbagai mastermind forum dan mentoring program seperti Kelab Renaissance (Perry Marshall), AdWords Empire (Fabian Lim), Super Affiliate Cloning (Ewen Chia) dan berbincang sesama guru di StomperNet (Brad Fallon, Dan Theis, Frank Kern dsb) serta pengalaman pelbagai pihak terutamanya affiliate; maka berikut adalah rumusan pendek:
Faktor Slapping
Antara senarai pendek yang akan menyebabkan kos iklan AdWords anda melompat katak:
- Skor Kualiti laman web rendah - banyak sebab, boleh rujuk guidelines yang Google sediakan untuk webmaster di sini => http://www.google.com/support/webmasters/bin/answer.py?answer=35769
- Keywords tidak relevan dengan Landing Page - faktor SEO, on page dan off page optimization
- Google tak suka dengan laman web tersebut - Black Hat SEO, Cloaking, domain kena blacklist, kena sandbox etc
- Struktur laman web tidak lengkap - tiada link ke About Us, Privacy Policy (haa… ni paling penting), sitemap etc
- Kurang kandungan - hanya ada satu atau beberapa page sahaja spt Squeeze Page, Review Page, tiada banyak page yang kena index, tiada tema yang relevan
- AdSense - ada kes website merchant kena slap sebab ada iklan AdSense
Mitos
- Domain Forwarding - seorang guru ada rekemen guna kaedah ini untuk affiliate, malangnya iklan AdWords anda akan kena disapprove, tapi tak kena slap.
- Direct Link ke Merchant Site - sebagai affiliate, saya sering menggunakan kaedah ini untuk test conversion sesuatu produk, tetapi bukan faktor slapping. Bergantung kepada laman web merchant dan rujuk faktor slapping di atas. Tidak semua kempen saya kena slap, maka kaedah ini masih relevan.
Apakah Penyelesaiannya?
Setakat ini, saya dapati hanya ada 3 pilihan untuk mengatasi masalah ini, terutamanya kepada affiliate seperti anda (dan kami juga!):
- Hubungi merchant yang jual produk agar naikkan Skor Kualiti - buat SEO & banyakkan kandungan yang relevan
- Anda tukar merchant lain dalam niche yang sama dan tak kena Slap
- Anda wujudkan Landing Page sendiri - ambil masa sebab kena daftar domain, hosting, pancing visitor untuk pre-sell, letakkan kandungan dsb, Tapi bagus untuk build list sendiri.
Sekian dahulu untuk hari ini. Jangan benarkan fenomena baru ini melemahkan semangat anda untuk jana pendapatan melalui internet. Sebenarnya, perubahan ini amat baik untuk affiliate dan perniagaan internet keseluruhannya. Lepas ini tiada lagi kes Junk Site diiklankan dalam AdWords.
Ini akan menyebabkan Sales Conversion Rate setiap iklan akan melonjak naik sebab tiada lagi kekhuatiran daripada prospek untuk klik iklan kita. Mereka tahu, iklan yang ada amat relevan dengan kehendak mereka.
Juga berita baik kepada guru-guru AdWords sebab mereka kini ada alasan baru untuk menjual produk baru!
Technorati Tags: Google, AdWords, affiliate, Google Slap, perniagaan internet
- Peluang Buat Duit Dengan FreeIQ
- Salam Aidilfitri Usahawan Internet Malaysia
- Online Office Untuk Usahawan Internet
- Alternatif Pengeluaran Wang PayPal
- Strategi Berkesan Operasi Affiliate Storm
- Alternatif Pencarian Keyword
- Selamat Berpuasa Kepada Usahawan Internet
- Operasi Mengepam Duit Internet
- Kisahku Disebalik Merdeka
- Rahsia Mengintip Taktik Pesaing Anda Secara Senyap









